You are on page 1of 1

Telefon : 03-88884452

Fax : 03-88884051

Ruj. Kami : SKPP16(1)/100-19 ( )


Tarikh : 26 FEB 2018
Kepada

Semua ibu bapa/ Penjaga


Pelajar Darjah 1 – 6
SK Putrajaya Presint 16(1)

Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG) KALI KE -14 SK
PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk .
2. Sukacita dimaklumkan bahawa SK Putrajaya Presint 16(1) akan mengadakan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke -14 seperti ketetapan berikut.

Hari : Sabtu
Tarikh : 10 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Auditorium Kompleks Kejiranan Presint 16
3. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa / penjaga dijemput untuk turut serta bagi menjayakan
program ini demi pemuafakatan PIBG dan kepentingan pendidikan anak-anak didik sekolah ini.

4. Sila lengkapkan Borang Jawapan Kehadiran dan Borang Usul di pautan :


http://bit.ly/2EUUkka selewat-lewatnya pada atau sebelum 4 Mac 2018.

5. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:-


5.1 Ucapan YDP PIBG
5.2 Ucapan Penasihat
5.5 Membentang, membincangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke -15
5.4 Perkara berbangkit
5.5 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahunan
5.6 Membentang dan Menerima Penyatan Kewangan Tahunan
5.7 Membahas dan Menerima Usul
5.8 Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2017/2018
5.9 Memilih Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
5.10 Hal-hal lain
5.11 Ucapan Penangguhan

6. Segala perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

..............................................
(ABD RAHMAN BIN ISMAIL)
Setiausaha Kehormat PIBG,
SK. Putrajaya Presint 16(1)

s.k: 1. Guru Besar


2. YDP PIBG

You might also like