You are on page 1of 5

NISBAH KEWANGAN

Definisi : Instrumen kawalan kewangan yg digunakan utk menilai dan mengawal prestasi ssbuah perniagaan
NISBAH FORMULA KETERANGAN
NISBAH KECAIRAN Mengukur kemampuan perniagaan membuat bayaran kpd pihak bank
dan pemiutang dalam jangka pendek iaitu menunjukkan keupayaan
perniagaan menjelaskan liability semasa apabila dituntut.
Nisbah Semasa  Mengukur kemampuan perniagaan membayar hutang2 jangka
pendek dlm masa setahun
 Nisbah paling ideal ialah 2 : 1
 Jika nisbah ini rendah, ia menunjukkan perniagaan tidak berupaya
utk membayar semua liabiliti semasanya
 Jika nisbah tinggi, menunjukkan perniagaan mempunyai tahap
kecairan yg tinggi
 Walaubagaimanapun jikalau nisbah terlalu tinggi ia menunjukkan
bahawa wujud banyak modal yg tidak digunakan utk menjana
keuntungan. Ini merupakan keadaan yang tidak baik bagi ssbuah
perniagaan
Nisbah Cepat  Mengukur kemampuan perniagaan membayar hutang jangka
pendek dengan serta merta tanpa menjual inventori (stok)
 Nisbah ini memberi gambaran yg lebih tepat tentang tahap kecairan
perniagaan krn mengambil kira aset-aset yg boleh ditukar kpd tunai
dgn cepat

NISBAH KECEKAPAN Memberikan gambaran tentang kecekapan pihak pengurusan


mengendalikan aset-aset perniagaan sama ada digunakan dengan
berkesan atau sebaliknya
Tempoh  Mengukur tempoh masa yang diambil oleh penghutang (pelanggan)
Kutipan Hutang untuk menjelaskan hutangnya kepada perniagaan
 Juga menunjukkan tempoh perniagaan memungut hutang2 dpd
pelanggan
 Menggambarkan kecekapan pengurus kredit perniagaan dlm
menjalankan tugasnya
 Jika tempoh kutipan hutang semakin lama, semakin tidak cekap sykt
dalam mengutip hutang
NISBAH FORMULA KETERANGAN
Pusing Ganti  Mengukur berapa kali inventori dijual dalam satu tempoh
Inventori tertentu
 Perniagaan restoran makan segera mempunyai nisbah
pusing ganti inventori yg lebih tinggi berbanding perniagaan
menjual perabot
 Jika pusing ganti inventori semakin tinggi, ini bermakna
jualan adalah tinggi, maka kecairan perniagaan bertambah
baik dan keuntungan juga meningkat.
 Sykt dengan ini terpakda lebih kerap memesan inventori
baharu dan jika perniagaan kehabisan stok, boleh
mengakibatkannya kehilangan jualan
 Jika pusing ganti inventori adalah rendah, bermaksud
perniagaan memegang @ menyimpan terlalu banyak stok
dan kecairan adalah rendah.
Pusing Ganti Aset  Menunjukkan kecekapan perniagaan menggunakan aset
Bukan Semasa bukan semasa bagi menjanakan jualan
 Jika nisbah ini rendah, bermaksud pelaburan aset bukan
semasa adalah terlalu banyak berbanding dengan jualan
dihasilkan.
 Oleh yg demikian, perniagaan seharusnya meningkatkan
jualan atau menjual sebahagian dpd aset bukan semasa
(aset tetap) atau kedua2nya sekali
Pusing Ganti Jumlah  Nisbah ini menilai kecekapan perniagaan mengendalikan
Aset semua aset bg meningkatkan jualan
 Pengurus kewangan dapat melihat sama ada pertambahan
dlm aset dpt menjanakan pertambahan jualan
 Jika nisbah ini rendah, ia menunjukkan ketidakcekapan
perniagaan dalam mengawal aset bg menjanakan jualan.
 Oleh itu, perniagaan harus meningkatkan jualan atau
menjual sebahagian dpd asetnya atau kedua2nya sekali

NISBAH FORMULA KETERANGAN


NISBAH KEBERUNTUNGAN Menunjukkan kemampuan perniagaan untuk menghasilkan
keuntungan. Juga mengukur pulangan yg dihasilkan dpd
pelaburan perniagaan
Margin Untung  Merupakan peratus untung kasar yg diperoleh melalui jualan
Kasar setelah ditolak kos jualan
 Mencerminkan kecekapan perniagaan kenentukan harga
jualan dan mengawal harga brg niaga @ bahan mentah yg
dibeli utk jualan
 Jika nisbah tinggi, bermaksud ia adalah memuaskan. Tapi
jika rendah, ia dianggap tidak memuaskan krn kos jualan
tinggi dan harga jualan rendah
Margin Untung  Merupakan peratus untung bersih yg diperoleh melalui jualan
Bersih yg dibuat
 Menunjukkan kecekapan perniagaan dlm mengawal
perbelanjaan operasi dan menghasilkan untung dpd jualan.
 Jika nisbah tinggi, ia menunjukkan perniagaan Berjaya
meningkatkan keuntungan bg stp ringgit jualan

Pulangan Atas Aset  Mengukur untung bersih yg dpt dihasilkan bg stp ringgit yg
telah dilaburkan

Pulangan Atas Ekuiti  Nisbah ini penting krn mencerminkan kecekapan sykt
(ROE) menggunakan wang pemegang saham utk pelaburan
 Menunjukkan pulangan yg diperoleh oleh pemilik atau
pemegang saham bg stp ringgit yg dimilikinya dlm
perniagaan

NISBAH FORMULA KETERANGAN


NISBAH HUTANG Nisbah ini memberi gambaran tentang paras hutang yg dibuat
oleh perniagaan dan penganalisis akan menggunakan nisbah
(NISBAH PENGGEARAN)
ini dlm membuat tafsiran terhadap implikasi hutang ke atas
perniagaan tsb.
Nisbah Hutang Atas  Menunjukkan sejauh mana aset perniagaan dibiayai melalui
Aset hutang
 Jika nisbah ini tinggi, bermaksud perniagaan terdedah kpd
risiko kebankrapan. Hal ini demikian krn perniagaan terbeban
dr segi pembayaran faedah yg tinggi

Nisbah Hutang Atas  Nisbah ini menunjukkan kebergantungan pembiayaan melalui


Ekuiti hutang jangka panjang
 Nisbah yg tinggi menunjukkan modal sykt banyak
disumbangkan oleh hutang2 jangka panjang

NISBAH FORMULA KETERANGAN


NISBAH PASARAN Memberi gambaran tentang tanggapan para pelabur terhadap
prestasi perniagaan pada masa kini. Nisbah yg baik
menunjukkan keyakinan pelabur terhadap perniagaan.
Nisbah Perolehan  Mengukur pulangan kpd pelabur bg stp syer yg dimiliki oleh
Sesaham pemegang saham @ pelabur
(EPS)  Jika EPS tinggi, bermakna perniagaan mempunyai prestasi
yg baik dan untung yg tinggi

Nisbah Harga/  Nisbah ini membandingkan nilai pasaran kini dengan


Nisbah Perolehan perolehan sesaham
 NIsbah yg tinggi bermaksud perniagaan mempunyai potensi
yg baik utk berkembang maju

Nisbah Psaran/  Nisbah ini memberikan gambaran tentang persepsi pelabur


Nisbah Buku terhadap saham perniagaan
 Jika nisbah tinggi, ini menunjukkan pelabur sanggup
membayar lebih bagi stp ringgit nilai buku saham tsb

You might also like