You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

PROJEK PERPUSTAKAAN MINI


KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SMK TENGKU BENDAHARA,
18300 GUA MUSANG, KELANTAN
PENGENALAN

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, Kurikulum Pendidikan Khas juga turut digubal bagi melahirkan
pelajar pendidikan khas yang mampu membawa dimensi baru dalam dunia pendidikan. Menyedari
hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar pendidikan khas ini,
berbagai program telah disusunatur sebagai langkah untuk mencapai matlamat di atas.

Penyertaan pelajar samada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar
sekolah merupakan intipati dalam dunia pendidikan khas yang perlu didedahkan kepada pelajar.
Sehubungan dengan itu, satu projek perpustakaan mini ini telah dirangka bagi tujuan di atas
Kewujudan perpustakaan mini atau “mini library”adalah bertujuan untuk memudahkan para
pelajar Pendidikan Khas mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat.Selain itu,kewujudan perpustakaan
mini dapat membantu para pelajar mengisi masa yang terluang dengan perkara yang berfaedah.

NAMA PROGRAM

Projek Perpustakaan mini

CADANGAN PROGRAM

Bulan Mac 2013

TEMPAT

Bilik pengurusan kelas Pendidikan Khas

RASIONAL

a. Memberi info kepada para pelajar tentang isu semasa yang berlaku.

b. Memudahkan para pelajar mencari sumber yang tepat dan terkini ketika berada di sekolah.

c. Mewujudkan satu bilik khas untuk pelajar membaca di sekolah.

MATLAMAT

Projek “Perpustakaan mini” ini diharapkan dapat membuka minda pelajar keperluan khas dalam:

a. Menyertai program yang telah dirancang oleh pihak guru Pendidikan Khas SMK Tengku
Bendahara
b. Mengenal pasti potensi yang ada dalam diri pelajar untuk dijadikan sumber dorongan ke
arah perkembangan sikap positif
c. Memupuk nilai murni dan baik di kalangan pelajar
d. Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang aktif dan cerdas serta suka membaca.

1.0 OBJEKTIF

Projek “Perpustakaan mini” ini dirangka bertujuan agar pelajar-pelajar dapat:

a. Mengembangkan potensi pelajar-pelajar khas dari aspek jasmani,emosi, rohani dan intelek
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara dan juga Falsafah Pendidikan
Khas.
b. Menggalak para pelajar mengulangkaji pelajaran dengan mencari maklumat yang tepat.

c. Memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar.

d. Memudahkan para pelajar yang kurang berkemampuan meminjam buku rujukan daripada
perpustakaan mini.

2.0 PENGANJUR

Unit Kurikulum, HEM & Ko-kurikulum SMK Tengku Bendahara 2013

3.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan Anggaran Perbelanjaan


1. Tikar getah RM 200.00
2. Rak buku RM 300.00
3. Pelbagai buku cerita RM 200.00
4.Kain alas meja RM 120.00
RM 60.00
5.Plastik alas meja
RM 100.00
6.Bunga hiasan
7.1 set Komputer # RM 2,000.00

Jumlah Keseluruhan RM 2,980.00

*Sumber : LPBT
# memohon sumbangan YB

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar-pelajar Kelas Pendidikan Khas.

5.0 CADANGAN AKTIVITI


1. Aktiviti membaca senyap
2. Peminjaman buku
3. Aktiviti bercerita
4. Deklamasi sajak / aktiviti berpantun
6.0 STRATEGI PELAKSANAAN
13.1 Pembentangan Kertas cadangan
13.2 Pembentukan Jawatan kuasa Kerja
13.3 Permohonan Kebenaran Pengetua
13.4 Pengagihan tugas
13.5 Tindakan
13.6 Pelaksanaan
13.7 Postmortem

14.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Achmy bin Awang

Naib Pengerusi I : En. Mohammed Noordin bin Husin

Naib Pengerusi II : Pn. Dayang Asmah bt. Abd. Hamid

Naib Pengerusi III : En. Nik Mohamad bin Yusof

Bendahari :’ Pn. Kartini bt. Yusof

Setiausaha : Pn. Rosmainy bt. Rahim

AJK : Pn. Fatihayah bt. Ismail

En. Mohd. Sani Nazri b. Mohd. Noor

15.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar projek yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dan seterusnya
mendatangkan manfaat kepada pelajar Pendidikan Khas SMKTB. Diharap dengan pengwujudan
perpustakaan mini ini,para pelajar dapat mengunakan masa yang terluang dengan sebaiknya
disamping menggunakan peluang yang ada untuk menambah ilmu pengetahuan. Semoga segala
matlamat yang ingin dicapai mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T dan memperolehi
keberkatanNya.

Saya yang menjalankan tugas, Diluluskan oleh

................................................ ...................................................

(ROSMAINY BT. RAHIM) (ACHMY BIN AWANG)

Setiausaha Pengetua,
Projek Perpustakaan mini SMK Tengku Bendahara,.
Gua Musang.
Lampiran 6-1
NOTA MINTA

Rujukan :
17/2/2013
Tarikh : ____________

Kepada : Pengetua
SMK Tengku Bendahara
Sekolah : ______________________________
Unit Pendidikan Khas
Daripada : ______________________________________

Permohonan Mendapatkan Bekalan Peralatan Bagi Tahun 2013

Berhubung dengan perkara tersebut di atas, diharap dapat tuan meluluskan permohonan
mendapatkan bekalan seperti berikut :-

Catatan oleh
Anggaran Tarikh
Bil Perihal Barang Kuantiti Pengetua/Guru
Harga Diperlukan
Besar

1. Tikar getah 1 RM 200.00 20/2/2013


2. Rak buku 2 RM 300.00
3. Buku cerita 20 RM 200.00
4. Kain alas meja 20 meter RM120.00
5. Plastik alas meja 15 meter RM60.00
6. Bunga hiasan RM100.00

JUMLAH RM 980.00
KESELURUHAN

Peruntukan : _____________________
Subsidiari/Matapelajaran : _____________________
Baki peruntukan semasa : ______________________

Sekian, terima kasih.


Yang Benar,
Permohonan di atas
Diluluskan/tidak diluluskan

…………………………………
(Nama :__________________ ) ……………………………………
Tarikh : _____________ (Nama :__________________ )
Tarikh : _____________

You might also like