buruk. Semasa berjalan di tebing sebatang sungai, kapak besinya terjatuh ke dalam sungai. Pak Tua berasa amat sedih kerana dia tidak mempunyai kapak yang lain untuk menebas kayu-kayan. Tiba-tiba seorang Si Pari-pari terlihat kejadian yang menimpa Pak Tua. Si Pari-pari berasa kasihan terhadap apa yang berlaku pada Pak Tua. Si Pari- pari menuju ke arah Pak Tua lalu memujuknya. Pak Tua memberitahu Si Pari-pari bahawa kapak yang terjatuh ke dalam sungai itu merupakan satu-satunya kapak kepunyaannya. Dia tidak dapat menebas kayu-kayan untuk menyara hidup keluarganya. Selepas mendengar penjelasan Pak Tua, Si Pari-pari berjanji menolongnya untuk mencari kapak besi itu. Selepas itu, dia terus menyelam ke dalam sungai untuk mencari kapak besi. Tidak lama kemudian, Si Pari-pari timbul di permukaan sungai dengan sebilah kapak emas. Si Pari-pari memberikan kapak emas kepada Pak Tua tetapi Pak Tua enggan mengambilnya kerana kapak itu bukan kepunyaannya. Selepas itu, Si pari-pari terjun ke sungai semula. Tidak lama kemudian, Si Pari-pari membawa kapak perak dan kapak gangsa. Pak Tua memberitahu Si Pari-pari bahawa kapak-kapak itu bukan kepunyaannya. Pak Tua berterima kasih kepada Si Pari-pari tetapi Pak Tua enggan mengambil kapak-kapak itu. Kemudian, terjunlah Si Pari-pari ke dalam sungai. Dia timbul dengan membawa sebatang kapak besi. Apabila terpantang kapak itu giranglah hati Pak Tua. Sebagai balasan kejujuran Pak Tua, Si Pari-pari menghadiahkan kapak emas, perak dan gangsa kepada Pak Tua sambil berpantun:
Daun palas daun keranji,
Di tepi jalan dimakan rusa; Jujur ikhlas sikap terpuji, Jadikan amalan setiap masa.