You are on page 1of 5

SMK SEREMBAN JAYA 2

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN


BIL.5/2018

TARIKH : 3 April 2018


MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK WACANA, SMK SEREMBAN JAYA 2

KEHADIRAN
1. Puan Hajah Ipun Binti Shamsudin ( Pengerusi – Pengetua SMK SJ2 )
2. Encik Roslan Bin Ahmad Asuat ( PK Akademik Dan Pentadbiran )
3. Puan Susila A/P Pavadai ( PK Kokurikulum )
4. Encik Razali Bin Talib ( GKMP Bahasa )
5. Encik Romzi Bin Mohd Arip ( GKMP Teknik Dan Vokasional )
6. Puan Zurida Binti Othman ( GKMP Sains Dan Matematik )
7. Encik Amran Bin Dazid@Ab Aziz ( GKMP Kemanusiaan )
8. Puan Nordiana Binti Liki ( Kaunselor )

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli ke Mesyuarat Pengurusan Bil. 5/2018.
Tindakan : Makluman

2.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Pengurusan Bil. 3/ 2018


2.1 Encik Amran Bin Dazid@Ab Aziz mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara Berbangkit dan Maklum Balas


3.1 Guru-guru dikira lewat hadir ke sekolah iaitu selepas jam 7.20 pagi. PK Akademik dan
Pentadbiran akan mengenalpasti guru yang lewat dan tidak punch out sewaktu balik untuk
diberikan surat penjelasan.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

3.2 Post Mortem PT3 dan SPM akan diadakan pada 11/4/2018 di Bilik Gerakan jam 2.30 petang.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

1
4.0 Perkara-Perkara Baharu (Puan Hajah Ipun Binti Shamsudin- Pengetua)

4.1 Pengetua meminta agar Mesyuarat Jawatankuasa PBPPP diadakan segara dan Taklimat PBPPP
perlu diberikan kepada semua guru kerana terdapat banyak insentif dan perkara-perkara yang
telah dipinda.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

4.2 Mesyuarat Jawatankuasa PBPPP Bil 1/2018 akan diadakan pada 10/4/2018 jam 8.30 pagi di Bilik
Wacana dan Taklimat PBPPP kepada semua guru diadakan pada 11/4/2018, jam 2.30 petang di
Bilik Gerakan.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

4.3 Pengetua meminta Mesyuarat Jawatankuasa ICT diadakan segera iaitu pada 11/4/2018.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

4.4 Lawatan Penanda Aras ke SMK Dato’ Shahardin perlu diadakan pada 10/4/2018. Ajk perlu
menghantar surat permohonan.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran
& Pn.Zurida

4.5 Format Rancangan Mengajar Harian (RPH) perlu dikemaskini dan diselaraskan.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran
& Pn.Zurida

4.6 Buku guru bertugas telah diperbaharui dengan format baru yang lebih lengkap. Pengetua meminta
PK1 menyemak buku tersebut.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

4.7 Pada 17/4/2018 akan diadakan taklimat Learning Walk yang akan di sampaikan oleh En. Amir
SIP+ PPD Seremban.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

4.8 Mesyuarat AJK PIBG perlu diadakan segera untuk membincangkan berkenaan susur gajah. Puan
Ruslina Binti Ibrahim sedang mengemaskini kertas kerja untuk melaksanakan projek pembinaan
susur gajah di sekolah.
Tindakan : PK HEM (Pn. Susila)

4.9 Sekolah wajib menghantar penyertaan untuk pertandingan inovasi guru. Pengetua meminta PK1
dan semua GKMP mencalonkan 5 orang guru.
Tindakan : PK 1 dan GKMP

4.10 PK Akademik dan Pentadbiran perlu memanggil Puan Malathi untuk berbincang mengenai kajian
tindakan.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

2
4.11 Sekolah wajib menyertai pertandingan inovasi Bahasa Inggeris. GKMP Bahasa memaklumkan
KP Panitia Bahasa Inggeris sudah dimaklumkan dan akan mencalonkan guru untuk menyertai
pertandingan tersebut.
Tindakan : GKMP Bahasa

4.12 PK Akademik dan Pentadbiran perlu membuat laporan mengenai isu langgar pagar sekolah.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

4.13 Pengetua meminta kaunselor membuat sesi kaunseling bersama pelajar 5 ALK yang telah
disenaraikan oleh guru kelas iaitu Puan Siti Fatimah sebelum diambil tindakan untuk digantung
persekolahan.
Tindakan : Kaunselor

5.0 Laporan Guru Penolong Kanan dan KB


5.1 Laporan PK Akademik dan Pentadbiran – Encik Roslan Bin Ahmad Asuat
5.1.1 Terdapat 3 orang guru yang meletakkan skala cemerlang dalam SKPMg2. Guru tersebut
akan dipanggil untuk membetulkan skala tersebut.
Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

5.1.2 Kelas tambahan sudah bermula dan kehadiran adalah 80%. Mohon Encik Amran Bin
Dazid@Ab Aziz sebagai penyelaras untuk memantau kehadiran pelajar.
Tindakan : Encik Amran Bin Dazid@Ab Aziz

5.2 Laporan PK Kokurikulum – Puan Susila a/p Pavadai


5.2.1 Pertandingan Catur Peringkat Daerah akan diadakan pada 18 dan 19 April 2018. SMK
Seremban Jaya 2 menjadi tuan rumah.
Tindakan : Makluman

5.2.2 Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu peringkat daerah Seremban 2 akan
diadakan pada 4 dan 11 April 2018. SMK Seremban Jaya 2 menjadi tuan rumah.
Tindakan : Makluman

5.2.3 Pasukan Pandu Puteri telah menjadi Naib Johan Peringkat Daerah.
Tindakan : Makluman

5.3 Laporan GKMP Bahasa – Encik Razali Bin Talib


5.3.1 Hasil dapatan daripada Bengkel Pentaksiran Bilik Darjah yang telah dihadiri ialah kaunselor
perlu mengeluarkan laporan Ujian Psikometrik lebih awal untuk dibentangkan kepada guru-
guru berkenaan dan merancang intervensi untuk pelajar.

Tindakan : Kaunselor

5.3.2 Pamplet makluman kepada ibu bapa berkenaan program yang akan dilaksanakan kepada para
pelajar PT3 dan SPM sepanjang tahun ini perlu disediakan agar ibu bapa maklum akan
perkara tersebut dan memberi sokongan dalam setiap program dan aktiviti yang akan
dijalankan oleh pihak sekolah. Pengetua meminta PK1 untuk meminta setiausaha peperiksaan

3
PT3 dan SPM untk menyediakan pamplet tersebut.

Tindakan : PK Akademik dan Pentadbiran

5.4 Laporan GKMP Sains dan Matematik - Puan Zurida Binti Othman
5.4.1 Puan Zurida membentangkan laporan hots, (Rujuk edaran).
Tindakan : Makluman

5.4.2 Pengetua meminta agar Borang Insrumen Pemantauan dan Pengoperasian PdPc diubah
supaya lebih terperinci.
Tindakan : GKMP Sains dan Matematik

5.5 Laporan GKMP Kemanusiaan – Encik Amran Bin Dazid@Ab Aziz


5.5.1 Instrumen KBAT perlu diisi oleh guru-guru seperti tahun lepas.

Tindakan : GKMP Kemanusiaan

5.6 Laporan GKMP Teknik dan Vokasional – Encik Romzi Bin Mohd Arip
5.6.1 GKMP Teknik dan Vokasional telah membentangkan program dan aktiviti sepanjang
Karnival Akademik. (Rujuk edaran)

Hal – Hal Lain

6.1 GKMP Bahasa memaklumkan bahawa Kem Transformasi Remaja akan diadakan di Pusat
Angkatan Pertahanan Awam, Negeri Sembilan pada 6,7 dan 8 April 2018. Program tersebut
mendapat kerjasama daripada pihak Angkatan Pertahanan Awam dan Sarana Ibu bapa (PIBG).
Majlis Penutupan akan dirasmikan oleh Pengetua dan YDP PIBG.
Tindakan : Kaunselor

Mesyuarat ditangguhkan pada 12.35 tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NORDIANA BINTI LIKI) ( RAZALI BIN TALIB )


Pencatat Setiausaha

Disahkan oleh,

4
(ROSLAN BIN AHMAD ASUAT)
Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran,
SMK Seremban Jaya 2

You might also like