You are on page 1of 8

Model Penyelesaian Polya bagi Matematik

George Polya (1888-1985) telah mencadangkan empat langkah yang boleh


diambil untuk penyelesaian masalah.

Langkah 1 : Memahami masalah

Sesuatu masalah hanya boleh diselesai jika anda memahami masalah


tersebut. Cuba baca soalan beberapa kali dan menanya sendiri bahawa
apakah jawapan yang dikehendaki oleh soalan. Berikut adalah soalan yang
dapat membantu memahami masalah :

 Adakah anda faham ayat tersebut?


 Bolehkah anda menyatakan semula masalah tersebut dengan ayat
sendiri?
 Apakah kehendak soalan? Apakah yang anda perlu cari?
 Apakah maklumat yang anda cuba dapat daripada masalah tersebut?
 Apakah yang tidak diketahui?
 Apakah maklumat yang tiada atau tidak dikehendaki?

Langkah 2 : Merancang strategi

Terdapat banyak cara yang perbezaan yang anda boleh guna untuk
menyelesaikan suatu masalah. Berikut soalan boleh menjadi panduan dalam
merancang strategi yang sesuai :

 Apakah kaitan antara data dengan bahan yang tidak diketahui?


 Adakah masalah ini sama dengan masalah yang pernah anda
selesaikan sebelum ini?
 Apakah strategi yang boleh anda guna?

Langkah 3 : Melaksanakan strategi

Selepas merancang strategi menyelesaikan masalah, anda boleh mula


melaksanakan strategi tersebut. Berikut cadangan boleh membantu dalam
melaksanakan strategi anda:
 Laksanakan strategi yang telah dipilih dan menyelesaikan masalah
tersebut.
 Semak setiap langkah yang telah diambil.
 Pastikan langkah-langkah yang dipilih adalah tepat.

Langkah 4 : Menyemak semula

Menyemak semula untuk memeriksa jika jawapan anda munasabah. Berikut


boleh dijadikan panduan dalam langkah terakhir ini:

 Baca semula soalan.


 Adakah anda menjawab soalan yang telah dikemukakan?
 Adakah jawapan anda betul?
 Adakah jawapan anda munasabah?
 Bolehkan anda menyelesaikan masalah tersebut dengan cara berbeza
tetapi dapat jawapan yang sama?

Aplikasi Pelbagai Strategi Penyelesaian Masalah dalam Kehidupan


Seharian

Untuk menerangkan model penyelesaian Polya dengan lebih lanjut, kita


boleh lihat masalah berikut.

Masalah :

Jane bekerja selama 9 jam sehari.

Dia bekerja sebagai juruwang di sebuah kafe dengan gaji sebanyak $5.25
sejam. Selain itu, dia juga mengajar tuisyen sebagai kerja sampingan
dengan gaji dua kali ganda gaji pertama. Jika Jane mendapat gaji sebanyak
$404.25 seminggu, berapa jam sehari dia buat untuk setiap pekerjaan ?
Berapakah hari dia perlu mengajar tuisyen jika dia ingin membeli sebuah
bag yang berharga $1638?
Langkah 1 : Memahami masalah

Jane mempunyai dua kerja, satu juruwang dan yang lagi satu sebagai
guru tuisyen. Sekarang kita tahu bahawa gaji sejam bagi setiap pekerjaan
dan jumlah gaji Jane dapat untuk seminggu.

Gaji juruwang sejam = $ 5.25 , Gaji mengajar tuisyen = $10.50

Daripada maklumat ini, kita boleh menjawab kehendak soalan dengan


mencari berapakah jam Jane buat untuk setiap pekerjaan. Selepas itu,
dengan mengetahui berapa jam sehari Jane bekerja sebagai guru tuisyen
maka jumlah hari yang diambil untuk mendapatkan duit untuk bag akan
diketahui.

Langkah 2 : Merancang strategi

Bahagian pertama : Kita mengetahui jumlah jam dan jumlah gaji yang
Jane dapat tetapi jumlah jam bagi setiap pekerjaan tidak diberi. Dalam
masalah ini, kita boleh menyelesaikannya dengan tiga cara yang
berlainan.

Bahagian kedua : Selepas mendapati bilangan jam Jane mengajar tuisyen


sehari, kita boleh menyelesaikan bahagian akhir soalan ini.

Untuk meringkaskan masalah ini, kita boleh menggunakan strategi


‘memudahkan masalah’ dalam permulaan pelaksanaan masalah bagi
setiap cara berikut.

Cara pertama:

Kita boleh guna strategi ‘teka dan uji’ untuk mendapat cadangan bilangan
jam dan seterusnya dengan strategi ‘pemikiran logik (logical
reasoning)’.

Cara kedua:

Strategi ‘melukis gambarajah’ adalah sesuai untuk menyelesaikan


masalah ini. Kita boleh lihat bahawa

Nisbah gaji juruwang : gaji mengajar tuisen = 1 : 2


Gunakan petak kecil untuk mewakili data ini, kita boleh menyelesaikan
masalah ini.

Cara ketiga:

Kita boleh guna strategi ‘Tulis satu persamaan dan menyelesaikannya’.


Menulis masalah tersebut dalam bentuk persamaan dan mewakili bilangan
jam kerja juruwang dan mengajar tuisyen dengan anu-anu x dan y.
Seterusnya, dengan strategi ‘pemikiran logik’ dan ‘teka dan uji’ kita
boleh mencari nilai x dan y.

Langkah 3: Melaksanakan strategi

Guna strategi ‘memudahkan masalah’ dan

Jumlah gaji sehari = $404.25 ÷ 7 = $57.75

Bahagian Pertama

Cara pertama: teka dan uji

Jumlah gaji sehari = $57.75

Seterusnya dengan cara teka dan uji,

$57.75 = $ 5.25 × 1 + $10.50 × 5 ……….teka 1

= $ 5.25 × 3 + $10.50 × 4 …….....teka 2

= $ 5.25 × 5 + $10.50 × 3 ……….teka 3

= $ 5.25 × 7 + $10.50 × 2 ……….teka 4

9 1
= $ 5.25 × + $10.50 × ……….teka 5

Dengan strategi ‘logical reasoning’ bahawa hanya teka 4 yang bilangan


jam sebanyak 9. Tambahan pula, kerja mengajar tuisyen hanyalah kerja
sampingan dan masa yang diambil mestilah lebih kurang daripada kerja
juruwang. Maka, Jane bekerja selama 7 jam sebagai juruwang dan 2 jam
sebagai guru tuisyen.
Cara kedua : Melukis gambarajah

Gaji juruwang sejam = $ 5.25 , Gaji mengajar tuisyen = $10.50

Nisbah gaji juruwang : gaji mengajar tuisen = 1 : 2

Gaji juruwang diwakili dengan satu petak

Gaji mengajar tuisyen diwakili dengan dua petak

Jumlah gaji sehari = $ 57.75 diwakili dengan 11 petak

Dengan “logical reasoning” bahawa bilangan petak yang diwakili oleh gaji
juruwang mestilah melebihi gaji mengajar tuisyen kerana mengajar tuisyen
itu hanya kerja sampingan.

Contoh jawapan yang mungkin betul

1 Mungkin jawapan betul.

Menggunakan masa 9jam

( 1 petak biru = 1 jam , 2 petak


hijau = 1 jam)

2 Mungkin jawapan betul.


Menggunakan masa 10 jam.

3 Tidak betul kerana petak hijau


itu mesti diwakili dengan
gandaan 2 petak.

Kesimpulannya, percubaan pertama itu adalah jawapan yang betul


kerana hanya percubaan tersebut menepati masa bekerja 9 jam sehari.
Dengan itu, kita mengatakan bahawa Jane bekerja selama 7 jam sebagai
juruwang dan 2 jam sebagai guru tuisyen.
Cara ketiga : Tulis satu persamaan

Masalah ini boleh ditulis dalam persamaan : 57.75 = 5.25x + 10.50 y

Mempermudahkan persamaan ini dan ia menjadi : 11 = x + 2 y

x mewakili berapa jam kerja sebagai juruwang

y mewakili berapa jam kerja sebagai guru tuisyen

Oleh itu, dengan strategi ‘pemikiran logik’ dan ‘teka dan uji’,

x + y ≤ 24 ; ( Jumlah masa bekerja mestilah ≤ 24jam sehari)

x>y ; ( Jumlah masa kerja juruwang > mengajar tuisyen)

Menggantikan x dan y dengan pelbagai nombor yang berbeza,

x = 5, y = 3 ; 11 = 5 + 2 (3)

x = 7, y = 2 ; 11 = 7 + 2 (2) ---- Jawapan betul! ( sebanyak 9 jam)

x = 9, y = 1 ; 11 = 9 + 2 (1)

Jelas dilihat bahawa Jane bekerja selama 7 jam sebagai juruwang dan 2 jam
sebagai guru tuisyen.

Bahagian Kedua

Untuk menyelesaikan bahagian terakhir soalan ( Berapakah hari Jane perlu


mengajar tuisyen jika dia ingin membeli sebuah bag yang berharga $1638? )

Kita mengetahui bahawa Jane bekerja selama 2 jam sehari mengajar tuisyen
dan mendapat gaji $21. Untuk membeli bag tersebut,

$ 1638 ÷ $21 = 78

Jane perlu mengajar tuisyen selama 78 hari untuk membeli bag tersebut.
Langkah 4 : Menyemak Semula

Bahagian pertama :

Dengan menggunakan jawapan yang didapati, menyemak semula jumlah gaji.

7 jam kerja juruwang : 7 × $ 5.25 = $ 36.75

2 jam mengajar tuisyen : 2 × $ 10.50 = $ 21

Jumlah gaji sehari : $ 36.75 + $ 21 = $ 57.75

Jumlah gaji seminggu : $ 57.75 × 7 = $ 404.25

Bahagian kedua :

78 hari × $ 21 = $1638
Bibliografi

Alan H. Schoenfeld (1985) , Mathematical Problem Solving, Minnesota:


Academic Press, University of Minnesota

George Polya (2004), How to Solve It: A New Aspect of Mathematical Method,
Princeton: Princeton University Press

http://www.math.utah.edu/~pa/math/polya.html - Peter Alfred(12-Aug-


2011) , Understanding Mathematics

Kementerian Pelajaran Malaysia (1995), Pukal Latihan: Penyelesaian


Masalah dalam Matematik, Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru

Noor, S.S., Sazalli, A. G. (2008). Teaching Mathematics in Secondary


Schools: Theories and Practices. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan
Sultan Idris

You might also like