You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan

Tamadun Islam bermula ketika lahirnya seorang pesuruh Allah iaitu Muhammad bin
Abdullah. Sejarah perkembangan tamadun Islam bermula di padang pasir yang
dimana sumber airnya sangat terhad. Rasulullah dilantik menjadi pemimpin umat
akhir zaman ketika baginda berusia 40 tahun. Isteri Baginda iaitu Khadijah binti
Khuwaillid merupakan orang pertama yang memeluk agama Islam dan menjadi
tulang belakang kepada Rasulullah dalam penyebaran agama Islam. Rasulullah
berdakwah secara rahsia selama 3 tahun sebelum bertindak untuk melakukannya
secara terbuka selepas berbincang strategi dengan para sahabatnya. Namun,
berlaku penentangan daripada segelintir masyarakat Arab terutamanya golongan
bangsawan ketika itu. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, tugas penyebaran Islam
diteruskan oleh para sahabat sehinggakan Islam pernah menguasai 2/3 dunia.
Sehingga sekarang, Islam merupakan salah satu agama utama di dunia(Zulkifli &
Noor ,2006). Dengan kedatangan Islam ke Malaysia ini banyak perubahan yang
telah dibuat dari segi corak kehidupan, pemerintahan dan juga ekonomi. Bukan itu
sahaja Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah menjadi
tumpuan penduduk seluruh Nusantara kerana kegiatan agama yang ada di negara
itu. Namun, dengan penjajahan British ini semenjak tahun 1511, perubahan telah
banyak berlaku terutama dari segi pentadbiran, pendidikan dan cara hidup
masyarakat Islam. Walaupun penjajahan ini banyak mengubah wajah Islam di
Malaysia tetapi tidak sepenuhnya kerana ketebalan keimanan sesetengah golongan
masih kuat.

2.0 Faktor-faktor kegemilanganTamadun Islam di Tanah Melayu

2.1 Keistimewaan Hukum Islam

Faktor pertama kegemilangan Tamadun Islam di Tanah Melayu ialah faktor


keistimewaan hukum Islam iaitu kesesuaian dengan fitrah dan akal manusia. Al-din
yang diturunkan oleh Allah S.W.T yang bersifat Maha Sempurna, sunyi dari
sebarang bentuk kekurangan dan kelemahan. Peraturan ini berbeza dengan
peraturan dan agama ciptaan manusia. Segala hukum yang telah diturunkan oleh
Allah S.W.T tidak bertentangan dengan akal manusia, bahkan akal tersebut jika
betul-betul digunakan ia akan menemukan keagungan dan keesaan Allah S.W.T. Hal
ini sangat bertepatan dengan salah satu prinsip Tamadun islam iaitu memelihara
akal di mana menyeru penganut Islam mengharamkan sesuatu perbuatan yang
boleh merosakkan akal seperti berzina dan minum arak. Hukum Islam yang
berkonsepkan Tuhan sangat sesuai dengan fitrah dan akal manusia kerana ia

6
memberi jaminan keadilan kepada setiap lapisan masyarakat dengan prinsip semua
orang adalah sama di sisi Allah S. W. T. Dengan adanya prinsip ini, semua
penduduk di Tanah Melayu telah menerima hukum Islam tersebut dan
mengamalkannya dalam kehidupan seperti adanya persamaan hak individu
masyarakat.. Dari segi pentadbiran, mereka telah berorganisasi atas asas akidah
yang menjamin daripada sifat menyeleweng dan kezaliman. Daripada prinsip ini,
dapatlah masyarakat setempat melihat bahawa hukum Islam yang berkonsepkan
Tuhan mengambil kira keadaan manusia dan mementingkan keluhuran nilai
kemanusiaan Oleh itu, setiap individu masyarakat di Tanah Melayu telah menerima
dan mengamalkannya dan akhirnya membawa kepada kegemilangan Tamadun
Islam di Tanah Melayu.

2.2 Faktor pemerintah yang bertakwa dan bijaksana

Menurut Khalifah Muammar (2009), generasi yang unggul akan mencipta


kecemerlangan dalam pelbagai bidang kerana pembangunan tamadun didahului
dengan pembangunan manusia. Pada zaman kegemilangan tamadun Islam, umat
dan negara diterajui oleh para pemimpin yang berwibawa. Mereka bukan sahaja
bersifat adil, tetapi amat cintakan ilmu pengetahuan. Sebagai analogi, selepas tahun
1414M, raja Melaka memeluk Islam dan menamakan dirinya “Megat Iskandar Shah”.
Mulai saat itulah Melaka telah menjadi sebuah negeri Islam. Setelah pengislaman
Raja Megat Iskandar Shah, kedudukan politiknya menjadi semakin kuat dengan
adanya hubungan antara istana Melaka dengan istana Pasai dari segi keislamannya.
Seterusnya kerajaan Melaka telah berkembang menjadi sebuah kerajaan yang
luasnya pengaruhnya dalam pelbagai bidang (Bharuddin, n.d.).

2.3 Faktor Pendakwah Islam

Pendakwah-pendakwah Islam merupakan ulama Islam yang berpegang teguh


kepada ajaran Islam. Akhlak mereka yang murni yang berasaskan ajaran Islam
menyebabkan penerimaan agama Islam oleh para rakyat di Tanah Melayu
Golongan pendakwah yang awal membawa Islam ke Tanah Melayu adalah dari
kalangan ahli Sufi. Mereka membawa pendekatan Islam dan dakwah yang
menumpukan aspek kerohanian dan mistik. Walaupun mereka berjaya menawan hati
masyarakat yang turut gemar terhadap unsur-unsur berkenaan, ia turut membiakkan
kemunculan gerakan sufi yang sesat atau kaku di rantau Tanah Melayu. Hal ini
memperkuatkan lagi kebangkitan Islam yang menjadi masalah kepada
perkembangan dakwah yang sebenar (Mohd Taib Osman 1980). Walau
bagaimanapun, kedua-kedua halangan ini telah diatasi dengan penuh hikmah dan

6
beransur-ansur melalui kemasukan pendakwah Arab dan India Muslim dalam
masyarakat Melayu, proses menunaikan haji ke Makkah, dan pertambahan pelajar
Melayu di pusat Pengajian Islam yang mendedahkan ajaran Islam yang sebenar
kepada mereka. Dengan terdirinya institusi agama seperti masjid dan sekolah agama
tradisional iaitu pondok dan pesantren, Islam mula dikembangkan dengan secara
sistematik melalui pendekatan dakwah. Secara implisitnya, tamadun Islam telah
berkembang besar pengaruhnya dan membawa kepada kegemilangan Tamadun
Islam.

3.0 Faktor Kemerosotan Tamadun Islam Di Tanah Melayu

3.1 Faktor pemerintah yang lemah

Umum diketahui bahawa apabila sebuah kerajaan diperintah oleh seorang


pemerintah yang lemah, maka akan mengakibatkan tercetusnya pelbagai masalah
seperti rusuhan kaum, peningkatan gejala sosial, politik yang tidak stabil, ekonomi
yang lumpuh dan akhirnya menyebabkan keruntuhan sesebuah kerajaan. Perkara
yang sebegini telah berlaku kepada peradaban Islam Melaka. Sultan yang
memerintah pada masa keruntuhan peradaban Islam Melaka yang dipersalahkan
ialah Sultan Mahmud Shah. Baginda merupakan seorang pemimpin yang zalim,
mengikut hawa nafsu dan mementingkan kuasa mutlak. Baginda digambarkan
sebagai tidak mengamalkan tuntutan syariah dengan sepenuhnya, suka mengambil
hak orang lain, tidak adil dalam mengendalikan kehakiman, bersikap zalim, pilih
kasih, mementingkan kemewahan dan terlibat dalam perzinaan (Kemerosotan dan
Kejatuhan Kota Madani Melaka, n.d.). Bukti yang penting yang untuk diketengahkan
menunjukkan kebimbangan terhadap keperibadian baginda ialah wasiat
ayahandanya. Sultan Alauddin Riayat Shah meramalkan bahawa takhta Sultan
Mahmud Shah akan menemui kemusnahan sekiranya bersikap berterusan. Oleh itu,
kelemahan pemimpin yang telah mengundang keruntuhan sesebuah kerajaan akibat
menyalahgunakan kuasa dan menindasi serta menzalimi rakyat jelata.

3.1 Peranan Golongan Saudagar-Saudagar Asing

Peranan golongan saudagar asing juga merupakan faktor kepada keruntuhan


tamadun Islam di Tanah Melayu. Contohnya, golongan saudagar asing yang telah
menyebabkan keruntuhan peradaban Islam Melaka di Tanah Melayu. Masyarakat
Melaka pada zaman dulu terdiri daripada masyarakat asing seperti Jawa, Gujerat,
China, Malabar, Burma dan sebagainya. Golongan ini tidak menuntut kesetiaan
yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Melaka, maka membantu pihak musuh

6
kerana mereka lebih mementingkan keselamatan nyawa dan perniagaan sendiri.
Oleh itu, kegemilangan sesuatu kerajaan tidak boleh diharapkan semata-mata pada
komuniti saudagar-saudagar asing sahaja.

3.3 Kelemahan Ekonomi

Salah satu faktor kemerosotan Tamadun Islam di Tanah Melayu ialah kelemahan
ekonomi. Tanpa sumber ekonomi yang secukupnya, sudah pastilah segala
perancangan pembangunan tidak dapat dilaksanakandan juga boleh membawa
kepada kecelaruan sosial seperti kegiatan tidak bermoral. Sebagai analogi,
kemerosotan tamadun Islam di Melaka adalah disebabkan kelemahan ekonomi.
Kerajaan Melaka, Parameswara telah berusaha menjadikan Melaka sebagai pusat
perdagangan. Namun, menjelang penghujung kurun kelima belas, telah munculnya
perlumbaan mencari dan mengumpul kekayaan sehingga mengetepikan prinsip yang
menjadikan Kerajaan Islam Melaka sebagai emporium perdagangan yang bertaraf
antarabangsa. Akhirnya, kegemilangan perdagangan Melaka dikuasai oleh
pedagang asing. Kuasa ekonomi terletak di tangan mereka kerana tiada golongan
Melayu kelas pertengahan yang terlibat dan golongan atasan hanya kaya melalui
kutipan cukai dan hadiah. Kelemahan ini akan lahir saudagar asing yang kaya tetapi
tidak taat kepada kerajaan Islam dan akhirnya mengundang kepada kemerosotan
tamadun Islam di Melaka dan seterusnya di Tanah Melayu.

4.0 Faktor Pemangkin Pembentukan Malaysia

4.1 Tulisan jawi

Tulisan jawi juga telah menyumbang kepada pembentukan Malaysia pada hari ni.
Sejarah Melayu dikatakan bermula dengan tulisan jawi dan tulisan jawi ini serentak
dengan kelahiran kerajaan-kerajaan Islam yang silam. Pada zaman dahulu, tulisan
jawi telah digunakan di mana penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk
berkomunikasi di Tanah Melayu. Hinggalah ke zaman sekarang, tulisan Jawi
digunakan secara menyeluruh bagi menulis kitab-kitab agama, karya-karya sastera,
buku-buku, risalah-risalah dan juga prasasti, termasuk juga surat-surat perjanjian
dengan negara-negara luar (Mohd Alwee, n.d.). Hal ini telah membuktikan bahawa
kegemilangan tulisan jawi telah menyumbang kepada pembentukan Malaysia kini.

4.2 Peranan golongan saudagar asing

Golongan saudagar asing juga memainkan peranan penting dalam pembentukan


Malaysia pada hari ini. Golongan saudagar asing banyak terdiri daripada pelbagai

6
negara lain. Mereka berdagang di pelabuhan entreport Melaka dan perlu membayar
sistem cukai yang berpatutatn. Sistem cukai yang berpatutan juga akan
mengakibatkan golongan saudagar asing menggalakkan pedagang dari negara
mereka untuk berdagang di pelabuhan Melaka. Oleh itu, sistem cukai yang dibayar
oleh pedagang akan dapat menjana ekonomi sesebuah tamadun dan akhirnya
menyumbang kepada perkembangan tamadun. Justeru, pembentukan Malaysia
dapat dicapai dengan peranan yang dimainkan oleh golongan saudagar asing.

5.0 Penutup

Kegemilangan tamadun Islam yang pernah dipelopori oleh umat Islam haruslah
dikembalikan kepada mereka. Satu perkara yang perlu diingati ialah kegemilangan
sesuatu kerajaan adalah titik tolak kepada kemerosotan kerajaan. Oleh itu, kita
haruslah mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa lalu tentang kejatuhan
Tamadun Islam supaya dapat dijadikan pedoman dan panduan agar perbuatan salah
laku tidak berulang kembali. Sumber galian haruslahdikendalikan dengan sebaik-
baiknya. Sebarang bentuk kekerasan dan penindasan haruslah dielakkan.
Seseorang pemerintah haruslah memerintah mengikut kebolehannya dan kredibiliti
yang ada. Namun, kemewahan dan kekuasaan telah melalaikan mereka. Tamadun
Islam yang gemilang di persada dunia suatu ketika dahulu akhirnya runtuh juga.

6
Rujukan

Bharuddin Che Pa. (n.d.). Institusi Raja dan Peranannya Terhadap Penyebaran
Islam di Alam Melayu Nusantara. Dicapai pada 20 Mac 2017, daripada
http://repository.um.edu.my/23881/1/7.%20%20Institusi%20Raja%20Dan%20P
eranannya%20%20%20Terhadap%20Penyebaran%20Islam%20Di%20Alam00
250Melayu%20Nusantara.pdf

Kemerosotan dan Kejatuhan Kota Madani Melaka (n.d.). Dicapai pada 27 Mac 2017,
daripada http://studentsrepo.um.edu.my/644/7/BAB6.pdf

Khalif Muammar (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran Dari


Masa Lalu. Jurnal Hadhari, 2, 15-31. Dicapai pada 20 Mac 2017, daripada
http://journalarticle.ukm.my/239/1/1.pdf

Mohd Taib Osman (1980). Islamisation of the Malays: a transformation of culture.


Kuala Lumpur: Telaga Biru.

Mohd. Awlee (n.d.). PerkembanganTulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat


Islam di Malaysia. Dicapai pada 27 Mac 2017, daripada
http://icmsm2009.um.edu.my/filebank/published_article/8102/Jurnal.Usuluddin.
21.2005-03.Alwee.Jawi.pdf

Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah (2006). Biografi Muhammad Rasulullah
(Perjalanan hidup seorang nabi). PTS Islamika.

You might also like