You are on page 1of 9

MINIT MESYUARAT KEJOHANAN TEN PIN BOLING

MSSD KINTA SELATAN 2018

Tarikh : 14 MAC 2018

Hari : RABU

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : BILIK SERI CEMERLANG, SMK SULTAN YUSSUF

Hadir :
1. Puan Hajah Hasnah Binti Saadan (Penolong Kanan Kokurikulum
SMK Sultan Yussuf) – Pengerusi Mesyuarat
2.

3. PTPS Boling Tenpin MSS Perak - Pengerusi Teknikal


(Mazni bin Othman)

4. PK Kokurikulum SMK Gunung Rapat - Wakil Sekolah Sukan


Negeri
(Razak Malek bin Tahrim)

5. PTPS Boling Tenpin MSSD Kinta Utara -


Jawatankuasa
(Ezaim Shah bin Esa)

6. PTPS Boling Tenpin MSSD Larut Matang Selama -


Jawatankuasa
(Khairul Azmin bin Anang)

1
7. PTPS Boling Tenpin MSSD Kinta Selatan -
Jawatankuasa
(Mohd Rizal bin Mat Arik)
8. PTPS Boling Tenpin MSSD Kuala Kangsar -
Jawatankuasa
(Mohd Hatta bin Mohd Isa)

9. PTPS Boling Tenpin MSSD Hulu Perak -


Jawatankuasa
(Mohd Norfarizal bin Mohd Nor)

10. PTPS Boling Tenpin MSSD Bagan Datuk -


Jawatankuasa
(Amenuddin bin Abdul Aziz)

11. PTPS Boling Tenpin MSSD Kerian -


Jawatankuasa
(Muhamad Rupi bin Adnan)

12. PTPS Boling Tenpin MSSD Perak Tengah -


Jawatankuasa
(Norzila binti Yusop)

13. PTPS Boling Tenpin MSSD Batang Padang - Jawatankuasa


(Rozita binti Ibrahim)

14. PTPS Boling Tenpin MSSD Hilir Perak - Jawatankuasa/


(Mazura binti Ahmad Fadzil) Pengelola MSSPk 2018

15. PTPS Boling Tenpin MSSD Manjung - Setiausaha


(Noor Azra binti Mohd Shukor)

I PERUTUSAN PENGERUSI

1. Ucapan alu-aluan

Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.

2. Ucapan penghargaan dan tahniah

2
2.1 Pengerusi menyampaikan ucapan tahniah daripada Dato’
Pengarah JPN Perak kepada ahli-ahli sukan Perak kerana
mendapat Naib Juara Keseluruhan MSSM 2017.
2.2 Pengerusi bagi pihak ahli mesyuarat mengucapkan tahniah
kepada Tn Hj Amenuddin bin Abdul Aziz di atas perlantikan
sebagai PTPS Boling Tenpin MSSD Bagan Datuk.

3. Memaklumkan perkara atau isu hasil daripada mesyuarat lain

Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat tentang keputusan


Mesyuarat PTPS MSS Perak Bil 1 2018 pada 12 Januari 2018
yang baru lalu.

3.1 Sasaran Top 3 bagi semua sukan yang menyertai MSSM


2018.

3.2 Pengiktirafan Sukan melalui PAJSK adalah menitikberatkan


aktiviti luar bagi kemenjadian sahsiah.
3.3 Guru Sains Sukan akan digerakkan ke sekolah-sekolah yang
mempunyai kebitaraan sukan.

4 Memaklumkan perkara atau isu hasil daripada Amanat Ketua


Unit Sukan

Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat tentang Amanat


Encik Ahmad Haridan bin Mohamed, Ketua Unit Sukan JPN
sejurus sebelum mesyuarat bermula bagi Program Pembangunan
dan Sasaran Boling Tenpin MSSPk ke MSSM 2018 dan seterusnya
memberikan pandangan seperti berikut:

4.1 Sasaran Boling Tenpin MSSM 2018 di Pulau Pinang ialah


Tempat Ke 4 keseluruhan (2017 Tempat Ke 13). PTPS Negeri
sanggup sahut cabaran iaitu memastikan pencapaian
sekurang-kurangnya kedudukan tempat ke 4. Jalan keluar
perlu dicari bagi memecah kebuntuan memperolehi
sekurangkurangnya 2 pingat emas bagi Boling Tenpin MSSM.
Jawatankuasa perlu berani melakukan perubahan dan keluar
dari kelompok biasa.

3
4.2 Unit Sukan telah merangka program untuk Kontinjen MSSPk
mencapai Juara Keseluruhan MSSM 2018. Antaranya
melibatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang turut
membantu prasarana e-kejurulatihan Sekolah Sukan Negeri
Ke 2 (SM Proton City).

4.3 Khidmat dan kepakaran guru-guru Sains Sukan akan


dioptimumkan bagi membantu persediaan pasukan terbaik.
Aspek Sains Sukan perlu diaplikasikan dalam latihan pusat
untuk peningkatan pasukan Boling Tenpin MSS Perak.

4.4 50% daripada atlet SUKMA adalah atlet MSSM kategori


Bawah 18 Tahun. Latihan intensif Dream Team perlu
diteruskan untuk Bawah 12 dan Bawah 15 tahun kerana
kategori tersebut tiada dalam pasukan SUKMA. Jika perlu,
latihan intensif dilaksanakanpada waktu persekolahan untuk
mendapatkan kadar bayaran lorong secara ‘walk in’ di pusat
boling yang paling minimum iaitu RM10 untuk 3 permainan.
50% peruntukan kewangan adalah daripada ibubapa.

5. Ulasan ahli mesyuarat terhadap Perutusan Pengerusi boleh


direkodkan seperti yang berikut:

Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju:

5.1 PEMILIHAN ATLET KE KEJOHANAN BOLING TENPIN


MSSM 2018 (EDISI 19 DI PULAU PINANG)

5.1.1 Sistem MQ (Masters Qualifying) menggantikan Sirkit dari


bulan April hingga Jun 2018.
5.1.2 Kejohanan Boling Tenpin MSS Perak juga dikira skor
untuk MQ sekiranya mengatasi skor MQ yang dibuat
sebelum Kejohanan.
5.1.3 Acara berpasukan bagi setiap kategori akan diadakan
menggunakan Sistem Baker’s Format sebagai acara
kemuncak Kejohanan Boling Tenpin MSS Perak 2018.
Selaras dengan target 2 emas MSSM 2018 bagi acara
berpasukan L18 & P18.
5.1.4 “Mental Training Programme for Elite Squad” di Universiti
Pendidikan Sultan Idris cadangan pada 7 Julai 2018
supaya setiap atlet yang mewakili mempunyai mentaliti

4
“Masuk Naik Podium”.
5.1.5 “Grand Final” cadangan pada 14 Julai 2018.
5.1.6 Kriteria yang perlu diambilkira selain skor adalah aspek
disiplin(termasuk sahsiah diri dan kerohanian) dan tahap
kecergasan atlet.
Tindakan:Semua Ahli Mesyuarat

5.2 PROGRAM PEMBANGUNAN BOLING TENPIN MAJLIS


SUKAN SEKOLAH PERAK 2018/2019

5.2.1 Pembentukan Jawatankuasa Program Pembangunan


Boling Tenpin MSS Perak 2018/2019. (Rujuk Para 15)
5.2.2 Program ke Bukit Merah menggunakan RM5000
daripada peruntukan kewangan program pembangunan
hujung tahun 2017. (Februari 2018) Tindakan:
PTPS LMS
5.2.3 Cilik Boling kategori B9 dan B11 dua minggu sebelum
Mac 2018. (Februari 2018)
Tindakan: PTPS Kinta Selatan
5.2.4 Kursus Kepegawaian untuk mencari pegawai baru
sebagai pelapis kepada yang sedia ada. (Mac 2018)
Tindakan: PTPS Hulu Perak
5.2.5 Klinik Boling untuk kategori Bawah 11, 14 dan 16 Tahun
dengan bantuan bekas atlet MSS Perak seperti Faiz
Mirza, Shazana, Nazrinnah(Abby) dan Mimi. (Oktober
2018)
Tindakan: Wakil SSN

6. Catatan agensi yang perlu mengambil tindakan terhadap


keputusan mesyuarat boleh dinyatakan/direkodkan seperti
berikut:

6.1 PTBA – Latihan intensif atlet SUKMA yang juga merupakan


bakal atlet MSSPk 2018.

6.2 Sekolah Sukan Negeri – Satu pertiga daripada bakal atlet


adalah atlet SMK Gunung Rapat.

5
6.3 Universiti Pendidikan Sultan Idris – Cik Mazura binti Ahmad
Fadzil selaku Pengelola Kejohanan Boling Tenpin MSSPk
2018 akan menghubungi pihak universiti bagi penetapan tarikh
program untuk Skuad Elit Boling Tenpin MSSPk di UPSI.

II PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS

7. Minit Mesyuarat Program Pembangunan Boling Tenpin dan PTPS Bil 2


2017 pada 13 September 2017 disahkan tanpa pindaan.
III PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

8. Encik Mazni bin Othman mengulas pencapaian Boling Tenpin


dalam MSSM 2017 di Kedah iaitu tempat ke 13 keseluruhan.

9. Encik Mazni turut memaklumkan bahawa kewangan 2017 telah


habisguna.

10. Mesyuarat membincangkan program yang sesuai untuk pemenang


di kedudukan 4 terbaik bagi setiap kategori dalam Sirkit Program
Pembangunan 2017 yang lalu.
Tindakan: PTPS LMS

IV PERBINCANGAN CADANGAN/KERTAS KERJA

13. Cadangan daripada Encik Mazni bin Othman selaku Pengerusi


Teknikal tentang Kejohanan Boling Tenpin MSSPk 2018 adalah
seperti berikut:

Mesyuarat bersetuju bahawa:

13.1 Kejohanan MSSPk 2018 akan diadakan pada 3 hingga 5


Julai 2018 di Ampang Superbowl Ipoh Parade, Ipoh.

13.2 Mesyuarat teknikal perlu diadakan pada 7 Jun 2018. Kertas


konsep kejohanan MSSPk perlu dibentang pada 15 Mei
2018.

13.3 Acara yang akan diadakan adalah acara individu dan acara
empat sepasukan menggunakan “Baker’s Format”.

13.4 Jawatankuasa pendaftaran perlu menekankan aspek


perincian maklumat lengkap atlet menggunakan Teknologi
6
Maklumat dan Komunikasi. Tarikh tutup penghantaran
Borang Pendaftaran perlu dipatuhi oleh semua PTPS
Daerah.

Tindakan: PTPS Hilir Perak

14. Cadangan daripada Encik Mazni bin Othman selaku Pengerusi


Teknikal tentang Pemilihan Atlet ke MSSM 2018 adalah seperti
berikut:

14.1 Menggunakan Sistem MQ (Master Qualifying).

14.2 Unit Sukan JPN akan mengeluarkan surat siaran.


14.3 Diadakan pada hari Sabtu minggu ke 2 dan minggu ke 4.

14.4 Pendaftaran awal perlu secara atas talian. “Walk in” tidak
dibenarkan.

14.5 Jangka masa MQ adalah bermula 10:00 pagi hingga 3:00


petang.

14.6 Pemilihan adalah Top 4 daripada 4 games.

Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

15. Cadangan daripada Tn Hj Razak Malek bin Tahrim selaku Wakil


SSN tentang pembentukan Jawatankuasa Program
Pembangunan 2018/2019.

Mesyuarat bersetuju sebulat suara perlantikan berikut:

Encik Mazni bin Othman PTPS


1 Pengerusi
MSS Negeri Perak
Puan Noor Azra binti Mohd Shukor
2 Setiausaha
PTPS MSSD Manjung
Puan Rozita binti Ibrahim
3 Bendahari
PTPS MSSD Batang Padang
JK Pembangunan Encik Khairul Azmin bin Anang PTPS
4
Atlet MSSD Larut Matang Selama
JK Kepegawaian & Encik Mohd Norfarizal bin Mohd Nor
5
Kepengadilan PTPS MSSD Hulu Perak

7
JK Statistik & Encik Ezaim Shah bin Esa PTPS
6
Keputusan MSSD Kinta Utara
Encik Mohd Hatta bin Mohd Isa
7 JK Kejohanan
PTPS MSSD Kuala Kangsar
Puan Norzila binti Yusop
JK Pengurusan
PTPS MSSD Perak Tengah
8 Kontinjen &
Tn Hj Amenuddin bin Abdul Aziz
Kerohanian
PTPS MSSD Bagan Datuk
Encik Mohd Rizal bin Mat Arik PTPS
9 JK Kejurulatihan
MSSD Kinta Selatan
Cik Mazura binti Ahmad Fadzil
PTPS MSSD Hilir Perak
10 JK Sains Sukan
Encik Muhamad Rupi bin Adnan
PTPS MSSD Kerian
Tn Hj Razak Malek bin Tahrim Wakil
11 JK Perhubungan Luar
SSN
Tindakan: Semua Ahli Mesyuarat

V HAL-HAL LAIN

16 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:

16.1 Penerapan disiplin dan kerohanian amat perlu dalam diri


atlet.

16.2 Kecederaan atlet semasa pemilihan atlet ke MSSM perlu


dikenalpasti seawal mungkin.

16.3 Penglibatan PTPS dalam permainan boling adalah perlu


dalam melahirkan pemain di sekolah di mana PTPS
bertugas.

16.4 Senarai keputusan program pembangunan penghujung 2017


perlu dikeluarkan.

16.5 Maklumbalas/Tindakan perlu diambil dalam masa 2 minggu


selepas minit mesyuarat dikeluarkan.

VI UCAPAN PENANGGUHAN

8
17. Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama
semua ahli mesyuarat yang hadir kerana telah memberikan
kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan.

18. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:40 tengahari.

You might also like