You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA KALI KEDUA 2013.

TARIKH : 10 JANUARI 2013


MASA : 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK SAIDATINA AISYAH

KEHADIRAN :

1. PUAN HJH NOORAZIZA BT SABARUDDIN


2. PN NORZAITUN IZAM BT
3. PN NOORZURAINI BT AWANG
4. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR
5. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR
6. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL
7. PN NORKAMISAH BT HARUN
8. PN YUSNI BT ABD KARIM
9. PN ZALMAWATI BT MUSA
10. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL
11. PN HASLIDA BT MOHAMED

AGENDA MESYUARAT :

1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH


1.1 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Penyelaras mengucapkan selamat dating dan terima kasih kepada AJK kerana dapat hadir pada
mesyuarat kali kedua ini.

2) UCAPAN TUAN GURU BESAR


2.1 Tuan Guru Besar, Puan Hjh Nooraziza bt Sabarudin mengucapkan tahniah kerana telah selesai
mengadakan mesyuarat pertama yang lepas.
2.2 Dalam melaksanakan tugas dan menunaikan tanggungjawab, sokongan daripada rakan sejawat
adalah sangat penting. Yang membezakan kejayaan sesuatu tugasan itu bukanlah pengalaman,
tetapi usaha dari diri seseorang itu sendiri
2.3 Walaupun Prasekolah mempunyai kurikulum yang berbeza dan terasing daripada subjek-subjek
lain, tetapi guru-guru Prasekolah haruslah berdiri sama tinggi dengan guru-guru aliran perdana
yang lain.
2.4 Prasekolah seharusnya mempunyai pelan taktikal tersendiri untuk mengesan ansur maju murid-
murid.
2.5 Sistem APDM dan SSM – Kebenaran menggunakan komputer riba sekolah untuk tujuan mengisi
dan melengkapkan maklumat murid ke dalam sistem.
2.6 Guru-guru tidak seharusnya sentiasa mengeluh, sebaliknya merenung jauh ke dalam diri untuk
menjadi guru yang hebat. Jangan sekadar bekerja untuk mencukupkan masa.
2.7 Menasihati guru-guru agar sentiasa mengadakan perbincangan secara ilmiah dari masa ke semasa.

3) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI


PERTAMA
3.1 Pencadang : Puan Jaysafina bt Mohd Bakir
3.2 Penyokong : Puan Zalmawati bt Musa

4) PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit

5) DOKUMEN MENGAJAR PRASEKOLAH


5.1 Fail dokumen mengajar haruslah mengikut susunan yang telah diselaraskan
i. Maklumat guru
ii. Surat Aku Janji
iii. Takwim Prasekolah
iv. Senarai nama murid
5.2 Rancangan Pengajaran Tahunan menggunakan dokumen yang sama dengan tahun sebelumnya
iaitu 2012 dan dilampirkan semasa hari pertama menghantar.

6) PENGURUSAN PANITIA
6.1 Berdasarkan pelan taktikal yang telah dibuat.
6.2 Terdapat 5 program yang telah dirancang iaitu
i. Celik Huruf
ii. Bacalah Sayang
iii. Action
iv. Bijak Prasekolah
v. Mini Bestari Solat
6.3 Penggunaan Buku Kalam diselaraskan untuk program Celik Huruf.
6.4 Program Action adalah dalam Bahasa Inggeris.
6.5 Mini Bestari Solat dijalankan dua kali dalam setahun.

7) TAKWIM PRASEKOLAH
7.1 Lawatan
7.2 Sambutan Hari Lahir.
7.3 Aktiviti bulanan semasa perhimpunan.
7.4 Bengkel Keceriaan (gotong royong bersama ibu bapa)
7.5 Hari Pelaporan Prasekolah (Jun dan Oktober) menyelaraskan Buku Pelaporan.

8) PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
8.1 Skala perkembangan murid
8.2 Senarai Semak
8.3 Rekod Anekdot
8.4 Rekod Berterusan
9) PENGURUSAN PRASEKOLAH
9.1 Ucapan terima kasih kepada PPM yang telah sama-sama membantu menyiapkan mural.
9.2 Syor menyediakan sarapan yang berkhasiat kepada murid seperti susu, buah, sayur
9.3 Air masak perlu sentiasa disediakan
9.4 Makanan tidak perlu lebih pedas dan makanan yang tidak bertulang seperti ikan.
9.5 Semasa murid makan, guru perlu ada bersama.
9.6 Mengamalkan konsep ketertiban.
9.7 Kalau ada kerosakan kena sentiasa update.
9.8 Konsep 1 pinggan dan 1 cawan seorang murid.
9.9 Bantuan daripada PPM diperlukan untuk kawalan murid semasa Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Pada jam 9.00 pagi, PPM seharusnya sudah selesai masak dan masuk ke dalam
kelas. Begitu juga pada jam 11.00 pagi.
10) HAL-HAL LAIN
10.1 Bayaran sumbangan berjumlah RM10 sebulan bermula Januari sehingga November telah
dipersetujui bersama ibu bapa dibayar sekaligus.
10.2 Tiada sebarang kutipan bayaran selain fotografi untuk hari graduasi.
10.3 Setiap guru kelas perlu menyerahkan senarai nama dan tarikh lahir kepada penyelaras.
10.4 SMPK sudah boleh dikemaskini dan SMM sebelum 20 Januari 2013.
10.5 Setiap guru kelas perlu menyediakan buku komunikasi.
10.6 Surat Perlantikan Jawatankuasa Pewaris Prasekolah 2013.
10.7 Guru perlu mengemaskini data murid-murid yang sudah pernah bersekolah di sekolah yang lain
sebelum mendaftar ke Prasekolah SK Wira.
10.8 Penyelaras mengakhiri mesyuarat dengan serangkap pepatah iaitu,
“ Jika belajar menerima kekurangan dan kelebihan, pasti hati menjadi tenang”.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.30 tengah hari hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….
(NURUL IZZAH BINTI KHALIL) (NOORZURAINI BT AWANG)
Setiausaha Penyelaras
Jawatankuasa Prasekolah 2013 Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira SK Wira

Disahkan oleh,

………………………………….
(HJH NORAZIZA BT SABARUDIN)
Pengerusi
Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira

MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI PERTAMA 2013.

TARIKH : 19 NOVEMBER 2012

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : KELAS PRA INTAN


KEHADIRAN :

1. PN NOORZURAINI BT AWANG
2. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR
3. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL
4. PN YUSNI BT ABD KARIM
5. PN ZALMAWATI BT MUSA
6. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL
7. PN HASLIDA BT MOHAMED
8. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR

AGENDA MESYUARAT :

1) Yuran pendaftaran prasekolah tahun 2013.


2) Orientasi prasekolah.
3) Pemilihan buku kerja 2013.
4) Pelan Taktikal & Pelan Operasi.
5) Lain-lain

1) YURAN

1.1Bayaran takaful RM1.50 dimasuhkan


1.2Sumbangan Januari sebanyak RM110 diteruskan
1.3Bayaran uniform diteruskan
1.4Cadangan dari Puan Zalmawati agar meminta pendapat dan persetujuan daripada ibu bapa untuk
mengutip wang sumbangan bulanan sekaligus semasa hari pendaftaran supaya tidak timbul
masalah untuk bayar setiap bulan.
1.5 Penggunaan sampin dan tudung sekolah akan diseragamkan. Kata sepakat dicapai untuk memilih
warna biru turquoise sebagai warna tema bagi tahun 2013. Oleh sebab itu bayaran akan ditambah
daripada RM30 kepada RM40.
1.6 Bayaran fail peribadi murid RM6.
1.7 Tag nama murid RM4.
1.8 Hasil perbincangan telah sepakat menggunakan “Buku Kalam” digunakan untuk Tunjang
Komunikasi Bahasa Malaysia yang berharga RM20.
1.9 Buku-buku untuk mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang berharga
RM10.
1.10 Jumlah besar RM240
2) ORIENTASI PRASEKOLAH

2.1 Sesi orientasi murid prasekolah akan diadakan pada 27 Disember 2012 iaitu hari Khamis.

2.2 Persiapan akan dilakukan pada 26 Disember 2012

2.3 Setiap PPM diminta menyediakan tanda nama sementara untuk murid-murid.

2.4 Tentatif program adalah seperti berikut :

i. Pendaftaran

ii. Taklimat daripada penyelaras


iii. Ucapan Penolong Kanan

iv. Perlantikan AJK Permuafakatan dan Bacaan Akujanji

v. Bayaran yuran

2.5 Pembentangan slide prasekolah dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2012

3) PEMILIHAN BUKU KERJA 2013

3.1 Hasil perbincangan telah sepakat menggunakan “Buku Kalam” digunakan untuk
Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia yang berharga RM20.

3.2 Buku-buku untuk mata pelajaran lain iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains
yang berharga RM10.

4) PELAN TAKTIKAL & PELAN OPERASI

4.1Menggunakan pelan taktikal dan operasi tahun 2012 tetapi ditambah baik.
4.2Mewujudkan program Bacalah Sayang dan Bijak Prasekolah.

5) LAIN-LAIN

5.1 Perancangan untuk menggunakan duit lebihan prasekolah.

6) UCAPAN PENAGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan PPM atas kerjasama yang diberikan
dalam melicinkan perjalanan mesyuarat. Beliau berharap agar semua guru dan PPM bersikap
komited dan menanamkan semangat keseronokan bekerja semasa menjalankan tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….
(NURUL IZZAH BINTI KHALIL) (NOORZURAINI BT AWANG)
Setiausaha Penyelaras
Jawatankuasa Prasekolah 2013 Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira SK Wira

Disahkan oleh,

………………………………….
(HJH NORAZIZA BT SABARUDIN)
Pengerusi
Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PRASEKOLAH


SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA KALI KETIGA 2013.

TARIKH : 11 MEI 2013


MASA : 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : KELAS PRA INTAN

KEHADIRAN :

1. PUAN MAIMON BT YUSOF


2. PN NOORZURAINI BT AWANG
3. PN NORZIHAN BT ABD GHAFAR
4. PN JAYSAFINA BT MOHD BAKIR
5. CIK NURUL IZZAH BT KHALIL
6. PN YUSNI BT ABD KARIM
7. PN ZALMAWATI BT MUSA
8. PN HASLIDA BT MOHAMED

TIDAK HADIR BERSEBAB :

1. PN MAZILINA BT MOHD JAMAL

AGENDA MESYUARAT :

1) KATA-KATA ALUAN PENYELARAS PRASEKOLAH


1.3 Majlis dimulai dengan bacaan Ummul Kitab.
1.4 Penyelaras mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada AJK kerana dapat hadir pada
mesyuarat kali kedua ini.

2) UCAPAN PENOLONG KANAN TADBIR


2.1 Terima kasih kerana menjemput menyertai mesyuarat.
2.2 Mengucapkan tahniah kerana kelas prasekolah semakin ceria.
2.3 PK meluahkan harapan untuk menang dalam setiap pertandingan yang disertai.
2.4 Meminta maaf kerana terlepas pandang. Memita guru-guru prasekolah memberitahu dan
berbincang sekiranya terdapat masalah.

3) PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PRASEKOLAH KALI


PERTAMA
3.3 Pencadang : Puan Yusni bt Abd Karim
3.4 Penyokong : Puan Yusni bt Abd Karim

4) PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit

5) PENGURUSAN PRASEKOLAH

5.1 SISTEM FAIL


5.1.1 17 buah fail yang berkenaan telah diwujudkan dan sedang dikemaskini dari semasa ke
semasa.

5.2 FOTOGRAFI PRASEKOLAH


5.2.1 Menetapkan untuk menempah dari jurugambar yang sama.
5.2.2 Menetapkan untuk menyediakan borang kepada ibu bapa untuk mebuat pilihan sama ada
mahu gambar berserta frame gambar atau hanya mahukan gambar sahaja tanpa frame.
5.2.3 Sesi fotografi akan diadakan pada bulan Julai.
5.2.4 Menetapkan gambar secara kelas tidak perlu memakai jubah konvo, hanya memakai baju
hari Jumaat.
5.2.5 Cadangan dari Puan Maimon untuk membuat jubah konvo untuk prasekolah.

5.3 PERTANDINGAN DAPUR EMAS


5.3.1 Untuk penambahbaikan keadaan dapur, Puan Maimon mencadangkan membuat satu
laporan kerosakan dan membuat surat kepada Bahagian Pembangunan Sekolah untuk
meminta sumbangan.
5.3.2 Setiap surat dan laporan yang dikemukakan perlu disertakan dengan gambar sebagai bukti.
5.3.2 Penyelaras memaklumkan bahawa guru dan PPM boleh sama-sama membantu dan
menyumbangkan idea.

5.4 BIJAK PRASEKOLAH


5.4.1 Program akan diadakan pada 15 Jun 2013.
5.4.2 SK Wira sebagai tuan rumah dan bertanggungjawab menyediakan dewan, backdrop dan
siaraya.
5.4.3 Senarai ahli jawatankuasa lain telah disiapkan berserta dengan perincian tugasan setiap
jawatankuasa.

5.5 FUTSAL PRASEKOLAH


5.5.1 Latihan sudah mula diadakan pada 13 Mei 2013.
5.5.2 Latihan akan diadakan pada sebelah pagi.
5.5.3 Pertandingan Futsal Prasekolah Zon 2 akan diadakan di Ferro Futsal pada 22 Jun 2013.

5.6 GOTONG ROYONG


5.6.1 Gotong-royong prasekolah akan diadakan sekali dengan gotong-royong perdana.

5.7 PERSEMBAHAN HARI GURU


5.7.1 Berbincang untuk menetapkan Persembahan Pakaian Beragam sebagai persembahan untuk
hari guru.

6) HAL-HAL LAIN
6.1 Penyelaras menyatakan bahawa dengan adanya pertandingan Anugerah Dapur Emas, PPM dapat
berbuat sesuatu yang lebih bermakna dan terancang pada sebelah petang.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.25 tengah hari hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………… ………………………………….
(NURUL IZZAH BINTI KHALIL) (NOORZURAINI BT AWANG)
Setiausaha Penyelaras
Jawatankuasa Prasekolah 2013 Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira SK Wira

Disahkan oleh,

………………………………….
(PN MAIMON BT YUSOF)
Naib Pengerusi
Jawatankuasa Prasekolah 2013
SK Wira

You might also like