You are on page 1of 22

BAB 5

TEORI PENGELUARAN

OBJEKTIF BAB

Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:


1. Menerangkan tentang konsep kos, hasil dan keuntungan.
2. Menjelaskan tentang jenis-jenis kos dalam ekonomi.
3. Mengenal pasti bentuk-bentuk keluk kos.
4. Menjelaskan tentang hubungan antara kos jangka pendek dan
kos jangka panjang.
5. Membincangkan tentang skala ekonomi mengikut bidangan dan
disekonomi mengikut bidangan.

5.1 PENGENALAN

Terdapat banyak firma yang menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia


dan sudah semestinya memerlukan sejumlah modal atau kos untuk
memulakannya. Sesebuah firma perlu mahir dalam menentukan jumlah
kos yang akan digunakan dalam mengeluarkan sejumlah barangan di
pasaran. Penggunaan sejumlah kos tersebut akan mempengaruhi proses
pembuatan keputusan dalam menetapkan tingkat harga dan jumlah
kuantiti barangan yang akan dikeluarkan supaya firma dapat
memaksimumkan keuntungan.

Firma memerlukan sejumlah input untuk diproses bagi mengeluarkan


output yang diminta oleh pasaran. Output yang diminta oleh pasaran
terdiri daripada dua bentuk, iaitu output dalam bentuk barangan dan
perkhidmatan. Output dalam bentuk barangan dapat dilihat secara fizikal
seperti kasut, pakaian, tayar, beg dan sebagainya. Manakala, output yang
berbentuk perkhidmatan adalah seperti perkhidmatan kewangan,
perkhidmatan perubatan, perkhidmatan pendidikan dan sebagainya. Oleh
itu, penggunaan buruh dan lain-lain sumber diperlukan untuk melakukan
proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan tersebut.

77
5.2 KONSEP KOS, HASIL DAN KEUNTUNGAN

Objektif utama sesebuah firma yang memulakan operasi pengeluaran


barangan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Teori ekonomi
mendapati bahawa setiap firma akan memaksimumkan keuntungan
mereka apabila proses pengeluaran berlaku. Keuntungan yang diperolehi
oleh firma berlaku apabila jumlah hasil yang diperolehi melebihi daripada
jumlah kos yang digunakan oleh firma.

Kos merupakan satu ukuran nilai yang dikorbankan bagi menggunakan


input untuk mengeluarkan barangan lain ataupun output. Input tersebut
terdiri daripada gaji dan upah, sewa bangunan dan peralatan, kos
membeli bahan mentah dan sebagainya. Sekiranya penggunaan kos dapat
dikurangkan ke satu tahap yang paling minimum, maka firma tersebut
dapat meningkatkan jumlah keuntungan.

Sebagai contoh, sebuah firma, iaitu Syarikat Adora beroperasi


mengeluarkan pakaian ke pasaran. Maka, Syarikat Adora perlu
mempunyai sumber-sumber pengeluaran seperti bahan mentah untuk
mengeluarkan pakaian tersebut. Selain itu, buruh juga diperlukan di
samping keperluan modal seperti sumber kewangan untuk membeli
mesin, sewa kilang, membayar upah buruh serta membayar bil air,
elektrik, hawa dingin dan sebagainya. Sebagai contoh, keseluruhan
perbelanjaan yang telah digunakan untuk proses mengeluarkan pakaian
ialah sebanyak RM10,000.

Maka, keseluruhan perbelanjaan tersebut telah menyebabkan Syarikat


Adora terpaksa menggunakan sumber kewangan yang tinggi yang
merupakan kos dalam proses pengeluaran pakaian tersebut. Selepas
semua input digunakan dalam memproses pakaian pada satu masa
tertentu, maka output dikeluarkan. Output ini akhirnya dibawa ke
pasaran dan dijual kepada pengguna. Apabila pakaian tersebut berjaya
dijual kepada pengguna, maka pendapatan yang diperolehi merupakan
sumber hasil kepada Syarikat Adora. Secara teorinya, hasil merupakan
jumlah kuantiti pakaian yang dijual berdasarkan kepada satu tingkat harga
yang telah ditetapkan. Contohnya, sepasang pakaian yang berharga
RM200 telah berjaya dijual sebanyak seratus pasang. Maka, jumlah hasil
sebanyak RM20,000 telah berjaya dipungut oleh Syarikat Adora.

Jumlah hasil yang berjaya dipungut oleh Syarikat Adora tersebut perlu
dibelanjakan untuk membayar segala perbelanjaan yang telah digunakan
untuk mengeluarkan pakaian. Baki yang ditolak selepas jumlah kos yang
digunakan tersebut merupakan keuntungan kepada Syarikat Adora.

78
Secara teorinya, keuntungan diperolehi dengan menolak jumlah hasil
dengan jumlah kos yang digunakan dalam proses pengeluaran pakaian
tersebut. Berdasarkan kepada contoh tersebut, keuntungan yang
diperolehi oleh Syarikat Adora ialah jumlah hasil yang diperolehi
sebanyak RM20,000 ditolak dengan jumlah kos yang telah digunakan,
iaitu RM10,000. Oleh itu, keuntungan yang diperolehi oleh Syarikat
Adora ialah sebanyak RM10,000.

Dalam konteks ekonomi, kos bukan sahaja penting dalam mempengaruhi


tingkat keuntungan tetapi ianya juga akan menentukan jumlah output
yang hendak dikeluarkan oleh sesebuah firma. Kos pengeluaran
sebenarnya terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kos eksplisit dan kos
implisit. Kos eksplisit ialah kos yang dibayar oleh firma bagi
mendapatkan faktor-faktor pengeluaran contohnya upah yang dibayar
kepada pekerja dan faedah terhadap pinajaman bank. Manakala, kos
implisit pula ialah kos faktor pengeluaran yang dimiliki oleh firma itu
sendiri contohnya bayaran upah kepada tuan punya firma.

Selain itu, kos pengeluaran juga dibahagi kepada dua, iaitu kos
pengeluaran jangka pendek dan kos pengeluaran jangka panjang.

SOALAN DALAM TEKS

1. Sesebuah firma yang terlibat dalam proses


pengeluaran adalah bermatlamatkan kepada
keuntungan. Apakah maksud keuntungan? Apakah
perbezaan antara hasil jika dibandingkan dengan
keuntungan yang diperolehi oleh firma tersebut?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.3 KOS PENGELUARAN JANGKA PENDEK

Untuk mengeluarkan sesuatu barangan, firma memerlukan beberapa


input seperti sebidang tanah, sebuah kilang, mesin atau jentera,
kemudahan elektrik dan air serta bekalan buruh yang mencukupi. Input-
input tersebut sebenarnya terdiri daripada dua jenis, iaitu input tetap dan
input berubah.

79
Input tetap ialah sejumlah input yang digunakan oleh firma bagi
mengeluarkan sesuatu barangan. Ianya tetap diambil kira dan ditanggung
oleh firma walaupun tidak digunakan dalam satu tempoh waktu.
Contohnya, input tanah dan bangunan. Manakala, input berubah pula
ialah input yang digunakan oleh firma bergantung kepada tingkat output
yang ingin dikeluarkan. Contohnya, tenaga buruh, air dan elektrik.

Sebenarnya, input tetap merupakan kos tetap dan input berubah ialah
kos berubah dan kombinasi kedua-dua input tersebut akan menghasilkan
jumlah kos.

(a) Jumlah kos

Jumlah kos diperolehi dengan mencampur kos tetap dan kos berubah.
Peningkatan jumlah kos dipengaruhi oleh peningkatan kuantiti output
yang dikeluarkan, iaitu apabila semakin banyak output dikeluarkan
menyebabkan semakin tinggi kos yang perlu digunakan. Contohnya,
Syarikat ABC mengeluarkan 1 unit meja pada kos tetap sebanyak RM100
dan kos berubah sebanyak RM30. Apabila Syarikat ABC menambahkan
kuantiti pengeluaran meja dari 1 unit kepada 6 unit, maka jumlah kos
berubah yang telah digunakan bertambah kepada RM215 dan masih pada
kos tetap sebanyak RM100. Didapati bahawa, jumlah kos meningkat
kepada RM315 apabila kuantiti meja ditambah kepada 6 unit.

(b) Kos tetap

Kos tetap merupakan sejumlah kos yang digunakan bagi mendapatkan


sejumlah input tetap seperti membeli atau menyewa tanah, bangunan,
jentera dan sebagainya. Keseluruhan kos tetap terpaksa ditanggung oleh
firma walaupun pada masa tiada output dikeluarkan. Berdasarkan kepada
Jadual 5.1, walaupun tiada output dikeluarkan pada peringkat permulaan
operasi, namun firma terpaksa menanggung beban sebanyak RM100.

(c) Kos berubah

Kos berubah merupakan sejumlah kos yang digunakan bagi


mendapatkan sejumlah input berubah seperti membayar upah dan gaji
pekerja, bekalan air dan elektrik. Kos berubah sentiasa berubah
berdasarkan kepada perubahan tingkat output. Semakin tinggi tingkat
output yang dikeluarkan oleh firma tersebut, semakin banyak kos
berubah yang terpaksa ditanggung. Berdasarkan Jadual 5.1, apabila
output 0 kos berubah 0, tetapi apabila output yang dikeluarkan 2, kos
berubah turut meningkat kepada 55.

80
(d) Kos sut

Merupakan kos tambahan yang ditanggung oleh firma akibat daripada


pertambahan satu unit output. Berdasarkan kepada Jadual 5.1, selepas
pengeluaran output yang pertama, kos sut yang diperolehi ialah dengan
mengambil jumlah kos pada kuantiti output 0 tolak jumlah kos pada
kuantiti output 1, iaitu sama dengan 130-100 = 30. Secara formula, kos
sut ialah

Kos Sut= Perubahan Jumlah Kos/Perubahan Output

Contoh:

Jumlah kos untuk mengeluarkan 50 unit meja ialah RM150. Apabila


jumlah pengeluaran meja ditambah kepada 60 unit meja, kos yang diguna
sebanyak RM180. Oleh itu, kos sut bagi mengeluarkan satu unit
tambahan meja ialah RM3.00.

Kos Sut = RM180-RM150 / 60 -50


= RM30 / 10
= RM3.00

Jadual 5.1
Kos Pengeluaran Syarikat ABC Sdn.Bhd.

Kuantiti Kos Tetap(KT) Kos Berubah(KB) Jumlah Kos Sut


KT KB Kos (JK)
KT+KB
0 100 0 100 -
1 100 30 130 30
2 100 55 155 20
3 100 65 165 10
4 100 95 195 30
5 100 145 245 50
6 100 215 315 70

81
Rajah 5.1
Keluk Jumlah Kos, Kos Tetap dan Kos Berubah

KT, KB, JK
Jumlah Kos

Jumlah Kos Berubah

Kos Berubah

100 Kos Tetap

0 Kuantiti

(e) Kos purata

Kos purata merupakan jumlah kos keseluruhan termasuk kos tetap dan
kos berubah dibahagi dengan jumlah kuantiti output yang dikeluarkan.
Secara formula kos purata ialah

Kos Purata = Jumlah Kos/Output

Berdasarkan kepada Jadual 5.2, pada tingkat output 1 unit, kos purata
ialah RM130. Tetapi kos purata berkurangan kepada RM77.5 apabila
jumlah output yang dikeluarkan bertambah kepada 2 unit.

Jadual 5.2
Jenis-Jenis Kos Pengeluaran Syarikat ABC Sdn. Bhd.

Kos Kos Jumlah Kos Kos Kos Kos


Kuantiti Tetap Berubah Kos (JK) Sut Purata Tetap Berubah
(KT) (KB) KT+KB (KS) (KP) Purata Purata
KT KB (KTP) (KBP)
0 100 0 100 - ∞ ∞ -
1 100 30 130 30 130 100 30
2 100 55 155 20 77.5 50 27.5
3 100 65 165 10 55 33.3 21.7
4 100 95 195 30 48.75 25 23.8
5 100 145 245 50 49 20 29
6 100 215 315 70 52.5 16.71 35.8

82
(f) Kos tetap purata

Jumlah kos tetap adalah malar pada setiap tingkat output yang
dikeluarkan. Apabila kos tetap dibahagikan dengan jumlah output yang
semakin bertambah, kos tetap purata menjadi semakin menurun tetapi
tidak bersilang dengan paksi output. Secara formula kos tetap purata
ialah

Kos Tetap Purata = Jumlah Kos Tetap/Output

(g) Kos berubah purata

Kos berubah purata diperolehi dengan mengambil jumlah kos berubah


dibahagi dengan jumlah kuantiti output. Bentuk keluk kos berubah
purata menurun pada peringkat awal dan kemudian meningkat semula.
Keluk kos berubah purata berbentuk sedemikian kerana ia mempunyai
kaitan dengan keluk kos sut. Secara formula kos berubah purata ialah

Kos Berubah Purata = Jumlah Kos Berubah/Output

SOALAN DALAM TEKS

1. Terangkan tentang setiap konsep kos berikut:


(i) Kos tetap purata
(ii) Kos berubah purata
(iii) Kos sut

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.4 BENTUK-BENTUK KELUK KOS PENGELUARAN

Berdasarkan kepada Jadual 5.2, beberapa keluk kos pengeluaran dapat


dilakarkan. Antara keluk tersebut ialah keluk kos purata, keluk kos sut,
keluk kos tetap purata dan keluk kos berubah purata. Jika dibandingkan
dengan ekonomi yang sebenarnya, keluk-keluk tersebut hampir serupa.
Jika dilihat dengan lebih teliti, didapati setiap keluk tersebut mempunyai
bentuknya yang tersendiri.
83
5.4.1 Keluk Kos Purata

Berdasarkan Rajah 5.2, ditunjukkan beberapa bentuk keluk kos


pengeluaran. Salah satu daripadanya ialah keluk kos purata, iaitu keluk
KP yang berbentuk seperti huruf ‘U’. Kos purata diperolehi dengan
mencampurkan kos tetap dan kos berubah. Jumlah tersebut
kemudiannya dibahagikan dengan unit output yang dikeluarkan oleh
firma ABC. Walaupun begitu, kos purata juga diperolehi dengan
mencampurkan kos tetap purata dan kos berubah purata. Secara
formulanya, KP = KTP + KBP.

Berdasarkan Rajah 5.2, keluk KTP sentiasa menurun apabila kuantiti


output bertambah. Keadaan ini berlaku kerana jumlah kos yang
digunakan adalah sama pada setiap unit output yang dikeluarkan pada
jumlah yang semakin meningkat. Manakala, keluk KBP meningkat
apabila kuantiti output yang dikeluarkan oleh firma ABC bertambah.
Keadaan ini berlaku akibat daripada keluaran sut yang bertambah kurang.
Maka, kombinasi kedua-dua keluk kos tetap purata dan keluk kos
berubah purata dapat menghasilkan satu keluk baru, iaitu keluk kos
purata yang berbentuk seperti huruf ‘U’.

Rajah 5.2
Keluk Kos Purata, Kos Sut, Kos Tetap Purata dan Kos Berubah Purata

KP, KS, KBP, KTP


KS KP

KBP

KTP

0 Kuantiti

5.4.2 Keluk Kos Sut

Keluk kos sut juga dapat dilakar berdasarkan daripada maklumat dalam
Jadual 5.2. Pada hakikatnya, terdapat pelbagai bentuk keluk kos sut dalam
ekonomi kerana ianya bergantung kepada bentuk industri dan jangka
masa operasi sesebuah firma. Walau bagaimanapun, bentuk keluk kos
pengeluaran yang kerap berlaku ialah berbentuk seperti huruf ‘U’.

84
Berdasarkan Rajah 5.2, terdapat beberapa bentuk keluk kos pengeluaran
dan salah satu daripadanya ialah keluk kos sut yang ditunjukkan oleh
keluk KS. Pada peringkat awalnya, bentuk keluk KS didapati menurun
sehingga mencapai satu titik yang paling minimum. Kemudiannya keluk
tersebut meningkat semula apabila kuantiti output yang dikeluarkan oleh
Firma ABC tersebut bertambah. Keadaan sedemikian berlaku akibat
daripada hukum keluaran sut yang bertambah kurang dan hukum
pulangan bertambah lebih kesan daripada pengkhususan ekonomi dan
wujudnya skala mengikut bidangan.

Kos sut menurun pada peringkat awal disebabkan oleh hukum pulangan
bertambah kurang sekiranya keupayaan firma ialah tetap. Tetapi, jika
berlaku pengkhususan dan wujudnya skala mengikut bidangan, pekerja
lebih cenderung untuk membawa pulangan yang lebih dalam ekonomi.
Keadaan sedemikian berlaku akibat daripada hukum pulangan bertambah
lebih.

Manakala, peningkatan kos sut dalam ekonomi pula disebabkan oleh


hukum pulangan bertambah kurang. Sebagai contoh, apabila firma ABC
ingin menambahkan outputnya maka, firma tersebut perlu membayar
elaun bagi kerja lebih masa kepada pekerjanya. Ini bermakna, pekerja
firma ABC terpaksa bekerja dalam tempoh masa yang lebih dari tempoh
yang sepatutnya dan akhirnya menyebabkan produktiviti pekerja firma
tersebut berkurangan. Akibat daripada kejatuhan produktiviti pekerja
menyebabkan peningkatan kepada kos sut firma tersebut.

5.4.3 Hubungan antara Kos Purata dan Kos Sut

Merujuk kepada Rajah 5.2, didapati bahawa apabila kos sut kurang
daripada kos purata, kos purata sentiasa menurun. Ini menunjukkan
bahawa keluk kos purata menurun apabila keluk kos sut berada di bawah
keluk kos purata. Manakala, apabila kos sut melebihi kos purata, kos
purata turut meningkat. Keluk kos sut akan memotong keluk kos purata
pada titik kos purata minimum. Keadaan ini berlaku apabila kuantiti
output pada tingkat yang rendah kos sut adalah kurang daripada kos
purata yang sentiasa berkurangan. Selepas keluk kos sut dan keluk kos
purata bersilang, kos sut akan terus meningkat mengatasi kos purata, iaitu
keluk kos sut akan berada di atas keluk kos purata.

5.5 KOS PENGELUARAN JANGKA PANJANG

Konsep jangka panjang dalam ekonomi menerangkan satu jangka masa,


iaitu firma boleh mengubah semua faktor pengeluarannya. Maka, dalam
jangka panjang tidak ada input tetap ataupun kos tetap dan seterusnya
tiada kos tetap purata. Apabila semua input berubah dalam jangka

85
panjang, maka jangka masa tersebut dipanggil sebagai jangka masa
perancangan.

Merujuk kepada contoh Syarikat ABC, dalam jangka masa panjang,


syarikat ini bertindak untuk membesarkan lagi kilangnya dengan membeli
lebih banyak mesin, jumlah buruh dan bilangan lori ditambah, dan
sebagainya. Secara langsung dalam jangka masa panjang firma akan
merancang dan bertindak untuk mengubah semua jumlah input asal
kepada jumlah yang lebih banyak.

5.5.1 Keluk Kos Purata Jangka Pendek dan Jangka Panjang

Dalam jangka masa panjang, sesebuah firma boleh mengubah sekil


pengeluarannya. Maka, dalam jangka masa tersebut terdapat beberapa
keluk kos purata jangka pendek yang menunjukkan tentang satu sekil
pengeluaran. Setiap firma dalam pasaran sentiasa cuba untuk
mengeluarkan output dengan kos purata yang paling rendah. Prinsip ini
dapat diterangkan berdasarkan Rajah 5.3.

Rajah 5.3
Keluk Kos Purata Jangka Pendek
Kos

SAC1 SAC2
K1

K2’ SAC3

K2

K3

0 Q1 Q2 Q3 Kuantiti

Andaikan pada satu tingkat teknologi yang tertentu hanya terdapat tiga
kaedah pengeluaran. Setiap satu mempunyai saiz operasi pengeluaran
yang berbeza, iaitu yang bersaiz kecil, sederhana dan besar. Ketiga-tiga
saiz tersebut diwakili sebagai SAC1, SAC2 dan SAC3. Pada tingkat
output 0Q1, firma menggunakan sekil pengeluaran yang bersaiz kecil,
iaitu SAC1 kerana ianya memberikan kos purata yang paling minimum
sebanyak 0K1. Jika firma hendak mengeluarkan output pada 0Q2, maka
firma akan menggunakan sekil pengeluaran SAC2. Ini kerana ia memberi
kos purata yang minimum, iaitu sebanyak 0K2. Sementara itu, kos purata

86
bagi sekil pengeluaran SAC1 lebih besar daripada 0K2, iaitu sebanyak
0K2’. Seterusnya, jika output berada di 0Q3, firma mengguna sekil
pengeluaran SAC2, maka kos yang digunakan lebih tinggi daripada 0K3.
Jika menggunakan sekil pengeluaran SAC3 yang lebih besar, hanya
memberikan kos purata yang paling minimum, iaitu sebanyak 0K3.

Dalam jangka masa pendek, firma boleh memilih mana-mana sekil


pengeluaran, iaitu sama ada SAC1,SAC2 atau SAC3. Manakala dalam
jangka masa yang panjang firma boleh merancang untuk membina saiz
kecil pengeluarannya pada tingkat kos purata yang minimum bagi setiap
tingkat output yang diberi.

Merujuk kepada Rajah 5.4, dalam jangka masa panjang pada tingkat
keluaran output 0Q1, firma akan menggunakan sekil pengeluaran SAC1
kerana sekil pengeluaran tersebut memberikan kos purata yang
minimum. Tetapi, jika firma tersebut mengeluarkan pada output 0Q2, ia
dapat mengeluarkan dengan kos purata yang lebih rendah, iaitu pada
SAC2 kerana pada tingkat SAC2 terdapat titik yang lebih minimum.

Rajah 5.4
Keluk Kos Purata Jangka Panjang

Kos

A SA C1 SAC2 LAC
SAC3 SAC4 C

0 Qo Q1 Q2 Q3 Kuantiti

Seterusnya, pada tingkat keluaran output 0Q2, firma dapat mengeluarkan


output dengan menggunakan kos purata yang lebih rendah kerana ia
dapat membina loji yang lebih besar dan seterusnya dapat menambahkan
keuntungan. Sekiranya firma menjangkakan permintaan akan naik
melebihi Q2, firma akan memilih saiz operasi yang lebih besar kerana kos
dapat dikurangkan. Sekiranya firma hendak mengeluarkan output
sebanyak 0Q3 pada SAC3 maka kos purata yang paling rendah
dikenakan.

87
Oleh itu, keluk kos purata jangka panjang (LAC) merupakan lokus titik-
titik kos purata minimum bagi tiap-tiap keluk kos purata jangka pendek
(SAC) pada tiap-tiap tingkat output seperti ditunjukkan dalam Rajah 5.4.

Keluk LAC dalam Rajah 5.4 berbentuk seperti huruf ‘U’ yang
menggambarkan hukum pulangan mengikut skala. Berdasarkan kepada
hukum tersebut, kos purata berkurangan apabila saiz operasi ditambah
kerana firma menikmati ekonomi skala. Keadaan ini ditunjukkan oleh
keluk LAC pada bahagian AB yang bercerun negatif, iaitu mencerun ke
bawah dari kiri ke kanan.

Mengikut teori ekonomi, ekonomi skala hanya wujud sehingga pada saiz
operasi tertentu yang dipanggil sebagai saiz operasi minimum, iaitu pada
titik B pada kuantiti 0Q3 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.4.
Sekiranya saiz operasi ditambah sehingga melebihi saiz yang optimum
tersebut ianya akan menyebabkan disekonomi skala. Keadaan seperti ini
berlaku disebabkan oleh faktor-faktor ketidakberkesanan pengurusan dan
proses membuat keputusan menjadi semakin tidak cekap kerana saiz
operasi menjadi semakin besar. Keadaan ini ditunjukkan oleh bahagian
keluk LAC yang bercerun positif, iaitu BC. Penambahan saiz operasi
melebihi titik B akan menyebabkan kos purata menjadi semakin tinggi.

5.6 EKONOMI MENGIKUT BIDANGAN

Ekonomi mengikut bidangan mendatangkan dua faedah. Faedah yang


pertama dipanggil sebagai skala ekonomi dalaman yang berlaku dalam
firma itu sendiri. Faedah yang kedua ialah skala ekonomi luaran yang
berlaku kesan daripada operasi firma, iaitu faedahnya diterima oleh
firma-firma lain dan juga memberi faedah kepada masyarakat di
sekitarnya.

5.6.1 Skala Ekonomi Dalaman

Skala ekonomi dalaman terbahagi kepada lima jenis, iaitu ekonomi


pengurusan, ekonomi kewangan, ekonomi teknikal, ekonomi sosial dan
ekonomi pemasaran.

(a) Ekonomi pengurusan

Dalam ekonomi, kos pengurusan ditakrifkan sebagai kos untuk


membayar input yang digunakan bagi tujuan pengurusan firma
contohnya membayar upah kepada pekerja sama ada pekerja atasan atau
pekerja bawahan. Kos tersebut tidak akan meningkat pada kadar yang
sama dengan kadar peningkatan kuantiti output dalam pengeluaran
sesebuah firma. Kos pengurusan juga tidak meningkat dengan kadar yang

88
cepat dan adalah mustahil bagi sesebuah firma menaikkan gaji seseorang
pekerja sebanyak dua atau tiga kali ganda apabila pengeluaran bertambah
pada jumlah yang sama atau lebih.

Sebagai contoh, pada tingkat output 100 unit meja, firma ABC
membayar kos pengurusan sebanyak RM4000.00 kepada seorang
pengurus. Sekiranya kuantiti meja yang dikeluarkan meningkat kepada
200 unit meja, kos pengurusan mungkin hanya akan meningkat kepada
RM4500.00 sahaja. Peningkatan kos pengurusan tersebut kemungkinan
disebabkan oleh pertambahan kerja lebih masa kepada firma ABC
tersebut. Sebenarnya, kos pengurusan wujud akibat daripada aktiviti
pengkhususan dalam ekonomi. Contohnya, firma yang menawarkan
kepakaran dan pengkhususan kerja seperti dalam sektor seni bina, seni
reka dalaman, perakaunan, perundingan dan sebagainya. Maka, output
pengeluaran yang dikeluarkan oleh firma tersebut akan dapat dilihat
dalam peningkatan daya pengeluaran firma.

(b) Ekonomi kewangan

Dalam konteks ekonomi kewangan, aset dan modal sesebuah firma


menentukan kekukuhan dan kestabilan kewangan firma tersebut. Ini
kerana, apabila sesebuah firma mempunyai lebih banyak aset dan modal,
maka ini memberi peluang kepada firma tersebut untuk membuat
pelaburan. Pada hakikatnya, nilai pelaburan yang tinggi akan
mendatangkan faedah dan pulangan yang tinggi. Manakala, nilai
pelaburan yang rendah akan mendatangkan faedah yang rendah.
Contohnya, bagi firma yang besar dan stabil kewangannya akan
menawarkan nilai saham yang lebih tinggi di pasaran bursa saham kerana
pembeli lebih yakin kepada firma yang mempunyai nilai harta yang lebih
tinggi berbanding dengan firma yang kecil. Ini kerana firma yang kecil
tidak mampu menawarkan nilai saham yang tinggi memandangkan
pembeli tidak yakin dengan kemampuan kewangan firma tersebut.

(c) Ekonomi teknikal

Kebiasaannya ekonomi teknikal wujud dalam situasi operasi sesebuah


logi. Contohnya, kilang membuat kertas yang menggunakan modal tetap
dan modal kerja. Sekiranya sebuah mesin dibeli pada harga RM1000.00
yang kemudiannya ditambah kepada 10 unit maka, sudah tentu firma
akan memperolehi harga mesin per unit pada nilai yang lebih rendah. Di
samping itu, penggunaan 10 unit mesin tersebut akan meningkatkan daya
pengeluaran logi. Seterusnya, operasi logi terutamanya dalam penggunaan
lain-lain mesin dan pengangkutan yang lain akan menjadi lebih intensif.
Penggunaan mesin yang lebih banyak secara langsung dapat
mengurangkan lagi kos tetap purata logi tersebut.

89
(d) Ekonomi sosial

Ekonomi sosial dapat dilihat dalam dua situasi. Pertama ialah dapat
mewujudkan nama baik kepada masyarakat di persekitarannya. Nama
baik kepada masyarakat dapat dibina menerusi menawarkan biasiswa dan
anugerah seperti biasiswa pengajian oleh Petronas, Public Bank, Tenaga
Nasional Berhad dan sebagainya. Manakala, yang kedua ialah
mewujudkan perasaan yakin dan setia kepada pekerja-pekerja terhadap
firma. Contohnya, menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat
tinggal secara percuma atau pada kos yang terendah, menyediakan
kemudahan pengangkutan ke tempat kerja, memberi bonus yang tinggi
dan sebagainya.

(e) Ekonomi pemasaran

Ekonomi pemasaran pula wujud dalam proses pengiklanan sesebuah


firma. Kos mengiklan bagi sesebuah firma yang besar lebih rendah
berbanding dengan kos mengiklan bagi firma kecil. Keadaan ini berlaku
kerana kos pengiklanan tidak meningkat pada kadar yang sama dengan
kadar kenaikan dalam tingkat keluaran. Dalam pemasaran, firma boleh
menentukan tingkat harga sesuatu barangan yang ditawarkan. Sekiranya
harga bahan mentah diperolehi pada harga yang lebih rendah sedangkan
harga barangan siap dijual pada harga yang lebih tinggi, maka firma
tersebut akan mendapat keuntungan yang lebih banyak walaupun
terpaksa menanggung kos pengiklanan yang tinggi.

5.6.2 Skala Ekonomi Luaran

Skala ekonomi luaran berlaku kesan daripada operasi firma dan


faedahnya diterima oleh firma-firma lain serta masyarakat di sekitarnya.
Terdapat tiga skala ekonomi luaran, iaitu ekonomi yang berkaitan dengan
industri tertentu, ekonomi yang berkaitan dengan industri lain dan
ekonomi yang berkaitan dengan masyarakat di persekitarannya.

(a) Ekonomi yang berkaitan dengan industri tertentu

Ekonomi ini berkaitan dengan satu industri yang tertumpu pada satu
kawasan perindustrian. Contohnya, Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
yang memproses sumber pertanian yang terletak berhampiran dalam satu
kawasan perindustrian. Mereka boleh membentuk persatuan dan
bekerjasama seperti bertukar-tukar maklumat perniagaan antara satu
sama lain. Di samping itu, boleh mewujudkan pusat latihan yang dapat
dikongsi secara bersama. Ekonomi luaran yang diperolehi daripada
persatuan yang ditubuhkan ialah seperti gabungan pameran secara
bersama, promosi jualan secara bersama dan secara tidak langsung dapat
saling bantu-membantu antara satu dengan lain.
90
(b) Ekonomi yang berkaitan dengan industri lain

Di Malaysia, kebiasaannya di sesebuah kawasan perindustrian terdapat


juga beberapa industri lain yang berkaitan yang terletak pada satu tempat
perindustrian yang sama. Contohnya, kawasan perindustrian Shah Alam,
kawasan perindustrian Kulim, kawasan perindustrian Seberang Perai dan
sebagainya yang menempatkan pelbagai jenis industri yang saling
berkaitan antara satu sama lain. Contohnya, berhampiran kilang kereta di
Shah Alam terdapat kilang lain yang menyediakan kelengkapan kepada
pengeluaran sebuah kereta seperti kilang tayar dan kilang cat.
Penempatan industri sedemikian dapat menjimatkan kos terutamanya
kos pengangkutan.

(c) Ekonomi yang berkaitan dengan masyarakat

Apabila kerajaan mengisytiharkan pembukaan sebuah kawasan


perindustrian baru, maka ramai pekerja akan tertumpu di kawasan
tersebut. Oleh itu, menjadi kewajipan kerajaan untuk menyediakan
kemudahan sosial kepada penduduk di sekitarnya. Contohnya, seperti
penyediaan sekolah untuk tujuan pendidikan anak pekerja, kawasan
perumahan baru, kemudahan kesihatan dan kemudahan pengangkutan
kepada penduduk di persekitaran kawasan perindustrian tersebut. Secara
tidak langsung kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh kerajaan
telah mendatangkan faedah kepada firma terutamanya dalam aspek
penawaran tenaga buruh.

SOALAN DALAM TEKS

3. Bezakan antara skala ekonomi mengikut bidangan


yang wujud secara skala ekonomi dalaman dan skala
ekonomi luaran.

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

5.7 DISEKONOMI MENGIKUT BIDANGAN

Disekonomi mengikut bidangan dapat ditunjukkan oleh bentuk keluk


kos purata jangka panjang yang menaik dari kiri ke kanan. Disekonomi
mengikut bidangan ini terbahagi kepada dua, iaitu skala disekonomi
dalaman dan skala disekonomi luaran.

91
5.7.1 Skala Disekonomi Dalaman

Skala disekonomi dalaman terbahagi kepada dua, iaitu disekonomi


pengurusan dan diekonomi teknikal. Disekonomi pengurusan wujud
apabila saiz sesebuah firma terlalu besar sehingga menyebabkan pihak
pengurusan tidak mampu untuk menguruskannya dengan lebih teratur.
Akibatnya, pekerja-pekerja tidak dapat dikawal dan menyebabkan
pengeluaran output terjejas. Justeru, firma akan menghadapi masalah
untuk memenuhi permintaan pasaran. Manakala, disekonomi teknikal
wujud apabila saiz sesebuah loji juga terlalu besar dan melibatkan
penggunaan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi. Contohnya, loji
pembersihan air yang terlalu besar memerlukan lebih banyak jentera dan
mesin serta penyediaan tapak yang sangat luas. Penggunaan mesin yang
banyak dan ruang yang besar akan menyebabkan kos pengeluaran
menjadi mahal.

5.7.2 Skala Disekonomi Luaran

Skala disekonomi luaran wujud akibat daripada kesesakan penduduk di


sesebuah kawasan perindustrian, contohnya di kawasan perindustrian
Shah Alam. Akibat daripada pertambahan jumlah penduduk yang
semakin pesat telah menyebabkan berlakunya kenaikan harga terutama
tingkat upah buruh, harga rumah, harga tanah dan lain-lain bayaran
perkhidmatan. Pertambahan penduduk juga menyebabkan berlaku
kesesakan di kawasan penempatan, kesesakan di jalan raya dan seterusnya
menyebabkan kos kehidupan turut meningkat.

5.8 KESIMPULAN

Kos merupakan aspek yang penting apabila membincangkan tentang


proses pengeluaran sesuatu output dalam pasaran kerana ianya
melibatkan penggunaan input. Terdapat beberapa jenis kos digunakan,
iaitu kos tetap, kos berubah, kos tetap purata, kos berubah purata dan
kos sut. Kos purata sebenarnya dapat menggambarkan sama ada
sesebuah firma dalam pasaran beroperasi dalam keadaan yang
mendatangkan keuntungan ataupun tidak. Manakala, kos sut pula dapat
digunakan sebagai penentu bagi mengenal pasti satu kadar output yang
dikeluarkan oleh sesebuah firma dapat memaksimumkan keuntungan
atau tidak. Pemahaman tentang konsep kos-kos tersebut juga dapat
dijelaskan berdasarkan kepada hukum pulangan yang bertambah kurang.

92
SOALAN PENILAIAN KENDIRI

1. Terangkan bagaimana keadaan keluaran sut bertambah kurang


terjadi dalam ekonomi.

2. Jelaskan kenapa keluk kos purata jangka pendek berbentuk


seperti huruf ‘U’.

3. Berdasarkan Jadual Jenis-Jenis Kos Pengeluaran Syarikat Waja


Sdn. Bhd.

(i) Isikan ruang kosong dengan jawapan bagi jumlah kos,


kos sut, kos purata, kos tetap purata dan kos berubah
purata.
(ii) Berapakah kuantiti output apabila keluk kos sut
memotong keluk kos purata?
(iii) Rumuskan tentang hubungan yang wujud antara kos
purata dan kos sut.
Jadual Jenis-Jenis Kos Pengeluaran Syarikat Waja Sdn. Bhd.

Kos Kos Jumlah Kos Kos Kos Kos


Kuantiti Tetap Berubah Kos Sut Purata Tetap Berubah
(KT) (KB) (JK) (KS) (KP) Purata Purata
KT KB KT+KB (KTP) (KBP)
0 100 0
1 100 30
2 100 50
3 100 80
4 100 115
5 100 160
6 100 230

Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.

JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1. Teori ekonomi mendapati bahawa setiap firma akan


memaksimumkan keuntungan mereka apabila proses pengeluaran
berlaku. Keuntungan yang diperolehi oleh firma berlaku apabila
jumlah hasil yang diperolehi melebihi daripada jumlah kos yang
digunakan oleh firma.
93
Sebagai contoh, sebuah firma, iaitu Syarikat Adora beroperasi
mengeluarkan pakaian ke pasaran. Maka, Syarikat Adora perlu
mempunyai sumber-sumber pengeluaran seperti bahan mentah
untuk mengeluarkan pakaian tersebut. Selain itu, buruh juga
diperlukan di samping keperluan modal seperti sumber kewangan
untuk membeli mesin, sewa kilang, membayar upah buruh serta
membayar bil air, elektrik, hawa dingin dan sebagainya. Sebagai
contoh, keseluruhan perbelanjaan yang telah digunakan untuk
proses mengeluarkan pakaian ialah sebanyak RM10,000.

Maka, keseluruhan perbelanjaan tersebut telah menyebabkan


Syarikat Adora terpaksa menggunakan sumber kewangan yang
tinggi yang merupakan kos dalam proses pengeluaran pakaian
tersebut. Selepas semua input digunakan dalam memproses
pakaian pada satu masa tertentu, maka output dikeluarkan.
Output ini akhirnya dibawa ke pasaran dan dijual kepada
pengguna. Apabila pakaian tersebut berjaya dijual kepada
pengguna, maka pendapatan yang diperolehi merupakan sumber
hasil kepada Syarikat Adora. Secara teorinya, hasil merupakan
jumlah kuantiti pakaian yang dijual berdasarkan kepada satu
tingkat harga yang telah ditetapkan. Contohnya, sepasang pakaian
yang berharga RM200 telah berjaya dijual sebanyak seratus
pasang. Maka, jumlah hasil sebanyak RM20,000 telah berjaya
dipungut oleh Syarikat Adora.

Jumlah hasil yang berjaya dipungut oleh Syarikat Adora tersebut


perlu dibelanjakan untuk membayar segala perbelanjaan yang
telah digunakan untuk mengeluarkan pakaian. Baki yang ditolak
selepas jumlah kos yang digunakan tersebut merupakan
keuntungan kepada Syarikat Adora. Secara teorinya, keuntungan
diperolehi dengan menolak jumlah hasil dengan jumlah kos yang
digunakan dalam proses pengeluaran pakaian tersebut.
Berdasarkan kepada contoh tersebut, keuntungan yang diperolehi
oleh Syarikat Adora ialah jumlah hasil yang diperolehi sebanyak
RM20,000 ditolak dengan jumlah kos yang telah digunakan, iaitu
RM10,000. Oleh itu, keuntungan yang diperolehi oleh Syarikat
Adora ialah sebanyak RM10,000.

2. (i) Kos tetap purata

Jumlah kos tetap adalah malar pada setiap tingkat output yang
dikeluarkan. Apabila kos tetap dibahagikan dengan jumlah output
yang semakin bertambah, kos tetap purata menjadi semakin
menurun tetapi tidak bersilang dengan paksi output. Secara
formula kos tetap purata ialah

94
Kos Tetap Purata = Jumlah Kos Tetap/Output

(ii) Kos berubah purata

Kos berubah purata diperolehi dengan mengambil jumlah kos


berubah dibahagi dengan jumlah kuantiti output. Bentuk keluk
kos berubah purata menurun pada peringkat awal dan kemudian
meningkat semula. Keluk kos berubah purata berbentuk
sedemikian kerana ia mempunyai kaitan dengan keluk kos sut.
Secara formula kos berubah purata ialah

Kos Berubah Purata = Jumlah Kos Berubah/Output

(iii) Kos sut

Merupakan kos tambahan yang ditanggung oleh firma akibat


daripada pertambahan satu unit output. Berdasarkan kepada
Jadual Kos Pengeluaran Syarikat ABC Sdn. Bhd., selepas
pengeluaran output yang pertama, kos sut yang diperolehi ialah
dengan mengambil jumlah kos pada kuantiti output 0 tolak
jumlah kos pada kuantiti output 1, iaitu sama dengan 130-100 =
30. Secara formula, kos sut ialah

Kos Sut = Perubahan Jumlah Kos/Perubahan Ouput

Jadual Kos Pengeluaran Syarikat ABC Sdn.Bhd.

Kuantiti Kos Kos Jumlah Kos


Tetap(KT) Berubah(KB) Kos (JK) Sut
KT KB KT+KB
0 100 0 100 -
1 100 30 130 30
2 100 55 155 20
3 100 65 165 10
4 100 95 195 30
5 100 145 245 50
6 100 215 315 70

3. Skala Ekonomi Dalaman

Skala ekonomi dalaman terbahagi kepada lima jenis, iaitu


ekonomi pengurusan, ekonomi kewangan, ekonomi teknikal,
ekonomi sosial dan ekonomi pemasaran.
95
(i) Ekonomi pengurusan - Dalam ekonomi, kos pengurusan
ditakrifkan sebagai kos untuk membayar input yang
digunakan bagi tujuan pengurusan firma contohnya
membayar upah kepada pekerja sama ada pekerja atasan
atau pekerja bawahan. Kos tersebut tidak akan meningkat
pada kadar yang sama dengan kadar peningkatan kuantiti
output dalam pengeluaran sesebuah firma. Kos pengurusan
juga tidak meningkat dengan kadar yang cepat dan adalah
mustahil bagi sesebuah firma menaikkan gaji seseorang
pekerja sebanyak dua atau tiga kali ganda apabila
pengeluaran bertambah pada jumlah yang sama atau lebih.

(ii) Ekonomi kewangan - Dalam konteks ekonomi


kewangan, aset dan modal sesebuah firma menentukan
kekukuhan dan kestabilan kewangan firma tersebut. Ini
kerana, apabila sesebuah firma mempunyai lebih banyak
aset dan modal, maka ini memberi peluang kepada firma
tersebut untuk membuat pelaburan. Pada hakikatnya, nilai
pelaburan yang tinggi akan mendatangkan faedah dan
pulangan yang tinggi. Manakala, nilai pelaburan yang
rendah akan mendatangkan faedah yang rendah.

(iii) Ekonomi teknikal - Kebiasaannya ekonomi teknikal


wujud dalam situasi operasi sesebuah logi. Contohnya,
kilang membuat kertas yang menggunakan modal tetap dan
modal kerja. Sekiranya sebuah mesin dibeli pada harga
RM1000.00 yang kemudiannya ditambah kepada 10 unit
maka, sudah tentu firma akan memperolehi harga mesin
per unit pada nilai yang lebih rendah. Di samping itu,
penggunaan 10 unit mesin tersebut akan meningkatkan
daya pengeluaran logi. Seterusnya, operasi logi terutamanya
dalam penggunaan lain-lain mesin dan pengangkutan yang
lain akan menjadi lebih intensif. Penggunaan mesin yang
lebih banyak secara langsung dapat mengurangkan lagi kos
tetap purata logi tersebut.

(iv) Ekonomi sosial - Ekonomi sosial dapat dilihat dalam dua


situasi. Pertama ialah dapat mewujudkan nama baik kepada
masyarakat di persekitarannya. Nama baik kepada
masyarakat dapat dibina menerusi menawarkan biasiswa
dan anugerah seperti biasiswa pengajian oleh Petronas,
Public Bank, Tenaga Nasional Berhad dan sebagainya.
Manakala, yang kedua ialah mewujudkan perasaan yakin
dan setia kepada pekerja-pekerja terhadap firma.
Contohnya, menyediakan pelbagai kemudahan seperti

96
tempat tinggal secara percuma atau pada kos yang terendah,
menyediakan kemudahan pengangkutan ke tempat kerja,
memberi bonus yang tinggi dan sebagainya.

(v) Ekonomi pemasaran - Ekonomi pemasaran pula wujud


dalam proses pengiklanan sesebuah firma. Kos mengiklan
bagi sesebuah firma yang besar lebih rendah berbanding
dengan kos mengiklan bagi firma kecil. Keadaan ini berlaku
kerana kos pengiklanan tidak meningkat pada kadar yang
sama dengan kadar kenaikan dalam tingkat keluaran. Dalam
pemasaran, firma boleh menentukan tingkat harga sesuatu
barangan yang ditawarkan. Sekiranya harga bahan mentah
diperolehi pada harga yang lebih rendah sedangkan harga
barangan siap dijual pada harga yang lebih tinggi, maka
firma tersebut akan mendapat keuntungan yang lebih
banyak walaupun terpaksa menanggung kos pengiklanan
yang tinggi.

Skala Ekonomi Luaran

Skala ekonomi luaran berlaku kesan daripada operasi firma dan


faedahnya diterima oleh firma-firma lain serta masyarakat di
sekitarnya. Terdapat tiga skala ekonomi luaran, iaitu ekonomi
yang berkaitan dengan industri tertentu, ekonomi yang berkaitan
dengan industri lain dan ekonomi yang berkaitan dengan
masyarakat di persekitarannya.

(i) Ekonomi yang berkaitan dengan industri tertentu -


Ekonomi ini berkaitan dengan satu industri yang tertumpu
pada satu kawasan perindustrian. Contohnya, Industri Kecil
dan Sederhana (IKS) yang memproses sumber pertanian
yang terletak berhampiran dalam satu kawasan
perindustrian. Mereka boleh membentuk persatuan dan
bekerjasama seperti bertukar-tukar maklumat perniagaan
antara satu sama lain. Di samping itu, boleh mewujudkan
pusat latihan yang dapat dikongsi secara bersama. Ekonomi
luaran yang diperolehi daripada persatuan yang ditubuhkan
ialah seperti gabungan pameran secara bersama, promosi
jualan secara bersama dan secara tidak langsung dapat
saling bantu-membantu antara satu dengan lain.

(ii) Ekonomi yang berkaitan dengan industri lain - Di


Malaysia, kebiasaannya di sesebuah kawasan perindustrian
terdapat juga beberapa industri lain yang berkaitan yang
terletak pada satu tempat perindustrian yang sama.

97
Contohnya, kawasan perindustrian Shah Alam, kawasan
perindustrian Kulim, kawasan perindustrian Seberang Perai
dan sebagainya yang menempatkan pelbagai jenis industri
yang saling berkaitan antara satu sama lain. Contohnya,
berhampiran kilang kereta di Shah Alam terdapat kilang
lain yang menyediakan kelengkapan kepada pengeluaran
sebuah kereta seperti kilang tayar dan kilang cat.
Penempatan industri sedemikian dapat menjimatkan kos
terutamanya kos pengangkutan.

(iii) Ekonomi yang berkaitan dengan masyarakat - Apabila


kerajaan mengisytiharkan pembukaan sebuah kawasan
perindustrian baru, maka ramai pekerja akan tertumpu di
kawasan tersebut. Oleh itu, menjadi kewajipan kerajaan
untuk menyediakan kemudahan sosial kepada penduduk di
sekitarnya. Contohnya, seperti penyediaan sekolah untuk
tujuan pendidikan anak pekerja, kawasan perumahan baru,
kemudahan kesihatan dan kemudahan pengangkutan
kepada penduduk di persekitaran kawasan perindustrian
tersebut. Secara tidak langsung kemudahan-kemudahan
yang disediakan oleh kerajaan telah mendatangkan faedah
kepada firma terutamanya dalam aspek penawaran tenaga
buruh.

98

You might also like