You are on page 1of 4

SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

JPNSEL/PKPS 06

PROSEDUR KUALITI
PENGURUSAN SOKONGAN

PENGURUSAN
LATIHAN
PERSONEL

JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR


Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam
SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGURUSAN LATIHAN JPNSEL/PKPS 06


NO. KELUARAN: 11

PERSONEL TARIKH:
01 MAC 2017

1.0 SKOP

Prosedur ini menyediakan garis panduan yang didokumenkan untuk memastikan


proses latihan dapat dijalankan dengan lancar di JPNSel / PPDSel.

Prosedur ini digunapakai di JPNSel dan PPDSel untuk sepanjang tahun. Ia


meliputi semua proses latihan bermula daripada pengenalpastian keperluan
latihan, perancangan, penyediaan dan pelaksanaan latihan dan penilaian ke atas
latihan atau kursus yang telah dibuat.

2.0 DEFINISI

2.1 Latihan Personel : Meliputi latihan-latihan dalam perkhidmatan,


kursus-kursus dalaman serta kursus luaran yang
dilaksanakan untuk Pegawai dan Anggota
Kumpulan Pelaksana (AKP) JPNSel dan PPDSel.
Tidak termasuk kursus Program Tranformasi
Minda (PTM).

2.2 Kursus Dalaman : Kursus/perkembangan staf yang dilaksanakan di


peringkat jabatan / sektor/ PPD.

2.3 Kursus Luaran : Kursus yang ditawarkan oleh KPM atau agensi
kerajaan dan swasta. JPNSel hanya mencalonkan
dan menghantar calon yang telah disetujui oleh
Pengarah / Timbalan / Ketua Sektor / PPD.

2.4 Rekod Latihan Personel : Maklumat kursus / latihan yang pernah


diikuti oleh personel.

2.5 Personel : Pegawai dan kakitangan yang bertugas di


JPNSel dan PPDSel.

2.6 Kajian Keperluan Latihan: Kajian yang dibuat bagi mengenalpasti jenis
latihan yang diperlukan oleh personel di JPNSel dan PPDSel.

NO. PINDAAN: 00 TARIKH: MUKA SURAT: 2


SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGURUSAN LATIHAN JPNSEL/PKPS 06


NO. KELUARAN: 11

PERSONEL TARIKH:
01 MAC 2017
3.0 PROSEDUR

3.1 Mengenal Pasti Kompetensi Staf & Keperluan Latihan

3.1.1 Pegawai Latihan menerima dan melaksanakan arahan untuk


menentukan kompetensi yang perlu ada pada staf di JPNSel dan
PPDSel dengan mengedarkan surat arahan berkaitan kompetensi
kepada Ketua Sektor / PPD untuk diedarkan kepada semua staf.

3.1.2 Semua staf JPNSel dan PPDSel diminta melengkapkan maklumat


peribadi dan kelayakan ikhtisas dan Ketua Sektor / PPD akan
mengisi maklumat sama ada pengetahuan / kemahiran bertepatan
dengan bidang tugas staf masing-masing.

3.1.3 Pegawai latihan menyediakan rumusan berdasarkan maklumat


Tranning Needs Analysis (TNA).

3.2 Perancangan Latihan

3.2.1 Pegawai latihan menyepadukan keperluan bidang latihan


berdasarkan Borang Analisis Keperluan Latihan Personel.

3.2.2 Pegawai Latihan mengkaji dan merancang bidang latihan yang


diperlukan oleh staf dan menyediakan jadual perancangan latihan
berdasarkan analisis keperluan latihan dan tawaran kursus/latihan
daripada KPM atau mana-mana agensi kerajaan dan swasta dan
menyerahkan cadangan perancangan latihan kepada Ketua Sektor
untuk diluluskan oleh pihak pengurusan.

3.2.3 Pegawai Latihan menyediakan takwim Pelaksanaan Kursus tahunan


berdasarkan cadangan perancangan kursus / latihan yang telah
diluluskan dalam mesyuarat pengurusan dan menyerahkan takwim
kepada Ketua Sektor / PPD.

3.3 Urusan Pelaksanaan Kursus/Latihan

3.3.1 Pegawai Latihan menerima arahan dan melaksanakan kursus /


latihan yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan.

3.3.2 Latihan yang dikendalikan oleh unit latihan JPNSel / PPDSel


dilaksanakan berpandukan perkara-perkara berikut ;

NO. PINDAAN: 00 TARIKH: MUKA SURAT: 3


SALINAN DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PENGURUSAN LATIHAN JPNSEL/PKPS 06


NO. KELUARAN: 11

PERSONEL TARIKH:
01 MAC 2017
a. Mengenal pasti pegawai / AKP / kumpulan sasaran berdasarkan
Borang keperluan latihan dan jadual perancangan kursus.
b. Mengenal pasti penceramah bagi kursus / latihan yang
diperlukan.
c. Membuat tempahan tempat kursus/latihan dan tempahan
makan dan minum peserta.
d. Mengurus sumber kewangan.
e. Menyediakan dan mengedarkan surat panggilan kursus /
latihan kepada staf yang terlibat.
f. Menyediakan peralatan / bahan yang diperlukan.
g. Menyediakan sijil penyertaan, sijil penghargaan dan
cenderamata penceramah.
h. Menyediakan borang-borang penilaian keberkesanan kursus
yang berkaitan untuk diisi oleh pegawai yang menghadiri
kursus.

3.4 Penilaian Kursus / Latihan Anjuran JPNSel / PPDSel

3.4.1 Pegawai latihan akan memaklumkan kepada peserta untuk mengisi


instrumen keberkesanan program yang telah diikuti oleh pegawai
/AKP kepada peserta kursus untuk menilai keberkesanan kursus
yang diikuti secara online.

3.4.2 Penilaian keberkesanan latihan yang telah dihadiri akan diisi oleh
Peserta (penilaian kendiri) dan Penilai Kedua melalui borang
Instrumen Keberkesanan Program dibuat selepas 1 bulan dari tarikh
kursus dijalankan.

3.4.3 Pegawai Latihan akan menyediakan rumusan dan laporan kursus


yang telah dilaksanakan.

NO. PINDAAN: 00 TARIKH: MUKA SURAT: 4

You might also like