You are on page 1of 2

PENGHARGAAN

Salam sejahtera, dengan keberkatannya dapatlah saya melaksanakan kajian

tindakan yang diberikan oleh pensyarah dalam masa yang ditetapkan. Pada

kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing dan penyelia kajian tindakan ini iaitu Tn. Syed Idrus Bin Syed Mudayah

yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta teguran yang membina

bagi melaksanakan kajian tindakan ini dengan sebaik mungkin.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada ibu dan bapa saya yang telah

memberi sokongan kepada saya untuk melaksanakan kajian tindakan ini. Walaupun

mereka tidak terlibat secara langsung dalam melaksanakan kajian tindakan ini,

namun mereka telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada saya. Segala

keperluan untuk melaksanakan tugasan ini telah disediakan oleh ibu dan bapa saya.

Sekiranya tiada bantuan daripada mereka, kemungkinan saya akan mengalami

kesukaran untuk melaksanakan kajian tindakan ini dengan sebaik mungkin.

Selain itu, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua warga Sekolah

Kebangsaan Bohor Mali, Simpang Empat, Perlis yang memberikan kerjasama

sepenuhnya dari awal kajian bermula sehingga kajian ini tamat dilaksanakan. Tanpa

mereka, kajian tindakan ini tidak mungkin dapat diselesaikan.

Akhirnya, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pensyarah di

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG Kampus Perlis, dan rakan-rakan

seperjuangan yang telah membantu saya sama ada dalam menyediakan bahan

atau memberi sumbangan idea kepada saya. Terima kasih untuk segala-galanya.

You might also like