You are on page 1of 6

Pendidikan Jasmani merupakan subjek teras di setiap sekolah yang

mananya tidak diabaikan kerana subjek ini melibatkan ketahanan fizikal dan
mental malahan kita juga boleh melibatkannya dengan pendekatan rohaniah.
Namun bagaimana pula dengan gerak kerja pendidikan jasmani di sekolah
rendah yang kesemua pelajarnya lingkungan 7 tahun hingga 12 tahun?
Lingkungan umur tersebut merupakan lingkungan untuk mempelajari sesuatu
yang baru. Ketika ini kanak-kanak suka akan sesuatu yang baharu malahan
mereka juga akan lebih dekat dengan alam jika dipupuk. Hal ini disebabkan
pertumbuhan mereka seiring dengan perkembangan otak dan minda mereka
yang ingin mengenali dunia. Oleh sebab itu, permainan kecil amat sesuai
untuk mereka kerana permainan kecil tidak melibatkan terlalu banyak
pergerakan malahan bertujuan untuk menyihatkan tubuh badan dan otak
serta meningkatkan keseronokan murid. Aplikasi permainan kecil ini
melibatkan penggunaan bahan dan juga hanya menggunakan tempat yang
sederhana sahaja. Setiap permainan kecil tersebut hendaklah berasaskan
TGFU iaitu Teaching Games For Understanding. TGFU mempunyai empat
asas yang mana telah diterokai oleh Rod Thorpe dan David Bunker sekitar
tahun 1970-an dan awal 1980-an. Perkembangan penggunaan asas TGFU ini
semakin berkembang hingga hari ini setelah beberapa kajian dan sebab
relevan dalam aplikasi TGFU. Maka, pendidikan jasmani yang sesuai untuk
kanak-kanak ialah permainan kecil. Namun, permainan tersebut hendaklah
berasaskan Teaching Games For Understanding yang mana ianya boleh
membantu pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental kanak.

Terdapat kebaikan permainan kecil kepada kanak-kanak. Antaranya


ialah permainan kecil dapat memberi peluang kanak-kanak untuk meneroka
permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan
mereka, kaedah ini lebih sistematik berbanding kaedah pengajaran yang
sedia ada, permainan kecil mencakupi semua aspek yang perlu diterapkan
kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat menerokai permainan yang
diubahsuai secara berperingkat. Model TGFU yang menggunakan
pendekatan latihan taktikal adalah lebih menyeluruh bagi mewujudkan
pemain yang berkesan, sesuai untuk murid dalam pelbagai kumpulan
kemahiran, dapat menggalakkan murid berfikir secara kreatif, bijak membuat
keputusan tentang pemilihan taktik,bekerjasama sesama pemain dan dapat
menguasai kemahiran sukan (Ho, 2003; Light & Fawns, 2003 ) dapat
memberi peluang kanak-kanak meneroka permainan yang telah ubahsuai
berdasarkan umur dantahap pengetahuan mereka, kaedah ini lebih sistematik
berbanding kaedah pengajaran yang sedia ada, ia mencakupi semua aspek
yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat
menerokai permainan yang diubahsuai secara berperingkat.

Permainan kecil amat penting dalam pertumbuhan kanak-kanak.


Permainan kecil merupakan hal yang menyeronokkan dan mencergaskan
minda. Hal ini kerana program seperti permainan kecil ini menolong dalam
pembangunan kemahiran asas motor seperti berlari dan melompat.
Permainan kecil juga meningkatkan daya kemahiran khusus sukan seperti
melontar, menangkap dan menyepak. Tambahan pula, menurut Eisen (1998),
kanak-kanak jika ditinggal akan bersendirian dengan apa sahaja alat
permainan, mereka akan bermain dengan alat-alat tersebut. Permainan kecil
ini perlu diwarisi oleh guru dan ianya juga berlaku dalam keadaan
berkelompok.
Matlamat
Permainan yang mempunyai peranan dalam PJ, bagi murid-murid
sekolah rendah. Objektif jangka pendek adalah untuk keseronokan dan
hiburan, tetapi permainan ini dapat memberi sumbangan yang baik dan
berkesan terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan kesan sosialnya.
Permainan kanak-kanak semasa PJ di sekolah merupakan kegiatan yang
dipimpim dan diawasi oleh guru, sentiasa dengan kawalan yang rapi.
Menerusi permainan kanak-kanak, murid-murid dapat membina sifat jasmani
dan sosial seperti yang diinginkan. Kepantasan daya tahan, kekuatan,
ketangkasan, kemahiran, dan ‘game sense’ adalah beberapa contoh sifat
jasmani yang diperlukan. Ini dapat membantu murid dalam mengenal pasti
bakat kebolehan murid tersebut. Guru mudah membuat pengurusan dan
mengelolakannya murid yang aktif akan dapat menguasai kemahiran asas
permainan dalam sukan.
Murid-murid dapat melalui permainan kanak-kanak ialah mereka akan
memahami aktiviti di persekitaran mereka, dan mereka belajar melalui
penglibatan secara terus untuk memperoleh pengalaman. Permainan kecil
akan membantu murid dalam pembentukan personaliti melalui kerjasama,
sifat mahu berkongsi, boleh mengikut peraturan, ada inisiatif dan kesedaran
tentang kebersihan diri dan keselamatan persekitaran. Permaian kecil dapat
meningkatkan kebolehan fizikal murid dari aspek perkembangan motor halus
dan motor kasar. Selain itu, permainan kecil dapat membantu murid
memperkembangkan fizikal serta meningkatkan keyakinan diri. Murid
berpeluang mengenal persekitaran fizikal mereka dari segi saiz, ben, warna
berat, tekstur, dan jenis. Permainan kecil merupakan satu tempat atau satu
cara meluahkan perasaan – gembira, marah, geram dan sebagainya. Ia juga
boleh mengembangkan kebolehan kreatif sama ada menyelesaikan masalah
dalam permainan. Permainan kecil dianggap sebagai latihan untuk
menyelesaikan masalah dengan pelbagai percubaan. Permainan kanak-
kanak merupakan tempat atau kaedah berkomunikasi dan berinteraksi.
Kepentingan TGFU
Permainan kecil dapat memberi ruang dan peluang kepada murid-
murid. Keterlibatan sepenuhnya dalam membuat keputusan, menyelesaikan
masalah dan merangka pelan untuk menguasai kemahiran supaya dapat
menguasai permainan. Memberi murid-murid peluang membuat keputusan
berdasarkan pehamanan mereka terhadap permainan itu tanpa campur
tangan guru. Guru bertindak sebagai pembimbing sahaja.
Memberi peluang kepada murid-murid agar menghargai keseronokan
bermain di dalam kumpulan sambil menggunakan kreativiti dan mengekalkan
minat belajar. Menurut Almy (1964, Fagen) , kanak-kanak bermain dengan
diarah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Ia dapat
membebaskan murid-murid daripada rasa bosan semasa sessi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.
Membentuk persekitaran pembelajaran yang kondunsif semasa aktiviti
bermain dijalankan. Membebaskan murid-murid mencorak tahap
bekerjasama dan meningkatkan keyakinan diri dan kumpulan. Contohnya di
dalam model TGFU berbentuk serangan.
Transformasi kemahiran berasaskan teknik penyelesaian taktikal boleh
dilaksanakan oleh murid-murid di dalam situasi permainan sebenar tanpa
terikat dengan kekangan permainan berdasarkan corak dan pengajaran
struktur yang berdasarkan kandungan (structured lesson) atau skill based. Ini
kerana kaedah ini adalah bebas dan tidak terlalu banyak peraturan.
Terdapat tiga objektif utama yang telah disenaraikan oleh Bucher dan
Thaxton (1979):
1. Objektif Pembangunan Kemahiran Motor.
 Membangunkan kemahiran lokomotor.
 Membangunkan kemahiran bukan lokomotor.
 Membangunkan kemahiran pengawalan bola.
 Membangunkan kecergasan fizikal.

2. Objektif Pembangunan Kognitif


 Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan.
 Menolong dalam pemahaman peraturan.
 Menggalakkan kreativiti dan imaginasi.
 Menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.

3. Objektif Pembangunan Afektif-sosial.


 Mempelajari hidup bersama dengan orang lain dalam situasi sosial.
 Menggalakkan keadilan.
 Menggalakkan mematuhi peraturan-peraturan.
 Membangunkan semangat kesukanan yang baik.
 Membangunkan kualiti kepimpinan.
 Membangunkan semangat kerjasama.

CIRI-CIRI PENTING DALAM PERMAINAN KECIL


1. Memerlukan kemahiran-kemahiran asas.
2. Mengandungi peraturan-peraturan yang minimum.
3. Sedikit atau tiada alat yang digunakan.
4. Tudak menggunakan masa yang panjang.
5. Ruang permainan yang sederhana atau kecil.
6. Perjalanan permainan data diubahsuai.
7. Senang untuk dijalankan.
Kesimpulannya
Kesimpulannya, permainan kecil merupakan sesuatu permainan yang
patut dipopularkan pasa masa kini. Oleh itu, adalah menjadi keperluan bagi
individu untu mempopularkan semula permainan kecil kepada generasi
sekarang. Dengan adanya pengubahsuaian dalam permainan kecil,
diharapkan generasi muda akan tertarik untuk mendalami permainan kecil. Di
samping dapat mempopularkan semulan permainan tradisional, permainan ini
akan dapat memahirkan seseorang individi seperti kemahiran menahan bola,
membaling bola dan menimbang bola. Permainan ini juga dapat menguji
ketahanan fizikal seseorang dan kemahiran dalam sesuatu permainan. Hal ini
akan menyebabkan seseorang itu boleh mengajar pelbagai kemahiran dalam
satu masa. Sebagai generasi muda, kita haruslah mempopularkan semula
permainan kecil ini agar tidak terus dilupakan oleh generasi akan datang.
Sebagai seseorang guru, mendidik generasi muda untuk mempelajari
permainan kecil adalah menjadi tanggungjawab kerana tanpa guru mereke
tidak dapat untuk mempelajari ilmu yang sangat bermanfaat ini.
Kesimpulannya melalui permainan kecil guru dapat menyediakan peluang
kepada murid untuk mengasah minda disamping merancang strategi serta berfikir
secara sepakat.. Semasa permainan, murid sentiasa bekerjasama dalam pasukan bagi
mempertahankan pihak masing-masing. Ini membantu mereka berjuang dengan penuh
semangat kesukanan. Murid juga dapat menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri mereka serta embentuk sahsiah, disiplin serta
jati diri murid. Sebagai guru kita harus merancang dan menyediakan peluang yang
baik untuk murid bermain disamping membantu dalam perkembangan yang
menyeluruh. Badan yang sihat membantu minda yang cerdas.

You might also like