You are on page 1of 24

BAB 11

SEKTOR-SEKTOR UTAMA DALAM EKONOMI,


PERDAGANGAN DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Mengenal pasti beberapa sektor utama ekonomi Malaysia.
2. Menilai kepentingan sektor-sektor utama ekonomi negara yang
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
3. Memahami tentang konsep perusahaan awam sebagai satu
strategi untuk menjana pertumbuhan ekonomi negara.
4. Menilai kepentingan peranan penggantian import kepada
pembangunan ekonomi negara.
5. Menilai kepentingan peranan penggalakkan eksport sebagai satu
strategi meningkatkan perdagangan dan ekonomi negara.

11.1 PENGENALAN

Negara memerlukan satu latar belakang ekonomi yang kukuh bagi


memastikan pembangunan dan kamajuan sosiekonomi dapat dimantap
dan diteruskan dengan berkesan. Aktiviti-aktiviti ekonomi negara
didokong oleh beberapa aktiviti penting yang dibahagikan kepada tiga
pecahan aktiviti, iaitu yang dikenali sebagai sektor utama, sektor kedua
dan sektor ketiga.

(a) Sektor utama

Melibatkan banyak aktiviti peringkat awal atau permulaan ekonomi


seperti penanaman, penternakan dan perikanan, perhutanan dan
perlombongan, dan sebagainya. Sektor ini menjadi sektor menghasilkan
bahan-bahan mentah asas seperti makanan dan galian yang tidak
melibatkan pemprosesan untuk menghasilkan barangan lain (barangan
sekunder).

201
(b) Sektor kedua

Aktiviti ekonomi utama dalam sektor kedua ini pula melibatkan kegiatan
ekonomi hasil lanjutan daripada aktiviti sektor utama. Ianya lebih
melibatkan aktiviti pemprosesan ke atas bahan mentah yang dihasilkan di
sektor utama. Aktiviti pemprosesan ini akan menghasilkan barangan yang
separuh siap atau sepenuh siap. Kegiatan di sektor kedua ini juga sering
dikenali sebagai kegiatan pembuatan dan pembinaan. Kegiatan
pembuatan juga terdiri daripada sektor perindustrian atau perkilangan.

(c) Sektor ketiga

Sektor ketiga ini pula lebih menumpukan kepada kegiatan-kegiatan


ekonomi yang banyak menyediakan kemudahan dan perkhidmatan.
Kegiatannya adalah bercorak untuk menghasilkan kemudahan dan
perkhidmatan yang tidak melibatkan penghasilan barangan yang dapat
dilihat secara fizikal. Contohnya adalah aktiviti kemudahan dan
perkhidmatan seperti pengangkutan, perhubungan, perkhidamatan awam
(keselamatan dan pertahanan), elektrik, gas dan air, hotel, restoran,
insuran, hartanah, perkhidmatan perniagaan dan sebagainya.

SOALAN DALAM TEKS

1. Berdasarkan kepada tiga sektor ekonomi yang


dikenali sebagai sektor utama, sektor kedua, sektor
ketiga, kelaskan sektor-sektor tersebut mengikut
amalan sama ada menggunakan pendekatan
tradisional atau menggunakan pendekatan moden.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11.2 SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian merupakan sektor yang penting semasa Malaysia baru


mencapai kemerdekaan dan negara ini juga dikenali sebagai sebuah
negara yang berasaskan pertanian. Amalan pertanian sara diri yang
dijalankan secara tradisional oleh penduduk Malaysia hanya melibatkan
tanaman kecil-kecilan dan sangat terhad dari segi jumlah pengeluaran
hasil produktiviti dan juga jenis-jenis tanaman serta ternakan yang
dijalankan. Kebanyakan petani menjalankan kegiatan tanaman makanan

202
seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan serta menjalankan aktiviti
penangkapan ikan, menternak haiwan ternakan yang bertujuan dapat
menyediakan bahan makanan yang diperlukan oleh rakyat Malaysia serta
menyediakan sedikit ruang pekerjaan kepada penduduknya. Amalan
pertanian secara tradisional ini tidak mampu membantu para petani dan
peladang kecil untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti mereka.

Tanaman getah mula diperkenalkan pada tahun 1887 dan pada 1926,
usaha meningkatkan penyelidikan dan pembangunan yang lebih baik
telah menyebabkan penubuhan Institut Penyelidikan Getah pada tahun
1926. Pada ketika itu Malaysia telah menjadi pengeluar getah yang utama
di dunia kerana permintaan terhadap getah yang sangat tinggi untuk
menghasilkan barangan berasaskan getah seperti tayar. Walau
bagaimanapun, peranan Malaysia sebagai pengeluar getah utama di dunia
hanya bertahan pada penghujung tahun 1980-an sahaja. Ini kerana
permintaan yang berkurangan dan persaingan dalam pengeluaran getah
tiruan menjadikan harga getah mengalami kejatuhan dan sangat murah.

Pada tahun 1960-an, tanaman kelapa sawit telah diperkenalkan diikuti


oleh tanaman koko pada tahun 1970-an. Institusi-institusi khas
ditubuhkan dengan tujuan untuk membangunkan dan
memperkembangkan penyelidikan bagi tanaman kelapa sawit dan koko
seperti Institut Penyelidikan Kelapa Sawit (PORIM) pada 1979 dan
Lembaga Koko Malaysia pada tahun 1988. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan produktiviti pengeluaran sektor pertanian Malaysia sama
ada berasaskan kepada penghasilan, pemprosesan, penyimpanan dan
penggunaan barangan pertanian tersebut.

Sektor pertanian telah menunjukkan prestasi yang semakin berkurangan


apabila menjelang tahun 1980-an apabila Dasar Perindustrian negara
telah banyak mencorak kepada tumpuan untuk meningkatkan sektor
pembuatan. Jadual 11.1 menunjukkan bahawa pada tahun 1970, bahawa
30.8 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disumbangkan
oleh sektor pertanian, namun ianya semakin menurun hinggalah
dianggarkan kepada 13.4 peratus daripada KDNK pada tahun 2000.
Sebaliknya sektor pembuatan menunjukkan peningkatan dari setahun ke
setahun, iaitu pada tahun 1970 hanya 13.4 peratus sumbangan kepada
KDNK sahaja dan terus meningkat sehingga kepada 33.1 peratus pada
tahun 1995 dan dianggarkan akan mencapai 37.2 peratus pada tahun
2000.

203
Jadual 11.1
KDNK Mengikut Industri Asal (%)

Industri Tahun
1970 1975 1980 1985 1990 1995 2000

Pertanian, penternakan, 30.8 22.7 22.9 20.8 18.7 13.6 13.4


perhutanan dan perikanan
Perlombongan dan kuari 6.3 4.6 10.1 9.7 5.7 7.4 5.7
Pembuatan 13.4 16.4 19.6 19.7 27.0 33.1 37.2
Pembinaan 3.9 3.8 4.6 4.8 3.5 4.4 4.8
Perkhidmatan 41.9 45.1 40.1 43.6 42.3 44.1 45.4
Elektrik, gas dan air 1.9 2.1 1.4 1.7 1.9 2.3 2.7
Pengangkutan, penyimpanan 4.7 6.2 5.7 6.4 6.9 7.3 6.3
dan komunikasi
Perdagangan borong dan 13.4 12.8 12.1 12.1 11.0 12.1 12.6
runcit
Kewangan, insurans dan 8.4 8.5 8.3 8.9 9.7 10.7 11.9
hartanah
Perkhidmatan kerajaan 11.1 12.7 10.3 12.2 10.7 9.7 8.4
Lain-lain perkhidmatan 2.5 2.8 2.3 2.3 2.1 2.0 2.2

Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin Hassan. (2001).
Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn Bhd.

Walau bagaimanapun, sektor pertanian tetap diperlukan oleh negara


terutamanya apabila berlaku kegawatan ekonomi seperti yang melanda
negara-negara Asia sekitar tahun 1996 kerana sektor ini dapat membantu
negara daripada pergantungan yang tinggi kepada barangan import
terutamanya pertanian. Antara kepentingan sektor ini kepada negara ialah
seperti berikut:

(a) Sumber penting pembekal bahan makanan kepada seluruh


rakyat

Antara barangan asas adalah seperti beras, sayuran, ternakan, tenusu dan
buah-buahan. Negara Malaysia terlalu banyak bergantung kepada
barangan import dari luar negara dan dianggarkan jumlah import
barangan pertanian ini telah mencecah kepada RM10 bilion setiap tahun.
Oleh itu, perlu ada satu tindakan yang proaktif untuk memastikan
bahawa negara dapat meningkatkan jumlah pengeluaran bahan makanan
tempatan yang lebih banyak dan bermutu seperti yang telah dijelaskan
dalam Dasar Pertanian Negara.

204
(b) Sektor pertanian sebagai asas pembangunan sektor
perindustrian

Hasrat untuk membangunkan sektor perindustrian boleh dihubungkan


dengan pembangunan sektor pertanian kerana negara Malaysia
mempunyai asas pertanian yang kuat seperti penanaman getah, kelapa
sawit, koko, kopi, lada hitam dan bahan-bahan makanan lain yang boleh
dimajukan untuk menjadi asas pengeluaran perindustrian pertanian.
Sektor pertanian boleh menjadi asas menyediakan sumber bahan mentah
asas pertanian yang boleh diproses dan dikeluarkan oleh sektor
perindustrian dalam pelbagai bentuk barangan pertanian sama ada dalam
bentuk makanan, minimun, ubatan herba, barangan perabot dan
sebagainya yang boleh digunakan oleh penduduk tempatan atau
dieksport.

(c) Pembasmian kemiskinan dan penyediaan peluang


pekerjaan

Sektor ini juga secara tradisinya dapat menampung rakyat yang miskin
untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta pendapatan. Melalui
program-program pembangunan pertanian yang dijalankan di kawasan-
kawasan yang miskin boleh membuka peluang kepada rakyat yang miskin
untuk menceburi sektor pertanian seperti perladangan, penanaman,
pemprosesan dan sebagainya. Secara tidak langsung, sektor pertanian ini
dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Contohnya,
penternakan memerlukan ramai pekerja untuk menguruskan haiwan yang
diternak secara besar-besaran. Seterusnya hasil daripada penternakan
tersebut akan disalurkan kepada sektor perindustrian untuk diproses dan
dihasilkan sebagai barangan makanan tertentu ataupun dijual kepada
penjual untuk dipasarkan.

SOALAN DALAM TEKS

2. Mengapakah sektor pertanian masih memainkan


peranan penting dalam pembangunan ekonomi
negara sehingga sekarang?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

205
11.3 SEKTOR PERLOMBONGAN

Sektor perlombongan telah beroperasi di negara ini sejak dari zaman


penjajahan Inggeris lagi. Pada masa tersebut, bahan galian utama ialah
bijih timah dan hasil pengeluaran sektor ini hanya dikuasai oleh pihak
penjajah serta diusahakan oleh pekerja-pekerja yang dibawa masuk dari
Negara China. Pada masa itu bijih timah menjadi permintaan penting
bagi negara-negara Eropah yang dilanda Revolusi Perindustrian secara
besar-besaran.

Hasil pengeluaran bijih timah pada masa kini semakin berkurangan.


Sektor perlombongan di Malaysia lebih tertumpu kepada pengeluaran
bahan-bahan bukan galian seperti petroleum dan gas asli. Jadual 11.2
menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang semakin menurun dalam
pengeluaran bijih timah berdasarkan kepada tan metrik dan peningkatan
dalam pengeluaran petroleum (bpd) dan gas asli cair (tan metrik) dari
tahun 1970 hingga tahun 2000.

Jadual 11.2
Pengeluaran Galian Malaysia (%)

Galian 1970 1975 1980 1985 1990 1992 1995 2000


Bijih 73,795 64,364 61,404 36,884 28,500 14,300 6,500 5,500
timah
(tan
metrik)

Petroleum 17,969 98,003 275,717 446,378 622,500 659,100 705,400 -


(bpd)

Gas asli - - 1,830a 4,500 6,800 8,800 11,680 17,610


cair
(tan
metrik)

Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin Hassan. (2001).
Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn Bhd.

11.4 SEKTOR PERINDUSTRIAN

Sektor perindustrian merujuk kepada sektor kedua yang melibatkan


kegiatan pemprosesan untuk menghasilkan barangan separuh siap dan
sepenuh siap. Sektor perundustrian telah menjadi semakin penting
kerana peranan utamanya yang banyak membantu dalam penggunaan
tenaga kerja yang semakin bertambah. Negara telah melalui proses
perindustrian menerusi beberapa tahap penting, iaitu bermula dengan
perindustrian tradisional berasaskan pertanian sebelum 1960-an kepada
industri intensif buruh dan eksport pada tahun 1970-an. Seterusnya dari

206
tahun 1980-an semasa Dasar Perindustrian dan Penswastaan
diperkenalkan, kegiatan perindustrian banyak berasaskan kepada modal
yang besar, berteknologi tinggi, memerlukan tenaga buruh yang mahir
dan berkepakaran tinggi.

Pada tahun 1970-an, sektor perindustrian telah menyediakan peluang


pekerjaan di Malaysia yang kurang daripada 15 peratus tetapi selepas 20
tahun, iaitu dalam era 1990-an, sektor ini telah menyediakan lebih banyak
peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, iaitu meningkat kepada
19.9 peratus pada tahun 1990 dan 26.6 peratus pada tahun 1996 (Jadual
11.3). Jika dibandingkan dengan sektor pertanian, pada tahun 1970 telah
menyumbang 52.5 peratus guna tenaga di Malaysia dan semakin
menurun sehingga 16.4 peratus sahaja pada tahun 1996.

Jadual 11.3
Penyerapan Guna Tenaga di Sektor Perindustrian dan Pertanian

Tahun 1970 1975 1980 1985 1990 1995 1996


Perindustrian 318 398 755 855 1,333 2,052 2,178
(000)

Perindustrian 9.5 10.1 15.7 15.2 19.9 25.9 26.6


(%)

Pertanian (000) 3,328 3,928 4,817 5,625 6,686 7,915 8,161

Pertanian (%) 52.5 49.3 39.6 31.3 25.9 18.0 16.4

Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin Hassan. (2001).
Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn Bhd.

Permintaan tenaga buruh yang tinggi di sektor perindustrian adalah selari


dengan pertumbuhan aktiviti eksport negara yang memerlukan lebih
banyak operasi dan pengeluaran barangan. Walau bagaimanapun,
keadaan ini telah berubah apabila terdapat pengaruh peralihan teknologi
yang sangat meluas menyebabkan kegiatan perindustrian memerlukan
lebih banyak kos modal yang tinggi serta terdapatnya kekurangan tenaga
mahir dan ketiadaan mesin atau peralatan tempatan yang menjadi
cabaran kepada pertumbuhan sektor perindustrian ini.

11.5 SEKTOR PERKHIDMATAN

Berbeza dengan sektor utama dan kedua, sektor perkhidmatan atau


sektor ketiga ini tidak menghasilkan barangan tetapi menyediakan
perkhidmatan dan kemudahan yang dapat membantu menyelaraskan
sektor utama dan sektor kedua yang akhirnya sampai kepada penggunaan
terakhir. Contohnya barangan pertanian seperti padi yang diusahakan

207
penanamnya (sektor utama), kemudian dituai dan diproses oleh sektor
kedua untuk menghasilkan barangan makanan, iaitu beras. Akhirnya
barangan ini akan sampai kepada pengguna yang meminta barangan
tersebut. Untuk sampai kepada pengguna, terdapat perkhidmatan yang
diperlukan bagi memastikan pengguna akan mendapat bekalan beras
sebagai makanan asas penduduk negara ini. Antara perkhidmatan (sektor
ketiga) yang terlibat ialah pengangkutan, penyimpanan dan pemasaran.
Oleh itu, terdapat satu kaitan yang sangat rapat di antara sektor utama,
sektor kedua dan sektor ketiga.

Secara ringkas, sektor perkhidmatan ini dibahagikan kepada

(a) Perkhidmatan pengeluar

(i) Perkhidmatan pengangkutan, perhubungan dan


penyimpanan.
(ii) Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan
perniagaan.

(b) Perkhidmatan awam

(i) Perkhidmatan kerajaan (keselamatan, pendidikan,


kesihatan dan lain-lain).
(ii) Perkhidmatan elektrik, gas dan air.

(c) Perkhidmatan

(i) Perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran.


(ii) Perkhidmatan-perkhidmatan lain (termasuk sukarela,
perkhidmatan sosial, perkhidmatan swasta tanpa untung
serta perkhidmatan rumah tangga).

Sektor perkhidmatan banyak dipengaruhi oleh sektor utama dan sektor


kedua, iaitu jika terdapat pertumbuhan di sektor utama dan kedua, secara
tidak langsung akan mempengaruhi corak pertumbuhan sektor
perkhidmatan ini. Secara keseluruhannya, Jadual 11.4 menunjukkan
prestasi pertumbuhan sektor perkhidmatan pada tahun 1990 hingga
tahun 1996. Pada tahun 1990 prestasi pertumbuhan sektor perkhidmatan
mencapai kepada 10.5 peratus tetapi pertumbuhannya semakin
berkurang sehingga kepada 9.7 peratus pada tahun 1996.

208
Jadual 11.4
Prestasi Pertumbuhan Sektor Perkhidmatan dari Tahun 1990 hingga 1996

Subsektor 1990 1991 1992 1993 1994 1995 1996


Perkhidmatan
pengeluar
Pengangkutan, 12.1 10.2 8.6 8.4 12.4 13.9 9.8
penyimpanan dan
perhubungan
Kewangan, 13.1 12.6 10.0 11.0 10.0 10.5 14.6
insurans,
hartanah dan
perkhidmatan
perniagaan

Perkhidmatan awam
Perkhidmatan 4.8 4.5 5.6 4.5 9.4 3.9 4.2
kerajaan
Elektrik, gas, air 12.6 10.7 13.8 11.5 13.7 13.1 12.0

Perkhidmatan-
perkhidmatan lain
Perniagaan 13 14.4 10.6 10.3 8.0 10.1 9.3
borong, runcit,
hotel dan
restoran
Lain-lain 9 9.0 8.0 7.5 7.1 7.8 8.4
10.5 10.4 9.4 8.7 9.7 9.4 9.7

Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin Hassan. (2001).
Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor: Pearson Education (M) Sdn Bhd.

SOALAN DALAM TEKS

3. Kategorikan aktiviti-aktiviti perkhidmatan berikut


mengikut subsektor masing-masing.
(i) Telefon dan faks.
(ii) Bank Perdagangan (komersial) dan Bank
Saudagar.
(iii) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
(iv) Kementerian Pertahanan Awam Malaysia.
(v) Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

209
11.6 PERUSAHAAN AWAM

Negara Malaysia yang mengamalkan sistem ekonomi campuran


membolehkan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti ekonomi dijalankan
secara bebas sama ada dijalankan oleh pihak swasta dengan kawalan dan
pemantauan undang-undang oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi
diuruskan oleh kerajaan sendiri iaitu melalui badan yang dikenali sebagai
perusahaan awam.

Perusahaan awam yang pertama ditubuhkan di negara ini ialah Kereta


Api Tanah Melayu (KTM) sewaktu Malaysia masih belum mencapai
kemerdekaan lagi, iaitu pada tahun 1885 dengan penubuhan
Pengangkutan Jalan Keretapi Taiping-Port Weld. Pada tahun 1948
barulah Keretapi Tanah Melayu ditubuhkan. Antara perusahaan-
perusahaan lain yang ditubuhkan sebelum kemerdekaan adalah seperti
perkhidmatan telegraf antara Taiping dan Kuala Kangsar pada tahun
1876, perkhidmatan telefon pada tahun 1891, Lembaga Letrik Negara
(LLN) pada tahun 1949 dan lain-lain lagi.

Pada tahun 1951, Rural Industrial Development Authority (RIDA)


ditubuhkan bagi menangani ketidakseimbangan wilayah. Seterusnya pada
tahun 1965, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pula
ditubuhkan dan Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Kampung (RIDA)
telah diganti dengan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA). MARA
diharapkan akan dapat meningkatkan kemajuan dan pembangunan
sosioekonomi golongan bumiputera terutamanya dalam bidang
perniagaan dan perindustrian. Pada tahun yang sama juga Perbadanan
Nasional Berhad (PERNAS) dan Lembaga Pemasaran Persekutuan
(FAMA) juga telah ditubuhkan dengan tujuan yang sama iaitu untuk
membangunkan sosioekonomi golongan yang ketinggalan terutamanya
bumiputera. Selain itu, Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)
ditubuhkan pada tahun 1961 dan Lembaga Pelabuhan Kelang telah
ditubuhkan pada tahun 1963. Pada tahun 1974, Kementerian Perusahaan
Awam ditubuhkan dengan harapan dapat membantu negara mencapai
matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan lebih berkesan. Secara
keseluruhannya, matlamat utama penubuhan perusahaan awam adalah
bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan atau kemudahan-
kemudahan awam kepada penduduk tempatan.

Menurut Chamhuri Siwar (2001), perusahaan awam mempunyai ciri-ciri


seperti berikut:

(i) Mempunyai bidang aktiviti yang pelbagai seperti perindustrian,


pertanian, perdagangan dan perniagaan.

210
(ii) Dimiliki dan dikawal atau dikuasai oleh kerajaan, sama ada
sebahagian atau sepenuhnya.
(iii) Perjalanan badan ini ialah sebahagian atau sepenuhnya dibiayai
oleh hasil daripada aktiviti atau operasi badan itu sendiri.
(iv) Mengeluar dan menjual barangan dan/atau perkhidmatan.
(v) Mempunyai bentuk organisasi yang pelbagai seperti perbadanan
awam, jabatan dan syarikat.

SOALAN DALAM TEKS

4. Apakah tujuan penubuhan perusahaan awam seperti


FELDA dan MARA?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

11.6.1 Tujuan Penubuhan Perusahaan Awam

Terdapat beberapa tujuan kerajaan menubuhkan perusahaan awam.


Antaranya adalah seperti berikut:

(a) Kawalan

Sebagai tindakan kawalan terhadap perusahaan-perusahaan yang menjadi


keperluan asas kepada rakyat seperti kemudahan bekalan air bersih,
elektrik, jalan raya, pengangkutan awam, sekolah (pendidikan), hospital
(kesihatan) dan sebagainya. Kebanyakan keperluan asas ini memerlukan
peruntukan perbelanjaan yang besar dan harus dikawal dan dipantau
dengan tersusun bagi mengelakkan berlakunya pembaziran dan kerugian
dari sudut perbelanjaan dan faedah yang akan diterima oleh rakyat.
Kebiasaannya perusahan-perusahaan dalam menyediakan keperluan asas
ini memerlukan pelaburan besar dan mendapat pulangan yang kecil atau
tiada langsung dalam satu tempoh jangka masa yang panjang. Keadaan
ini tidak menarik minat pihak swasta untuk menceburi bidang
perusahaan ini. Justeru, perusahaan-perusahaan awam dalam
menyediakan keperluan asas rakyat sangat penting bagi memastikan
rakyat dapat menikmati pembangunan dan kehidupan yang selesa.

(b) Halangan kepada pasaran monopoli

Penubuhan perusahaan awam ini juga bertujuan untuk menghalang


daripada berlakunya monopoli semula jadi di kalangan industri-industri
211
tertentu yang diusahakan oleh pihak swasta. Antaranya seperti industri
elektrik, air, telekomunikasi dan pengangkutan. Jika kerajaan tidak
mengambil alih melalui perusahaan awam, kemungkinan akan berlaku
monopoli. Sifat monopoli yang paling ketara ialah satu pengeluar dengan
ramai pengguna dan pengeluar dapat menetapkan harga yang tinggi tanpa
ada persaingan daripada pengeluar-pengeluar lain. Oleh itu, dari sudut
kawalan harga yang berpatutan di bawah perusahaan awam sangat
diperlukan oleh semua rakyat terutamanya kepada barangan dan
perkhidmatan asas seperti air, elektrik, telekomunikasi dan pengangkutan.

(c) Perlindungan dan keselamatan negara

Perusahaan awam juga ditubuhkan bagi memastikan supaya terdapat


industri-industri yang strategik dan penting kepada keselamatan negara
terpelihara. Antaranya pengeluaran peralatan-peralatan pertahanan dan
keselamatan negara seperti senjata perlu dikawal dan dipantau dengan
baik bagi mengelakkan ianya disalah guna oleh pengeluar-pengeluar yang
dilantik. Selain itu, terdapat juga sumber-sumber semula jadi negara yang
sangat penting dan perlu dikawal seperti petroleum yang mempunyai
jumlah pengeluaran yang terhad. Jika ianya tidak dikawal, dikhuatiri pihak
pengeluar akan mengambil kesempatan untuk mengeluarkan petroleum
tanpa memikirkan keperluan untuk masa depan negara kerana mengejar
nilai keuntungan semasa.

(d) Pemangkin kepada industri yang kurang berdaya maju

Kebanyakan industri-industri yang kurang berdaya maju merupakan


industri yang tidak akan menyediakan pulangan keuntungan kepada
pengusaha. Oleh itu, kebanyakan industri-industri yang kurang berdaya
maju perlu diberi galakan dan dorongan terutamanya dari sudut modal,
teknologi, kepakaran dan sebagainya bagi memastikan industri yang
masih diperlukan oleh rakyat dapat berkembang.

(e) Galakan untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi


negara

Perusahaan ditubuhkan dengan tujuan untuk menjana aktiviti ekonomi


negara terutamanya semasa baru mencapai kemerdekaan. Untuk
memenuhi tujuan ini, kerajaan terpaksa memperuntukkan modal yang
besar yang tidak mampu diperuntukkan oleh sektor swasta. Setelah
kerajaan membuat pelaburan dan peruntukan modal yang besar
contohnya dalam menyediakan kemudahan infrastruktur di kawasan-
kawasan perindustrian, barulah pihak swasta dapat menjalankan aktiviti-
aktiviti perindustrian, pembuatan, perniagaan dan sebagainya dengan
baik bagi menjana perkembangan ekonomi negara.

212
(f) Keseimbangan dalam agihan pendapatan

Keadaan ketidakseimbangan dari sudut pendapatan dan pembangunan


wilayah sangat ketara di awal negara mencapai kemerdekaan. Justeru,
perusahaan awam ditubuhkan dengan tujuan untuk membangunkan
wilayah-wilayah yang terpinggir serta meningkatkan peluang pekerjaan
bagi mengurangkan jurang pendapatan dan kekayaan yang wujud di
kalangan rakyat Malaysia. Agensi-agensi seperti MARA, FELDA,
Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA),
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga
Pembangunan Muda (MUDA) dan sebagainya ditubuhkan bagi
menangani dan mengurangkan masalah ketidakseimbangan pendapatan
dan pembangunan wilayah yang wujud.

11.6.2 Bentuk-Bentuk Perusahaan Awam

Bentuk-bentuk perusahaan yang terdapat di kebanyakan negara di dunia


termasuk di Malaysia ialah jabatan kerajaan, perbadanan awam dan
syarikat kerajaan.

(a) Jabatan kerajaan

Biasanya di bawah kerajaan pusat (persekutuan) melalui sesuatu


kementerian tertentu yang melaksanakan tugas mengikut peranan
kementerian tersebut. Contohnya, Kementerian Kehakiman dan
Kementerian Pertahanan Malaysia. Di bawah setiap kementerian ini,
terdapat jabatan-jabatan yang menjalankan tugas bagi mencapai matlamat
dan peranan kementerian tersebut. Perkara-perkara berkaitan dengan
penentuan dasar, pengambilan kakitangan, peraturan kewangan dan
sebagainya adalah di bawah peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
kerajaan.

(b) Perbadanan awam

Perbadanan awam ini merupakan perusahaan awam yang dimiliki


sepenuhnya oleh kerajaan dan juga dikenali sebagai badan-badan
berkanun. Badan-badan berkanun ini ditubuhkan mengikut akta-akta
tertentu di luar daripada rangka kerja jabatan kerajaan dan undang-
undang syarikat bertujuan untuk melaksanakan tugas-tugas khusus bagi
mencapai matlamat dan objektif negara. Ianya merupakan entiti
tersendiri dari sudut perundangan. Ia boleh mendakwa pihak lain dan
sebaliknya. Ia boleh mendapat peruntukan kewangan daripada kerajaan,
hasil-hasilnya sendiri atau daripada pinjaman. Contohnya, Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan LUTH yang mempunyai tujuan
khusus setiap penubuhannya.

213
(c) Syarikat kerajaan

Berbeza dengan jabatan kerajaan dan perbadanan awan, perusahaan


awam ini ditubuhkan di bawah undang-undang syarikat atau akta
syarikat. Kerajaan sama ada menjadi pemilik penuh (pemegang ekuiti
tunggal) atau sekurang-kurangnya memegang 51 peratus ekuiti modal
yang bermaksud sebagai pemilik majoriti ekuiti modal keseluruhan
sesebuah syarikat. Sebagai pemilik tunggal atau pemegang majoriti ekuiti
modal bermakna kerajaan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan
dalam syarikat. Fungsi syarikat kerajaan ini sama seperti syarikat swasta
kerana ianya tertakluk kepada akta syarikat.

11.7 IMPORT DAN EKSPORT MALAYSIA

Negara Malaysia merupakan antara negara sedang membangun (NSM)


yang telah menunjukkan pencapaian yang baik dalam perdagangan
antarabangsa. Sebahagian besar ekonomi negara dipengaruhi oleh aliran
masuk (import) dan aliran keluar (eksport) dalam dunia perdagangan
antarabangsa. Secara keseluruhannya prestasi eksport negara telah
menunjukkan peningkatan yang baik sejak tahun 1975, iaitu eksport kasar
negara pada tahun tersebut berjumlah RM9,231 juta berbanding
peningkatan kepada RM38,017 juta sahaja pada tahun 1985 dan
seterusnya kepada RM184,966 juta pada tahun 1995. Secara ringkasnya
untuk memahami mengenai arah aliran import dan eksport dalam
perdagangan antarabangsa bagi negara ini, perbincangan akan
ditumpukan kepada eksport komoditi utama dan import.

Jadual 11.5
Nilai Eksport dan Import Malaysia (1995-2000)

Unit 1995 1996 1997 1998 1999 2000


Eksport
Jumlah Eksport RM juta 184,966 197,026 220,890 286,563 321,560 373,270
Pertumbuhan % 20.2 6.5 12.1 29.7 12.2 16.2
Tahunan

Import

Jumlah Import RM juta 194,344 197,280 220,856 228,124 284,477 311,455


Pertumbuhan % 24.6 1.5 12.0 3.3 8.9 25.3
Tahunan
Sumber: Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. The Malaysian
Economy Figures, Pelbagai Tahun. Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.

Eksport komoditi utama yang datang dari sektor utama terdiri daripada
barangan pertanian dan perlombongan seperti getah, minyak kelapa
sawit, kayu balak, biji koko, gas asli cecair dan petroleum. Komponen

214
pertanian dan perlombongan melalui pengeluaran bahan mentah atau
berdasarkan kepada sektor utama dalam ekonomi menyumbang jumlah
yang lebih kecil daripada jumlah keseluruhan eksport negara jika
dibandingkan dengan jumlah sumbangan sektor kedua, iaitu pembuatan
dan perkilangan. Komponen pembuatan dan perkilangan adalah seperti
makanan, minuman, tembakau, kain, pakaian, kasut, keluaran getah,
keluaran kayu, keluaran kimia, keluaran galian bukan logam, peralatan
elektrik dan elektronik, dan lain-lain.

Secara keseluruhannya, berdasarkan kepada Jadual 11.5 jumlah eksport


negara menunjukkan berlakunya nilai peningkatan yang berterusan, iaitu
daripada RM184,966 juta pada tahun 1995 telah mencapai sehingga
RM373,270 juta, iaitu jumlah peningkatan sekali ganda dalam tempoh
masa lima tahun (1995-2000).

Bagi komponen import negara pula, antaranya terdiri daripada barangan


perantara (untuk perkilangan), barangan pelaburan (jentera dan alat
kelengkapan pengangkutan), barangan pengguna dan sebagainya.
Barangan perantara dan barangan pelaburan ialah import utama dari
tahun 1995 hingga 2000. Tahun 2000 telah mencatatkan nilai import
barangan perantara dan barangan pelaburan yang paling tinggi, iaitu
mencecah RM276,854 juta, iaitu 89 peratus daripada keseluruhan jumlah
import negara. Keadaan ini ialah kesan daripada peningkatan
pengeluaran dalam industri elektronik dan permintaan yang tinggi dari
negara luar bagi teknologi maklumat, input injap dan tiub termionik pada
ketika itu. Selain itu, jumlah peningkatan nilai import adalah disebabkan
oleh peningkatan pembangunan infrastruktur negara serta kemudahan
perindustrian yang lebih besar. Perkara-perkara asas seperti jalinan jalan
raya dan sistem pengangkutan yang baik diperlukan. Pembangunan
infrastruktur dan pengangkutan yang moden memerlukan lebih banyak
peralatan dan barangan moden yang berteknologi tinggi. Justeru,
barangan perantara dan pelaburan banyak diimport.

Nilai import negara juga menunjukkan peningkatan dari RM194,344 juta


pada tahun 1995 kepada RM311,455 juta pada tahun 2000. Jumlah
import negara sepanjang lima tahun (1995-2000) menunjukkan
peningkatan yang hampir sekali ganda juga dibandingkan dengan nilai
jumlah eksport negara.

11.7.1 Penggantian Import

Pada awal kemerdekaan negara, kerajaan telah berusaha meningkatkan


program dan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan perkembangan
sektor industri di Malaysia. Tindakan yang paling ketara diambil melalui
kepelbagaian ekonomi negara yang membuka lebih banyak aktiviti

215
ekonomi untuk membangunkan sektor perindustrian selain daripada
hanya bergantung kuat kepada sektor pertanian dan perlombongan.
Pengenalan industri-industri kecil dan ringan seperti membuat sabun,
makanan, minuman, pakaian, kasut dan memproses barangan pertanian
adalah bertujuan untuk mengurangkan import barangan keperluan
tersebut bagi menampung permintaan dalam negeri melalui pengeluaran
barangan tempatan.

Pada penghujung 1950-an dan di awal 1960-an (1959-1963), industri


penggantian import telah menyumbang hampir 41 peratus daripada
keseluruhan pertumbuhan keluaran industri tempatan dan nilai eksport
berada pada tahap negatif (1.29 peratus) (rujuk Jadual 11.6). Pada masa
ini, peranan barangan pengguna adalah sangat besar iaitu mencecah 47.59
peratus lebih tinggi daripada barangan pelaburan (43.40 peratus) dan
barangan perantaraan (39.59 peratus). Seterusnya pada tahun 1963 –
1968, peranan barangan pelaburan meningkat lebih tinggi berbanding
dengan barangan pengguna dan barangan perantara kerana berlaku
peningkatan permintaan domestik yang tinggi untuk menyediakan lebih
banyak kemudahan pembangunan industri tempatan seperti permintaan
jentera moden, kemudahan pengangkutan dan sebagainya. Pada masa
yang sama juga, sumbangan industri eksport telah mula menunjukkan
pertumbuhan yang baik, iaitu pertumbuhan output industri telah
berkembang daripada negatif 1.29 peratus kepada 12.23 peratus. Ini
merupakan petanda baik yang memulakan inisiatif negara untuk
menumpukan kepada penggantian import serta meningkatkan nilai
eksport negara.

Jadual 11.6
Sumber Pertumbuhan Output Industri (%)

Barangan Barangan Barangan Jumlah 27


Sumber
Pengguna Perantaraan Pelaburan Industri
1959-63
Penggantian import 47.59 39.59 43.40 40.68
Industri eksport -1.47 6.22 -6.78 -1.29
Permintaan domestik 53.54 54.12 63.40 60.53

1963-68
Penggantian import 49.95 48.09 50.50 48.92
Industri eksport 12.68 14.09 50.50 48.92
Permintaan domestik 37.37 37.86 37.95 38.85
Sumber: Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. The Malaysian
Economy Figures, Pelbagai Tahun. Kuala Lumpur: Unit Perancangan Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri.

216
11.8 PENGGALAKKAN EKSPORT

Tindakan kerajaan menggalakkan penggantian import dengan usaha


mempelbagaikan aktiviti ekonomi seperti perindustrian telah menjadi
perintis penting kepada negara untuk memulakan dan memupuk budaya
“penggalakkan eksport”. Antara tindakan yang telah diambil ialah
memperkenalkan beberapa peraturan dan perundangan yang boleh
digunakan untuk memajukan sektor eksport negara seperti pengenalan
Akta Galakan Pelaburan 1968 sebagai kempen penting untuk
mengembangkan industri intensif buruh dan industri berorientasikan
eksport. Negara telah membuka lebih banyak peluang kepada pelabur-
pelabur asing untuk melabur di negara ini supaya melalui pelaburan asing
dapat membantu negara meningkatkan jumlah eksport negara serta dapat
menggunakan sumber-sumber yang ada di negara ini dengan lebih
berkesan. Antara sumber yang mendapat faedah ialah sumber tenaga
manusia. Peningkatan pelaburan telah membuka lebih banyak peluang
pekerjaan.

Pada awal tahun 1980-an, perindustrian berat telah diperkenalkan oleh


kerajaan bagi meningkatkan sektor perindustrian yang melibatkan modal
serta pulangan yang besar dalam satu tempoh masa yang panjang.
Pengenalan kepada industri berat ini memerlukan keupayaan
perancangan yang teliti serta berkemahiran tinggi bagi memastikan
pulangan yang baik. Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) telah
ditubuhkan dengan harapan dapat memajukan industri berat di Malaysia
tanpa pergantungan kepada negara-negara maju. Antara projek yang
terkenal berkaitan dengan industri berat ini adalah seperti kilang simen,
loji keluli, enjin dan kereta nasional Malaysia, iaitu Proton.

Beberapa sumbangan penting melalui tindakan kerajaan menggalakkan


eksport ialah

(a) Guna tenaga

Sektor perindustrian yang berkembang pesat pada awal tahun 1980-an


telah menyumbang lebih kurang satu perempat daripada keseluruhan
jumlah guna tenaga dan mewujudkan hampir 60 peratus daripada guna
tenaga baru dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RM6). Ini
adalah kesan daripada perkembangan operasi pengeluaran yang
memerlukan ramai tenaga kerja untuk memenuhi permintaan
pengeluaran yang sangat tinggi.

217
(b) Keluaran negara

Pada tahun 1960-an, sektor pertanian merupakan sektor yang lebih besar
menyumbang kepada KDNK negara jika dibandingkan dengan sektor
perindustrian Walau bagaimanapun, penggalakkan eksport pada
penghujung 1960-an dan tahun 1970-an telah mempamerkan
peningkatan yang semakin baik bagi sektor perindustrian, iaitu dengan
pencapaian 16.4 peratus pada tahun 1975 dibandingkan dengan hanya
sembilan peratus sahaja pada tahun 1960 sebagai penyumbang kepada
KDNK. Walau bagaimanapun, sektor perindustrian mampu
menyumbang sebanyak 34.2 peratus dibandingkan dengan 12.7 peratus
oleh sektor pertanian pada tahun 1996 kepada jumlah KDNK. Keadaan
ini menunjukkan bahawa penggalakkan eksport telah meningkatkan lebih
banyak sumbangan dan peranan sektor perindustrian kepada
pertumbuhan dan peningkatan KDNK Malaysia.

(c) Eksport

Pada awal 1960-an juga, keluaran perkilangan negara telah meningkat,


iaitu pada tahun 1963-68, purata keluaran perkilangan mencecah 9.7
peratus serta jumlah eksport mencatat 6.7 peratus (Jadual 11.7). Jumlah
keluaran barangan perkilangan meningkat sehingga tahun 1973 dan
kemudiannya menurun sedikit sehinggalah mencecah kepada nilai
terendah pada tahun 1981-83 (4.4 peratus) dan kemudiannya kembali
meningkat sehingga mencapai 13.9 peratus (1986-90) dan 13.3 peratus
(1991-95).

Jadual 11.7
Kadar Purata Pertumbuhan Tahunan Pengeluaran dan Eksport
Perkilangan 1963-95 (%)

Tahun Keluaran Eksport


1963-68 9.7 6.7
1968-73 13.4 12.0
1973-78 11.0 24.7
1981-83 4.4 17.1
1981-85 4.9 14.3
1986-90 13.9 31.0
1991-95 13.3 25.8

Sumber: Dipetik daripada Chamhuri Siwar, & Surtahman Kastin


Hassan. (2001). Ekonomi Malaysia (4th ed.). Selangor:
Pearson Education (M) Sdn Bhd.
.

218
Nilai eksport negara juga secara puratanya menunjukkan peningkatan
dari tahun 1963 hingga 1978 tetapi jatuh sedikit pada tahun 1981 hingga
1985 disebabkan keadaan kemelesetan ekonomi yang berlaku. Seterusnya
menjelang 1986 hingga 1990 jumlah eksport perkilangan kembali
meningkat kepada 31.0 peratus dan mengalami sedikit kejatuhan, iaitu
pada kadar 25.8 peratus pada sekitar tahun 1991 hingga 1995.

11.8.1 Strategi Penggalakkan Eksport Melalui Pembangunan


Perindustrian

Memandangkan tindakan kerajaan menggalakkan perkembangan dan


pertumbuhan eksport memberi kesan postif kepada pertumbuhan dan
perkembangan ekonomi negara, terdapat beberapa strategi yang telah
dibentuk untuk membangunkan perindustrian negara bagi memastikan
berlakunya kepelbagaian industri untuk menjana ekonomi negara.
Antaranya ialah melalui perlindungan tarif, galakan pelaburan dan
panduan-panduan kemudahan lain.

(a) Perlindungan tarif

Pemberian tarif perlindungan telah digunakan secara meluas pada tahun


1970 terhadap atas pelbagai jenis barangan seperti barang-barang
pengguna, barang-barang perantaraan dan barang-barang pelaburan.
Selain tarif import, kuota import juga dikenakan bagi melindungi
barangan keluaran tempatan daripada persaingan barangan luar. Terdapat
barangan tertentu yang telah dihadkan jumlah importnya dan terdapat
juga barangan yang dikecualikan cukai kastam dan eksais ke atas bahan-
bahan mentah, pengecualian cukai kastam ke atas mesin-mesin dan alat-
alat kelengkapan dengan tujuan dapat menggalakkan pertumbuhan
industri tempatan.

(b) Galakan pelaburan

Strategi menggalakkan pelaburan bertujuan untuk membuka peluang dan


dorongan kepada pelabur-pelabur tempatan dan asing untuk terus
meneroka dan melabur dalam industri-industri di negara ini. Tujuan
galakan pelaburan ini dilakukan oleh kerajaan adalah supaya melalui
pelaburan modal yang besar, pelabur-pelabur dapat memperkenalkan
teknologi, teknik pengurusan yang cekap dan mahir, peluang pekerjaan
dan pertumbuhan sumbangan industri kepada ekonomi negara. Akta
Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Penggalakkan Pelaburan (1986) telah
menggariskan beberapa bentuk galakan dan pelepasan cukai yang utama
seperti berikut:

219
(i) Taraf perintis; pelepasan cukai mengikut tempoh (dua
hingga lima tahun) serta jumlah modal pelaburan tetap.
(ii) Penggunaan tenaga buruh; pengecualian cukai pendapatan
kepada syarikat mengikut jumlah pekerja sepenuh masa
yang diambil oleh sayarikat berdasarkan tempoh masa
pengecualian tertentu.
(iii) Galakan penempatan; pengecualian cukai diberikan kepada
pelabur-pelabur yang membuka perusahaan-perusahaan di
kawasan atau negeri-negeri yang ditetapkan oleh kerajaan
mengikut tempoh masa, jumlah modal tetap dan tenaga
buruh yang digunakan.
(iv) Kredit cukai pelaburan; hanya kepada syarikat-syarikat yang
tidak dapat/layak menikmati faedah taraf perintis,
kelonggaran cukai penggunaan buruh atau galakan
penempatan.
(v) Galakan eksport; melalui elaun eksport, elaun susutan yang
dipercepatkan dan potongan untuk memajukan eksport
diberikan kepada syarikat-syarikat yang mengeksport
sekurang-kurangnya 20 peratus dari segi nilai keluaran yang
diperbuat di Malaysia.
(vi) Galakan-galakan lain seperti elaun tambahan modal,
galakan hotel, galakan khas industri eletronik dan galakan
khas bagi perusahaan pertanian.

(c) Panduan dan kemudahan lain

Bagi menarik dan menggalakkan pertumbuhan perindustrian negara,


terdapat juga panduan dan kemudahan lain yang disediakan kepada
pelabur bagi memastikan keselesaan dan faedah yang akan diperolehi
oleh para pelabur di negara ini seperti berikut:

(i) Kemudahan seperti infrastruktur dan institusi-institusi


tertentu seperti Malaysian Industrail Development Authority
(MIDA), Malaysian Industrial Development Finance (MIDF),
MARA dan sebagainya serta menubuhkan kawasan-
kawasan perusahaan seperti di Petaling jaya, Larkin dan
Tampoi (Johor), Mak Mandin dan Bayan Lepas (Pulau
Pinang), Sungai Antu dan Bimbawa (Sarawak), Kepayang
dan Likas (Sabah).
(ii) Jaminan bahawa perusahaan pelabur-pelabur tidak akan
dimiliknegarakan atau jika dimiliknegarakan akan dibayar
ganti rugi yang berpatutan.
(iii) Perjanjian bagi mengelakkan cukai dua kali.

220
(iv) Panduan dan peraturan-peraturan pelaburan yang
dikeluarkan bagi memberi panduan kepada pelabur untuk
tidak melakukan sebarang tindakan yang merugikan.

11.9 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya bab ini telah memperkenal dan menjelaskan


kepada kita tentang kepentingan untuk memahami sektor-sektor utama
dalam ekonomi negara di samping kepentingan perdagangan dan strategi
pembangunan yang telah diamal dan dilaksanakan oleh negara Malaysia
dalam usaha untuk mengukuhkan keadaan dan prestasi ekonominya.
Pelbagai pengaruh atau faktor yang wujud secara dalaman dan luaran
harus dipertimbangkan dalam usaha memastikan urusan ekonomi negara
yang melibatkan pelbagai sektor penting seperti sektor utama, sektor
kedua dan sektor ketiga dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.

Walau bagaimanapun, dalam usaha memantapkan kedudukan ekonomi


melalui kepelbagaian sektor ekonomi yang telah dilaksanakan, Malaysia
tidak dapat lari daripada pelbagai rintangan dan batasan yang harus
diatasi dengan bijak bagi memastikan pembangunan ekonomi negara
dapat ditingkatkan dan dikekalkan dengan pelbagai usaha dan
perancangan yang teratur dan berkesan oleh sektor kerajaan. Tindakan
bijak kerajaan mempelbagaikan sektor ekonomi negara tanpa
menumpukan kepada satu sektor sahaja seperti pertanian telah
membolehkan negara menonjolkan diri dalam bidang-bidang
perindustrian dan pembuatan yang seterusnya dapat membuka pelbagai
peluang perdagangan dan pembangunan ekonomi seperti pencapaian
baik KDNK, guna tenaga, peluang pelaburan dalam teknologi tinggi dan
bermodal besar serta kemudahan infrastruktur yang semakin baik.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Sektor utama terdiri daripada sektor yang melibatkan


pemprosesan bahan-bahan mentah menjadi bahan mentah
seperti pertanian menjadi separuh siap dan sepenuh siap.

Betul/Salah

2. Sektor ketiga melibatkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berbentuk


menyediakan kemudahan dan perkhidmatan.

Betul/Salah

221
3. Industri perlombongan seperti bijih timah merupakan industri
kedua terbesar yang menyumbang kepada KDNK Malaysia pada
tahun 1975.
Betul/Salah

4. Industri pertanian, penternakan, perhutanan dan perikanan


merupakan industri terbesar yang menyumbang kepada KDNK
Malaysia pada tahun 2000.
Betul/Salah

5. Sektor perindustrian telah mengambil alih kedudukan sektor


pertanian dalam menyediakan peluang pekerjaan yang lebih besar
kepada penduduk Malaysia di sekitar tahun 1995.

Betul/Salah

6. Terdapat beberapa tujuan kerajaan menubuhkan perusahaan


awam di Malaysia. Salah satunya ialah untuk menggalakkan
peningkatan pertumbuhan ekonomi negara. Sila jelaskan.

Benar/Salah

7. Berikan tiga bentuk perusahaan awam yang biasa diamalkan oleh


kebanyakan negara dunia ketiga.

8. Apakah strategi penting yang digariskan oleh Malaysia bagi


menggalakkan pertumbuhan eksport negara melalui
perkembangan sektor perindustrian?

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. ƒ Sektor utama mengamalkan pendekatan tradisional.


ƒ Sektor kedua mengamalkan pendekatan moden.
ƒ Sektor ketiga mengamalkan pendekatan moden.

2. (i) Sumber penting pembekal bahan makanan kepada seluruh


rakyat. Negara dapat mengelak daripada berlakunya
pergantungan yang tinggi kepada import bahan makanan
dari negara-negara luar.

222
(ii) Sektor pertanian sebagai asas pembangunan sektor
perindustrian. Sektor pertanian boleh menjadi asas
menyediakan sumber bahan mentah berasaskan pertanian
yang boleh diproses dan dikeluarkan oleh sektor
perindustrian dalam pelbagai bentuk barangan pertanian
sama ada dalam bentuk makanan, minuman, ubatan herba,
barangan perabot dan sebagainya yang boleh digunakan
oleh penduduk tempatan atau dieksport. Ianya secara tidak
langsung telah memperkembang kemajuan sektor lain
untuk menyediakan lebih banyak barangan dan peluang
pekerjaan kepada rakyat.
(iii) Pembasmian kemiskinan dan penyediaan peluang
pekerjaan. Sektor pertanian dapat menyediakan lebih
banyak peluang pekerjaan contohnya penternakan
memerlukan beberapa pekerja untuk menguruskan haiwan
yang diternak secara besar-besaran. Hasil daripada
penternakan tersebut akan disalurkan kepada sektor
perindustrian untuk diproses dan menghasilkan barangan
makanan tertentu ataupun dapat dijual kepada penjual
untuk dipasarkan.

3. Aktiviti-Aktiviti Pemasaran Subsektor

(i) Telefon dan faks (i) Perkhidmatan pengeluar;


perhubungan
(ii) Bank Perdagangan (ii) Perkhidmatan pengeluar;
(komersial) dan Bank kewangan (bank)
Saudagar
(iii) Kumpulan Wang (iii) Perkhidmatan pengeluar;
Simpanan Pekerja kewangan (bukan bank)
(KWSP)
(iv) Kementerian (iv) Perkhidmatan awam;
Pertahanan Awam perkhidmatan kerajaan
Malaysia
(v) Jabatan Kebajikan (v) Perkhidmatan awam;
Masyarakat perkhidmatan kerajaan

4. (i) FELDA - Ditubuhkan dengan tujuan untuk meningkatkan


sektor-sektor industri dan pertanian di kawasan luar bandar
terutamanya untuk membangunkan kawasan-kawasan yang
kurang maju dan terpinggir.

(ii) MARA - Ditubuhkan bagi menggantikan peranan RIDA


yang kurang berjaya mencapai matlamat untuk

223
menyeimbangkan pembangunan antara wilayah. MARA
berperanan untuk meningkatkan serta memajukan
pembangunan sosioekonomi penduduk bumiputera yang
ketinggalan dan hidup miskin. MARA diharapkan dapat
meningkatkan penyertaan golongan bumiputera dalam bidang
perniagaan dan perindustrian dengan lebih segera.

224

You might also like