You are on page 1of 21

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

MANUAL KERJA KURSUS


PENGAJIAN PERNIAGAAN KERTAS 4 (946/4)
STPM 2018

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia 2018

0 TERHAD
TERHAD

Kandungan

Bil Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 2

2.0 Objektif Penilaian 2

3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2

3.1 Arahan Am 2

3.2 Tanggungjawab Pengetua 2

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan 3


Kerajaan

3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 4

3.5 Tanggungjawab Calon 5

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 6

5.0 Format Penulisan 7

6.0 Struktur Penulisan 8

7.0 Penskoran Markah 9

8.0 Skema Penskoran Markah 9

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon 10

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 11

11.0 Format Penulisan 12

12.0 Struktur Penulisan 12

Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14

Lampiran 16-20

1 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan

Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang dinilai
sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada tarikh yang
ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang akan diberikan
penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir untuk membuat
pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan
diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.

2.0 Objektif Penilaian

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada dalam
sebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes
berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus

3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada calon
sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon
persendirian individu.
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya sebanyak dua kali dalam satu
penggal kerja kursus.
3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk Kerja
Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai fail
kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang
ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh guru
mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan
3.2.6 Mengesahkan markah penulisan kerja kursus yang diperoleh calon dengan
menandatangani Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK)
2 TERHAD
TERHAD

3.2.7 Memastikan guru menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) ke MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu
selepas penghantaran markah dalam e-submission
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.3.3 Menandatangani borang akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) dan
menyerahkannya kepada Jurulatih Utama semasa taklimat kerja kursus, untuk
dihantar kepada MPM (u.p En. Kamarudin bin Kusni)
3.3.4 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.5 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.6 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.7 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.8 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat
dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.9 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.10 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh
membaiki hasil kerja
3.3.11 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.12 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
secara individu
3.3.13 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.3.15 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.16 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.3.17 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.18 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa

3 TERHAD
TERHAD

membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.3.19 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.3.20 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah
calon yang baharu
3.3.21 Mendapatkan pengesahan daripada Pengetua dan menghantar markah kerja kursus
Pengajian Perniagaan calon kepada MPM (up. En. Kamarudin bin Kusni) dengan
menggunakan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKKC)
(Lampiran 5). Kegagalan guru menghantar markah kerja kursus calon akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan
dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.22 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika
mentaksir kerja kursus calon
3.3.23 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.24 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.25 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.26 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi setiap
calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
3.3.27 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-
submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar markah
kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja
kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.28 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi
setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama
enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan
3.4 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta
3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan
menjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus Pengajian
Perniagaan
3.4.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM dan
memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon
3.4.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:
(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan
(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan
(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan
3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon
semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah
3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

4 TERHAD
TERHAD

3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduan dan
tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Kerja Kursus
3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus
mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja
kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru
berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.
3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data atau
maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus
3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat
3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan
kerja kursus
3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah.
Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang
telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1).
3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa
membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus.
3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan
calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
3.5 Tanggungjawab Calon
3.5.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib
melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.
3.5.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga
sehingga tamat penggal tersebut.
3.5.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan
kajian.
3.5.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
bagi mencari dan mengumpul data.
3.5.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian
mestilah disediakan secara individu.
3.5.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu
menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang
diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.5.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat
bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

5 TERHAD
TERHAD

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Perancangan dan
Tarikh Tindakan guru Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti

Tugasan kerja kursus • Taklimat tugasan kerja • Menerima arahan tugasan.


27 April diterima kursus kepada calon (sila Semak
2018 rujuk manual kerja http://www.mpm.edu.my
kursus) • Memahami skop tugasan
kerja kursus
• Merancang jadual kerja

27 April Taklimat PN dengan • Menghadiri taklimat


hingga Guru Tingkatan 6 tersebut dan memberikan
27 Mei sepenuh perhatian
2018 semasa taklimat
berlangsung

28 Mei Persiapan awal • Membincangkan dan Membuat persiapan awal:


hingga sebelum menjalankan membimbing pemilihan
• Keperluan kewangan
1 Jun 2018 kerja kursus tajuk dan jadual kerja
• Pengesahan sekolah dan
• Menyediakan surat-
kebenaran penjaga
menyurat
• Perancangan kerja
• Menjelaskan pelajar
• Penyediaan peralatan dan
tentang elemen
instrumen seperti borang
kemahiran insaniah (soft
soal selidik
skills) yang akan dinilai
• Mengenal pasti sumber
• Menjelaskan item-item
rujukan, seperti sumber
yang dinilai dalam
sekunder, sumber Internet,
penulisan laporan kerja
dan sumber-sumber lain.
kursus
• Membimbing pelajar • Mengumpul data dan
4 Jun Penyediaan dan
sepanjang penghasilan maklumat melalui
hingga penulisan laporan
KK pemerhatian, pencerapan,
2 Sept. Kerja kursus untuk sesi
• Membantu penyelesaian pengukuran, temu bual dan
2018 penilaian
masalah yang timbul kaji selidik
• Memantau • Memperoleh data dan
perkembangan tugasan maklumat dari sumber
• Membimbing calon sekunder Menyusun
untuk menulis laporan dapatan (data dan
mengikut format yang maklumat) mengikut
ditetapkan keutamaan dan struktur
• Membaiki kelemahan tugasan
dan membimbing calon • Memproses, mentafsir,
membuat menganalisis, dan
penambahbaikan merumus data dan
maklumat
• Mempersembahkan data
dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai, seperti
peta lokasi, jadual, graf,
carta, dan lain-lain
• Membincangkan dapatan
hasil kajian dan
menghubung kait dengan
prinsip dan teori yang
dipelajari
6 TERHAD
TERHAD

Perancangan dan
Tarikh Tindakan guru Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti

• Berlatih membuat
pembentangan mengikut
format yang sesuai

3 Sept. Sesi pembentangan • Memeriksa dan memberi • Hantar laporan bertulis


hingga dan penilaian markah laporan kerja • Sesi pembentangan
21 Sept. kursus dan (10 minit hingga 15 minit
2018 pembentangan sahaja untuk setiap calon)

22 Sept. Penskoran kerja • Menghantar markah ke


hingga kursus dan hantaran MPM
22 Okt. markah ke MPM
2018

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan)

5.0 Format Penulisan

5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
5.5 Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna peach (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.

7 TERHAD
TERHAD

6.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data
primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal
selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam
kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan
laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi
justifikasi penggunaannya.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
Calon diminta untuk:
(i) menghitung nisbah kewangan,
(ii) mentafsir dapatan daripada pengiraan tersebut,
(iii) membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan
(iv) menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran
yang relevan.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang
relevan sahaja

8 TERHAD
TERHAD

7.0 Penskoran markah

Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon. Calon
mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yang dikemukakan
sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian bagi calon
sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran berkenaan.
Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksa yang dilantik
oleh MPM.

8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus

Bil. Kriteria Markah

1 Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3

2 Objektif kajian 2

3 Latar belakang kajian 6

4 Kaedah kajian 7

5 Dapatan kajian dan perbincangan

(i) Susunan dan kekemasan laporan 10


(ii) Kecukupan, ketepatan, dan kesesuaian maklumat 15
(iii) Analisis dan pentafsiran 15
(iv) Gaya dan bahasa 5

6 Rumusan kajian, cadangan, dan penutup 10

7 Rujukan 3

8 Lampiran 3

9 Pembentangan

(i) Kerelevanan 2
(ii) Soal jawab 2
(iii) Kebahasaan 2
(iv) Kreativiti 2
(v) Keterampilan 2

10 Kemahiran manipulatif 5

11 Kemahiran insaniah 6

JUMLAH MARKAH 100

9 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon


9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan.
9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tiga
sehingga tamat penggal tersebut.
9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.
9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi
mencari dan mengumpul data.
9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah
disediakan secara individu.
9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan
sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-
mana bahan atau tulisan.
9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan
pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya.

10 TERHAD
TERHAD

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

Perancangan dan
Tarikh Tindakan calon
perlaksanaan aktiviti

27 April Tugasan kerja kursus • Menerima arahan tugasan. Semak


2018 diterima http://www.mpm.edu.my
• Memahami skop tugasan kerja kursus
• Merancang jadual kerja

28 Mei Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:


hingga 1 • Keperluan kewangan
Jun 2018 • Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga
• Perancangan kerja
• Penyediaan peralatan dan instrumen seperti
borang soal selidik
• Mengenal pasti sumber rujukan, seperti
sumber sekunder,sumber Internet, dan
sumber-sumber lain.

• Mengumpul data dan maklumat melalui


4 Jun Penyediaan dan penulisan
pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu
hingga 2 laporan kerja kursus untuk
bual dan kaji selidik
Sept. sesi penilaian
2018 • Memperoleh data dan maklumat dari sumber
sekunder Menyusun dapatan (data dan
maklumat) mengikut keutamaan dan struktur
tugasan
• Memproses, mentafsir, menganalisis, dan
merumus data dan maklumat
• Mempersembahkan data dan maklumat dalam
bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual,
graf, carta dan lain-lain
• Membincangkan dapatan hasil kajian dan
menghubung kait dengan prinsip dan teori
yang dipelajari
• Berlatih membuat pembentangan mengikut
format yang sesuai

3 Sept. Sesi pembentangan dan • Hantar laporan bertulis


hingga penilaian • Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit
21 Okt. sahaja untuk setiap calon)
2018

11 TERHAD
TERHAD

11.0 Format Penulisan


11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi
mencari maklumat tambahan.
11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian
mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak
melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai
rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran
11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan.
11.5 Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna peach (Lampiran 1)
(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus
11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan
berjilid.

12.0 Struktur Penulisan


Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan
kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja
kursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkap
hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang
berikut:
(a) Tajuk, Abstrak dan Pengenalan
Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah
ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan
keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data
primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal
selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan. Jika data sekunder digunakan dalam
kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data
melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan
laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi
justifikasi penggunaannya.

12 TERHAD
TERHAD

(e) Dapatan kajian dan perbincangan


Calon diminta untuk:
(i) menghitung nisbah kewangan,
(ii) mentafsir dapatan daripada pengiraan tersebut,
(iii) membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan
(iv) menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran
yang relevan.
(f) Penutup
Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang
relevan sahaja

13 TERHAD
TERHAD

14 TERHAD
TERHAD

Soalan Kerja Kursus

Calon diminta untuk:


(i) menghitung nisbah kewangan,
(ii) mentafsir dapatan daripada pengiraan tersebut,
(iii) membandingkan dapatan hitungan untuk tempoh tiga tahun tersebut, dan
(iv) menjelaskan implikasi nisbah-nisbah yang diperolehi kepada pertumbuhan syarikat.
Laporan kajian mestilah disertakan dengan bukti kajian yang telah dibuat beserta lampiran yang relevan.

Nota: Penyediaan tugasan ini mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM) 2018.

15 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2018

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN
GURU

TARIKH

16 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 2
BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018


KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat KK Calon

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa
cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Pengajian
Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolah kerajaan dan calon
sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:


Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat

17 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 3
BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018


KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ………………………

Aktiviti dalam penghasilan


Tarikh Tandatangan Tandatangan
kerja kursus Ulasan Guru
Aktiviti Calon Guru
(Untuk diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan


Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2018 mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ………………..………………………………

Nama Guru: ……….……………………………………………….

Tarikh : …………………............................................................

Cop Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan pada
bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.

18 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 4
BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2018


KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : ……………………………


No. Kad Pengenalan : ……………………………

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)


Markah Markah Markah
Kriteria Penilaian
Penuh Guru Penyelaras
1. Tajuk, Abstrak dan Pengenalan 3
2. Objektif Kajian 2
3. Latar belakang kajian 6
4. Kaedah Kajian 7
5. Dapatan Kajian dan Perbincangan
(a) Susunan dan kekemasan laporan 10
(b) Kecukupan, ketepatan dan
15
kesesuaian maklumat
(c) Analisis dan pentafsiran 15
(d) Gaya dan bahasa 5
6. Penutup rumusan kajian dan cadangan 10
7. Rujukan 3
8. Lampiran 3
9. Pembentangan
(a) Kerelevanan 2
(b) Soal jawab 2
(c) Kebahasaan 2
(d) Kreativiti 2
(e) Keterampilan 2
10. Kemahiran Manipulatif 5
11. Kemahiran Insaniah 6
Jumlah Markah 100

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS


Saya memperakui bahawa markah Saya memperakui bahawa markah dan
dan butiran di atas adalah benar. Butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:……………………… Tandatangan Penyelaras: ………………………


Nama : ……………………………………………… Nama : ………………………………………….
No. Kad Pengenalan : ……………………………… No. Kad Pengenalan : ………………………….
Tarikh : …………………………………………….. Tarikh : …………………………………………
No. Telefon (sekolah) : …………………………… No. Telefon (sekolah) : ……………………….

Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan
menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

19 TERHAD
TERHAD

LAMPIRAN 5
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya memperakui bahawa markah dan butiran
di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……... Tandatangan Pengetua: …………………………..

Nama: ……………………..…………………….. Nama: ………………………………………………..

No. Kad Pengenalan: ………………………..… No. Kad Pengenalan: ……………………………….

Tarikh: ………………………………………..…. Tarikh: ……………………………………………...

No. Telefon (sekolah) : ………………………. No. Telefon (sekolah): ……………………………

(bimbit): …………………………. (bimbit): ………………………………

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia
selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.

20 TERHAD

You might also like