You are on page 1of 17

MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL

SEM2/2103

PENGENALAN.

Pada era globalisasi yang begitu pesat berkembang, banyak perubahan dan
kejayaan yang dapat dilihat dari semasa ke semasa. Malaysia juga tidak ketinggalan
untuk turut bersama mengikut arus permodenan ini. Negara kita tidak kurang
hebatnya untuk bersaing dengan negara-negara lain. Banyak penyelidikkan dan
pembanggunan telah dijalankan bagi merialisasikan matlamat jangka panjang
negara kita iaitu Wawasan 2020. Kerajaan telah menjalankan banyak usaha bagi
memastikan Malaysia akan terus maju dan berkembang. Namun, peningkatan kadar
jenayah dalam masyarakat moden semakin membimbangkan kerana jenayah
mengancam keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan masyarakat dan negara.

Di Negara kita, terdapat sejumlah 14 jenis kategori jenayah di Malaysia.


Gambar rajah di bawah menunjukkan kategori jenayah yang terdapat di Malaysia.

Gambar rajah 1: Kategori kes jenayah di Malaysia

1
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

Menurut Kamus Dewan Perdana maksud membunuh ialah menghilangkan nyawa


seseorang atau mematikan seseorang. Manakala menurut Wikipedia di laman web,
pembunuhan adalah suatu tindakan yang menghilangkan nyawa seseorang dengan
cara yang melanggar hukum ataupun undang-undang Negara. Biasanya
pembunuhan dilakukan oleh pembunuh dengan bermacam-macam motif, misalnya
politik, kecemburuan, dendam, membela diri dan sebagainya. Pembunuhan dapat
dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Yang paling umum adalah dengan
menggunakan senjata api atau senjata tajam.

2
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

Jenayah membunuh mencetuskan suasana tidak selamat di dalam masyarakat.


Sehinggakan di dalam rumah sendiri pun akan wujud suasana tidak selamat.
Keadaan ini akan mempengaruhi perkembangan budaya hidup masyarakat.
Keharmornian masyarakat hari ini sudah mencapai pada tahap yang rendah.
Manusia saling berbunuh-bunuhan untuk memuaskan kehendak mereka. Di dalam
perspektif Islam, Allah benar-benar menjaga nyawa manusia dari sebarang
pembunuhan tanpa hak. Terdapat banyak nas-nas Al-Qur’an dan Al-Hadis dalam
perkara ini. Jika terjadi pembunuhan tanpa hak, maka pelakunya wajib dihukum
mengikut hukum Islam, samada diqisas, diyat atau diampunkan.

ketamakan

emosi pengaruh
dari
multimedia

membunuh

kurang
didikan perbandaran
agama

Faktor-faktor membunuh

Faktor yang boleh mendorong seseorang terlibat dalam membunuh ialah


tekanan emosi dalam diri. Seseorang yang boleh terdorong untuk melakukan
pembunuhan adalah berkemungkinan dirinya tidak mampu untuk mengawal emosi
dengan baik. Hal ini boleh dilihatkan dalam kes membunuh bayi yang kerap berlaku
di Negara kita.

3
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

Kes membunuh bayi

Berdasarkan kes yang saya dapat cari, Pengarah Institusi Pemulihan Pertubuhan
Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid), Ustaz Masridzi Sat mengatakan penyakit
social seperti kes pembuangan bayi dan kes membunuh bayi semakin serius dan
perlu ditangani segera. Kalangan remaja menjalin hubungan bebas antara lelaki dan
wanita semakin bertambah. Ini mengakibatkan wanita hasil perhubungan luar nikah
dan dilakukan lantaran si ibu tidak mengingini bayi itu. Secara langsung, bilangan
kes pembuangan bayi dan membunuh bayi juga meningkat dalam Negara kita.

Kes pembunuhan bayi semakin banyak berlaku pada masa kini. Ini berlaku
kerana wanita hasil perhubungan luar nikah dan dilakukan lantaran si ibu tidak
mengingini bayi itu. Masalah membunuh bayi ini, si ibu akan memgalami konflik
moral. Pembunuhan bayi semakin bertambah kerana si ibu tidak menyelesaikan
masalah konflik moral tersebut. Jika si ibu dapat menggunakan strategi-strategi
penyelesaian konflik moral sebelum pembuangan ataupun pembunuhan bayi
berlaku, kes-kes ini akan dapat dikurangkan.

Dalam kes pembunuhan bayi, konflik yang dihadapi oleh si ibu yang tidak
mengingini bayi itu ialah konflik antara “kepentingan nyawa” dan “maruah diri”. Si ibu
memilih nilai kepentingan nyawa jika dia tidak akan membuang bayi bagai sampah
atau menggugur kandungannya secara haram ataupun membunuhnya selepas
kelahirannya akibat daripada kemurungan. Tetapi si ibu tidak akan menghirau
tekanan diterima daripada masyarakat berhubung status anak berkenaan.
Sebaliknya, si ibu memilih nilai maruah diri jika dia membunuh bayi dengan
melakukan pengguguran haram di klinik. Jadi, si ibu tidak akan mementingkan
nyawa bayi tersebut.

Dalam kes ini, si ibu boleh memilih, mempertimbang atau membuat


keputusan dengan menggunakan strategi hirarki dan penggunaannya untuk
menyelesaikan masalah konflik moral kes ini. Sebagai penjelasan lanjut, si ibu
melihat dua nilai yang berkonflik iaitu kepentingan nyawa bayi dan maruah si ibu
sendiri. Dalam keadaan si ibu tersebut tidak dapat membuat pemilihan, si ibu
menghadapi soalan: “Antara dua nilai ini, yang mana satu lebih penting aku capai?”.

4
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

Setelah itu, si ibu boleh membentuk hirarki atau menyusun atur nilai-nilai yang
disebut bermula dengan yang paling penting. Hirarki yang dapat dibentuk oleh si ibu
seperti berikut:

Lebih penting : kepentingan nyawa bayi


Kurang penting : maruah sendiri (tekanan diterima daripada masyarakat
berhubung status anak berkenaan)

Hirarki di atas mempunyai implikasi bahawa kerana kepentingan nyawa bayi


adalah lebih penting berbanding dengan maruah sendiri. Disebabkan kedua-duanya
berkonflik, memilih kepentingan nyawa bayi (nilai yang lebih penting) patutlah
diambil dengan mengorbankan maruah sendiri(nilai yang lebih rendah). Daripada
susun atur atau hirarki ini, kita dapat memastikan apa yang si ibu boleh lakukan.

b) Strategi pembinaan hirarki dianggap bersesuai bagi kes pembuangan bayi ini
kerana terdapat konflik moral yang serius antara nilai-nilai yang terbabit dalam kes
pembuangan ini. Nilai yang terbabit dalam situasi ini layak diberi keutamaan lebih
berbanding dengan nilai lain. Dalam kes pembuangan ini, salah satu nilai layak
diberi keutamaan iaitu kepentingan nyawa. Berbanding dengan nilai maruah diri,
kepentingan nyawa lebih penting. Nilai yang diutamakan iaitu kepentingan nyawa
patu dicapai dan nilai lain iaitu maruah diri patut diketepikan atau sedikit sebanyak
dikrompomikan. Strategi ini membolehkan si ibu membuat pertimbangan yang wajar
sebelum membuat keputusan. Kes pembuangan bayi ini berlaku kerana si ibu
bertindak sacara terburu-buru dan tidak mengambil masa untuk membuat
pertimbangan sebelum membuat keputusan.
Faktor-faktor yang mendorong seseorang itu membunuh mungkin disebabkan
beberapa sebab. Antaranya kurang didikan agama dalam diri seseorang ialah antara
punca berlakunya gejala pembunuhan. Segelintir manusia pada hari ini sudah tidak
kisah tentang kepentingan agama dalam hidup mereka. Mereka tidak sedar bahawa
ilmu agamalah yang menentukan landasan hidup mereka yang sebenar. Selain itu,
nilai-nilai kemanusiaan yang semakin pupus dalam diri manusia juga akan
menyebabkan berlakunya gejala negatif tersebut. Faktor ini dapat diperlihat dalam
kes Mona Fendy atau dikenali sebagai Maznah Ismail.

5
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

Kes Mona Fendy

Dalam kes Mona Fendy yang dapat saya cari di sasawang, pembunuhan ahli politik
Datuk Mazlan Idris merupakan antara kes pembunuhan yang boleh dianggap paling
ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia.Pembunuhan yang memeranjatkan negara itu
berikutan penemuan tubuh Mazlan yang telah dikerat kepada 18 bahagian dan
ditanam menggunakan simen, mempunyai ciri-ciri pemujaan.

Gambar rajah 2

Sebelum menjadi menjadi seorang bomoh, Mona Fendy bekerja sebagai seorang
penyanyi pop tetapi kerjayaannya sebagai artis tidak bertahan lama. Maka, Mona
Fendy pun melibatkan diri dengan ilmu hitam. Mona Fendy menawarkan pelbagai
penggunaan azimat dan tangkai-tangkai kepada ahli-ahli politik. Datuk Mazlan Idris,
bekas ADUN Batu Talam, Pahang ingin meningkatkan kerja politiknya dan beliau
telah berjumpa dengan Mona Fendy untuk menginginkan perkhimatannya.
Perjanjian dibuat antara Datuk Mazlan Idris dan Mona Fendy dan telah berjumpa di
rumah Mona Fendy. Datuk Mazlan Idris diarahkan baring di lantai manakala Mona
Fandy pula menabur bunga kepadanya . Mona Fandey memberitahu Datuk Mazlan
Idris agar menutup matanya dan menunggu untuk duit jatuh daripada langit .
Kemudian , Juraimi datang dengan membawa sebilah kapak dan memotong kepala
Mazlan Idris .Mereka juga mencerai-beraikan sebahagian kulit badan Mazlan.
Mayatnya ditemui dalam 18 bahagian yang dikebumikan dalam bilik stor

6
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

berhampiran rumah Mona Fandy di Pahang. Datuk Mazlan Idris dilaporkan hilang
pada 2 Julai 1993 selepas mengeluarkan RM300,000 daripada sebuah bank.
Selepas pembunuhan itu, Mona Fandy dilaporkan telah membeli sebuah Mercedes-
Benz. Pada 22 Julai, 1993, polis mendapati badan Datuk Mazlan Idris. Mona Fendy,
suaminya dan Juraimi telah ditangkap dan bermulalah publisiti gempar tentang
mereka .Mereka telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh oleh7 orang juri.
Tetapi mahkamah tinggi memutuskan bahawa mereka digantung sampai mati.
Mereka berusaha untuk mendapatkan pengampunan dari Lembaga Pengampunan
Pahang, iaitu peluang terakhir mereka. Walau bagaimanapun, lembaga enggan
untuk memberi pengampunan. Mona, Affandy dan Juraimi akhirnya digantung pada
November 2, 2001 di Penjara Kajang. Seorang pegawai penjara berkata ketiga-tiga
mereka tidak menyatakan sebarang penyesalan pada pelaksanaan pra-
subuh. Sepanjang perbicaraan itu, Mona mempamerkan sikap yang ganjil termasuk
muncul ceria, sentiasa tersenyum dan bergambar untuk jurugambar akhbar.

Faktor ini juga kita boleh memperlihat dalam kes Canny Ong. Hal ini demikian
adalah disebabkan didikan agama yang tidak kuat dan tidak takut akan balasan
yang akan ditimpa pada dunia akhirat nanti dan melakukan sesuatu yang tidak
bermoral.

Kes Canny Ong

Canny diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya
yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai
Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Mangsa dirogol kemudian dibunuh dengan
kejam dan dibakar di dalam sebuah lubang.

Gambar rajah 3

7
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

Tertuduh menikam perut mangsa selepas merogol mangsa antara pukul 1 hingga 5
pagi pada 14 Jun 2003. Canny Ong dibakar di dalam sebuah lubang.malah mayat
mangsa ditutup dengan papan penanda jalan dan 2 tayar bersimen. Ketika mayat
ditemui, mayat didapati putus antara bahagian badan dan kaki. Pada 23 Februari
2005, Ahmad Najib dihukum gantung sampai mati oleh mahkamah tinggi atas
tuduhan membunuh dan penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan atas tuduhan
merogol Canny.

Kes Nurin Jazlin Jazimin

Nurin Jazlin Jazimin, 8, dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar
bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.
Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg sukan yang ditinggalkan di
depan sebuah premis perniagaan di Petaling Jaya. Hasil bedah siasat mendapati dia
mati akibat didera secara seksual yang melampau. Walaubagaimanapun, pembunuh
Nurin masih belum diketahui dan pembunuh dipercayai ialah seorang lelaki misteri
yang digelar lelaki kucing dan merupakan dalang utama pembunuhan Nurin Jazlin.
Pembunuhan Nurin Jazlin menimbulkan fenomena di kalangan masyarakat Malaysia
di mana kaum ibu merasakan tidak lagi selamat membiarkan anak-anak mereka
bermain di kawasan permainan tanpa seliaan mereka kerana zaman sekarang tidak
lagi sama dengan zaman kanak-kanak dahulu dimana kanak-kanak bebas pergi
sana sini dan boleh bermain bersama rakan-rakan di mana-mana. Kedamaian
masyarakat mula terancam. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat pada masa itu iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah tampil
memberi beberapa saranan bagi menghindari kejadian penderaan dan pembunuhan
kanak-kanak bawah umur daripada terus berleluasa.

Faktor Perbandaran
Kes jenayah dan perbandaran kerap berlaku di daerah timur laut, Pulau
Pinang baru-baru ini. Pengkaji telah membuat satu kajian tentang jenayah dan
perbandaran. Perbandaran merupakan satu elemen penting terhadap kemajuan
sesebuah Negara. Masalah membunuh merupakan antara kesan negatif yang agak
ketara sejak kebelakangan ini. Fenomena peningkatan kadar peningkatan kadar
jenayah lazimnya mempunyai perkaitan dengan kepesatan perbandaran. Hal ini
dapat dibuktikan statistik di bawah.

8
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

JENAYAH INDEKS ( Turun 5% )


KONTINJEN JAN – JUN JAN - JUN
+/- %
2012 2013

KUALA LUMPUR 12,447 11,012 -1,435 -11.5


SELANGOR 19,804 21,672 1,868 9.4
JOHOR 9,586 8,930 -656 -6.8
PULAU PINANG 3,966 4,296 330 8.3
KEDAH 4,857 4,197 -660 -13.6
KELANTAN 2,985 2,694 -291 -9.7
MELAKA 2,269 2,172 -97 -4.3
NEGERI SEMBILAN 2,985 3,044 59 2.0
PAHANG 2,687 2,555 -132 -4.9
PERAK 4,319 3,804 -515 -11.9
TERENGGANU 1,770 1,736 -34 -1.9
SABAH 3,040 2,812 -228 -7.5
SARAWAK 5,096 4,754 -342 -6.7
PERLIS 436 449 13 3.0

Kajian yang dijalankan dapat menjelaskan sejauh mana peningkatan


pelakuan jenayah mempunyai hubung kait dengan kadar perbandaran. Proses
perbandaran jika dikawal serta dirancang dengan baik dapat membantu ke arah
tercapainya matlamat pembangunan Negara. Namum demikian, seiring dengan
kepesatan perbandaran, wujud masalah di bandar iaitu perlakuan jenayah
seseorang mudah mendapat senjata seperti pistol untuk melakukan perlakuan
membunuh.
Dalam kes ini, hubung kait dengan kepesatan perbandaran menyumbang ke
atas peningkatan perlakuan jenayah. Manusia mengambil keputusan untuk memesat
perbandaran, ini akan timbul masalah memilih antara perubahan yang berlaku ke
atas sosial dan ekonomi memberikan impak positif dengan perlakuan jenayah yang
memberikan impak negatif. Bagi masalah ini, manusia sukar baginya menggunakan
strategi pembinaan hirarki untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Masalah ini yang dihadapi tidak semestinya suatu konflik. Manusia boleh
mencapai kedua-dua matlamat berkenaan iaitu perkembangan sosial dan ekonomi

9
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

serta perlakuan jenayah boleh dikurangkan. Ini boleh mencapai dengan mengambil
langkah atau mengadakan alternatif yang menukar masalahnya daripada bersifat
konflik kepada divergence. Dengan kata lain, manusia hendaklah mengubah
matlamat perkembangan sosial dan ekonomi dan matlamat mengurangkan
perlakuan jenayah daripada keadaan tidak sepadan kepada sepadan.
Keadaan pencairan ini boleh dilakukan jika manusia mengusahakan
rancangan kedua untuk menangani kemungkinan perlakuan jenayah jika kepesatan
perbandaran berlaku. Misalnya, memperketatkan dan mengemaskini undang-
undang serta menjatuh hukuman yang berat ke atas penjenayah, penghayatan
terhadap ajaran agama yang tinggi dalam diri seseorang individu, pengaruh media
massa, kesedaran terhadap jenayah dalam kalangan penduduk perlu
dipertingkatkan, sikap berhati-hati dan berwaspada boleh digunakan untuk
mengurangkan perlakuan jenayah ini. Dengan mengubah keadaan atau
mewujudkan alternatif, manusia dapat mencairkan masalah dan seterusnya
menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Faktor Multimedia

Filem-filem aksi dari barat yang menyiarkan adegan bunuh membunuh dalam bentuk
VCD semakin berleluasa walaupun ianya kurang disairkan di kaca-kaca televisyen.
VCD seperti ini boleh di dapati di kebanyakan kedai-kedai video atau di tepi jalan
kaki lima. Ini bermakna filem-filem yang dahulunya hanya di siarkan untuk golongan
18 tahun ke atas kini boleh di dapati dan di tonton oleh pelbagai lapisanmasyarakat
termasuk remaja dibawah umur. Perkara ini sedikit sebanyak memberi impak
kepada golongan tersebut untuk melakukan pembunuhan apabila berada di dalam
keadaan runsing dan marah terhadap kawan, kekasih malah ibu bapa juga. Semakin
banyak manusia itu didedahkan dengan unsur-unsur yang merangsang nafsu
semakin ia menjadi resah dan gelisah. Biasanya pegangan agama dan iman yang
kuatakan menjadi pendiding kepada insan tersebut daripada melakukan maksiat
dengan tujuan untuk memuaskan nafsunya. Tetapi keadaan hari ini menunjukkan
faktor-faktor yang merangsang melakukan pembunuhan berlaku serentak dengan
pegangan agama yang luntur. Selain daripada itu ada yang berpendapat bahawa
kita harus menyalahkan longgokan warga asing yang sudah membanjiri ibu kota dan
juga kawasan luar bandar. Akan tetapi, kita tidak boleh menyalahkan 100% masalah
kadar kenaikan jenayah bunuh ini berpunca dari mereka sahaja kerana ada juga

10
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

golongan warga tempatan yang menjadi penyumbang kepada statistik jenayah


tersebut.

Faktor ketamakan

Dalam kes Datuk Sosilawati Lawiya dan ketiga rakannya telah dibunuh dengan
kejam sebelum dibakar dan abu mereka telah dibuang ke dalam sungai oleh
Pathmanathan dan rakannya telah menyifatkan sifat manusia yang tamak dan tidak
pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki. Pathmanathan yang merupakan
seorang peguam seorang yang memiliki personaliti psikopatik atau sosiopatik yang
menggunakan darjah kecerdasan, penampilan menarik, karisma serta pandai
berkata-kata untuk menggunakan orang lain demi kepentingan sendiri, terutama
dengan adanya kuasa dan kewangan.

Cara-Cara Mengatasi Masalah

Dari kes-kes yang saya saya carikan melalui sesawang, bolehlah saya merumuskan
bahawa seseorang bertindak untuk membunuh adalah disebabkan beberapa faktor.
Di Negara kita, terdapat undang-undang yang dikenakan ke atas seseorang yang
membuat kesalahan. Menurut undang-undang yang terdapat di dalam Negara kita,
seseorang yang membunuh jika didapati salah adalah salah atas seksyen 302
kanun keseksaan, seseorang boleh dihukum mati.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan dalam mengurangkan


kes jenayah seperti mewajibkan para remaja dalam mengikuti program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Program ini diharapkan agar dapat memberikan input yang
kolektif sejajar dengan hasrat untuk memperkasakan akhlak dan tatasusila remaja.
Di samping itu, Program Biro Tatanegara juga disusun bagi meningkatkan semangat
kekitaan, tolenransi dan diri masyarakat.

Apabila kita menghadapi konflik moral, strategi adalah penting dalam


kehidupan kita untuk menyelesaikan konflik-konflik moral yang kita hadapi. Strategi-
strategi ini akan membantu kita membuat keputusan semasa kita menghadapi
konflik. Strategi-strategi ini amat berguna terhadap peringkat pimpinan bukan saja
dari pengurus sesebuah syarikat, bahkan kepada pemimpin negara. Setiap
keputusan yang diambil berdasarkan strategi-strategi yang ada tentulah

11
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

mendatangkan implikasi yang dalam kepada kita. Seseorang individu mestilah


berfikir dengan wajar dan menyeluruh semasa mengambil sesuatu tindakan.

Selain itu, strategi ini juga penting untuk kita menyelesaikan masalah. Dengan
strategi yang sedia ada, kita dapat menyelesaikan masalah harian kita dengan
memilih strategi yang paling sesuai kepada kita. Masalah harian mungkin masalah
kecil seperti memilih kasut sehingga masalah memilih institut pengajian tinggi kita.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa strategi-strategi ini dapat menyelesaikan
konflik moral dalam kehidupan kita.

Asuhan anak-anak dari kecil lagi juga penting. Maka ibu bapa dan guru juga
memainkan peranan yang penting dalam didikan seharian. Guru dalam bahasa
Jawa - digugu lan ditiru yang membawa maksud nasihatnya sentiasa dianut dan
perilakunya selalu dicontoh. Dari sini kita dapat melihat betapa pentingnya peranan
guru dalam kehidupan masyarakat, apalagi perkembangan sekarang ini yang sering
disebut-sebut masa krisis keteladanan. Setiap guru memiliki tanggungjawab untuk
mengembangkan potensi murid dan mendewasakan kepribadiannya. Guru juga
memainkan peranan sebagai fasilitator, guru tidak semata-mata mengajar tetapi juga
mendidik dan juga sebagai pembimbing yang memberikan tuntunan kepada pelajar
dalam proses pembelajaran untuk mencapai kerjayaan dalam hidup. Dengan
demikian guru memainkan peranan yang penting, kompleks dan sebagai pendidik
moral bangsa dalam mendidik pelajar, mengembangkan potensi yang baik, berlaku
baik, bermoral dan berkepribadian yang baik, menjadi warganegara yang baik dan
menjadi insan yang cerdas dan berterampilan tetapi juga berakhlak mulia.

Dalam perspektif agama Islam, perlaksanaan hukum qisas adalah untuk


memastikan nyawa manusia lain terjaga kerana hakikatnya jika orang yang berakal
mengetahui bahawa apabila ia membunuh, ia akan dibunuh, maka ia tidak akan
melakukan pembunuhan.

12
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

KESIMPULAN

Resolusi konflik moral boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Tidak ada satu cara
yang betul dalam penyelesaian konflik moral. Ini merupakan satu cabaran dalam
menghadapi konflik moral. Penyelesaian konflik moral perlu dilakukan secara
rasional dan teliti. Ada kalanya sesuatu konflik moral yang diselesaikan dengan
menggunakan emosi akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Kesan
penyelesaian sepatutnya memberi keselesaan kepada mereka yang menghadapi
konflik. Tetapi penyelesaian tersebut tidak seharusnya memudaratkan mereka yang
berada di sekitar atau yang sama-sama menghadapi konflik tersebut.

Secara keseluruhannya, membunuh adalah suatu perbuatan yang salah di


sisi undang-undang. Membunuh amat dilarang sekali. Agama itu mengajar kita
supaya kita kemanusiaan yang adil dan beradab. Kita perlu mendeklarasikan diri
sebagai seorang insan yang berbudi luhur dengan penuh kasih sayang.

Berdasarkan kes-kes pembunuhan yang saya cari di laman web, amat


nyata sekali bahawa Negara kita mempunyai undang-undang yang baik untuk
menghukum orang yang membunuh. Pihak polis tidak pernah berputus asa untuk
menyiasat demi mencari kebenaran.

13
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

REFLEKSI
Kerja Kursus Pendek (KKP) ini sememangnya sangat bermanfaat kepada
semua guru pelatih termasuk diri saya dalam menambah ilmu pengetahuan tentang
subjek asas pendidikan moral terutamanya maksud membunuh, faktor-faktor
membunuh, konflik bermoral dan cara-cara menyelesaikan masalah membunuh.

Selain itu, tugasan ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengkaji
lebih mendalam tentang konflik bermoral dan kes-kes membunuh. Kerja Kursus
Pendek ini juga telah memberi saya peluang untuk membuat kajian ke atas isu-isu
moral seperti dalam kes membunuh seterusnya mencari langkah-langkah atau
strategi untuk mengatasi masalah ini terus berlaku.

Justeru, saya juga mengambil kesempatan ini untuk bertanya kepada yang
tahu tentang konsep-konsep konflik bermoral dan isu-isu yang melibatkan moral
kebelakangan ini. Kerja Kursus Pendek ini dikatakan sangat bermanfaat kepada
guru pelatih sebab ilmu moral adalah sangat penting dan ia sebagai satu syarat
untuk menjadi seorang guru yang bermoral. Hal ini demikian kerana guru
memainkan peranan yang penting sebagai pendidik bangsa dan menjadi contoh
kepada pelajar.

Dalam penghasilan kerja kursus ini, saya teleh menghadapi pelbagai cabaran
contohnya ini perlu menggunakan masa yang lebih dan kesabaran yang tinggi untuk
menyiapkan tugasan yang diberi kerana sebelum itu saya tidak pernah sentuh kerja
tentang isu-isu yang melibatkan membunuh. Selain itu, untuk memastikan kerja
kursus yang dijalankan itu sesuai dengan masa yang telah ditetapkan saya perlu
mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal. Dalam menyiapkan tugasan ini,
persediaan yang rapi telah dibuat sebelum memulakan. Contohnya, saya perlu
memastikan jangka masa yang saya akan gunakan menghabiskan tugasan ini.
Sebelum bermula membuat tugasan ini terlebih dahulu saya meminta tolong
daripada rakan sejawat saya untuk memberikan saya satu gambaran yang jelas
bagaimanakah saya perlu meletakkan isi ke dalam tajuk tugasan saya. Apabila saya
menemui perkara yang saya tidak faham, rakan sejawat saya sudi memberi
penjelasan kepada saya dan tunjuk ajar kepada saya. Menerusi perbincangan ini,
hubungan saya dengan rakan sejawat saya bertambah dengan lebih erat kerana
adanya komunikasi dua hala antara kami. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan

14
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

sepejuangan yang sama-sama kita membincangkan idea-idea tugasan ini. Tidak


lupa juga guru-guru di sekolah saya yang turut menyumbang idea kepada saya.
Pandangan anda semua amat membantu dalam menyelesaikan tugasan ini.
Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan kerja kursus yang telah
saya siapkan ini walaupun kemungkinan terdapat kekurangan dari mana-mana
sudut yang tidak saya sedari. Melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan
banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang
mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi
agama, bangsa dan negara. Bagi penambahbaikan dalam amalan pengajaran saya
pada masa akan datang. Saya perlu memberi galakkan dan motivasi kepadi diri
sendiri agar lebih yakin semasa mengajar tatabahasa. Kedua iaitu sebutan dalam
pembacaan, saya harus lebih prihatin dan berhati-hati. Hal ini adalah kerana segala
sebutan saya akan menjadi ikutan murid. Saya berharap ilmu ini akan terus
bermanfaat kepada para pelajar. Yang pentingnya ialah kita mesti berusaha
mencari dan mendapat maklumat tentang bidang pendidikan yang kita ceburi melalui
laman sesawang atau membaca buku-buku akademik. Ia boleh meningkatkan tahap
pengetahuan dan mengemaskini maklumat yang terbaru pada masa tertentu. Oleh
itu, saya percaya pendidikan akan mempengaruhi masa depan seseorang dan
sebagai seorang bakal guru mesti mendidik anak-anak murid dengan bersungguh-
sungguh dan komitmen yang tinggi demi mencapai matlamat dalam pendidikan, iaitu
melahirkan generasi muda yang berfikiran kritis dan kreativiti, berdaya saing dan
bersedia menerima cabaran. Usahalah semua bakal guru!

15
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

RUJUKAN

Mona Fendy. Dimuat turun November 1, 2013.

Dari http://aimiemylya.blogspot.com/2012/06/full-story.html

Pembunuh Paling Kejam Dalam Sejarah Malaysia, Kes Mona Fendi. Dimuat turun
November 1, 2013. Dari http://sweetprincess4u.blogspot.com/2012/07/pembunuhan-
paling-kejam-dalam-sejarah.html

Sejarah Kes Jenayah Mona Fendy. Dimuat turun November 1, 2013.

Dari http://zonfiniti.blogspot.com/2012/06/sejarah-kes-jenayah-mona-
fandey.html

Masalah Sosial Kini. Dimuat turun November 1, 2013.

Dari http://masalahsosialkini.blogspot.com/2010/09/pembunuhan.html

8 kes pembunuhan kejam yang misteri di Malaysia. Dimuat turun November 1,2013.
Dari http://www.ohtidak.com/8-kes-pembunuhan-kejam-yang-misteri-di-
malaysia/

Kisah misteri Canny Ong telah berakhir. Dimuat turun November 2, 2013.

Dari http://myadha.blogspot.com/2009/04/kisah-misteri-canny-ong-telah-
berakhir.html

Kisah dokumentari pembunuhan Canny Ong. Dimuat turun November 2, 2013.

Dari http://syahrilkadir.wordpress.com/2011/12/08/kisah-dokumentari-
pembunuhan-canny-ong/

Kes bunuh Sosilawati. Dimuat turun November 2, 2013.

Dari http://www.astroawani.com/news/show/kes-bunuh-sosilawati-
pathmanaban-dihukum-gantung-sampai-mati-14793

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral.
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

16
MOK 2102W ASAS PENDIDIKAN MORAL
SEM2/2103

Pembuangan Bayi. Tarikh diperolehi pada Mac 19, 2012, Diperolehi daripada
http://www.iptho.edu.my/articles.php?article_id=4, aida subri.
Jenayah Dan Perbandaran: Satu Kajian Di Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Nor-
Ina Kanyo dan Norizan Hj Md Nor, Page 43-57, 2012, Universiti Pendidikan Sultan
Idris.
Jenayah membunuh semakin kritikal. Dimuat turun November 2, 2013.

Darihttp://www.academia.edu/1739228/Jenayah_Bunuh_Semakin_Kritikal_Majalah_
Cahaya_Keluaran_Mei_-_Jun_2010_

17

You might also like