You are on page 1of 3

Pelaksanaan Aktiviti-aktiviti Kepelbagaian Sosiobudaya di Sekolah

Sebagai pengenalan, konsep kepelbagaian sosiobudaya masyarakat merangkumi


bangsa, adat resam, kelas sosial, kepercayaan, bahasa, jantina, dan sebagainya yang
relevan. Kepelbagaian sosiobudaya ini banyak mempengaruhi pembelajaran murid di bilik
darjah mahupun di sekeliling sekolah. Hal ini kerana budaya yang berlainan mempengaruhi
cara individu berfikir, cara individu bertindak, dan juga mempengaruhi pandangan, perasaan
dan pembawaan.

Sejauh penilaian saya tentang pelaksanaan aktiviti-aktiviti di sekolah yang dapat


mempengaruhi kefahaman pelajar dan guru tentang kepelbagaian sosiobudaya,
terutamanya SJKC Ping Min, Lumut yang saya pergi untuk Pengalaman Berasaskan
Sekolah (PBS), saya mendapati beberapa aktiviti yang dapat menjadi sebagai contoh yang
baik. Sebagai lontaran idea yang pertama, penglibatan kesemua-semua warga dalam satu
sambutan ataupun aktiviti berkenaan kaum dan etnik. Contohnya, sambutan hari perayaan
pelbagai kaum, sambutan Hari Malaysia dan sebagainya. Sambutan-sambutan tersebut
memiliki daya untuk memupuk semangat patriotik dan perpaduan. Murid dan guru juga
dapat mengalami pelbagai cara sambutan perayaan dan adat resam kaum lain secara
langsung.

Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, aktiviti gotong-


royong sekolah juga merupakan salah satu cara yang baik untuk mebentuk kefahaman
terhadap kepelbagaian sosiobudaya. Hal ini kerana apabila perlaksanaan aktiviti tersebut,
setiap orang akan kehilangan status sosial masing-masing sementara untuk melakukan
pembersihan dan sebagainya. Ini merupakan satu aktiviti yang baik di mana semua warga
diletak di satu kedudukan yang sama rata dan tidak bersifat prejudis. Aktiviti gotong-royong
ini boleh dilakukan secara pembersihan kawasan sekolah, menceriakan dinding,
penanaman tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

Jika dilihat secara menyeluruh, kefahaman kepelbagaian sosiobudaya juga boleh


diterapkan secara hiburan juga. Unsur-unsur hiburan di sini bermaksud kegiatan nyanyian
dan tarian. Dengan kata lain, pihak sekolah mengadakan perlbagai aktiviti mengenai
kebudayaan pelbagai kaum dalam bentuk nyanyian dan tarian. Aktiviti tersebut boleh
dilaksanakan sebagai satu kursus mahupun pertandingan antara kelas. Sebagai contoh,
pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan nyanyian pelbagai bahasa dan tarian
pelbagai kaum atau etnik. Secara langsungnya, warga sekolah dapat didedahkan mahupun
terlibat dalam budaya sesuatu kaum dan etnik selain mengeratkan hubungan satu sama
lain. Tambahan pula, pertandingan persembahan pakaian “fashion show” tradisional juga
boleh diadakan untuk tujuan menerapkan kepelbagaian sosiobudaya.
Bertolak titik dari sudut pandangan yang lain, menurut penilaian saya di setiap
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, kebanyakan sekolah tersebut mempunyai sesi bacaan
pagi sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Terdapat beberapa sekolah
yang menggunakan sesi tersebut untuk sesi moral ataupun agama. Hal ini kerana kini ramai
bangsa selain cina yang masuk ke SJKC terutamanya SJKC Ping Min yang memiliki
seramai 94 orang murid bangsa melayu berbanding dengan 128 orang murid bangsa cina.
Jadi, sekolah tertentu mengadakan sesi agama di mana murid akan diasingkan menurut
kepercayaan masing-masing untuk membaca bahan bacaan agama. Selain itu, sekolah
tersebut juga menggabungkan kesemua-semua murid tidak kira bangsa dan agama di
tempat yang sama untuk sesi moral umum serta menerapkan konsep kepercayaan kepada
Tuhan di mana Rukun Negara catat. Pada pendapat saya, aktiviti boleh dijadikan satu
contoh kepada semua sekolah supaya kefahaman kepelbagaian kepercayaan dapat
diterapkan kepada murid sejak kecil lagi supaya mereka saling menghormati kepercayaan
lain.

Cadangan Amalan Pengurusan Bilik Darjah Mesra Budaya Kondusif

Sebagai pengenalan, perkataan mesra menggambarkan keselesaan, keceriaan, dan


kegembiraan. Kemesraan wujud dan terjalin apabila manusia berhubungan dan dalam
hubungan tersebut nilai-nilai murni menjadi pegangan dan amalan lalu terbina
persefahaman, toleransi dan hormat-menghormati. Budaya pula bermaksud suatu nilai
amalan dan perlakuan yang diterima pakai oleh sekelompok masyarakat yang memenuhi
kehendak rohani dan jasmani sehingga wujud kesejahteraan bagi kelompok tersebut. Jadi,
dalam konteks bilik darjah, keselesaan dan kegembiraan itu diwujudkan oleh guru dan murid
melalui pelbagai amalan pengurusan tertentu. Persoalannya, apakah amalan pengurusan
bilik darjah mesra budaya? Tepuk dada, tanya selera.

Sebagai lontaran idea yang pertama, pengurusan bilik darjah mesra budaya boleh
dilaksanakan secara fizikalnya. Guru perlu mempunyai pelan lantai di mana susunan kerusi,
meja, perabot, dan peralatan sesuai dengan aktiviti. Pengudaraan, pencahayaan,
kebersihan, dan keceriaan turut dijaga. Tempat tambahan seperti sudut bacaan dan sudut
multimedia juga perlu disediakan. Tambahan pula, bilik darjah juga perlu dihiaskan dengan
pelbagai bahan ilmiah, info sekolah, dan sebagainya yang sesuai dibaca.

Jika dilihat secara menyeluruh, pengurusan persekitaran sosioemosi turut


memainkan peranan penitng untuk bilik darjah mesra budaya. Guru sendiri perlu menjadi
model perlakuan yang baik, penyayang terhadap murid serta mengurus emosi dengan
berkesan dan mempunyai kemahiran sosial yang tinggi. Peraturan dan undang-undang bilik
darjah perlu dirancang dan dilaksanakan bersama murid. Sebagai contoh, guru boleh
menyediakan lebih banyak aktiviti bermain mendorong pemupukan budaya kolaboratif dan
koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran intrapersonal dan interpersonal
serta berkomunikasi juga dipentingkan. Guru mestilah menyusun kedudukan murid supaya
murid duduk dengan murid yang berbangsa lain, berkepercayaan lain, berjantina lain, dan
sebagainya. Hal ini kerana murid akan mula mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri,
mempunyai motivasi yang kuat untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kelebihan
agar dapat diterima oleh rakan-rakan yang mempunyai sosiobudaya berlainan.

Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, minat dan


pencapaian pelajaran murid juga perlu dijaga. Guru patut memupuk minat murid dan
memberikan motivasi kepada murid untuk mencapai matlamat pendidikan. Contohnya, guru
boleh menyelitkan aktiviti menyanyikan lagu pelbagai kaum dalam satu pembelajaran dan ini
menjadikan murid gembira tanpa mengira lagu bangsa apa dan bahasa siapa.

Dari segi pedagogi pula, guru perlu mewujudkan hubungan dan ikatan dengan murid
serta membangunkan komuniti belajar dalam kalangan murid yang sama-sama bekerja
secara kolaboratif dan bertanggungjawab terhadap kejayaan bersama. Kejayaan kecil yang
dicapai memberi semangat kepada murid untuk meneruskan harapannya. Sumber atapun
bahan pengajaran dan pembelajaran guru juga boleh bersifat kepelbagaian budaya.
Contohnya, guru Bahasa Melayu boleh menyediakan bahan bacaan ataupun teks yang
berasaskan tradisional pelbagai kaum.

Tambahan pula, kelas bercantum juga boleh dilaksanakan di mana pelaksanaan


pengajaran dan pembelajaran oleh seseorang guru terhadap murid-muridnya yang terdiri
daripada beberapa tahap dan umur murid-murid tersebut lebih kurang sebaya.

Seterusnya, dari segi sosiolinguitik, guru patut menggunakan satu bahasa pengantar
semasa suatu pengajaran dan pembelajaran. Bahasa pengantar di sini tidak semestinya
mengikut jenis sekolah tetapi mengikut subjek dan konteksnya. Contohnya, jika buku teks
Pendidikan Moral datang dalam bahasa cina, maka guru tersebut perlu menggunakan
bahasa tersebut. Jika buku teks matematik baharu datang dengan bahasa melayu, maka
guru perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

You might also like