You are on page 1of 5

Advertisement

Jalan raya
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jalan raya di Jepun

Jalan raya ialah jalan besar atau main road yang menghubungkan satu kawasan dengan
kawasan yang lain. Biasanya jalan besar ini mempunyai ciri-ciri berikut:

 Digunakan untuk kenderaan bermotor


 Digunakan untuk orang awam
 Dibiayai oleh badan awam
 Pengunaannya tertakluk kepada undang-undang pengangkutan

Secara umumnya sistem jalan raya bagi sesebuah negara diklasifikasikan kepada:-

 Lebuhraya
 Jalan raya kebangsaan ataupun laluan persekutuan
 Jalan raya negeri atau wilayah
 Jalan perbandaran
 Jalan-jalan lain termasuk jalan kampung dan jalan estet

Di sini harus diingatkan bahawa bukan semua jalan yang dapat dilalui oleh kenderaan
bermotor itu jalan raya. Contohnya denai-denai di dalam estet. Di Malaysia jalan raya yang
sah haruslah diwartakan oleh pihak bekuasa.

Isi kandungan
 1 Pembinaan
 2 Penyalinan laluan
 3 Penjagaan
 4 Perekonomian jalan raya
 5 Pemanduan di sebelah kanan atau kiri
 6 Istilah am jalan raya
 7 Lihat juga
 8 Pautan Luar
Pembinaan

Secara asasnya, pembinaan jalan raya adalah proses pembukaan ruangan-trafik yang
mengatasi pelbagai rintangan geografi. Proses ini melibatkan pengalihan muka bumi,
pembinaan jambatan dan terowong, malah pengalihan tumbuh-tumbuhan(Ini mungkin
melibatkan pengnyahhutanan). Pelbagai jenis jentera-bina-jalan akan digunakan untuk proses
ini.

Muka Bumi harus diuji untuk melihat sama ada ia mampu untuk menampung keberatan
kenderaan. Seterusnya, jika perlu, tanah yang lembut akan diganti dengan tanah yang lebih
keras. Lapisan tanah ini akan dianggap sebagai lapisan asasan. Seterusnya di atas lapisan
asasan ini akan dilapisi dengan satu lapisan lagi yang dipanggil lapisan muka. Biasanya
lapisan muka adalah terbina daripada Tar ataupun konkrit.

Pengaliran air merupakan salah satu faktor yang harus diambil kira dalam pembinaan jalan
raya. Air yang menakung di atas jalan raya selepas hujan bukan sahaja akan membahayakan
pengguna jalan raya, malah ia kan menghakis dan sekali gus merosakkan struktur jalan raya.
Daripada itu permukaan jalan raya sebenarnya tidak betul-betul rata, sebaliknya mempunyai
landaian yang berarah ke longkang di tepi. Daripada itu, air akan mengalir ke longkang
secara semula jadi.

Selepas itu retroflector akan dipasang di tempat-tempat yang genting seperti selekoh yang
tajam. Di permukaan jalan mungkin juga akan diletak "mata kuching", yakni sejenis objek
bersinar seperti batu yang "ditatahkan" di atas jalan raya. Fungsinya adalah untuk
menandakan sempadan laluan.

Penyalinan laluan
Apabila sesebuah jalan raya tunggal dinaiktaraf kepada jalan raya kembar atau lebuh raya
dengan membina laluan kedua bersebelahan laluan asal, proses tersebut dikenali sebagai
penyalinan laluan atau proses kembaran. Laluan dua hala asal menjadi laluan sehala,
manakala laluan bersebelahan juga menjadi laluan sehala tetapi bertentangan arah. Ia samalah
seperti menaik taraf landasan kereta api daripada landasan tunggal kepada landasan
berkembar.
Penjagaan
Seperti semua bangunan/binaan lain, kualiti jalan akan merosot dengan masa. Rekahan dan
lubang akan terjadi. Namun terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan jalan rosak dengan
cepat:

 Kualiti jalan yang kurang, contohnya tiada sistem saliran yang cekap atau lapisan tar
yang terlalu nipis.
 Berat kenderaan melebihi kapasiti, sama ada kerana jumlah trafik yang banyak atau
digunakan oleh kenderaan yang lebih muatan.

Perekonomian jalan raya


Jalan raya boleh meningkatkan kegiatan ekonomi di suatu tempat kerana ia boleh
meningkatkan ketersampaian sesuatu penempatan. Dengan adanya jalan raya, komoditi boleh
mengalir ke dalam pasaran penempatan dan hasil ekonomi sesuatu penempatan boleh dijual
kepada pasaran luar-tempatan. Selain itu, jalan raya juga membentuk ekonomi trafik di
sepanjang laluannya. Contohnya, di penengahan laluan jalan raya utama yang
menghubungkan bandar-bandar besar, penduduk tempatan boleh mengadakan peniagaan
makanan kepada pemandu lori yang kerap lalu di situ. Satu contoh yang baik bagi ekonomi
trafik boleh dilihat di pekan Machap, Johor Malaysia. Sehubungan itu, Machap telah menjadi
tempat istirehat bagi bas jarak-jauh kerana adanya fasiliti istirehat yang lengkap di situ dan
juga kedudukannya yang terletak di laluan Lebuhraya Utara Selatan. Di Machap,
penumpang-penumpang bas akan membelanjakan wang untuk perkhidmatan restoran dan
juga perkhidmatan tandas.

Ekonomi Trafik-Istirehat seperti yang berlaku di Machap sebenarnya tidak hanya bergantung
kepada lokasi dan juga fasiliti. Apa yang lebih penting ialah hubungan pihak peniaga restoran
dengan pemandu bas. Untuk menarik lebih banyak pemandu bas datang ke mari bersama
penumpangnya, peniaga restoran boleh membeli hati pemandu bas dengan menyediakan
makanan dan rokok yang percuma kepada pemandu bas. Tetapi cara yang paling berkesan
ialah berhubung terus dengan Syarikat Bas supaya menjadikan sesuatu tempat sebagai tempat
istirehat yang rutin.

Pemanduan di sebelah kanan atau kiri


Papan tanda "ikut kiri" di Australia

Aliran lalu lintas ke hadapan adalah bergantung kepada sesebuah negara sama ada di sebelah
kanan ataupun kiri. Di negara yang mengamalkan sistem pemanduan sebelah kiri seperti
Malaysia, ciri-ciri jalan rayanya adalah seperti berikut:-

 Tempat duduk pemandu di dalam kenderaan adalah di sebelah kanan


 Pemandu memandu ke hadapan dengan mengikut lorong kiri
 Lalu lintas dari hadapan berada di lorong kanan
 Arah pusingan bulatan adalah mengikut arah jam
 Kebanyakan lampu isyarat berada di sebelah kiri
 Pejalan kaki berjalan menghadap lalu lintas iaitu di sebelah kanan jalan
Sejumlah 34% daripada jumlah pemandu di sebelah dunia memandu di sebelah lorong kiri
manakala 66% lagi di sebelah lorong kanan.

Istilah am jalan raya


 Bahu jalan - bahagian tepi jalan raya yang tidak berturap dan tidak dilalui lalu
kenderaan.
 Bottleneck - bahagian jalan yang mempunyai keupayaan trafik yang lebih rendah
daripada bahagian lain pada jalan tersebut.
 Chicane - selekoh patah berbentuk S.
 Genting - titik rendah di kawasan banjaran gunung yang memudahkan pemandu
merentasi banjaran gunung tersebut.
 Jalan lingkaran - jalan raya yang mengelilingi sesuatu kawasan seperti pusat bandar.
 Jalan pintasan - jalan raya yang mengelak atau memintas kawasan bandar, atau
sekurang-kurangnya bahagian sibuk di sesebuah bandar.
 Jalan raya kembar - jalan raya yang mempunyai pembahagi jalan yang memisahkan
aliran lalu lintas bagi kedua-dua arah yang bertentangan. Rekabentuk jalan raya
berkembar merupakan rekabentuk asas yang digunakan dalam pembinaan lebuh raya.
 Jalan raya tunggal - jalan raya biasa yang tidak mempunyai pembahagi jalan.
Merupakan rekabentuk asas bagi sesebuah jalan raya.
 Jalan semua musim - jalan tidak berturap yang dibina daripada bahan khas yang
tidak menghasilkan lumpur selepas hujan.
 Keselamatan Jalan Raya - proses bagi mengurangkan kematian atau kecederaan
akibat kemalangan jalan raya melalui program kesedaran serta penguatkuasaan.
 Kod laluan - kod yang dikhaskan untuk setiap jalan raya atau lebuh raya.
 Laluan persekutuan - jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara
sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.
 Laluan persendirian - jalan raya atau lebuh raya yang dimiliki oleh sesebuah
syarikat, organisasi ataupun orang persendirian.
 Laluan negeri - jalan raya atau lebuh raya yang dibiayai dan diselenggara
sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
 Lampu isyarat - alat penunjuk isyarat bagi menandakan aturan dan masa yang
selamat untuk melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok kanan atau
kiri.
 Lebuh raya - jalan raya utama berkelajuan tinggi dengan sekurang-kurangnya 4
lorong (2 bagi setiap arah laluan) yang dipisahkan oleh pembahagi jalan serta hanya
boleh dicapai melalui persimpangan bertingkat.
o Sistem Lebuh Raya Malaysia - sistem rangkaian lebuh raya ekspres di
Malaysia di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia
 Lintasan pejalan kaki - kawasan khas pada sesuatu jalan raya untuk membantu
pejalan kaki melintas jalan.
 Pemantul jalan - alat pemantul cahaya yang dilekatkan pada jalan raya, juga digelar
sebagai "mata kucing".
 Pembahagi jalan - ruang pemisah antara 2 aliran trafik yang bertentangan di
bahagian tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan boleh jadi tembok
konkrit, rel pengawal ataupun ruang tanah kosong yang lapang.
 Penunjuk jarak atau batu jalan - siri penanda jarak perjalanan yang diletakkan
setiap 1 km (bagi jalan raya) atau 100 m (bagi lebuh raya).
 Rel pengawal - rel keluli ataupun kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan
pemandu daripada terbabas daripada jalan.
Lihat juga
 Keselamatan Jalan Raya
 Salah Laku Jalan Raya

Pautan Luar

You might also like