Professional Documents
Culture Documents
KERTAS KERJA
DISEDIAKAN OLEH :
CIK. RUBINI DEVI A/P MUTTHUSAMY
2.0 PENGENALAN
Perhimpunan rasmi mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib
dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah. Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah
sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan ke dalam jadual waktu persekolahan telah
menjadikan ianya perlu diurus secara professional. Perhimpunan mingguan biasanya
diadakan bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting secara terus kepada murid-murid
atau para guru berkenaan disiplin, aktiviti, laporan dan sebagainya.
3.0 RASIONAL
Program ini dilaksanakan adalah untuk menguruskan perhimpunan rasmi mingguan mengikut
protokol yang telah ditetapkan dengan beberapa aktiviti.
4.0 MATLAMAT
Perhimpunan mingguan berfokus ke arah menyemai, menanam dan memupuk perasaan
cinta akan sekolah, negeri dan negara dalam kalangan murid-murid.
5.0 OBJEKTIF
1. Memberi peluang dan pengalaman sebenar kepada para guru dan murid-murid dalam
merancang dan melaksanakan perhimpunan mingguan dengan sempurna.
2. Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan guru dan murid dalam menguruskan
perhimpunan.
3. Mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara guru-guru dan murid-murid.
4. Membentuk disiplin murid dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
8.0 JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK
JAWATANKUASA PENGELOLA
11.0 PENUTUP
Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta
mencapai objektif yang diharapkan. Persetujuan, kerjasama, keprihatinan dan sokongan
daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan Oleh;
..........................................................
(RUBINI DEVI A/P MUTTHUSAMY)
SETIAUSAHA PENGURUS PERHIMPUNAAN,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.
Disemak Oleh;
..........................................................
(EN. BATMANATHAN A/L AIYAPPAN)
GURU KANAN HAL EHWAL MURID,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.
Disahkan Oleh;
………………………………....................................
(EN. KUMARASAMY A/L RAJAGOPAL SMP., AMP.,)
GURU BESAR,
SJK (TAMIL) JERANTUT,
PAHANG.
3. Nyanyian lagu
Bagi meneruskan majlis perhimpunan pagi ini, dengan segala hormatnya
dipersilakan guru-guru dan murid-murid berdiri tegak dan bersedia untuk
menyanyi lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang.
Lagu Negaraku 1..2...3.. Mula...
Lagu Negeri Pahang 1...2...3... Mula
Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian sebentar tadi.
4. Bacaan Doa
Bagi memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara
/ saudari ___________________ untuk bacaan thevaram dan gayathry
manthiram.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara / saudari _______________
atas bacaan doa sebentar tadi.