You are on page 1of 7

SKRIP PENGACARA

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2017


SK BUKIT PALOH.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Abd Ghani bin Abd Rashid, Pegawai
Khas Menteri Pertahanan Malaysia, merangkap Timbalan Ketua Umno Bahagian
Sembrong, diiringi oleh En. Kamaruddin bin Mohamed, Guru Besar Sek. Keb. Bukit
Paloh, En Azizul Azihan bin Mahmud, Guru Penolong Kanan1, Sek Keb Bukit Paloh dan
En. John Kamal bin Sabtu, Yang DiPertua PIBG Sek Keb Bukit Paloh.

Hadirin diminta berdiri.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahi........................
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Yang Berhormat Datuk Abd Ghani bin Abd Rashid, Timbalan Ketua Umno Bahagian
Sembrong,

Yang dihormati En John Kamal bin Sabtu, Yang DiPertua PIBG Sek Keb Bukit Paloh.
serta ahli-ahli jawatankuasanya,

Yang berusaha, En. Kamaruddin bin Mohamed, Guru Besar Sek. Keb. Bukit Paloh,
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Cemerlang 2017,

Yang dihormati __________________________________________________________

Tuan Pengurus dan kakitangan MADO’S,

Tuan Pengurus dan kakitangan FELCRA Batu 4,

Tuan Guru Besar Sekolah Agama Bukit Paloh, Guru-guru penolong kanan,
Guru-guru, ibu-ibu, bapa-bapa, murid-murid dan tuan-tuan serta puan-puan sekalian.

Jawatankuasa Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sek Keb Bukit Paloh 2017 mengalu-
alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Anak merbah di celah dahan,


Ingin menjamah si buah cermai,
Kami gembira dikunjungi tuan,
Majlis gemilang bertambah permai.

Bukan tatang sebarang tatang,


Tatang sayang salam kukirim,
Bukan datang sebarang datang,
Datang berkumpul mengerat silaturahim.

1
Majlis pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan semua hadirin berdiri.

<<<<<<<<<<<<<<<<<NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Hadirin yang dihormati,


Bagi menyerikan majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menyaksikan
persembahan zapin dari murid-murid SK Bukit Paloh. Kumpulan zapin ini telah
mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada En. Asyahari bin Omar. Tanpa
melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<PERSEMBAHAN ZAPIN>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Terima kasih diucapkan kepada kumpulan zapin SK Bukit Paloh diatas persembahan
yang sungguh menarik sebentar tadi.

Menadah tangan tanda kerendahan


Lafaz bismillah memperkukuhkan tautan
Doa dipohon penuh pengharapan
Agar majlis mendapat keberkatan

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dilafazkan oleh Al Fadhil Ustaz
___________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< BACAAN DOA >>>>>>>>>>>>>>>>>>

Amin, amin.. ya rabbal ’alamin, pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al
Fadhil Ustaz ________________ atas bacaan doa itu tadi.

Bukan keris tanpa ulunya


Bukan majlis kalau tanpa ucapannya

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan En


Kamaruddin bin Mohamed, Guru Besar SK Bukit Paloh, merangkap Pengerusi

2
Jawatankuasa Pengelola Majlis Anugerah Cemerlang 2017 untuk menyampaikan ucapan.
Dengan hormatnya dipersilakan tuan.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< UCAPAN GB >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En Kamaruddin bin Mohamed atas
ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2017, SK
Bukit Paloh dan perasmian Dewan Seri Sanggar Bayu. Sehubungan itu, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Abd Ghani bin
Abd Rashid, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sembrong untuk menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan majlis kita ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< UCAPAN PERASMIAN >>>>>>>>>>>>>>>>>>

(VIP potong reben x???)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Abd Ghani
bin Abd Rashid, atas ucapan dan perasmian majlis kita pada hari ini. Semoga segala
informasi, amanat dan pesanan yg disampaikan menjadi panduan berguna kepada kita
semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tumbuh menghijau di tapak semaian


Kangkung bayam terung dan serai
Selesai sudah ucapan perasmian
Tiba masa melawat gerai

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Datuk
Abd Ghani bin Abd Rashid, diiringi oleh Guru Besar SK Bukit Paloh, En. Kamaruddin
bin Mohamed, Yang DiPertua PIBG, En. John Kamal bin Sabtu dan semua tetamu
kehormat untuk melawat ke gerai-gerai jualan sempena Hari Keusahawanan SK Bukit
Paloh. Dengan hormatnya dipersilakan tuan.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< LAWATAN KE GERAI JUALAN >>>>>>>>>>>>>>>>>>


(bola sepak & bola jaring)

3
ACARA PENYAMPAIAN SIJIL & HADIAH (belum siap edit sbb xde buku
program)

Hadirin dan hadirat sekalian,

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi diatas limpah rahmat dan kurniaNya dapat
kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Anugerah Cemerlang SK Bukit Paloh 2017.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu bapa dan murid-murid ke
majlis pada pagi ini. Tujuan Hari Anugerah Cemerlang diadakan adalah untuk
menghargai pencapaian murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurikulum sepanjang tahun 2017 ini. Diharap dengan
penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi semangat murid-murid untuk lebih
berjaya dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Hadirin sekalian,

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Kini tibalah saat yang kita nanti-nantikan iaitu majlis penyampaian sijil-sijil dan hadiah
kepada murid-murid SK Bukit Paloh. Untuk tujuan itu, dengan segala hormatnya
dipersilakan En. Kamaruddin bin Mohamed, Guru Besar SK Bukit Paloh mengiringi
Yang Berhormat Datuk Abd Ghani bin Abd Rashid, Timbalan Ketua Umno Bahagian
Sembrong naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan tuan.

Acara dimulakan dengan penyampaian SIJIL TAMAT PRASEKOLAH NUR IMAN


TAHUN 2017.

>>>>>RUJUK BUKU PROGRAM<<<<<<

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Abd Ghani
bin Abd Rashid dan En. Kamaruddin bin Mohamed atas penyampaian sijil-sijil itu tadi.

Edit sampai sini je


................................................................................................................................................

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< PERSEMBAHAN 2 >>>>>>>>>>>>>>>>>>


Sebagai persembahan kedua pada pagi ini, Saksikanlah nyanyian dpd kumpulan koir Sek
Keb Bukit Paloh. Dipersilakan.

>>>>>PERSEMBAHAN 2 (KOIR)<<<<<<

4
Begitulah tadi persembahan yg begitu bersemangat daripada kumpulan koir SK Bukit
Paloh. Persembahan itu tadi merupakan hasil bimbingan En. Azizul Azihan Bin Mahmud.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Majlis penyampaian hadiah kita diteruskan lagi dengan ANUGERAH HADIAH-
HADIAH AKADEMIK tahun 2015.
Bagi menyempurnakan acara, pihak majlis menjemput dan mempersilakan En. Azizul
Azihan Bin Mahmud, Guru Penolong Kanan HEM Sek Keb Bukit Paloh mengiringi En
Mohamed Ali Bin Bujang, Guru Penolong Kanan 1 Sek Keb Bukit Paloh naik ke pentas
untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan tuan.

>>>>>RUJUK BUKU PROGRAM<<<<<<


(PRASEK-TAHUN 3 SHJ.)

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Mohd Ali Bin Bujang dan En.
Azizul Azihan Bin Mahmud atas penyampaian hadiah-hadiah itu tadi.

Sidang hadirin yg dimuliakan, ANUGERAH bagi HADIAH-HADIAH AKADEMIK


diteruskan lagi dengan diselitkan juga dengan beberapa hadiah MOTIVASI. Bagi
menyempurnakan acara, pihak majlis menjemput dan mempersilakan En. Hisham Bin
Ali, GPK Kokurikulum Sek Keb Bukit Paloh mengiringi En. Shaharuddin Bin Jarno,
Naib Yang DiPertua PIBG Sek Keb Bukit Paloh naik ke pentas untuk menyampaikan
hadiah. Dipersilakan tuan.

>>>>>RUJUK BUKU PROGRAM<<<<<<


(TAHUN 4-6 & HADIAH MOTIVASI)

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Hisham Bin Ali dan En.
Shaharuddin Bin Jarno atas penyampaian hadiah itu tadi.

<<<<<<<<<<<<<<<<<<< PERSEMBAHAN 3 >>>>>>>>>>>>>>>>>>

PAGI HARI PERGI KE PEKAN


PULANGNYA PULA MENJELANG TENGAH HARI
ALUNAN NASYID INGIN DISAMPAIKAN
BISMILLAH ALHAMDULILLAH TAJUK DIBERI

Dengan ini, dipersilakan murid-murid Tahun 1 mempersembahkan Nasyid mereka.


>>>>>PERSEMBAHAN 3<<<<<<

Begitulah tadi persembahan nasyid oleh murid-murid tahun 1. Persembahan itu tadi
merupakan hasil bimbingan oleh ust. Al Hafiz Bin Yahya.

5
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Majlis Anugerah Kecemerlangan ini dirasakan tidak lengkap tanpa ANUGERAH KHAS
kepada tokoh-tokoh murid yang aktif dan telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti
kepada sekolah dalam apa jua bidang yang mereka sertai. ANUGERAH KHAS yang
akan kita saksikan sebentar sahaja lagi merupakan Anugerah Bidang Sukan dan Anugerah
Tokoh Murid tahun 2015.

Untuk tujuan itu, dengan hormatnya dipersilakan En. Salleh Bin Manap, Guru Besar Sek.
Keb. Bukit Paloh mengiringi En. Marsid Bin Hussin, Yang DiPertua PIBG sek keb Bukit
Paloh naik ke pentas untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan tuan.
************************************************************************

Hadirin sekalian, Kita mulakan dengan kategori ANUGERAH BIDANG SUKAN LELAKI
DAN ANUGERAH BIDANG SUKAN PEREMPUAN.
Sebelum itu, elok rasanya jika saya bacakan serba sedikit informasi tentang individu yang
bakal dinobatkan untuk kategori ini.

>>>>>RUJUK BIODATA<<<<<

Seterusnya, ANUGERAH TOKOH MURID bagi tahun 2015. Pihak sekolah juga telah
memilih dua orang murid yang berkelayakan bagi anugerah ini. Seperti sebelum ini,
dibacakan juga serba sedikit informasi tentang individu yang bakal dinobatkan untuk
kategori ini.

>>>>>RUJUK BIODATA<<<<<

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Marsid Bin Hussin dan
En. Salleh Bin Manap atas penyampaian anugerah-anugerah itu tadi.
Sebagai penghargaan daripada pihak sekolah, dipersilakan En. Salleh Bin Manap
menyampaikan cenderamata kpd En. Roslan Bin Mat, Pengurus Felcra Berhad kawasan
Bt.3½ Paloh. Dipersilakan En. Roslan Bin Mat naik ke pentas utk menerima cenderamata.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tidak dilupakan juga, cenderamata kpd En. Marsid Bin Hussin selaku YDP PIBG Sek
Keb Bukit Paloh. Dipersilakan En. Marsid Bin Hussin naik ke pentas utk menerima
cenderamata.
Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kpd En. Salleh Bin Manap atas
penyampaian cenderamata-cenderamata itu tadi.

>>>>>PERSEMBAHAN 4<<<<<<

(SYAIR)
HADIAH DIBELI DARI INDIA
UNTUK TUNANG BERNAMA ZAHARA
KUMPULAN ZAPIN TELAHPUN BERSEDIA
LAGU ’AWALLAH DONDANG’ PENUTUP ACARA

6
Dengan ini, dipersilakan murid-murid Tahap 2 mempersembahkan tarian zapin mereka.
>>>>>PERSEMBAHAN 4<<<<<<

Dengan persembahan tarian zapin itu tadi maka berakhirlah sudah Majlis Hari Anugerah
Cemerlang Sek Keb Bukit Paloh bagi tahun 2015 pada petang ini. Pihak majlis sekali lagi
mengucapkan Jutaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yg hadir. Ampun dan
maaf jua kami pohonkan atas segala silap dan salah sepanjang perjalanan majlis ini tadi.
Sebelum majlis bersurai, Pihak majlis menjemput dan mempersilakan Tuan Guru Besar
mengiringi para jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke kantin untuk menikmati hidangan
yang telah disediakan. Sekian wabillahi taufik wal hidayah, wassalamualaikum
warahmatullahi wabarokaatuh.

You might also like