You are on page 1of 13

Bongkar Rahsia Affiliate

Bongkar Rahsia
Affiliate !!!
Oleh:
Wan Khairul Zarizi A.K.A Yoji

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 1


Bongkar Rahsia Affiliate

Disclaimer and Legal Notice

eBook ini diterbit dan diedarkan secara PERCUMA. Anda


dibenarkan untuk mencetak atau mengedarkan e-buku ini
kepada rakan, keluarga, pekerja, majikan, ahli, pelanggan
atau kepada sesiapa sahaja yang anda rasa memerlukan
maklumat yang terkandung di dalam buku ini.
Namun, anda adalah dilarang untuk mengubah,
menggunakan apa jua cara dan kaedah yang mengubah
kandungan asal di dalam buku ini tanpa kebenaran dan
pengetahuan pihak penerbit.
Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa
masalah berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-
apa risiko, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku
atas penggunaan dan aplikasi e-book ini secara langsung atau
tidak langsung.
Segala informasi yang terdapat di dalam e-book ini adalah
pengalaman dan hasil kajian penulis.

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 2


Bongkar Rahsia Affiliate

Temuramah Eksklusif “Bongkar Rahsia Affiliate”


Berikut merupakan temuramah eksklusif yang saya adakan bersama dengan
seorang Pakar dalam Affiliate dan menjana 5angka setiap bulan dengan
program affiliate sahaja. Beliau telah menjana pendapatan secara online sejak
tahun 2003 lagi. 6 bulan sebelum ini beliau ada seorang perkerja sebuah
syarikat multinasional dengan pangkat yang boleh dibanggakan. Produk yang
beliau sebelum ini iaitu The Four Week To Freedom telah mendapat jualan
yang memang memberansang sekali kerana mempunyai panduan untuk
seseorang memulakan perniagaan di internet dengan cara yang betul.. Beliau
adalah Zamri Nayan..

Ikuti Temubual Eklusif saya bersama beliau tentang program affiliate iaitu
salah satu jalan untuk menjana wang dari internet..

Yoji : soalan pembukaan... senang atau tidak program affiliate ?

Zamri Nanyan : Saya andaikan soalan anda bermaksud senang atau tidak
melakukan pemasaran affiliate, dan jawapannya... bergantung kepada tahap
kemahiran dan juga pengalaman seseorang itu sendiri. Pada permulaan saya
membina bisnes internet, saya mengambil masa 3 bulan untuk menghasilkan
jualan affiliate pertama saya. Ini merupakan satu jangka masa yang panjang
kerana saya melakukan pemasaran setiap malam selepas habis bekerja, dan
saya lakukannya selama beberapa jam sehari. Di sini anda boleh lihat faktor
kemahiran dan pengalaman memainkan peranan. Saya tidak mempunyai
pengalaman dan skil yang diperlukan untuk menjana pendapatan affiliate
dengan pantas. Masa yang dihabiskan selama 3 bulan tersebut sebenarnya
menyediakan saya untuk menjadi lebih baik di dalam mempromosikan program
affiliate. Dan selepas mendapat rentaknya, pemasaran affiliate menjadi
semakin senang.

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 3


Bongkar Rahsia Affiliate

Yoji : Kenapa kita perlukan program affiliate dalam perniagaan internet?

Zamri Nanyan : Program affiliate perlu kerana sekiranya anda tidak mempunyai
produk sendiri, inilah salah satu cara terbaik untuk anda menjana pendapatan
di internet. Terdapat pelbagai program affiliate yang bagus di luar sana di mana
anda boleh menyertai program affiliate tersebut dan terus sahaja promosi. Ada
yang berpendapat bahawa anda juga perlu strategi pemasaran affiliate ini. Ada
betulnya juga sebab anda perlu tahu apa yang anda akan lakukan untuk
menghasilkan jualan affiliate supaya aktiviti pemasaran anda lebih terancang.
Itulah gunanya strategi pemasaran affiliate. Lagi pun bukannya mudah untuk
mencipta produk berkualiti dan lepas terhasilnya produk, tidak semestinya
anda dapat menjual produk anda dengan baik. Jika anda promosikan produk
orang lain dan produk tersebut tidak dapat dijual, anda boleh cari produk
affiliate lain untuk dipromosikan.

Bagi anda yang mempunyai produk sendiri pula, anda boleh pasangkan
program affiliate untuk produk anda supaya orang lain pula boleh menjadi agen
pemasaran untuk anda. Seperti yang anda tahu, jika agen affiliate anda
menghasilkan jualan, anda juga akan mendapat habuannya. Jika agen affiliate
anda tidak menghasilkan jualan, anda tidak perlu bayar apa-apa kepada mereka
tetapi kos pemasaran sudahpun ditanggung oleh agen affiliate anda tersebut.
Anda sebagai pemilik produk tersebut juga boleh promosikan produk affiliate
orang lain. Sekiranya produk affiliate orang lain melengkapkan produk anda,
ianya amat sesuai untuk anda promosikannya kepada orang lain. Sebagai
contoh, jika produk anda adalah "set bersalin", anda boleh jual "ubat
tradisional" orang lain kepada pelanggan anda. Jadi, di sini anda dapat dua
saluran pendapatan dengan mudahnya. Satu daripada jualan "set bersalin".
Satu lagi untuk jualan "ubat tradisional".

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 4


Bongkar Rahsia Affiliate

Yoji : dalam affiliate ada 2 jenis pasaran, pasaran tempatan dan pasaran
global, berdasarkan pengalaman bro yang mana dahulu kita harus tumpukan
dan kenapa ?

Zamri Nanyan : Ianya bergantung kepada cara pemasaran dan individu itu
sendiri. Sebagai contoh, jika anda ingin lakukan pemasaran email tetapi anda
tidak mahir berbahasa Inggeris, sudah pastilah anda lebih sesuai tumpukan
perhatian kepada pasaran tempatan atau abaikan dahulu cara pemasaran ini.
Kebanyakan orang lebih berminat untuk menghasilkan komisyen dalam US
Dollar kerana jumlah tukaran matawang yang besar, tetapi anda perlu juga
tahu bahawa saingan di pasaran antarabangsa adalah sangat sengit jika
dibandingkan pasaran tempatan. Begitu juga sebalikny di mana kadang-kadang,
permintaan di dalam pasaran tempatan pula tidak cukup besar untuk anda
promosikan sesuatu produk. Di dalam kes ini, mungkin ianya tidak
menguntungkan jika satu-satu produk itu dipromosikan di pasaran tempatan
(mungkin lebih baik dipromosikan di pasaran antarabangsa). Kesimpulannya,
anda lihat pasaran dahulu sama ada pasaran tersebut ada permintaan atau
tidak, kemudian baru anda ambil keputusan pasaran mana perlu didahulukan.

Yoji : teknik bagaimana yang bro selalu gunakan dalam affiliate nie..

Zamri Nanyan : Pemasaran email. Saya dan Patric Chan bincangkan kaedah
pemasaran email ini di dalam modul #3 program Pakar Affiliate dengan
terperinci. Jika anda belum dapatkan lagi program Pakar Affiliate, anda mesti
dapatkannya sekarang di www.PakarAffiliate.com. Pemasaran email
merupakan strategi pemasaran efektif yang saya, Patric dan ribuan affiliate lagi
gunakan. Saya namakan Kaedah "Money On Demand" di mana jika anda
gunakan kaedah ini dengan betul, anda boleh jana pendapatan pada bila-bila
masa yang anda perlukan. Teknik pemasaran lain juga saya gunakan tetapi
pemasaran email merupakan teknik kegemaran saya.

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 5


Bongkar Rahsia Affiliate

Yoji : adakah promosi teknik affiliate tempatan dan global sama sahaja teknik
promosinya..

Zamri Nanyan : Ada yang sama dan ada yang tidak sama. Sebagai contoh,
pemasaran artikel adalah mudah dilakukan untuk pasaran antarabangsa di
mana anda boleh menulis sesuatu artikel dan menyebarkannya ke direktori
artikel yang mempunyai ramai pelawat. Di dalam pasaran tempatan (maksud
saya pasaran yang menggunakan bahasa kebangsaan), adalah agak sukar untuk
melakukannya.

Yang sama pula adalah seperti pemasaran email di mana kaedahnya sama.
Anda kumpul sebanyak mana orang di dalam mailing list anda. Kemudian anda
hantar email kepada mereka untuk mensarankan produk affiliate di mana anda
mendapat komisyen daripada hasil jualan atau referral yang anda lakukan.

Yoji : boleh ke program affiliate ini dijadikan suber pendapatan utama atau
sebagai part time... apa pendapat bro tentang ini..

Zamri Nanyan : Memang ada orang yang dapat menjadikan program affiliate
sebagai pendapatan utama mereka. Ini tidak mustahil. Sebagai contoh, bagi
saya, internet MLM juga adalah salah satu program affiliate. Yang
membezakannya ialah internet MLM memberikan komisyen jualan lebih
daripada satu tingkat. Dan tidak mustahil untuk anda menjana ribuan ringgit di
internet dengan program internet MLM. Di dalam salah satu program internet
MLM yang diceburi oleh seorang rakyat Malaysia, beliau menjana pendapatan
lebih daripada USD $17,000 setiap bulan. Jika ditukarkan ke dalam matawang
RM, sudahpun hampir RM60,000 sebulan. Lumayan, bukan? Dan pendapatan
sebegini boleh dijadikan pendapatan utama, bukan? Program Internet MLM
yang saya maksudkan ialah program Global Domains International atau GDI dan
anda boleh selidik program ini di freedom.com. Ini belum masuk program
affiliate lain yang dipromosikan oleh beliau. Jika dicampurkan sekali program
affiliate lain yang diceburi oleh beliau (yang tak semestinya program internet

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 6


Bongkar Rahsia Affiliate

MLM), sudah tentulah pendapatan beliau lebih daripada angka yang saya
nyatakan di sini. Setakat yang saya tahu, beliau belum lagi ada produk sendiri.

Selain daripada itu, saya juga tahu individu yang dapat menjana pendapatan
lumayan melalui Google Adsense (sebuah program affiliate Pay-Per-Click yang
memberikan anda komisyen bagi setiap klik ke iklan yang anda letak di laman
web anda). Beliau juga tidak mempunyai produk sendiri tetapi biar saya
beritahu anda satu rahsia di sini. Selepas anda menjana pendapatan melalui
program affliliate, adalah mudah untuk anda hasilkan produk sendiri seperti
sebuah ebook yang menerangkan bagaimana anda menjana pendapatan di
Internet (sama konsep yang saya lakukan untuk PakarAffiliate.com) kerana
anda sudahpun punyai pengalaman. Dari sinilah anda dapat produk pertama
anda dan dari sini jugalah anda dapat menambahkan satu lagi saluran
pendapatan internet anda. Kemudian, barulah anda akan rasa agak selesa
untuk menjalankan bisnes internet (atau pemasaran affiliate) ini secara
sepenuh masa. Walaubagaimanapun, saya sarankan anda lakukan pemasaran
affiliate secara separuh masa dahulu untuk mengetahui potensi pendapatan
yang bakal anda perolehi. Dan, lakukannya sepenuh hati dan bukannya sekadar
separuh jalan.

Yoji : soalan terakhir, kenapa saya perlukan pakaraffiliate.com dan apa


jaminan yang saya laburkan Rm199 untuk membeli produk bro ini.. :)

Zamri Nanyan : Anda perlukan Pakar Affiliate kerana di dalam program ini, saya
dan Patric terangkan bagaimana anda boleh menggunakan kaedah-kaedah
promosi produk affiliate yang telah pun terbukti berkesan. Di samping itu juga,
saya ada menghasilkan video yang menerangkan bagaimana caranya untuk
melakukan pemasaran affiliate di dalam pasaran tempatan. Yang lebih menarik
lagi ialah kaedah-kaedah ini juga boleh disesuaikan untuk anda gunakan di
dalam pemasaran affiliate di luar negara. Sebagai contoh, saya hasilkan
RM600+ dengan mempromosikan 2 program luar negara dan 1 program
tempatan dengan menggunakan 1 email sahaja. Itulah jaminan saya, iaitu anda
akan dapat belajar terus daripada saya dan Patric Chan yang telah pun
membuktikan kepada umum yang pemasaran affiliate dapat memberikan hasil
yang lumayan.

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 7


Bongkar Rahsia Affiliate

Review Tentang Pakar Affiliate


(Produk Terbaru Zamri Nayan)

Pakar Affiliate ini menerangkan 100% mengenai affiliate .. Zamri Nanyan


Membongkarkan cara menjana wang dengan program affiliate hasil
temuramah beliau bersama seorang Pakar Internet Marketing iaitu Patric
chan.. Terdapat 3 modul pembelajaran dalam ebook ini ..

Modul #1: Video Asas Pemasaran Affiliate

Memulakan langkah dengan betul adalah mustahak. Tersalah rancang, anda akan
gagal. Rakamman 5 video tutorial tentang asas pemasaran affiliate. Bukan setakat
panduan asas, video-video yang disediakan juga mempunyai rahsia affiliate yang
tersendiri. Ini yang bakal anda pelajari.

 Maksud sebenar program affiliate


 3 jenis program affiliate dan yang mana satukah sesuai untuk anda
 Bagaimana memilih program affiliate yang menghasilkan jualan. Silap pilih
program, anda rugi masa, tenaga dan wang ringgit anda

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 8


Bongkar Rahsia Affiliate

 3 cara mencari produk affiliate dalam pasaran tempatan, untuk pasaran


tempatan
 Bagaimana mempelbagaikan kaedah promosi program affiliate anda dengan
mudahnya
 Kajian kes di mana saya hasilkan RM600+ dengan menghantar 1 email pada
hari cuti, dan wang komisyen terkumpul sebanyak $1114.50 USD (RM3,900) –
kedua-duanya tanpa saya menjual sebarang produk

Modul #2: Audio 5 Kaedah Pemasaran Affiliate Yang Terbukti


Berkesan

Di dalam audio ini, Zamri Nanyan dan Patric kongsi 5 kaedah yang ada di antaranya
anda boleh praktikkan sejam dari sekarang.

 Bagaimana menggunakan forum untuk meningkatkan pengaruh dan kredibiliti


anda – seterusnya membolehkan anda mempromosikan produk affiliate
dengan mudah secara percuma
 Jadikan penulisan anda sebagai mesin jualan. Anda akan diajar caranya
 Bagaimana mempromosikan artikel berbahasa Kebangsaan tanpa perlu
menggunakan direktori artikel
 Aktiviti blogging pun boleh menghasilkan pendapatan affiliate – dengan sedikit
modifikasi ke atas laman blog anda.
 Cara terbaik menggunakan laman web sosial (apakah cara berkesan ini?)
 Kaedah terpantas untuk mendapatkan trafik yang tepat mengena pasaran
sasaran anda dalam masa 15 minit dari sekarang - dengan trafik ini, anda boleh
buat duit di internet
 Bagaimana menggunakan pengiklanan “Pay-Per-Click” tanpa jatuh bangkrap
tetapi dapat buat duit dengan jayanya

Modul #3: Audio Eksklusif Teknik Pemasaran “Money-On-Demand”

Zamri Nanyan dan Patric mahu anda benar-benar faham teknik berbisa ini, Mereka
luangkan lebih satu jam untuk berikan ilmu ini kepada anda. Anda akan pelajari dan
fahami bagaimana teknik pemasaran email dilakukan secara menyeluruh.

 Apa yang dimaksudkan dengan pemasaran email di mana anda boleh buat duit
dengan menulis dan menghantar email sahaja

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 9


Bongkar Rahsia Affiliate

 Kenapa pemasaran email dianggap antara kaedah promosi affiliate terhebat


 Bagaimana menggunakan pemasaran email tanpa dilabel sebagai “spammer”
yang mana boleh memusnahkan bisnes anda jika tidak berhati-hati
 Apa maksud opt-in dan apa yang perlu ada dalam laman opt-in untuk hasil
yang optimum
 Cara paling efektif untuk ‘mencairkan’ prospek untuk meninggalkan nama dan
email mereka untuk anda promosikan sebarang produk kepada mereka
 Berapa kerap anda perlu hantar email promosi dan apa yang perlu anda tulis
supaya senang untuk buat duit di internet apabila butang ‘send’ ditekan
 Kesalahan pemasaran email yang bakal mengundang padah di dalam promosi
anda
 Ketahui cara mengembangkan bisnes anda dengan menjadikan pemasaran
email anda berjalan secara autopilot

Zamri Nanyan juga menyediakan 3 Bonus Eklusif

Bonus #1: Temuramah Bersama Top Affiliate “The Four Weeks To


Freedom”

Top Affiliate untuk produk pemasaran internet “The Four Weeks To Freedom” bukan
sahaja mengumpul komisyen jualan sehingga RM7,960+ tetapi beliau juga berjaya
membawa pulang sebuah televisyen LCD 32-inci sebagai hadiah. Di dalam
temuramah ini, anda akan didedahkan cara bagaimana beliau lakukannya, apakah
peralatan yang beliau gunakan dan yang lebih penting, bagaimana anda juga boleh
melakukannya.

Bonus #2: Transkrip Terjemahan Audio Modul #1 dan Modul #2

Temuramah audio modul #1 dan #2 bersama Patric Chan dihasilkan di dalam bahasa
Inggeris. Anda boleh pindahkan rakaman audio MP3 ini ke dalam cakera padat dan
mainkannya di dalam kereta atau set stereo anda. Zamri dapatkan servis
penterjemahan dan transkripsi untuk menghasilkan teks terjemahan audio ini ke
dalam Bahasa Kebangsaan. Jika anda pernah berurusan dengan servis transkripsi dan
terjemahan, anda pasti tahu yang kos mendapatkan servis ini bukanlah murah. Anda
dapatnya sebagai hadiah bonus secara percuma.

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 10


Bongkar Rahsia Affiliate

Bonus #3: Senarai Sumber Rujukan Affiliate

Di dalam program ini, saya dan Patric merujuk kepada beberapa sumber dan
peralatan penting untuk anda menjadi Super Affiliate. Dengan menyediakan sumber
rujukan ini, anda boleh semak sendiri mana-mana laman web penting yang kami
kongsikan di dalam audio dan video program ini. Bukan itu sahaja, saya tambahkan
lagi beberapa sumber rujukan tambahan supaya anda dapat lebih lagi ilmu daripada
apa yang diberikan di dalam audio dan video “Pakar Afffiliate”.

Lihatlah apa yang anda dapat jika anda pesan hari ini:

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 11


Bongkar Rahsia Affiliate

Saya ada offer bonus yang menguntungkan jika beli dari link saya,
iaitu:

Bonus 1 : Saya akan berikan percuma kepada anda Pakej Lengkap Blogger yang
bernilai RM120 http://www.pakejlengkapblogger.com/ kepada anda dan bonus
hanya terhad kepada 30orang sahaja..

Bonus 2: saya akan berikan berikan support percuma untuk anda berjaya dalam
program affiliate..

Bagaimana nak mendapatkannya?

1. Lawati laman web zamri dulu di sini.


http://www.pakaraffiliate.com/?aff_id=2180

2. Clearkan cookies di komputer/laptop anda, langkah ini perlu utk


mengelakkan anda hilang bonus spt yang anda inginkan...

a) Mozilla - pilih tab Tools > Pilih Clear Recent History > Tick pada semua
box atau pilih Everythign > Klik button Clear Now...

b) Internet Explorer - Pilih tab Tools > Pilih Delete Browsing History > Cari
Delete All > Tick Also delete files > Yes

3. Membuat belian Pakar Affiliate melalui link ini, ingin diingatkan, sila
pastikan link ini http://www.pakaraffiliate.com/?aff_id=2180 berada di
address bar anda sewaktu proceed utk pembelian...

4. Selepas menghantar bukti pembelian di PakarAffiliate.com, sila


forwardkan saya satu email ke supportyoji@gmail.com yang terkandung
butiran spt berikut:

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 12


Bongkar Rahsia Affiliate

Tajuk Email: Bonus Pakar Affiliate Yoji


Nama:
Email:
No Phone:
Bukti Pembayaran:

Jika ada pertanyaan yang buat anda tertanya boleh email saya atau
sms atau call terus saya..

Email : supportyoji@gmail.com
H/P : 013-5815745

Ikhlas,
Yoji
www.yorizz.com

Hakcipta ©2009 stylebizz.com Page 13

You might also like