You are on page 1of 3

Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

kepada Puan Norma selaku pensyarah bagi mata pelajaran Kesantunan Masyarakat Malaysia
kelas saya. Beliau banyak membantu saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.
Beliau tidak jemu-jemu untuk memberi penerangan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya agar
saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lebih baik dan mudah. Selain itu, saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang turut berkongsi maklumat dan
bersama-sama berbincang bagi menyelesaikan masalah sepanjang proses menyiapkan kerja
kursus ini.

Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi subjek Kesantunan Masyarakat Malaysia,
saya agak keliru tentang kehendak soalan. Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk
menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang isu-isu kesantunan dalam
masyarakat Malaysia amatlah sedikit. Namun demikian,cabaran dan halangan ini tidak
mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkantugasan yang terbaik; bermula dengan
mencari material yang berkaitan melalui internet. Di sini, saya dapat mencari isu-isu kesantunan
dalam proses mempelajari pengetahuan yangbaru .Sebelum membuat kerja kursus ini,
saya sememangnya tidak tahu apa-apa tentang isu-isukesantunan yang berleluasa
dalam kalangan masyarakat Malaysia.Contohnya, saya tidakmengenal maksud sebenar Black
Metal ini dan tidak tahu Black Metal ini akan memberikan kesan yaag begitu besar kepada para
remaja. Walaubagaimanapun, selepas membuat kerja kursus ini saya
dapat memahami betapavpentingnya kesantunan kepada seseorang individu. Kerja kursus ini
menyedarkan yang betapa dalamnya isu-isu kesantunan ini meninggalkan kesan terhadap
masyarakat dan negara.Saya dapat mengetahui pelbagai berita tentang isu-isu kesantunan
melalui pembacaan dari surat khabar dan internet.Semasa melaksanakan tugasan
kerja kursus Kesantunan Masyarakat Malaysia, sayatelah menerima banyak faedah yang
berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru.Setelah membuat banyak rujukan dan
perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebihmengenali serta memahami tentang
Kesantunan Masyarakat Malaysia dari segi kognitifnya dan sebagainya yang sebelum ini saya
tidak pernah didedahkan secara terperinci seperti ini.Saya juga merasakan kepentingan
Kesantunan Masyarakat Malaysia ini terhadap diri sayakerana sebagai bakal guru, kelak semua
ilmu ini perlu diterjemahkan untuk melaksanakantugas harian sebagai guru yang begitu
mencabar pada masa sekarang.Di sampin itu, sebagai bakal guru yang akan mengajar di
sekolah rendah pasti akanmenghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah fikirkan
sebelum ini. Di samping itu, dalam proses menyiapkan tugasankerja kursus ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membenihkan semangat setiakawan dan mengeratkan
hubungan silaturahim antara kami. Sikap toleransi dan bersinergi pensyarah dan semua
rakan jugadapat ditingkatkan melalui proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya mula
lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara pengajaran pensyarah, sekaligus
mengukuhkan hubungan dua hala antara kami.

Malah, dengan adanya tugasan projek ini, saya dapat berfikir secara kreatif dan kritis
dalam menangani setiap masalah yang berlaku. Hal ini disebabkan, bertindak tanpa
berfikir akan mendatangkan kesan yang negatif kepada individu itu sendiri. Jadi,
setiap masalah yang berlaku akan dapat diselesaikan sekiranya saya dapat berfikir
secara kreatif dan kritis dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian. Tambahan
pula, saya dapat mempelajari kemahiran baharu dengan adanya penerapan unsur
ICT semasa menjalankan tugasan projek ini. Tugasan ini memerlukan saya
membina sebuah blog laman ilmu secara berkumpulan. Hal ini memberi
pengetahuan kepada saya tentang penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
dalam pendidikan. Kemahiran ini juga dapat digunakan pada masa hadapan kerana
sistem pendidikan pada masa kini amat mementingkan penggunaan ICT dalam
bidang pendidikan.

kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi
dalamkerja projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam
matapelajaran ini. Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah belajar untuk
bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata.
Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlusemasa melakukan kerja
berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan.

Sepanjang saya melaksanakan dan membina laman web ini, banyak pengalaman
dan ilmu serta kemahiran baru yang dapat saya peroleh dan timba. Saya sedar
bahawa sebagai seorang bakal pendidik, pengalaman dan ilmu haruslah ditimba dan
dicari sebanyak mungkin sebagai persediaan dan bekalan untuk dibawa ke alam
pekerjaan yang sebenar nanti. Oleh itu, melalui kursus ini, saya dapat belajar
bagaimana untuk membina bahan yang menarik untuk dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, misalnya menghasilkan blok sendiri yang sesuai
dengan tajuk dan tema yang hendak diajar kepada murid-murid.. Di samping itu,
saya juga dapat memuat naik dan turun bahan yang disalurkan ke blog sendiri.
Kesannya, pengajaran dan pembelajaran itu akan menjadi lebih mudah di samping
dapat mempertingkatkan kemahiran murid dalam Kemahiran Teknologi dan
maklumat.

Penyediaan folio secara berpasangan merupakan pengalaman baru bagi saya.


Walaupun tugasan ini nampak mudah tetapi bahan-bahan rujukan tentang
pentaksiran adalah terhad. Kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan
folio kerana keliru dengan isi kandungan yang perlu dimasukkan kedalam folio.
Masing-masing cuba memberi pendapat, tetapi tidak ada penyelesaian.

Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus pendek ini. Saya
berasa bersyukur dan berpuas hati kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa
yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Sekian terima kasih.

You might also like