You are on page 1of 4

TUGAS JAWATAKUASA PENGURUSAN

i. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang /Pendek).


ii. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
iii. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
iv. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
v. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
vi. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/
negeri/kebangsaan.
vii. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum.
viii. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa, Hari Kecemerlangan
Kokurikulum dan kegiatan lain.
ix. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.
x. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
xi. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan
xii. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan
prestasi cemerlang dalam bidang masing- masing.
xiii. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

TUGAS GPK KOKURIKULUM

i. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai.


ii. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah.
iii. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum
iv. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar, berterusan dan
berkesan.
v. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum.
vi. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum.
vii. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar.
viii. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum.
ix. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada
x. setiausaha kokurikulum, penolong Setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit.
xi. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan
dalam aktiviti kokurikulum.

TUGAS SETIAUSAHA/PENYELARAS KOKURIKULUM

i. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum.


ii. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guruguru, perancangan, pelaksanaan dan
penilaian pelajar.
iii. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/ kelab/ pasukan badan
beruniform dan sukan/permainan.
iv. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi.
v. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik.
vi. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskinikan dan mencukupi.
vii. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan
latihan dengan mereka.
TUGAS SETIAUSAHA SUKAN

i. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah.


ii. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/ MSSN/MSSM.
iii. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.
iv. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan.
v. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
vi. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
vii. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
viii. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan.
ix. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
x. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk
edaran, rujukan dan rekod.
xi. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan
sekolah.
xii. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian
Sukan Sekolah.
xiii. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu

TUGAS GURU PENASIHAT KELAB SUKAN PERMAINAN

i. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa.


ii. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan.
iii. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah.
iv. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan.
v. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar.
vi. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
vii. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Sukan/ Permainan.
viii. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik.
ix. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan.
x. Mendaftarkan Kelab/Persatuan Sukan / Permainan.
xi. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli.
xii. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkatsekolah/zon/ daerah dalam lawatan
atau projek yang dijalankan.
xiii. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli.
xiv. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli.
xv. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili.
xvi. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya.
xvii. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli.
xviii. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa
Kokurikulum Sekolah.
xix. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program.
xx. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
TUGAS GURU SUKAN SEKOLAH/RUMAH

i. Membentuk jawatankuasa.
ii. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan.
iii. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar.
iv. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi.
v. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah.
vi. Menganjurkan perlawanan antara Rumah Sukan/Kelas/Tingkatan/ Sekolah.
vii. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar.
viii. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah.
ix. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai.
x. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan.
xi. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
xii. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan
mencukupi untuk digunakan.
xiii. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan.
xiv. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkahlangkah untuk mempertingkatkan.
xv. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri, wakil
daerah/negeri dan negara)
xvi. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia,

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AJK UNIT-UNIT KOKURIKULUM

Pengerusi

i. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua


mesyuarat.
ii. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil
tindakan yang sewajarnya.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Naib Pengerusi

i. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab yang diberi.
ii. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Setiausaha

i. Menguruskan hal-hal surat menyurat.


ii. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan- kegiatan.
iii. Mencatat kehadiran ahli
iv. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
v. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Penolong Setiausaha
i. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggung jawabnya.
ii. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Bendahari

i. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan


ii. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab
di atas kesahihannya.
iii. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
iv. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
v. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
vi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Penolong Bendahari

i. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.


ii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

Ahli Jawatankuasa

i. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
ii. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
iii. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa

Pemeriksa Kira-Kira

i. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab


keatasnya.
ii. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

You might also like