You are on page 1of 1

KOLEKSI SOALAN KES – BAB 1

PENGORGANISASIAN

1) Huraikan proses pengorganisasian sebuah kolej swasta yang baru


ditubuhkan ( 12 )

2) Syarikat JAM Sdn Bhd menjalankan perniagaan memproses dan


memasarkan hasil pertanian. Jabatan pengeluaran syarikat tersebut
diketua oleh Ir. Abd Karim Marwan sebagai Pengurus Besar. Beliau
dibantu oleh dua orang pengurus yang masing-masing bertanggung jawab
terhadap pembelian dan pengeluaran. Jabatan pemasaran pula diketuai
oleh Encik Abd Aziz. Beliau dibantu oleh dua orang pengurus dalam unit
jualan dan khidmat pelanggan. Jabatan pemasaran mempunyai sepuluh
orang jurujual yang diselia oleh penyelia yang bertanggung jawab kepada
pengurus jualan. Di Jabatan Pentadbiran Am, Encik Khamis bertindak
sebagai pengurus yang bertanggung jawab terus kepada Ketua Pegawai
Eksekutif iaitu Datuk Wahab Abu. Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh
seorang setiausaha peribadi iaitu Puan Normah. Jabatan Pentadbiran Am
mempunyai unit system maklumat, unit sumber manusia dan unit akaun
yang masing-masing diketuai oleh seorang Penolong Pengurus.

a) Lakar carta organisasi bagi Syarikat JAM Sdn Bhd. ( 7 )


b) Jelaskan maklumat pengurusan yang boleh diperoleh daripada carta
tersebut. ( 10 )

3) Syarikat Tenaga Maju mempunyai struktur penjabatan mengikut fungsi


iaitu jabatan kewangan, pemasaran dan pengeluaran yang masing-
masing diketuai oleh seorang pengurus besar. Syarikat Tenaga Maju
merancang tiga projek baharu iaitu projek menternak cacing, lintah dan
belut. Syarikat telah melantik tiga orang pengurus untuk mengetuai
setiap projek dan ingin menstrukturkan semua organisasi mengikut
penjabatan matriks.

i) Berdasarkan penyataan di atas, lakarkan carta organisasi matriks


syarikat Tenaga Maju yang dicadangkan dan nyatakan tiga cirri
penjabatan itu. ( 7 )
ii) Berikan tiga kelebihan dan tiga kelemahan penjabatan matriks ( 6 )

You might also like