You are on page 1of 5

Dajjal Revolusi Perindustrian ke-4

20 Jul 2017, 4:07 pm 20 Jul 2017, 10:18 pm

Bersediakah Malaysia, khususnya rakyat Melayu-Islam menyambut kedatangan Revolusi Perindustrian


Keempat yang dalam pengisahan agama mendekati pemerian perwatakan Dajjal itu?

Baru-baru ini, dilaporkan Perdana Menteri Najib Razak dalam ucapan pembukaan Dialog Meja Bulat
pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan para saintis Malaysia menyatakan TN50 akan
mempersiapkan rakyat untuk berhadapan dengan Revolusi Perindustrian Keempat.

image: https://i.malaysiakini.com/1125/8e7bb5e5a32d5dc18ed9eecf621ec614.jpeg

Menurut Najib (gambar), Revolusi Perindustrian Keempat telah menggugat model lama perniagaan,
terutama dalam kalangan masyarakat yang berurusan tanpa wang dan tanpa kad.

Perdana menteri memberi contoh telefon pintar telah menjadikan ekonomi beralih ke dunia digital.
Wang bukan lagi dalam bentuk tunai tetapi bertukar menjadi nilai ‘poin’ tanpa bentuk – maya.

“Inilah gaya hidup yang akan diamalkan di Malaysia pada masa depan,” begitu yakin perdana menteri
memberi kesimpulan.

Revolusi Perindustrian Pertama melibatkan penemuan tenaga wap air yang merevolusikan kejuruteraan
mesin. Ia bercita-cita mengurangkan penggunaan buruh manusia dalam pembuatan barangan.

Revolusi perindustrian yang pertama ini bermula di England, menyebar ke serata Eropah dan
kemudiannya ke Amerika Utara pada penghujung abad ke-18 dan awal abad ke-19. Industri pun
bergerak maju dan mengubah cara hidup masyarakat.

Jangka waktu berikutnya pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, sebelum Perang Dunia
Pertama, menandakan zaman Revolusi Perindustrian kedua. Ia juga disebut sebagai zaman Revolusi
Teknologi.

image: https://i.malaysiakini.com/1132/fe9d5bfbcc6c0069e1f0f441c38b578e.jpeg
Kepesatan industri ditunjangi penemuan dan penciptaan tenaga elektrik dan kaedah pembuatan secara
besar-besaran (kilang pengeluaran massa). Kita dapat lihat misalnya industri pembuatan kereta Henry
Ford di Amerika Syarikat berkembang dalam zaman ini.

Kemudian berlakulah persejagatan teknologi perindustrian ini yang mengubah dunia selama-lamanya –
perbandaran, binaan, kenderaan, jalan, rel kereta api.

Revolusi Perindustrian Ketiga atau Revolusi Digital pula telah bermula semenjak tahun 1950-an lagi di
negara-negara maju dengan pembangunan sistem digital dan komunikasi serta kemajuan komputer
yang memajukan kaedah-kaedah baru untuk mengeluarkan, memproses dan berkongsi maklumat.

Abadi dalam simulasi

Semenjak 1980-an, ia merebak ke seluruh dunia. Revolusi ketiga tersebut menggunakan teknologi
elektronik dan maklumat untuk mengautomatiskan proses pengeluaran barangan dan perkhidmatan.
Revolusi Digital ditandai kemajuan teknologi komputer peribadi, internet serta teknologi maklumat dan
komunikasi.

Di atas landasan Revolusi Digital ini maka terbinalah Revolusi Perindustrian Keempat, membawakan
cara-cara baru yang menjadikan teknologi sebati bersama masyarakat atau ke tahap tertentu seperti
orang rabun dan kaca matanya, ia menjadi sebahagian anatomi tubuh manusia.

Memanglah kajian-kajian tentang robot dan akal buatan (artificial intelligence – AI) telah ada sejak
tahun-tahun 1950-an. Tetapi hari ini, ia bukan lagi bahan kajian di makmal universiti. Ia sedang berada di
tahap industri.

Sekarang adalah zaman industri untuk bidang-bidang seperti robotik, AI, teknologi nano, perkomputeran
kuantum, kejuruteraan genetik, teknologi bio, dan pencetak 3D.

Kita sedang dan akan menyaksikan robot yang pintar, boleh ’berfikir’ dan belajar kendiri atau kenderaan
dengan pemanduan sendiri.
Dalam era Revolusi Industri Keempat ini, bukanlah kemustahilan apabila teknologi saraf otak dapat
digabungkan dengan sains komputer. Bukan sains fiksyen lagi untuk memori atau kesedaran otak dapat
dibaca komputer dan diterjemahkan maksudnya.

image: https://i.malaysiakini.com/1044/06393784d248026d01bba98cdadc97e4.jpg

Itulah yang menjadi antara kesangsian pengasas Wikileaks, Jullian Assange (gambar) dalam suatu sidang
video pada bulan Jun 2017 lalu:

“Saya tahu dari sumber-sumber kami yang berada dalam institusi-institusi di Silicon Valley bahawa
mereka benar-benar percaya yang mereka akan membuat AI yang cukup kuat, tidak lama lagi. Ia akan
membolehkan otak-otak mereka didigitalkan, dimuat naik ke dalam AI tersebut dan hidup selamanya
dalam suatu simulasi. Oleh yang demikian hidup abadi.”

“Ia seperti agama untuk para atheis.”

“Memandangkan anda dalam simulasi, kenapa tidak diprogramkan simulasi tersebut untuk mempunyai
pesta orgi seks dan dadah di sekeliling anda dan tidak habis-habis. Ia seumpana kisah 72 bidadari syurga
tetapi ini versi Silicon Valley. Apa yang anda boleh buat dengannya?”

image: https://i.malaysiakini.com/1132/d6276f69d310319edb68bba5405a2e39.jpeg

Apa yang disebut Assange ini, mengingatkan kepada Black Mirror, sebuah siri televisyen British. Siri sains
fiksyen yang ditulis oleh Charlie Brooker ini meneroka tema-tema berkenaan kesan teknologi baru
kepada manusia dan masyarakat berserta sindiran terhadap akibat sisi-sisi gelap sesuatu teknologi
terkini itu.

Siri ketiga episod keempat Black Mirror berjudul San Junipero, arahan Owen Harris dibuka tayangannya
di Netflix pada Oktober 2016.
Jannah digital

Ada kesamaan terhadap apa yang dikatakan Assange dan San Junipero berkenaan realiti yang
disimulasikan.

Secara mudahnya simulated reality adalah mimpi indah yang diprogramkan komputer. Tetapi mimpi
indah itu lebih nyata daripada kehidupan realiti, malah abadi tanpa sebarang masalah dan batasan
hidup di dunia realiti.

Dalam cerita itu, San Junipero ialah sebuah realiti simulasi (kehidupan buatan di alam digital) yang
menyamai kehidupan syurgawi. Semua orang hidup dalam kemudaan, kebahagian dan keseronokan.

San Junipero ialah jannah digital disiapkan untuk minda orang yang sudah meninggal dunia agar ia dapat
dimuat naik ke alam maya, untuk dia hidup abadi selamanya.

Realiti yang disimulasikan memang telah menjadi kebiasaan sekarang, permainan video, filem dan
hiburan. Tetapi ia akan lebih lagi daripada sekadar imej grafik dan paparan skrin yang terhad.

Akan sampai waktunya ia juga akan melangkaui penglihatan holografik apabila melibatkan sains saraf
otak, makanya distopia filem The Matrix bakal menjadi kenyataan.

image: https://i.malaysiakini.com/1132/dc3b6096ce26f8805f2ab16b5db6d763.jpeg

Apabila otak manusia dan teknologi komputer menunggal dalam sebuah kesatuan wujudiah, maka otak
manusia menjadi komputer, tubuhnya menjadi robotik dan kehidupan serta masyarakatnya adalah
teknologi.

Zaman terus berubah. Yang namanya revolusi itu pula mendatangkan perubahan dengan pantas, tiba-
tiba, mendadak dan memberi kesan besar terhadap umat manusia serta alam raya.
Bersediakah manusia Melayu-Islam untuk mengharungi Revolusi Perindustrian Keempat ini?

Barangkali persoalan hidup yang paling penting buat orang ramai ketika ini adalah soal kestabilan
ekonomi, peluang pekerjaan dan punca-punca pendapatan – asas manusia meneruskan kelangsungan
hidupnya.

Kesemua Revolusi Perindustrian menciptakan peluang pekerjaan dan gaya hidup tetapi ia juga
memusnahkannya. Nasiblah, nak hidup.

RAHMAT HARON seorang seniman 'outsider'.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi
Malaysiakini.

Read more at https://www.malaysiakini.com/columns/389224#Vsm5KGPQyeg3Ozyx.99

You might also like