You are on page 1of 5

1. a) Definisi Web 3.

Web 3.0 berkonsepkan “smart internet experience atau intelligent internet experience”.
Berdasarkan Web 3.0 berlaku di antara tahun 2010 ke 2030. Komponen yang paling utama
dalam Web 3.0 adalah Semantik Web. Web 3.0 adalah sebagai sebuah mesin untuk
membaca halaman-halaman Web generasi ketiga dari layanan internet dengan tujuan
mesin akan memiliki kemampuan membaca Web sama seperti yang manusia dapat
lakukan sekarang ini. Web 3.0 berkaitan dengan konsep Web Semantik yang dilayari website
yang tidak hanya dalam bahasa asli pengguna, tapi juga dalam bentuk format yang boleh
di akses oleh berbagai software. Web 3.0 adalah dimana manusia dapat berkomunikasi
dengan mesin pencari. Pengguna boleh memohon Web untuk mencari suatu data spesifik
tanpa bersusah-susah mencari satu per satu dalam carian Web. Web 3.0 juga mampu
menyediakan keterangan-keterangan yang relevan tentang informasi yang ingin kita cari,
bahkan tanpa kita minta. Web 3.0 menawarkan metod yang efisen dalam membantu
komputer mengorganisasi dan menarik kesimpulan dari data online. Web 3.0 juga
memungkinkan Web menjadi sebuah bahan untuk penyimpanan data dengan kapasiti
yang sangat besar. Web 3.0 sendiri terdiri dari Web semantik, Format mikro, pencarian dalam
bahasa pengguna, penyimpanan data dalam jumlah besar, pembelajaran melalui mesin,
agen rekomen, yang merujuk pada kecerdasan buatan Web.
Web 3.0 juga memiliki beberapa standard pengoperasian yang boleh menjalankan
fungsinya dalam menampung metadata.

Antara ciri-ciri khas web 3.0


i. Tranformation : Dari tempat penyimpanan yang terpisah menjadi satu
ii. Ubiquitous Connectivity : Memungkinkan informasi/maklumat diakses menjadi media
iii. Network Computing : Perisian adalah sebagai model-model perniagaan, perkhidmatan
halaman web yang mempunyai dua sistem atau lebih untuk bekerja sama secara harmoni,
pengedaran komputer, pengelasan komputer,menaiktaraf komputer.
iv. Open Technologies : Sebahagian besar keseluruhannya berfungsi dalam platform sumber
terbuka atau secara percuma
v. Open Identity and Open ID : seluruh maklumat adalah bebas
vi.The interligent Web : Sebagai Teknologi Semantic Web termasuk RDF,OWL,SWL,SPARQL,
GRDDL, Aplikasi berplatform semantik, dan pernyataan penyimpanan data.
vii. Distributed Database : Database disalurkan dalam WWD (world Wide Database)
viii. Aplikasi bersifat pintar dan bijak
1. b) Definisi Edu 3.0

(Pengajaran (teaching) —> Pembelajaran (learning))

Pendidikan 3.0 didasari oleh pandangan bahawa pendidikan dapat disesuaikan dan bebas
dipilih sesuai dengan keperluan pelajar. Terdapat perubahan yang sangat signifikan dari
transisi Pendidikan 2.0 yang masih berupa “melakukan pembelajaran yang dikendalikan
oleh Guru” (Communication, Contribution and Collaboration). Pada versi Pendidikan 3.0
telah berubah “menjadi pelajar yang bebas” dengan konsep 3C pula (Connectors,
Creators, Constructivists). Keadaan ini secara tidak langsung mengubah peranan pendidik
menjadi seorang pendamping atau pelatih. Pendidik memiliki pengalaman hidup yang lebih
banyak, mengetahui tentang proses belajar, dan memiliki pengetahuan prosedur tentang
bagaimana mencari informasi, mengidentifikasi dan menggunakan sumber daya informasi
dan jejaring sosial untuk tujuan pembelajaran.
2.0 Komponen Web 3.0 dan manfaat kepada pengajaran dan pembelajaran.
Web 3.0 juga dikenali sebagai web Semantik yang tidak berdiri sendiri tetapi terdiri
dari berbagai komponen-komponen yang saling berhubungan satu sama lain.
Komponen yang terdapat dalam sebuah web semantic antara lain:
1. XML, menyediakan sintaksis untuk dokumen yang terstruktur;
2. XML Schema, adalah bahasa untuk membatasi struktur dari dokumen XML;
3. RDF, model data sederhana yang berhubungan dengan object (“resource”) dan
bagaimana mereka berhubungan. Sebuah model data RDF ditulis dengan sintaksis XML;
4. Skema RDF, adalah ‘vocabulary’ untuk mendeskripsi ‘property’ dan ‘class’ dari RDF;
5. OWL, menambahkan beberapa kosa kata untuk menjelaskan ‘property’ dan ‘class’,
antara lain: hubungan antara ‘class’, kardinaliti, persamaan, karakteristik dari ‘property’.
6. DAML adalah usaha untuk menyediakan primitif pemodelan yang lebih kaya daripada
skema RDF dan RDF. Kemudian digabung dengan kumpulan lain yang dinamakan
Ontology Inference Language (OIL), untuk menyediakan klasifikasi yang lebih baik
dengan menggunakan pembinaan dari kecerdasan buatan yang berasaskan
kerangka (frame).

Komponen-komponen ini menghasilkan web yang membolehkan pembelajaran kendiri


dilaksanakan dengan lebih berkesan. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang, disediakan secara profesional dan baik. Mengunakan ciri-ciri multimedia
untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pelajar boleh memilih
masa, kandungan serta mengikut kesesuaian mereka. Pelajar tidak perlu rasa malu
untuk bertanya dan berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali sehingga
pemahaman mereka tercapai. Pertanyaan juga boleh dibuat dalam talian.
Perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan
menggunakan teknologi yang sedia ada. Ianya diuruskan dengan baik dapat
menyimpan rekod pembelajaran yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar,
guru, mentor atau fasilitator.
3.0 Pemahaman terhadap EDU 3.0 dan Impaknya terhadap Pengajaran dan
Pembelajaran
EDU 3.0 merupakan konsep yang digunakan oleh pedagogi pendidikan untuk
menjelaskan pelbagai cara untuk mengintegrasikan teknologi dalam pembelajaran.
Menurut Jeff Borden, EDU 3.0 melibatkan pertindihan neurosains, psikologi kognitif,
dan teknologi pendidikan, menggunakan teknologi digital dan mudah alih
berasaskan web, termasuk aplikasi, perkakasan dan perisian, dan "apa-apa lagi
dengan ‘e’ di hadapannya”. Sebagai contoh e-book, e-mail, e-learning dan
sebagainya.

Selain daripada melihat teknologi digital sebagai pesaing kepada model


pengajaran semasa, EDU 3.0 bermaksud secara aktif merangkul teknologi baru untuk
melihat bagaimana mereka boleh membantu pelajar belajar dengan cekap.
Melalui EDU 3.0, kelas bergerak jauh dari kuliah secara tradisional dan sebaliknya
memberi tumpuan kepada pembelajaran interaktif, dengan sesi soalan dan jawab,
ulasan dan kuiz, perbincangan, makmal, dan pembelajaran berasaskan projek yang
lain. Ia biasanya melibatkan penyesuaian dan pemperibadian, supaya kandungan
pendidikan disesuaikan untuk memenuhi keperluan pelajar tertentu. Ianya
mentransformasi pembelajaran bilik darjah secara tradisional, di mana kuliah berlaku
di kelas dan kerja rumah dilakukan di luar kelas, ke dalam ‘flipped classroom’,
supaya kandungan baru disampaikan secara dalam talian sementara pelajar
membuat tugasan bersama-sama di dalam kelas.

EDU 3.0 memberi impak yang besar kepada guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pendidikan. Guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan
teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang
efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Guru juga
secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan
kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan
akan datang. Salah satu cabaran guru adalah Cabaran Pendidikan Abad-21.
Manakala pelajar juga mendapat impak yang besar melalui pembelajaran EDU 3.0
di mana mereka lebih fokus terhadap pembelajaran mereka dengan meneroka,
mengakses dan melibatkan diri secara aktif dalam akses kendiri. Pembelajaran lebih
berpusatkan kepada pelajar. Pelajar belajar secara kolaboratif, mewujudkan
pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah. Secara
kesimpulannya EDU 3.0 adalah pendidikan yang lebih terancang dan sistematik serta
menyokong dan membantu dalam kemenjadian pelajar yang berfikiran aras tinggi,
kreatif dan inovatif.

You might also like