You are on page 1of 4

KERTAS KONSEP PENGELOLAAN

KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSS SABAH TAHUN 2018

Nama Kejohanan : Kejohanan Bola Keranjang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sabah


Tarikh Kejohanan : 6 hingga 8 Februari 2018
Pengelola : Majlis Sukan Sekolah Bahagian Tenggara
(Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu)

1. PENDAHULUAN
Bidang sukan merupakan salah satu cabang kokurikulum di sekolah yang dapat membangunkan
modal insan serta memupuk budaya sukan di kalangan pelajar supaya berdaya tahan dan berdaya saing
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Aktiviti sukan seperti permainan bola keranjang dapat
menyediakan pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat,
bakat, jasmani, rohani serta pembentukan nilai-nilai sosial yang positif. Dengan adanya pertandingan
seumpama ini, bakat serta kemahiran pelajar dapat ditingkatkan sejajar dengan konsep 1 Murid 1 Sukan
(1M1S) yang berhasrat untuk memberi peluang kepada pelajar yang berbakat serta berpotensi untuk
diketengahkan ke platform yang lebih tinggi khususnya di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat
antarabangsa. Selain memberikan akses kepada pelajar untuk memperoleh manfaat dalam sukan, aktiviti
seumpama ini juga dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan para pelajar yang berbilang
bangsa dan kaum.

2. OBJEKTIF
2.1 Platform untuk memilih para pemain bola keranjang dari pelbagai daerah dan bahagian untuk
mewakili MSS Sabah ke Kejohanan Bola Keranjang MSSM 2018 yang akan diadakan di negeri Johor;
2.2 Mencungkil serta mengasah bakat baru dalam permainan bola keranjang;
2.3 Membentuk keperibadian dan sahsiah pelajar yang murni serta berakhlak mulia;
2.4 Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan semua guru dan pelajar yang berbilang bangsa dan
kaum;
2.5 Membentuk semangat berpasukan dan semangat setiakawan yang tinggi di kalangan para pemain.

1
3. SASARAN
3.1 Pemain Lelaki & Perempuan 12 Tahun Ke Bawah (Sekolah Rendah)
3.2 Pemain Lelaki & Perempuan 18 Tahun Ke Bawah (Sekolah Menengah)

4. TARIKH, MASA DAN VENUE KEJOHANAN


4.1 Tarikh : 6 hingga 8 Februari 2018 (Selasa hingga Khamis)
4.2 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
4.3 Venue : …………………………………… (Kategori L/P 12 Tahun Ke Bawah)
: …………………………………… (Kategori L/P 18 Tahun Ke Bawah)
* Kawasan sekolah DILARANG MEROKOK (ZON BEBAS ASAP ROKOK)

5. PENYERTAAN
5.1 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Sandakan
5.2 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Utara
5.3 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Barat
5.4 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Selatan
5.5 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Tenggara
5.6 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Pedalaman

6. BILANGAN PENYERTAAN
SUKAN/ PENYERTAAN
PASUKAN P12 L12 P18 L18 PEGAWAI JUMLAH
PERMAINAN
MSSB Sandakan 12 12 12 12 11 59
MSSB Utara 12 12 12 12 11 59
MSSB Barat 12 12 12 12 11 59
B/Keranjang MSSB Selatan 12 12 12 12 11 59
MSSB Tenggara 12 12 12 12 11 59
MSSB Pedalaman 12 12 12 12 11 59
JUMLAH KESELURUHAN 354

7. PENGINAPAN
PASUKAN PENGINAPAN CATATAN
2
MSSB Sandakan
MSSB Utara
MSSB Barat
MSSB Selatan
MSSB Tenggara
MSSB Pedalaman
 Sila berhubung dengan pihak Urusetia sekiranya memerlukan penginapan asrama

8. TARIKH PENTING KEJOHANAN


8.1 Tarikh akhir penghantaran Borang Pengesahan Penyertaan:
8.1.1 Tarikh :
8.1.2 No. Faks/ Alamat Emel :

8.1.3 Pegawai Dihubungi :


a)
b)
c) En. Ting Pick Kieng (PTPS Bola Keranjang, MSS Sabah) - 016-8068371
8.2 Mesyuarat Pengurus Pasukan
8.2.1 Tarikh :
8.2.2 Masa :
8.2.3 Tempat :
8.3 Mesyuarat Pemilihan Pemain
8.3.1 Tarikh :
8.3.2 Masa :
8.3.3 Tempat :
8.4 Majlis Penutupan Kejohanan
8.4.1 Tarikh :
8.4.2 Masa :
8.4.3 Tempat :
* Semua pelajar/ pemain/ peserta DIWAJIBKAN hadir ke Majlis Penutupan Kejohanan dengan
berpakaian KEMAS DAN BERKASUT.

9. MAKAN MINUM KONTINGEN


9.1 Semua perbelanjaan makan minum kontingen semasa Kejohanan akan ditanggung oleh Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah (diselaraskan oleh PPD Lahad Datu)

3
9.2 Segala perbelanjaan pengurusan terutamanya pengangkutan ke venue kejohanan dan makan
minum kontingen sehari sebelum dan selepas kejohanan akan diuruskan oleh kontingen masing-
masing (Sila rujuk dengan PPD Pengelola peringkat Bahagian masing-masing)

10. UNDIAN DAN JADUAL PERTANDINGAN


10.1 Sila rujuk Lampiran 1

11. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN


11.2 Sila rujuk Lampiran 2

Disediakan Oleh,

(RUZAIN BIN TEEPI)


Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan
PPD Lahad Datu

You might also like