You are on page 1of 4

Soalan Tugasan

1. Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya dapat


bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada
kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam
bahan tulis.

b) Sediakan SATU aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme untuk


membina kebolehan membaca dalam kalangan yang lemah membaca.

Jawapan.

b) Baca mekanis adalah bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi
dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan sebutan yang betul. Oleh itu
bahan bacaannya pula mudah difahami dan tidak membebankan fikiran.

Bagi murid yang lemah bacaanya, ianya memamg sukar dan menyusahkan.
Tetapi ia dapat di atasi agar murid ini dapat membaca dengan baik dan lancarpabila
teori Behaviourisme digunakan. Ianya amat sesuai menangani masalah ini.

Teori Behaviourisme

Pelopor teori ini ialah Bloomfeild, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli
psikologinya ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Torndike. Golongan ini berpendapat
bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulungan. Oleh yang demikian proses
pengajaran bahasa haruslah meneknakan latihan dan pengulungan yang banyak. Proses
penguasaan bahasa melalui latihan memerlukan mekanisme yang bersistem.
Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk memmbantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termaksuklah perlakuan guru, kawan-kawan
mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
Teori ini berasaskan teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari
bahasa menerusi hukuman dan ganjaran. Rangsangan dan gerak balas dalam bentuk
bahasa dan bukan bahasa akan menarik minat pelajar. Umpamanya, penggunaan kata
bagus, anggukan dan sebagainya.

Seseorang penutur juga memerlukan rangsangan untuk membolehkan mereka


bertutur. Pendedahan yang berulang-ulang akan mempercepatkan mereka bertutur.
Pendedahan yang berulang-ulang akan mempercepatkan mereka untuk mempelajari
bahasa di mana proses peniruan akan wujud dan ini akan mempercepatkan untuk
mempelajari bahasa.

Aktiviti yang di pilih ialah aktiviti latih tubi sambil menyanyi. Aktiviti ini guru
bahasa memilih teknik yang juga meupakan alat untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran.

Tenik menyanyi

Guru memperdengarkan pada murid lagu. Contohnya “Pintal Tali” dari cakera padat
yang telah dipasang. Berikut antara langkah-langkah untuk menarik minat murid.

i. Langkah pertama

 Membaca senikata lagu baris demi baris.


 Memperdengarkan lagu.
 Menyanyi mengikut irama lagu bersama-sama murid.
ii. Langkah kedua

 Guru mengarahkan 3 orang murid memegang kad perkataan murid pertama


memegang kad pertama contohnya :-

Oh Bulan

Pokok Ara

Mana Bintang

Atas Para

Perkataan tadi di gabungkan menjadi ayat:-

Oh, bulan mana bintang

Atas pucuk kayu ara

Dalam dapur atas para


iii. Langkah ketiga

 Sekiranya selepas ini pengajaran dan pembelajaran masih ada lagi murid yang
menghadapi masalah membaca walaupun telah menjalani aktiviti dan teknik yang
dibuat oleh guru. Murid ini perlu di bombing secara individu.
 Guru perlu melatih tubi murid membunyikan huruf, sukukata, perkataan dan juga ayat.
Latih tubi dibuat sehinggalah murid dapat menguasai kemahiran membaca.
 Aktiviti pengukuhan diberikan kepada murid yang telah menguasai. Iaitu dengan
membaca petikan mudah yang lain (aktiviti kendiri).
 Bagi guru pula pengajaran dan pembelajaran diteruskan denngan bacaan yang mudah
dan senang difahami.
 Aktiviti menyanyi ini amat berkesan dalam proses P&P kerana ia melatih murid
menggunakan kemahiran mendengar, mellihat dan menyebut dengan betul dan jelas.

Dengan langkah ini, murud-murid akan lebih tertarik dan dengan cara ini juga ia dapat
memupuk minat untuk membaca di kalangan mereka. Sila klik di sini untuk nyanyikan lagu “Oh Bulan”.

You might also like