You are on page 1of 4

Yang Berusaha, puan nor azni binti md noor, guru besar sekolah

kebangsaan brinchang,

Yang dihormati, puan rosniza binti Elias, ketua perpustakaan Awam


Daerah Cameron Highlands.

Puan Rosnani bt Ghazali, Penolong Kanan Pentadbiran,

Puan Robayah bt abdul rahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En. Arif afizi bin mohamad kamal, Penolong Kanan Kokurikulum

rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat


Ilahi, Tuhan yang Maga Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah
kurniaNya serta kehendakNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan
kesempatan, dianugerahkan kesihatan, disempurnakan kewarasan akal,
didorong dan digerakkan minda dan deria rasa untuk kita sama-sama
berkumpul di Dewan ini bagi Majlis Pembugaran Nilam peringkat sekolah .

Kalungan bunga terima kasih buat semua.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan dengan munajat
doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Al-fadzil
Ustaz mohd Fairul bin AB bakar bagi memimpin pembacaan doa.
Dipersilakan al-fadzil ustaz.

Terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa


sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha
Agung.

Melilit rotan di dahan ara

Di celah angsana mekar sekata

Ucapan Aluan pembuka bicara

Tuan guru besar bermadah kata /bingkisan ucapan sepatah kata

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar.


Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Di


Hormati Puan Rosniza binti Elias, ketua perpustakaan awam daerah
cameron highlands untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan alu-
aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada puan atas ucapan yang telah disampaikan.

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi,

Puteri Bongsu cantik terperi

Minum air tampak berkaca

Demi jaya ilmu dicari

Nadi ilmu amalan membaca

Seterusnya, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan


Tuan guru besar untuk menyampaikan watikah ketua pengawas pusat
sumber kepada ----------------------------------- dan penolong ketua pengawas pusat
sumber kepada -----------------------------------------------.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru besar

Seterusnya, kita tiba ke acara penyerahan watikah pelantikan Pengawas


Pusat Sumber Sekolah. Bagi maksud tersebut, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Tuan guru besar sk brinchang untuk
menyampaikan watikah.

Dipersilakan.

NAMA;......................... ketua pengawas pusat sumber sekolah

NAMA........... penolong ketua pengawas pusat sumber sekolah.

Majlis merakamkan sekalungan bunga terima kasih kepada tuan guru


besar kerana sudi menyampaikan watikah perlantikan tersebut.
Seterusnya, majlis mempersilakan semua pengawas pusat sumber sekolah
untuk naik keatas pentas untuk bacaan ikrar. Bacaan ikrar ini akan
diketuai oleh muhammad aniq bin muahkahrr.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengawas pusat sumber sekolah.

Seterusnya, majlis menjemput puan rosniza bt elias untuk menyerahkan


kotak nilam kepada ketua kelas.

Dijemput ketua kelas tahun....

Terima kasih diucapkan kepada puan ros niza.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu nilam.

Hadirin di jemput berdiri dan menyanyi.

Hadirin dijemput duduk.

Acara seterusnya dijemput adik Nurfarahiya bt ishasrudin untuk


mendiklamasikan puisi.

Terima kasih adik farahiyah.

Majlis diteruskan dengan bacaan sambung. Dijemput para peserta ke atas


pentas.

Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan taklimat pengisian nilam oleh puan


ros anita kartini bt mohamed.

Acara seterusnya ialah bacaan senyap selama minit..

Pengisian buku nilam dan kuiz.

Penyampaian hadiah:

Anugerah nilam murid 2018

Tahap 1;

Tahap 2;

Anugerah nilam guru :

Guru penggalak nilam :

Hadiah persembahan

A – bacaan sambung

b- bacaan puisi
c- kuiz.

Majlis kita sampai dipenghujungnya, Sebelum majlis berlabuh tirai,


sebelum titik bertemu nokhtah, pihak majlis mohon mengambil sedikit
kesempatan waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan
sejuta kalungan bunga terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan majlis pembugaran
nilam peringkat sekolah pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan
dengan jayanya.

Membawa dulang beralas sutera

Berisi hadiah buat pemenang

Ilmu dijulang semangat membara

Amalan membaca hatipun senang

Cincin suasa tersemat di tangan

Hiasan tersohor dato Bahaman

Ilmu dijulang demi kejayaan

Amalan Membaca gaya wawasan.

You might also like