You are on page 1of 6

SKEMA BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PENGGAL 1 TINGKATAN 5

SOALAN 1 (RUMUSAN)
Pendahuluan: Petikan merumus tentang faedah/ kebaikan pendermaan organ di Malaysia
[2 markah]

Isi tersurat
S1: Dapat menghilangkan penderitaan yang ditanggung pesakit.
S2: Doktor dapat menyelesaikan masalah perubatan pesakit.
S3: Membolehkan sistem badan pesakit dapat berfungsi secara normal semula.
S4: Pembedahan pemindahan organ yang berjaya akan memberikan harapan baru kepada
pesakit untuk terus hidup.
S5: Kewujudan bank organ dapat direalisasikan di negara ini.
S6: Pesakit tidak perlu menunggu lama untuk menjalani pembedahan.
S7: Mengurangkan risiko kematian awal yang menghantui pesakit.
S8: Dapat meniktiraaf kualiti dan kecekapaan pakar perubatan tempatan.
S9: Membuktikan betapa tingginya nilai kemanusiaan dalam diri kita.

Isi tersirat:
T1: Sukar mendapat penderma.
T2: Ada kalanya organ yang didermakan tidak bersesuaian dengan pesakit.
T3: Kurang pemahaman rakyat tentang pendermaan organ menyebabkan mereka tidak mahu
jadi penderma
T4: Bagi sesetengah orang menganggap pendermaan organ bertentangan dengan agama
T5: Kekhuatiran mendatangkan kesan sampingan kepada kesihatan penderma

* terima mana-mana pilihan jawapan yang sesuai

Kesimpulan Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong saranan pendermaan organ di negara
kita agar rakyat dapat hidup sejahtera [2 markah]

Soalan 2 (a) Petikan Umum

i. Maksud rangkai kata menghadapi kesan sampingan [2 markah]

ii. Tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh pakar bedah semasa melakukan pembedahan [3markah]
 mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarga atau waris terdekat penderma.
 organ yang dipindahkan tidak boleh dijadikan barang dagangan untuk urusan jual beli
 pemilihan penderma dan pesakit yang tepat seharusnya diutamakan untuk mengelakkan
kegagalan pemindahan organ dapat dielakkan.

iii. Usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk menyedarkan rakyat agar menderma organ.
[4markah]
 Memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kebaikan menderma organ.
 Menyiarkan maklumat pesakit yang memerlukan pembedahan pemindahan organ.
 peranan media televisyen menyiarkan program/dokumentari tentang pendermaan organ
 meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang pendermaan organ- organ badan adalah
milik Tuhan diberikan kepada kita hanyalah sebagai pinjaman

1
Soalan 2 (b) Petikan Cerpen (Pahlwan Buntung)

i. Arahan tentera Jepun:


 menguburkan mayat-mayat tentera dan orang mati
 dipaksa menggali kubur besar [maksimum 2 markah]

ii. Ciri-ciri:
 berani untuk mempertahankan hak
 bijak dalam mengatur strategi
 sesuatu tindakan diambil secara rasional
 tidak pernah berputus asa [maksimum 3 markah]

iii. Nilai kemanusiaan dalam petikan:


 Keberanian. Contoh: Pak Husain berani melarikan diri daripada tawanan tentera Jepun
 Bertanggungjawab. Contoh: Pak Husain bertanggungjawab melindungi orang-orang
kampung daripada tentera Jepun.

Nilai kemanusiaan dalam cerpen:


 Kasih sayang. Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain ketika mereka
berpindah.
 Patriotisme. Contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk
mempertahankan tanah air.
[maksimum 4 markah]

Soalan 2(c) Prosa: Hikayat Khoja Maimun


i. Maksud - Memberikan semua keinginan [Maksimum : 2 markah]

ii. Pesanan
 Selalu berdoa kepada Allah S.W.T
 Bermuafakat dengan kedua-dua unggas itu
 Banyak dugaan di dunia [Maksimum : 3 markah]

iii. Untuk memastikan keselamatan isteri


 Tinggal bersama ibu bapa / keluarga
 Berpesan kepada jiran tetangga untuk membantu
 Memasang alat-alat keselamatan di sekitar rumah
 Sentiasa berdoa kepada Tuhan (Pilih 3 isi sahaja) [Maksimum : 3 markah]

2
Soalan 2(d) Pantun
i. Sifat-sifat orang yang beriman
- sentiasa bersifat sabar
- tidak mudah termakan hasutan iblis [Maksimun :2 markah]

ii. Faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat
 longgarnya pegangan agama
 kurang jati diri
 pengaruh budaya asing
 pengaruh media dan teknologi
 suka hiburan [Maksimun : 3 markah]

iii. Satu pengajaran dalam rangkap pertama


 Kita hendaklah melawan hasutan iblis agar akhlak terpelihara. Contohnya pengarang
menyatakan mereka yang beriman akan terhindar daripada godaan iblis.

Satu pengajaran dalam rangkap ketiga


 Kita hendaklah memelihara kedaulatan bahasa ibunda agar martabatnya sentiasa
terpelihara. Contohnya pengarang menyatakan kebudayaan Timur semakin dinodai budaya
Barat. [Maksimun : 4 markah]

Soalan 3 [Markah penuh : 35 markah]

(i) rancang – diatur/ tumbuhan/ditajamkan di hujung.


 Segala pembangunan perlu kita rancang dengan teratur supaya membawa kebaikan
bersama.

(ii) merancang – mengatur terlebih dahulu


 Pihak kerajaan telah merancang projek itu supaya industri peternakan itu tidak menjejaskan
alam sekitar.

(iii) terancang – sudah disediakan mengikut rancagan


 Pembangunan yang terancang dapat menjamin perkembangan negara yang mesra alam
sekitar.

(iv) perancang – orang yang merancang


 Pil perancang merupakan salah satu cara mencegah kehamilan.

(v) rancangan – sesuatu yang dirancang/ program/ persiapan/ muslihat


 Ayah sedang menonton rancangan bual bicara yang ditayangkan di televisyen.

(vi) perancangan – perbuatan/ usaha merancang sesuatu.


 Perancangan pembangunan bandar itu perlu mengambil kira semua aspek sosial kita.

[6 markah]

3
Soalan 3(b) Cerakinkan setiap ayat majmuk

1. Pihak PBB perlu mengharamkan penggunaan senjata nuklear oleh negara maju.
2. Pihak PBB perlu mengharamkan penggunaan senjata nuklear oleh negara membangun.
3. Langkah itu perlu diambil.
4. Dunia akan terselamat daripada bencana.
5. Bencana itu seperti yang menimpa Hiroshima.
6. Bencana itu seperti yang menimpa Nagasaki.

[6 markah]
Soalan 3 (c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

(i) efisyen – efisien


disayang – disayangi

(ii) Ramadhan - Ramadan


Puasa - berpuasa

(iii) menunton - menuntun


melintaskan – melintasi
[6 markah]
Soalan 3 (c) Kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa
(i) kekacauan – keruntuhan
semakin hari makin – semakin hari semakin / makin hari makin

(ii) memotong - menebang


demi untuk- demi / untuk

(iii) profesion – profesional


dikagumi oleh saya – saya kagumi
[6 markah]

(e) Peribahasa
(i) Harapkan pagar, pagar makan padi.
(ii) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri.
(iii) Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [6 markah]

4
Soalan 4 : Novel

a) Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama.

Kabus di Perbukitan

 Cabaran berpisah dengan ahli keluarga. Setelah ibu bapanya bercerai, Faridah terpaksa
berpisah dengan adik kembarnya Rahayu. Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya manakala
Rahayu mengikut ayahnya dan ibu tirinya, Hamidah.

 Cabaran menghadapi kehilangan orang tersayang. Faridah kehilangan adik kembarnya,


Rahayu akibat penyakit kanser, selang beberapa tahun dia kehilangan ibunya akibat terlalu
merindui arwah Rahayu. Akhirnya, suaminya Ghazali turut meninggal dunia akibat ditimpa
kemalangan.

 Cabaran hidup seorang diri di bumi asing. Setelah kematian Rahayu, ibunya Salmah dan
suaminya Ghazali, Faridah meneruskan hidup bersendirian. Selepas itu, dia membawa diri
ke New Zealand kerana mengikuti Kursus ‘Comunitty Services for Disable People’ selama
enam bulan. Faridah terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di bumi asing.

 Cabaran putus tunang. Faridah terpaksa menerima hakikat, Azman telah memutuskan
pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebab. Hasrat Faridah
untuk bertemu dengan Azman bagi mendapatkan penjelasan tidak kesampaian kerana dia
ditimpa kemalangan.

Novel Melunas Rindu

 Cabaran sebagai saudara baru. Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu
agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat
secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau
untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari
kayu api di hutan.

 Cabaran mencari ibu kandungnya.


Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan
pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk
bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih
meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada
ayahnya, Robert Lim.

 Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat. Fuad tabah menghadapi sikap Mak
Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu,
Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad
walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah
sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.

 Cabaran berpisah dengan orang tersayang. Fuad menghadapi cabaran kerana


terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.

[ 7 markah]
5
b) Berdasarkan kedua-dua novel yang anda kaji, nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam
setiap novel.

Kabus di Perbukitan

 Sayang akan bangsa dan tanah air. Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai Besar ,
Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand.
 Keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak. Perpisahan Salmah
dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka
tidak bertemu lebih dari 20 tahun
 Kasih sayang antara ibu, ayah dan anak Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar
walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun.
 Kepentingan agama dalam kehidupan. Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat
walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun.

Novel Melunas Rindu

 ketaatan seorang saudara baru kepada perintah agama. Fuad sentiasa menunaikan solat
secara berjemaah. Fuad belajar mengaji dengan tunjuk ajar Pak Ismail sementara
menunggu waktu Isyak ( belum tiada pengetahuan asas kerana baru memeluk Islam )
 sikap mengenang budi. Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya , Mei
Lan dan Ah Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya , Peter Lim yang telah
membesarkannya selama ini.
 sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Farhana
melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia
dengan penuh tanggungjawab dengan mengadakan program yang sesuai / mesyuarat dan
sebagainya sesuai sebagai ketua . Farhana berkelulusan ijazah pendidikan dari London
 keikhlasan dalam memberikan pertolongan. Fuad membantu Borhan membawa anaknya
yang demam panas ke klinik walaupun sudah lewat malam. Pak Said menawarkan diri
menemani Fuad mencari pusara ibunya di Lembah Klau

[8 markah]

You might also like