You are on page 1of 3

BAB 1 – PENGURUSAN (PERANCANGAN – ALAT-ALAT PERANCANGAN(TPM))

Soalan 1
Alawiyah merupakan pemilik Wiyah Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain)
untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Alawiyah telah memperoleh sebuah kontrak
syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang
perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Alawiyah perlu menyewa sebuah
lot gerai di taman tema berkenaan dengan sewa tahunan RM6 000.. Alawiyah tidak memerlukan
sebarang alatan tetapi dia perlu membeli bahan seperti gegelung plastic bernilai 20 sen seunit, klip
bernilai 10 sen seunit dan kertas photo bernilai 10 sen seunit. Alawiyah bercadang untuk menjual rantai
kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.
Berdasarkan kes di atas,
Hitungkan:
a. Titik pulang modal
b. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci
c. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit rantai kunci
d. Bincangkan kegunaan titik pulang modal sebagai alat perancangan

Soalan 2
Yummy Biskut bercadang untuk memperkenalkan satu lagi keluarannya di pasaran iaitu biskut bijian.
Kos-kos yang dijangkakan terlibat untuk menghasilkan 5 000 paket biskut bijian adalah seperti berikut:

RM
Jumlah kos 45 000
Kos tetap 20 000
Jumlah jualan 65 000

Anda dikehendaki
(a) menghitung:
(i) kos berubah seunit
(ii) harga jualan seunit
(iii) titik pulang modal
(iv) keuntungan atau kerugian sekiranya menghasilkan 2 000 paket biskut.
(v) berapa unit yang perlu dijual untuk memperoleh untung sebanyak RM 10 000
Soalan 3
Warisan Dagang bercadang mengeluarkan Sambal Pahang dan ingin memasarkan keluaran tersebut di
sekitar Bandar Kuantan, Pahang. Maklumat berikut menunjukkan anggaran jumlah kos dan jumlah hasil
Warisan Dagang untuk menghasilkan 500 paket Sambal Pahang.
RM
Jumlah kos 3 000
Sewa kilang 800
Peralatan 200
Jumlah jualan 6 000
Kos tetap diandaikan malar.

Anda dikehendaki:
(a) menghitung
(i) Kos berubah seunit
(ii) Harga jualan seunit
(iii) Titik Pulang Modal (dalam unit)
(iv) Jumlah unit pengeluaran yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan keuntungan RM3 000
(v) Titik Pulang Modal yang baru jika kos tetap meningkat kepada RM2 600

SAOLAN 4
Syarikat LinJai bercadang untuk mengeluarkan pen jenama JAILYN berharga RM 1 setiap satu. Kos tetap
ialah RM20,000 dan kos berubah ialah RM0.25 sebatang pen. Hitungkan:
(i) Titik pulang modal
(ii) Jumlah kos pada titik pulang modal
(iii) Bilangan pen yang perlu dikeluarkan jika Syarikat Linjai ingin mendapatkan keuntungan
sebanyak RM75,000.

You might also like