You are on page 1of 7

Pada era pascaglobalisasi ini, kita sering mendengar masalah remaja yang semakin hari

semakin teruk. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka terlibat dengan gejala sosial,
seperti vandalisme dan gengsterisme. Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya
memainkan peranan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab mendidik dan
membentuk sahsiah yang cemerlang dan terbilang dalam diri anak. Peranan ibu bapa
penting kerana apabila ibu bapa memainkan peranan dengan baiknya, masalah yang
berkaitan dengan remaja tidak akan berlaku. Ibu bapa juga perlu menitikberatkan hal
ehwal anak agar mereka tidak terjebak dengan perkara yang negatif yang mengundang
impak kepada masa depan mereka. Ibu bapa harus bertindak dari sekarang agar
masalah yang berkaitan dengan remaja dapat diselesaikan.
Remaja amat penting kepada negara kerana mereka golongan pelapis dan akan
memimpin negara pada masa akan datang. Jika remaja rosak, maka masa depan negara
turut musnah. Seyogia ibu bapa mendidik anak dengan baiknya agar mereka mampu
menjadi insan yang mampu memimpin negara dengan adil dan bijaksana. Oleh itu,
terdapat beberapa peranan yang seharusnya dilaksanakan oleh ibu bapa dalam
membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak.
Antara peranan ibu bapa termasuklah meluangkan lebih banyak masa dengan anak agar
mereka tidak berasa kesunyian atau diabaikan oleh ibu bapa mereka sendiri.
Ibu bapa tidak seharusnya terlalu sibuk dengan kerja masing-masing sehingga
mengabaikan obligasi mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan remaja
yang terlibat dengan gejala sosial mendakwa bahawa mereka terlibat oleh sebab ibu
bapa mereka tidak mengambil peduli mengenai mereka dan tidak meluangkan masa
dengan mereka sebagai akibat sibuk dengan kerja. Perkara tersebut menyebabkan
mereka lebih cenderung untuk meluangkan masa bersama-sama rakan. Oleh itu, ibu
bapa tidak seharusnya mementingkan harta berbanding dengan anak kerana harta tidak
dapat dibawa ke mana-mana apabila meninggal dunia.
Namun begitu, apabila ibu bapa memiliki anak yang soleh dah solehah, mereka dapat
membantu ibu bapa dalam kubur apabila mereka mendoakan kesejahteraan ibu bapa
mereka kerana doa anak yang soleh termakbul. Hal ini jelas dinyatakan dalam hadis
daripada Al-Bukhari yang berbunyi, “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam,
maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan, dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya.”
Oleh yang demikian, ibu bapa seyogia meluangkan masa dengan anak agar mereka tidak
berasa terpinggir daripada ibu bapa mereka sendiri yang menyebabkan mereka terjebak
dengan perkara yang negatif. Ibu bapa hendaklah mendidik anak dengan baiknya kerana
anak merupakan aset kepada ibu bapa di akhirat.
Selain itu, ibu bapa juga hendaklah mengawasi pergerakan anak untuk mengelakkan
mereka melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai tamsilan, ibu bapa hendaklah
sentiasa bertanya kepada anak mereka tentang tempat yang hendak dituju jika mereka
hendak keluar bersama-sama rakan. Ibu bapa juga seyogia tahu akan kawan anak
mereka agar tidak berkawan dengan mereka yang mampu membawa pengaruh negatif.
Ibu bapa hendaklah mengawasi anak apabila mereka menggunakan alat komunikasi,
seperti telefon pintar. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak anak yang
menyalahgunakan teknologi untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ibu bapa
seharusnya menyediakan payung sebelum hujan agar perkara tersebut tidak berlaku
kepada anak mereka. Ibu bapa seyogia mengambil tindakan yang sewajarnya mengenai
penggunaan teknologi oleh anak kerana banyak kes yang berlaku melibatkan golongan
remaja perempuan, terutamanya yang ditipu oleh warga asing yang kononnya kacak dan
kaya dan menyebabkan remaja perempuan tersebut sanggup mengambil risiko dengan
melarikan diri dari rumah semata-mata untuk mengikut lelaki warga asing yang tidak
dikenali identitinya. Oleh itu, ibu bapa seyogia mengambil iktibar daripada peristiwa
tersebut serta memikirkan inisiatif yang berkesan agar perkara tersebut tidak berlaku
kepada anak mereka sendiri.
Di samping itu, didikan agama yang cukup juga merupakan satu daripada faktor yang
mampu membentuk sahsiah yang cemerlang dalam diri anak. Seperti yang kita tahu,
banyak ibu bapa sekarang yang kurang menitikberatkan didikan agama kepada anak
yang menyebabkan mereka terjebak dengan heterogen masalah sosial. Agama
merupakan perkara yang paling vital yang seyogia diisi dalam diri anak. Didikan agama
yang utuh dalam diri anak mampu mencegah mereka daripada terjebak dengan perkara
yang negatif kerana mereka mampu membezakan antara perkara yang hak dengan batil.
Rasulullah SAW bersabda, “Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan
hendaklah kau baguskan akhlaknya.” Ibu bapa harus mendidik anak dari kecil lagi
dengan akhlak yang baik supaya apabila dewasa, mereka menjadi individu yang
cemerlang di mayapada, lebih-lebih lagi di akhirat. Apabila anak mempunyai akhlak yang
baik, mereka akan disayangi dan dihormati oleh masyarakat.
Namun begitu, jika akhlak anak adalah sebaliknya, mereka akan dihina dan dipandang
enteng oleh masyarakat. Rasulullah SAW bersabda bahawa “akhlak yang buruk
merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.” Oleh yang demikian, jelaslah bahawa
ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan agama kepada anak agar mereka menjadi
individu yang cemerlang di mayapada, lebih-lebih lagi di akhirat.
Akhir sekali, ibu bapa hendaklah mendisiplinkan diri anak dari kecil lagi agar mereka
membesar menjadi individu yang berdisiplin dan menghormati orang lain.
Oleh yang demikian, ibu bapa seharusnya menjadi entiti mithali kepada anak sejak
mereka kecil lagi. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila ibu bapa melakukan perkara
yang baik, sudah semestinya anak turut melakukan perkara yang baik, seperti yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka bak kata pepatah bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Oleh itu, amat penting untuk ibu bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak
mereka sejak kecil lagi. Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, “Rumah merupakan
universiti pertama bagi anak-anak dan ibu bapa merupakan profesor pertama bagi
mereka”. Jelaslah bahawa anak akan mengikuti tingkah laku ibu bapa ketika mereka
masih kecil lagi. Ibu bapa juga hendaklah mengubah tingkah laku jika mereka hendak
mempunyai anak yang berakhlak mulia dan berdisiplin. Nabi Muhammad SAW bersabda
bahawa “semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan suci bersih. Maka,
kesalahan ibu bapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani dan Majusi”.
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW, jelas bahawa peranan ibu bapalah yang mampu
membentuk anak sama ada menjadi orang yang berakhlak mulia ataupun sebaliknya.
Anak ibarat kain putih manakala ibu bapa pula ibarat warna yang mencorakkan kain
tersebut. Tegasnya, ibu bapa memainkan peranan yang paling signifikan dalam
membentuk sahsiah anak sejak mereka kecil lagi.
Oleh itu, ibu bapa merupakan orang yang memainkan peranan yang signifikan dalam
kehidupan anak. Peranan ibu bapalah yang mampu membentuk anak menjadi insan yang
mempunyai sahsiah yang cemerlang di mayapada dan di akhirat. Ibu bapa seyogia
meluangkan masa bersama-sama anak agar mereka tidak berasa diri mereka disisihkan.
Ibu bapa juga hendaklah mengawal pergerakan anak agar mereka tidak terjebak dengan
gejala yang negatif. Ibu bapa hendaklah membuka fikiran seluas padang pasir agar hati
seputih salju bahawa agama merupakan senjata ampuh untuk mengelakkan modal insan
terjerumus dalam kancah masalah sosial pada masa ini. Ibu bapa juga hendaklah
menunjukkan teladan yang baik kepada anak agar mereka menjadi insan yang berakhlak
mulia.

Pada hari ini, isu membentuk akhlak dan kejayaan akademik anak-anak selalu
diperkatakan. Hal ini demikian kerana sejak akhir-akhir ini akhlak remaja semakin
membimbangkan dan kejayaan akademik anak-anak pula semakin
dititikberatkan. Persoalannya, mengapakah isu sedemikian sering menjadi buah mulut
masyarakat?Oleh itu, marilah kita sama-sama membincangkan peranan ibu bapa dalam
membentuk akhlak dan menentukan kejayaan akademik anak-anak.

Sesungguhnya, peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak adalah


memberikan pendidikan agama dan pendidikan moral. Hal ini demikian
keranapendidikan agama dan moral dapat menghalang anak-anak terlibat dalam
masalah sosial. Sebagai contohnya, pendidikan agama dan moral banyak menerapkan
nilai-nilai murni. Oleh itu, kita dapat melahirkan anak-anak yang mempunyai akhlak yang
baik. Jelaslah, pendidikan agama dan moral memainkan peranan penting dalam
membentuk akhlak anak-anak.

Seterusnya, peranan ibu bapa dalam membentuk akhlak anak-anak adalah memberikan
nasihat, teguran, dan tunjuk ajar. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan orang
yang paling dekat dengan anak-anak. Sebagai contohnya, ibu bapa menegur perbuatan
anak-anak yang tidak baik. Oleh itu, ibu bapa dapat membentuk akhlak anak-anak yang
terpuji. Benarlah, nasihat, teguran, dan tunjuk ajar oleh ibu bapa dapat membentuk
akhlak anak-anak.
Memetik daripada ucapan mantan perdana menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi, “bekerjasama dan bergading bahulah
untuk mendidik dan melahirkan anak bangsa yang cemerlang,
gemilang dan terbilang”. Sesungguhnya, kata-kata tersebut lebih
ditujukan kepada ibu bapa yang sangat memainkan peranan
dalam usaha membentuk anak-anak yang berakhlak mulia. Arus
urbanisasi tidak sewajarnya disalahkan menghalang ibu bapa
mendidik anak-anak daripada terjebak dengan gejala social yang
membawa keruntuhan akhlak.
Antara peranan ibu bapa dalam usaha membentuk anak-anak yang
berakhlak mulia ialah, ibu bapa hendaklah menasihati dan mendidik anak-
anak sejak dari akar umbi lagi, seperti kata-kata pepatah “meluntur buluh
biar dari rebungnya”. Didikan yang sempurna dan diterapkan nilai-nilai
murni dan keagamaan sejak kecil mampu melahirkan anak-anak yang
berakhlak mulia dan menghargai jasa-jasa yang ibu bapa mereka taburkan
selama ini.
Kedua, ibu Bapa haruslah memberikan kasih saying yang secukupnya
kepada anak-anak. Sesungguhnya, anak-anak sangat dahagakan kasih
sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa janganlah asyik mengejar
kemewahan hidup atau dengan kata lain, mengejar syurga sehingga anak-
anak terabai. Tegasnya disini, anak-anak yang diabaikan oleh ibu bapa
mereka, lebih cenderung untuk terdedah kepada budaya kuning lalu
terjebak kepada pelbagai jenayah dan gejala social yang membawa
keruntuhan institusi kekeluargaan, Ibu bapa yang memberikan kasih
sayang kepada anak-anak mereka adalah satu symbol bahawa mereka
sayangkan dan menghargai anak-anak agar menjadi insane yang
cemerlang dan berbakti kepada negara.
Ketiga, ibu bapa mestilah meluangkan masa bersama anak-anak seperti
bersama-sama beriadah pada waktu petang dan berkelah pada hujung
minggu. Ibu bapa juga sewajarnya meluangkan masa untuk bersama anak-
anak semasa mereka sedang mengulangkaji pelajaran. Ibu bapa juga
haruslah sering bertanyakan kepada anak-anak mengenai kerja sekolah
yang diberikan oleh guru-guru mereka. Sikap ambil berat terhadap
pelajaran anak-anak perlu diterapkan dalam diri ibu bapa agar dapat
membentuk anak-anak yang berakhlak mulia. Oleh hal demikian, anak-
anak akan merasakan diri mereka dihargai dan akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk berjaya dan membalas jasa ibu bapa mereke.
Seterusnya, ibu bapa hendaklah memberi peluang kepada anak-anak
untuk memberi sesuatu cadangan walaupun cadangan tersebut tidak
dipersetujui oleh pemikiran ibu bapa. Ibu bapa juga mestilah cuba untuk
memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak. Anak-anak akan lebih
berani memberitahu masalah mereka kepada ibu bapa seandainya ibu
bapa dapat memahami dan berbincang untuk menyelesaikan masalah
mereka. Anak-anak yang berkongsi masalah kepada rakan mereka akan
mendatangkan pelbagai impak negative kepada mereka. Oleh hal
demikian, ibu bapa bertanggungjawab untuk lebih berlembut semasa
bercakap dengan anak-anak agar mereka sudi memberitahu masalah
mereka kepada ibu bapa. Hal ini dapat mengelakkan anak-anak daipada
terjebak dengan gejala social yang membawa keruntuhan akhlak.
Selain itu, bagi yang beragama Islam, ibu bapa mestilah sering membawa
anak-anak ke masjid untuk sama-sama solat berjemaah. Ibu bapa yang
membawa anak-anak menghadiri ceramah agama dan ceramah ilmu juga
adalah salah satu daripada usaha untuk membentuk anak-anak yang
berakhlak mulia. Anak-anak kebiasaannya akan mengikuti tingkahlaku dan
perangai ibu bapa. Oleh sebab itu, ibu bapa wajiblah menunjukkan contoh
dan teladan yang baik kepada anak-anak. Sesungguhnya , keharmonian
sesebuah keluarga bermula dari akhlak dan tingkahlaku yang baik dari
semua ahli keluarga.
Justeru, ibu bapa mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh demi
membentuk anak-anak yang berakhlak mulia walaupun terpaksa
mengharungi pelbagai cabaran, seperti kata-kata pepatah “berakit-rakit
kehulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-
senang kemudian”. Ibu bapa juga tidak seharusnya saling menuding jari
jika anak-anak terjebak dengan gejala sosial, tetapi haruslah bersama-
sama bergading bahuuntuk membaiki akhlak dan perangai anak-anak agar
menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan Negara.
Sesungguhnya, peranan dan kerjasama ibu dan bapa sangat penting
dalam usaha membentuk anak-anak yang berakhlak mulia, seperti kata-
kata pepatah “ringan sama dijunjung, berat sama dipikul”.

You might also like