You are on page 1of 2

Kesan yang berlaku di Negara Dunia Ketiga akibat dasar imperialisme bentuk baru (neokolonialisme)

Imperialisme bentuk baru menyebabkan ekonomi Negara Dunia Ketiga masih terjajah. Negara Membangun tidak
mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Mereka terpaksa
bergantung kepada Negara Maju. Negara Maju menguasai pemasaran bahan mentah Negara Dunia Ketiga.
Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil. Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan
harga terhadap harga bahan mentah. Mereka juga mengenakan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang
diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun terpaksa menjual bahan mentah kepada Negara Maju. Harga
bahan mentah tersebut tidak stabil. Penguasaan bahan mentah oleh Negara Maju memberikan kesan buruk kepada
Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat merancang pengeluaran sumber hasilnya. Pendapatan negara
tidak menentu. Pembangunan negara tidak dapat dirancang dengan sempurna. Oleh itu, Negara Membangun terpaksa
bergantung kepada Negara Maju buat selama-lamanya.

Penjajahan bentuk baru menyebabkan cara hidup Barat menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat tempatan.
Kuasa-kuasa besar dunia menyerapkan budaya hidup mereka ke dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara seperti
amalan kehidupan seharian, kehidupan beragama dan nilai-nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk
agama Kristian serta mengamalkan cara hidup Barat. Hal ini menyebabkan nilai-nilai sosial tempatan semakin kurang
diamalkan. Oleh itu, ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat tempatan. Keruntuhan moral masyarakat semakin
meruncing. Masyarakat tempatan hilang jati diri.

Imperialisme bentuk baru (Neokolonialisme) yang berlaku ke atas Negara Dunia Ketiga pada hari ini

Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara mencampuri urusan politik di negara-
negara yang lemah. Sebagai contohnya, Amerika campur tangan dalam hal ehwal di negara Iraq yang kononnya mahu
mewujudkan kestabilan di negara berkenaan. Setelah Saddam Hussein, digulingkan, Amerika mendalangi perlantikan
pemerintah baru. Hal yang sama juga berlaku di beberapa buah negara lain. Pemerintah baru yang dilantik itu
mendapat restu negara-negara kuat. Hal ini menyebabkan dasar-dasar politik negara tersebut ditentukan oleh negara
besar. Oleh yang demikian, negara kecil yang merdeka sebenarnya masih terjajah kerana dasar-dasar negaranya masih
ditentukan oleh negara besar.

Kuasa besar dunia menjalankan dasar neokolonialsme melalui penjajahan ekonomi. Negara Maju menguasai pemasaran
bahan mentah di Negara Dunia Ketiga. Negara Membangun tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses
bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil.
Contohnya, Negara Maju mengenakan kawalan harga terhadap harga bahan mentah. Mereka juga mengenakan kadar
faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Hal ini menyebabkan Negara Membangun terpaksa menjual
bahan mentah kepada Negara Maju Harga bahan mentah tersebut tidak stabil. Penguasaan bahan mentah oleh Negara
Maju memberikan kesan buruk kepada Negara Membangun. Negara Membangun tidak dapat merancang pengeluaran
sumber hasilnya. Pendapatan negara tidak menentu. Pembangunan negara tidak dapat dirancang dengan sempurna.
Oleh itu, Negara Membangun terpaksa bergantung kepada Negara Maju selama-lamanya.

Penjajahan bentuk baru dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia dengan cara menyerapkan budaya hidup mereka ke
dalam kehidupan masyarakat di Asia Tenggara. Contohnya, dalam kehidupan seharian, kehidupan beragama dan nilai-
nilai sosial masyarakat. Masyarakat Asia Tenggara memeluk agama Kristian, mengamalkan cara hidup Barat dalam
amalan hidup seharian. Hal ini menyebabkan nilai-nilai sosial dan budaya hidup tempatan semakin kurang diamalkan.
Masyarakat lebih cenderung mengamalkan cara hidup Barat. Sebagai kesimpulannya, penerapan cara hidup Barat
merupakan satu bentuk neokolonialisme. Ia memberikan kesan negatif kepada masyarakat tempatan di Asia Tenggara
kerana keruntuhan moral dalam kalangan masyarakat semakin meruncing. Masyarakat hilang jati diri.

You might also like