You are on page 1of 21

BUKU PANDUAN

ANUGERAH ALAM SEKITAR KETUA MENTERI


SARAWAK YANG KE-7, 2016
THE 7th SARAWAK CHIEF MINISTER’S ENVIRONMENTAL AWARD (CMEA) 2016

“Environmental Stewardship Begins With Me”

Nota: Jika ada perkataan atau frasa yang tidak jelas atau mengelirukan, sila rujuk teks asal dalam
Bahasa Inggeris
KATA ALU-ALUAN
Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) bersama-sama
dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) dengan
kerjasama Kementerian dan Agensi yang berkaitan sekali lagi menganjurkan
Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) untuk kali yang ke-7,
2016. CMEA ialah satu insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi
menggalakkan “environmental stewardship” di kalangan sektor awam dan
swasta. CMEA merupakan anugerah utama bagi industri perusahaan kecil,
sederhana dan besar, serta Pihak Berkuasa Tempatan di Sarawak.

Sektor perniagaan dan industri merupakan sumber utama pelaburan dan pertumbuhan
ekonomi di negeri ini dan anugerah ini memberi peluang untuk mengiktiraf pencapaian mereka
dalam menerajui penjagaan dan pengurusan alam sekitar. Selain daripada itu, CMEA ialah
satu saluran penting bagi para pemain industri dan peniaga serta sektor awam untuk
mempamerkan tanggungjawab korporat organisasi mereka dalam melaksanakan inisiatif
“hijau” (green initiatives) bagi mengurangkan jejak karbon (carbon footprints) dalam operasi
mereka.

Bersesuaian dengan tema “Environmental Stewardship Begins With Me”, CMEA ke-7
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan komuniti di Sarawak
dengan harapan agar semangat “environmental stewardship” ini akan diamalkan di kalangan
semua entiti swasta, awam dan juga individu.

Selaras dengan saranan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, kami di NREB amat
menggalakkan sektor korporat dan swasta untuk mengambil bahagian di dalam CMEA kali ini.
Buku panduan ini disediakan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan membantu para
peserta dalam mengemukakan penyertaan mereka kerana ia mengandungi semua maklumat
yang berkaitan dengan CMEA dan menerangkan keperluan untuk menghantar penyertaan.

Penyertaan dalam Anugerah itu terbuka kepada semua sektor industri dan perkhidmatan di
Sarawak. Saya amat berbesar hati menjemput semua entiti perniagaan, tidak kira besar atau
kecil, Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat-syarikat media untuk mengambil bahagian
dalam Anugerah Alam Sekitar yang berprestij ini.

Majlis Anugerah dijangka akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan Bin Haji Satem menjelang akhir tahun ini. Saya
mengalu-alukan penyertaan anda di dalam CMEA ke-7 dan kehadiran anda di majlis
penyampaian Anugerah itu nanti.

Sekian, terima kasih.

[ PETER SAWAL ]
Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Penganjur CMEA ke-7, 2016
1
KANDUNGAN
muka
surat

1.0 PENGENALAN 3

2.0 OBJEKTIF ANUGERAH 3

3.0 TEMA 3

4.0 KENAPA ORGANISASI PERLU MENYERTAI 4

5.0 FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEMENANG 4

6.0 KATEGORI ANUGERAH 4

7.0 PENILAIAN PENYERTAAN 7

8.0 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN 9

9.0 SENARAI PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB (FOCAL 16


PERSON)
18
10.0 HUBUNGI KAMI
19
BORANG PENYERTAAN

2
1.0 PENGENALAN

Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak (CMEA) yang berprestij ini bertujuan untuk
memberi pengiktirafan kepada usaha dan komitmen para pemain industri dan Pihak
Berkuasa Tempatan yang menunjukkan teladan yang baik dalam pengurusan dan
perlindungan alam sekitar. Pemenang CMEA diiktiraf oleh orang ramai sebagai contoh
peniaga dan industri yang mempunyai prestasi cemerlang dalam alam sekitar.

2.0 OBJEKTIF ANUGERAH

Objektif utama CMEA adalah untuk:

a) Menyediakan peluang bagi sesebuah organisasi untuk mendapatkan penilaian bebas


tentang komitmen mereka terhadap alam sekitar;

b) Merangsang inisiatif para peniaga dan industri dalam memainkan peranan proaktif
dalam perlindungan alam sekitar;

c) Mengiktiraf pencapaian organisasi agar menjadi contoh terhadap organisasi lain yang
serupa; dan

d) Memupuk dan mengukuhkan amalan 3R, iaitu Mengurang, Mengguna Semula dan
Mengitar Semula, sebagai salah satu daripada cara hidup ke arah kelestarian Bumi
selaras dengan konsep "Think Globally, Act Locally” (Berfikir secara global, Bertindak
secara lokal).

3.0 TEMA

Tema tahun ini “Environmental Stewardship Begins With Me” bertujuan untuk
menyerlahkan pemilikan kita terhadap alam sekitar. Ini bermaksud bahawa setiap individu
dan organisasi mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk melindungi dan memelihara
alam sekitar yang merupakan milik kita bersama. Keputusan untuk memikul
tanggungjawab ini perlulah bermula dari sekarang, iaitu dari diri kita sendiri.

“Stewardship” terhadap alam sekitar merujuk kepada melindungi alam sekitar melalui
cara-cara seperti kitar semula, pemuliharaan, pertumbuhan semula, dan pemulihan. Tugas
dan tanggungjawab untuk memelihara kualiti alam sekitar harus dipikul oleh semua orang
oleh kerana semua tindakan manusia memberi kesan kepada alam sekitar.

Organisasi yang memiliki "Environmental Stewardship" akan mempunyai sistem bagi


membolehkan mereka untuk:
• menggunakan sumber dengan cekap;
• mengurangkan sisa dan meminimakan kesan negatif terhadap alam sekitar;
• menterjemahkan penjimatan sumber dan pengurangan sisa ke dalam bentuk
kewangan; dan
• menyediakan persekitaran kerja yang sihat, lebih cekap dan berkesan.
3
Dengan ini, organisasi akan menikmati pelbagai faedah, seperti faedah ekonomi dan
kesihatan pekerjanya, selain daripada perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.

4.0 KENAPA ORGANISASI PERLU MENYERTAI

Dengan mengambil bahagian dalam CMEA:


i) organisasi akan menerima bimbingan teknikal tentang perkara-perkara berkaitan
alam sekitar yang mempengaruhi dan memberi kesan terhadap perniagaan
mereka;
ii) organisasi akan menerima rundingan percuma dan nasihat tentang undang-undang
alam sekitar dan pematuhan;
iii) pengurusan dan kakitangan di organisasi tersebut akan mempunyai kefahaman
yang lebih baik tentang isu-isu alam sekitar;
iv) organisasi akan menunjukkan kepada semua pihak (pelanggan, pembekal, agensi
kerajaan atau badan-badan yang mengawal selia aktiviti mereka, dan lain-lain)
tentang komitmen mereka terhadap prestasi alam sekitar; dan
v) finalis akan diberikan penilaian bebas tentang prestasi alam sekitar mereka dan
pemenang akan menikmati keistimewaan sebagai penerima Anugerah berprestij
CMEA.

5.0 FAEDAH-FAEDAH UNTUK PEMENANG

Pemenang Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri akan menerima:


• Trofi dan Sijil Penyertaan
• Kelayakan untuk menggunakan logo CMEA untuk tujuan publisiti
• Pengiktirafan sebagai sebuah organisasi teladan yang komited terhadap
perlindungan alam sekitar
• Diskaun 50% yuran kursus untuk tiga orang untuk satu program alam sekitar
anjuran NREB. Diskaun ini hanya sah untuk satu tahun berikutnya selepas Majlis
Penganugerahan.

6.0 KATEGORI ANUGERAH

Penyertaan untuk Anugerah ini adalah terbuka kepada semua organisasi di bawah
kategori yang berbeza bagi memastikan persaingan yang adil dan menghapuskan
perbandingan ketara antara sektor. Kategori-kategori Anugerah adalah seperti berikut:

1) Industri:
o Perusahaan besar (Large Enterprise):

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani –


Perusahaan yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa melebihi 150
orang kakitangan dengan jumlah jualan tahunan (sales turnover) melebihi
RM25 juta (termasuk produk petroleum)

4
ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi
(ICT) – Perusahaan yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa melebihi
50 orang kakitangan dengan jumlah jualan tahunan (sales turnover) melebihi
RM5 juta

a) Perkhidmatan (Telekomunikasi, Bekalan Elektrik, Pelupusan Sisa,


Bekalan Air)

b) Logistik

c) Pembinaan, seperti Hartanah, Infrastruktur

d) Perladangan

e) Pembalakan

f) Kuari dan perlombongan

g) Perkapalan

h) Penerbangan

iii) Minyak dan gas

iv) Lain-lain: Kilang minyak kelapa sawit, Pusat membeli-belah dan sebagainya

o Industri Sederhana:

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani –


Perusahaan yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 51 hingga
150 orang kakitangan, dan jumlah jualan tahunan (sales turnover) antara
RM10 juta dan RM25 juta

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi


(ICT) - Perusahaan yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 20
hingga 50 orang kakitangan, dan jumlah jualan tahunan (sales turnover) antara
RM1 juta dan RM5 juta.

a) Perkhidmatan (Telekomunikasi, Bekalan Elektrik, Pelupusan Sisa,


Bekalan Air)

b) Logistik

c) Pembinaan

d) Perladangan

5
e) Hotel dan Resort (3 Bintang dan ke atas)

f) Padang Golf

iii) Lain-lain

o Industri Kecil:

i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani -


Syarikat yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 5 hingga 50
orang kakitangan atau jumlah jualan tahunan (sales turnover) antara
RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta.

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi


(ICT) - Syarikat yang mempunyai jumlah pekerja sepenuh masa antara 5
hingga 19 orang kakitangan atau jumlah jualan tahunan (sales turnover) antara
RM200,000 dan kurang daripada RM1 juta.

a) Stesen minyak / petrol

b) Restoran

c) Perkhidmatan Kitar Semula (untuk sisa terjadual dan sisa am)

iii) Lain-lain

2) Agensi Kerajaan:

o Pihak Berkuasa Tempatan:

i) Bandaraya dan Majlis Perbandaran


ii) Majlis Daerah

3) Organisasi Media

4) Individu / wartawan

6
7.0 PENILAIAN PENYERTAAN

Penilaian penyertaan CMEA dijalankan dalam dua peringkat:

PERINGKAT 1: Penyerahan “Laporan Penilaian Prestasi Kendiri (Self-evaluated) Alam


Sekitar” oleh organisasi yang mengambil bahagian. Laporan dinilai berdasarkan kriteria-
kriteria yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal merangkap Panel Hakim.
Garis Panduan Format Laporan memerlukan organisasi memberi maklumat tentang lima
bidang utama berdasarkan kriteria yang ditetapkan di bawah MS ISO 14000. Ini
termasuklah:

a) KOMITMEN DAN DASAR


i) Dasar alam sekitar Syarikat

b) PERANCANGAN
i) Aspek-aspek alam sekitar
ii) Keperluan undang-undang dan lain-lain
iii) Program pengurusan alam sekitar

c) PELAKSANAAN PELAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR (EMP – Environmental


Management Plan)
i) Struktur dan tanggungjawab
ii) Latihan, kesedaran dan kecekapan
iii) Persediaan dan tindak balas kecemasan

d) PENGUKURAN DAN PENILAIAN


i) Pemantauan dan pengukuran program alam sekitar

e) KAJIAN SEMULA DAN PENAMBAHBAIKAN


i) Kajian Semula Pengurusan

PERINGKAT 2: Jawatankuasa Teknikal merangkap Panel Hakim akan mengadakan


lawatan ke organisasi dalam senarai terpilih (short-listed) untuk mengesahkan maklumat
yang diberikan dalam Laporan dan mendapatkan kefahaman tentang komitmen dan
pencapaian pengurusan alam sekitar oleh syarikat. Mereka akan menilai ketepatan
maklumat (yang diberikan di Peringkat 1) dengan memeriksa tapak dan menemu ramah
kakitangan secara rawak.

Anugerah akan dilaksanakan seboleh-bolehnya mengikut piawaian profesional. Laporan


penilaian akan dihasilkan berdasarkan lawatan ke setiap tapak. Maklumat penyertaan
yang dihantar kepada penganjur dan apa-apa maklumat tambahan yang diberikan oleh
organisasi dianggap sebagai sulit dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak
ketiga. Semua keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Penganjur Anugerah
selepas mempertimbangkan penemuan dan syor-syor oleh Panel Hakim.

7
PRINSIP SISTEM PENGURUSAN ALAM SEKITAR
(EMS - ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEM)

Prinsip 1

Komitmen dan Dasar

Kajian Semula dan


Penambahbaikan Perancangan
Prinsip 5 Prinsip 2

Pengukuran dan Pelaksanaan EMP


Penilaian
Prinsip 3
Prinsip 4

Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO – International Organisation for


Standardisation) mendefinisikan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) seperti berikut:
"Sebahagian daripada sistem pengurusan keseluruhan yang merangkumi struktur
organisasi, perancangan aktiviti, tanggungjawab, amalan, prosedur, proses dan sumber
untuk membangun, melaksana, mencapai, mengkaji dan mengekalkan dasar alam sekitar."

EMS yang direka dengan baik akan menyediakan rangka kerja untuk diamalkan bagi
membantu organisasi atau agensi untuk menguruskan agenda dan dokumen alam sekitar
serta menyampaikan maklumat tentang prestasi alam sekitar. EMS akan membantu
organisasi memastikan risiko dan liabiliti alam sekitar utama dikenal pasti, dikurangkan dan
diuruskan. Sekurang-kurangnya, EMS dapat membantu organisasi untuk memastikan
operasi yang dijalankan oleh mereka mematuhi undang-undang alam sekitar.
8
8.0 GARIS PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN UNTUK CMEA

Pencalonan bagi CMEA dilaksanakan melalui penyerahan Laporan Penilaian Kendiri


Prestasi Alam Sekitar oleh mana-mana entiti perniagaan, tanpa mengira saiz, agensi-
agensi dari semua Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat-syarikat media. Setiap
penyertaan mestilah disokong dengan dokumen-dokumen yang berkaitan. Garis
panduan untuk penyediaan Laporan hendaklah menggunakan format berikut:

Format Laporan Penilaian Kendiri Prestasi Alam Sekitar:

1. Tajuk Utama

2. Isi Kandungan

3. Ringkasan Eksekutif

4. Profil Organisasi

5. Dasar Alam Sekitar

6. Pelan Pengurusan Alam Sekitar

7. Pelaksanaan Program Alam Sekitar, Pemantauan dan Penilaian Prestasi

8. Kajian Semula Alam Sekitar dan Peningkatan Berterusan

9. Kesimpulan

10. Lampiran

9
PANDUAN UNTUK MENYEDIAKAN LAPORAN

1.0 Halaman Tajuk


Perlu mengandungi:
1. Nama organisasi (termasuk logo syarikat);
2. Alamat organisasi;
3. Kategori yang dipertandingkan; dan
4. Tarikh penyerahan (Bulan & Tahun).

2.0 Isi Kandungan


Mengandungi senarai topik utama dan muka surat seperti dalam laporan

3.0 Ringkasan Eksekutif


Ringkasan penilaian kendiri organisasi (organisation’s self-assessment) untuk prestasi
alam sekitar termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
1. Sistem pengurusan alam sekitar keseluruhan
2. Penggunaan tahunan sumber semula jadi (udara, air, tanah, flora, fauna &
mineral)
3. Jumlah tahunan dan jenis sisa yang dijana oleh organisasi
4. Tindakan yang diambil untuk mengurangkan penggunaan sumber dan bahan
buangan yang dijana
5. Pencapaian penting oleh organisasi ke arah kelestarian alam sekitar

4.0 Profil Organisasi


Seksyen ini hendaklah mengandungi, tetapi tidak terhad kepada maklumat berikut:

1. Persediaan organisasi
- Carta organisasi syarikat (yang disokong oleh pihak pengurusan), termasuk orang
yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar serta jawatan beliau

2. Maklumat perniagaan teras organisasi


- Perkhidmatan atau produk syarikat, yang merangkumi
o proses pembuatan / pembekalan produk;
o penggunaan / aplikasi produk; dan
o para pelanggan syarikat.
- Pembekal bahan mentah, sama ada
o pembekal adalah mesra alam sekitar; dan
o menyediakan produk / bahan-bahan mentah yang mesra alam.

3. Nilai-nilai teras organisasi


- Pernyataan visi dan misi syarikat
- Nilai prinsip teras syarikat, dari segi
o prinsip yang menjadi pegangan (guiding principles)
o perkara-perkara yang patut (Dos) dan tidak patut dilakukan (Donts)

10
4. Sumber-sumber dan kuantiti sumber yang digunakan oleh organisasi (udara, air,
tanah, flora, fauna & mineral)
- Jenis-jenis sumber yang digunakan oleh syarikat setiap hari
o air, udara, tanah, tenaga dan lain-lain
o pemilihan sumber yang digunakan
o pemilihan yang mesra alam sekitar
- Usaha-usaha memulihara semua sumber
o menukar ke bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui
o mengurangkan pembaziran sumber
o Mengitar semula, Mengurang dan Mengguna semula (Recycle,
Reduce, Reuse)
o usaha-usaha lain yang berkaitan

5. Hasil tahunan produk oleh organisasi (jumlah tan produk dan nilai kasar
perkhidmatan)
- Hasil pengeluaran dari segi kuantiti dan pendapatan yang dihasilkan (disertakan
dengan bukti, contohnya Laporan Tahunan dll.)

6. Jenis dan kuantiti bahan atau sisa buangan yang dihasilkan tahunan
(Jenis: Boleh dikitar semula, Berbahaya / terjadual, Tidak boleh diguna semula
dsb.; Kuantiti: tan setahun)
- Jenis-jenis bahan buangan
o buangan terjadual
o sisa tidak terjadual
o sisa yang boleh dikitar semula
- Jumlah kuantiti sisa (tan setahun)

7. Kaedah yang digunakan oleh organisasi untuk melupuskan sisa (% dikitar semula,
% dibuang di tapak pelupusan, % dibuang ke persekitaran, % dirawat sebelum
dibuang, dll.)

8. Pengiktirafan diterima daripada pihak ketiga atas sumbangan yang dibuat oleh
organisasi terhadap alam sekitar (pensijilan ISO 14001, Anugerah CMEA atau yang
setaraf, LA21, dll.)

5.0 Dasar Alam Sekitar


Dalam seksyen ini, organisasi diharapkan mengamalkan pengurusan alam sekitar
bagi menunjukkan kesungguhan mereka terhadap komitmen melalui pengwujudan
Dasar Alam Sekitar. Dasar ini harus memaparkan antara lain:

1. Dasar perlu disahkan oleh Pengurusan Tertinggi organisasi


- Kesempurnaan Dasar Alam Sekitar
o kenyataan umum mengenai pendirian syarikat itu terhadap alam sekitar
o tindakan-tindakan khusus oleh syarikat bagi komponen yang dipilih
o tandatangan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pada Kenyataan Dasar
- Penyebaran Dasar Alam Sekitar kepada kakitangan dan pelanggan
o kaedah memaklumkan kepada pekerja
o kaedah untuk memaklumkan orang ramai / pelanggan
11
o maklum balas dari kumpulan sasaran tentang pendekatan penyebaran
yang digunakan

2. Nilai teras organisasi terhadap alam sekitar


- Suatu pernyataan bertulis tentang nilai-nilai syarikat (company’s value) terhadap
alam sekitar
- Kerelevanan terhadap fokus alam sekitar global semasa, sama ada dengan
memberi fokus terhadap pencegahan dan pemuliharaan, pembangunan mampan
atau pematuhan undang-undang

3. Bidang-bidang alam sekitar (Bidang Tumpuan) yang organisasi berazam untuk


dilindungi, iaitu merujuk kepada bahan buangan yang dijana & bahan mentah yang
digunakan (sumber)
- Dasar bagi menangani impak yang disebabkan oleh syarikat itu sendiri, dari segi
o menggunakan bahan-bahan mentah yang boleh diperbaharui
o rawatan sisa
o penjimatan tenaga
- Dasar yang menyediakan penyelesaian jangka panjang terhadap isu-isu alam
sekitar
o teknologi hijau / kimia
o kitar semula & guna semula (cradle to cradle)
o mengguna pakai EMS
- Dasar yang memberi penekanan kepada pendekatan pencegahan dalam
mengurangi impak alam sekitar
o mengurangkan input bahan mentah
o mengurangkan output sisa buangan
o mempromosikan kesedaran dan mesra alam sekitar

4. Pendekatan atau strategi yang organisasi akan guna pakai untuk memenuhi ikrar
terhadap alam sekitar
- Menjadikan Pengurusan Alam Sekitar atau EM (Environmental Management)
sebagai sebahagian daripada alat pengurusan organisasi
o rancangan untuk mengguna pakai ISO 14001
o EM menjadi salah satu agenda utama dengan peruntukan bajet tertentu
o menjadikan pengurusan alam sekitar sebagai kekuatan syarikat
- Kesedaran Alam Sekitar untuk pekerja dan pelanggan
o mempromosikan aktiviti mesra alam sekitar
o memberi penekanan terhadap keselamatan, pemuliharaan dan
perlindungan alam sekitar
- Penambahbaikan berterusan dan kawal selia kendiri (self-regulatory)
o mempunyai jawatankuasa untuk menilai semula
o mempunyai piawaian sendiri yang lebih ketat daripada peraturan-peraturan
o sentiasa memantau kemajuan

Adalah sangat penting agar hal-hal yang ada kena-mengena atau menjadi tumpuan
syarikat disejajarkan dengan hal-hal yang menerima impak dari aktiviti teras
syarikat.

12
6.0 Pelan Pengurusan Alam Sekitar
Dalam seksyen ini, organisasi menjelaskan rancangannya untuk memenuhi
tanggungjawab alam sekitar sepertimana yang diikrarkan dalam Dasar Alam Sekitar
organisasi tersebut. Aktiviti yang terlibat dalam perancangan termasuklah:

1. Mengenal pasti aktiviti teras organisasi yang membawa kepada impak buruk
terhadap alam sekitar yang tertentu (juga dikenali sebagai Aspek Alam Sekitar).
Impak buruk boleh memberi kesan kepada udara, air, tanah dan persekitaran
biologi
- Apakah kesan alam sekitar daripada aktiviti anda?
- Apakah undang-undang alam sekitar yang organisasi anda perlu patuhi dalam
menjalankan aktiviti utama anda? (sila lampirkan sijil-sijil yang berkaitan, permit
atau lesen)
- Senaraikan apa-apa peraturan lain yang berkaitan dengan alam sekitar yang
diguna pakai oleh organisasi anda, termasuklah
o piawaian kualiti alam sekitar dalaman (in-house)
o piawaian kualiti alam sekitar antarabangsa

2. Susun aspek-aspek alam sekitar ini mengikut keutamaan untuk ditangani (Sila
nyatakan & berikan justifikasi bagaimana anda membuat susunan)
- Sila senaraikan dan susun keutamaan anda
o penyenaraian aspek alam sekitar
o aspek alam sekitar disusun berdasarkan keutamaan syarikat
- Kenapa anda menyusun mengikut keutamaan?
o rasional susunan keutamaan aspek alam sekitar

3. Berdasarkan susunan keutamaan aspek alam sekitar, organisasi perlu mengenal


pasti objektif alam sekitar (objektif jangka pendek dan jangka panjang) dan
kemudian menetapkan sasaran alam sekitar spesifik untuk tempoh yang sesuai.
Sasaran ini akan digunakan sebagai Petunjuk Prestasi Utama alam sekitar atau
KPI (Environmental Key Performance Indicator) organisasi tersebut
- Apakah objektif alam sekitar organisasi anda?
- Apakah sasaran alam sekitar organisasi anda?
- Apakah prestasi alam sekitar anda berhubung dengan sasaran organisasi anda?
o pencapaian sasaran alam sekitar

4. Berdasarkan kepada objektif dan sasaran yang telah ditetapkan, organisasi perlu
membangunkan aktiviti (program alam sekitar / projek) untuk mencapai objektif dan
sasaran yang telah ditetapkan. Semua cadangan program / projek alam sekitar
yang diluluskan (oleh organisasi) perlu dikemukakan dalam bab ini atau sebagai
lampiran. Di bawah setiap program / projek alam sekitar, perlu ada pasukan projek,
pengagihan tugas dan peruntukan sumber
- Apakah aktiviti-aktiviti alam sekitar yang dijalankan oleh organisasi anda dari
tahun 2014 sehingga sekarang? (Sila senaraikan)
o adakah projek yang dijalankan telah mengurangkan impak alam sekitar yang
disebabkan oleh perniagaan teras syarikat?
- Apa matlamat (KPI) bagi setiap aktiviti alam sekitar yang disenaraikan?

13
o adakah matlamat dalam cadangan itu sejajar dengan objektif dan sasaran
syarikat terhadap alam sekitar?
- Berapakah jumlah bajet yang telah diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti alam
sekitar?
- Orang yang bertanggungjawab terhadap aktiviti alam sekitar (Nama dan jawatan)

7.0 Pelaksanaan Program Alam Sekitar, Pemantauan dan Penilaian Prestasi


Dalam seksyen ini, pelaksanaan SETIAP program / projek alam sekitar hendaklah
dilaporkan, dan mengandungi maklumat-maklumat berikut:
1. Permulaan SETIAP projek seperti yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan
(contohnya, surat kelulusan)
- Pegawai yang bertanggungjawab terhadap program/projek (Nama & Jawatan)
- Senarai projek-projek alam sekitar
- Bukti-bukti (Kertas cadangan, minit mesyuarat dsb.)

2. Rekod-rekod semua peristiwa penting projek (cth. gambar, kelengkapan peralatan,


keratan atau kenyataan akhbar dll.)
- Adakah syarikat / agensi anda mempunyai Pencapaian Alam Sekitar bagi Projek
(Environmental Project Milestone)?
o Senarai pencapaian penting bagi setiap projek
- Nyatakan status projek yang lengkap dengan bukti

3. Rekod pemantauan bagi projek-projek dan penilaian (keberkesanan projek)


terhadap objektif yang disasarkan
- Senarai rekod pemantauan yang lengkap dengan bukti
- Kekerapan pemantauan (setiap tahun, dua kali setahun, suku tahun)
- Pasukan pemantau, sama ada dalaman atau luaran
- Senarai parameter yang berkaitan (air, tanah, udara, sisa)

4. % KPI dicapai bagi setiap projek dilaksanakan (sediakan bukti-bukti)


- Senarai KPI untuk setiap projek
- Peratus Projek Alam Sekitar yang mencapai KPI
- Peratus perbelanjaan mengurus yang dibelanjakan untuk Projek Alam Sekitar

8.0 Kajian Semula Alam Sekitar dan Penambahbaikan Berterusan


Dalam seksyen ini, elemen penambahbaikan yang berterusan perlu ditunjukkan
dengan jelas oleh organisasi. Elemen penambahbaikan yang berterusan boleh
dikemukakan seperti berikut:
1. Penilaian prestasi setiap program / projek alam sekitar perlu dikaji semula oleh
Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan (Management Review Committee)
(dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif organisasi). Ini boleh dibuktikan dari
ekstrak dari minit mesyuarat jawatankuasa tersebut yang berkaitan
- Rekod kajian semula pihak Pengurusan

2. Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kajian Semula untuk setiap program /
projek alam sekitar harus mencerminkan bagaimana organisasi bergerak ke arah
pengurusan alam sekitar yang lebih mapan. (Lampirkan ekstrak minit mesyuarat
yang berkaitan)
14
- Keputusan terhadap alam sekitar

3. Tindakan susulan ke atas keputusan Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan


harus dijelaskan dalam bentuk minit mesyuarat pasukan projek, memo kepada
ketua pasukan projek, laporan kemajuan tentang tindakan yang diambil, atau apa-
apa rekod lain yang bersesuaian
- Tindakan yang diambil
- Kemajuan tindakan yang diambil

9.0 Kesimpulan
Dalam bab ini, organisasi perlu membuat kesimpulan mengenai pencapaian
keseluruhan organisasi dan bagaimana ia telah membantu dalam melindungi
alam sekitar. Ini merangkumi:
1. Penilaian kendiri (Self evaluation) organisasi yang menyatakan kekuatan dan
kelemahan
- Rumusan pencapaian keseluruhan
o ringkasan apa yang telah dicapai terhadap sasaran
o perspektif syarikat terhadap pencapaiannya

2. Ulasan sama ada organisasi telah melakukan sesuatu yang cukup untuk alam
sekitar
- Penilaian kendiri yang jujur
o prestasi alam sekitar keseluruhan
o Kesesuaian sasaran / KPI
o Kelemahan
o Kekuatan

3. Apa yang organisasi akan mulakan pada masa akan datang untuk meningkatkan
lagi kelestarian alam sekitar.
- Peningkatan di masa hadapan
o perkara berkaitan dasar/polisi
o penetapan objektif dan sasaran
o inisiatif-inisiatif baru
o nilai syarikat terhadap alam sekitar

10.0 Lampiran
Dalam bab ini, semua dokumen yang berkaitan, rekod dll. yang menyokong laporan
hendaklah dilampirkan. Dokumen-dokumen perlu dipisahkan mengikut seksyen yang
berkaitan untuk memudahkan rujukan.

15
9.0 SENARAI PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB (FOCAL PERSONS)

EMAIL & NOMBOR UNTUK


NO. KATEGORI FOCAL PERSON
DIHUBUNGI
1 INDUSTRI PERUSAHAAN BESAR
i) Pembuatan Pn. Zuhariah Bt. Jon (DOE) zuhariah@doe.gov.my / 082-482535/
339535 ext. 113

ii) Perkhidmatan dan sektor lain:


a) Perkhidmatan Pn. Rahmah Biak (NREB) rahmahb@nreb.gov.my / 082-319526
b) Logistik Pn. Penny Sumok (NREB) pennys@nreb.gov.my / 082-311505
c) Pembinaan En. Tsai Koh Fen (NREB) tsaikf@nreb.gov.my / 082-449250
– Hartanah
– Infrastruktur
d) Perladangan En. Paul Bond Chamberlin paulfc@nreb.gov.my / 082-319531
(NREB)
e) Pembalakan En. Manaffery Madhan manaf@nreb.gov.my / 082-319528
(NREB)
f) Kuari dan Perlombongan En. Wong Jor Jee (NREB) wongjj@nreb.gov.my / 082-319525
g) Perkapalan Pn. Ann Jee (SCCI) ann@scci.org.my / 082-237148
En. Zehegkiel Piree (SRB) zack@srb.gov.my / 082- 207 113
h) Penerbangan Pn. Zuhariah Bt. Jon (DOE) zuhariah@doe.gov.my / 082-482535/
339535 ext. 113

iii) Minyak dan Gas En. Muhammad Khalid bin mkhalid@doe.gov.my / 082-482535/
Mohd Kamarudin (DOE) 339535 ext. 102

iv) Lain-lain: Kilang minyak En. Mohd Jefrin Azlan jefrinjg@nreb.gov.my / 082-319519
kelapa sawit, Pusat membeli- Abdullah (NREB)
belah dsb.

2. INDUSTRI SEDERHANA
i) Pembuatan Pn. Shaliza Saharom (DOE) shaliza@doe.gov.my / 082-482535/
339535 ext. 326

ii) Perkhidmatan dan sektor lain:


a) Perkhidmatan Pn. Rahmah Biak (NREB) rahmahb@nreb.gov.my / 082-319526
b) Logistik Pn. Penny Sumok (NREB) pennys@nreb.gov.my / 082-311505
c) Pembinaan Cik Weety Martin (NREB) weetym@nreb.gov.my / 082-319540
d) Perladangan Cik Tang Hung Huong tanghh@nreb.gov.my / 082-319542
(NREB)
e) Hotel & Resort (3 Bintang Pn. Mary Magdalen Lutok maryml@nreb.gov.my / 082-319534
dan ke atas) (NREB)

16
f) Padang golf En. Justine Jok Jau Emang justinjj@nreb.gov.my / 082-319505
(NREB)

iii) Lain-lain En. Mohd Jefrin Azlan jefrinjg@nreb.gov.my / 082-319519


Abdullah (NREB)
3. INDUSTRI KECIL
i) Pembuatan En. Abang Zaharuddin Abang ruddin@doe.gov.my / 082-482535/
Mok (DOE) 339535 ext. 122

ii) Perkhidmatan dan sektor lain:


a) Stesen minyak/petrol En. Jong Chean Fuei (NREB) jongcf@nreb.gov.my / 082-319533
b) Restoran Pn. Amy Wong Yiik Mee wongym@nreb.gov.my / 082-319504
(NREB)
c) Perkhidmatan Kitar Cik Tang Hung Huong tanghh@nreb.gov.my / 082-319542
Semula (Sisa terjadual (NREB)
dan Sisa Am)

iii) Lain-lain En. Mohd Jefrin Azlan jefrinjg@nreb.gov.my / 082-319519


Abdullah (NREB)

4. AGENSI KERAJAAN: PIHAK BERKUASA TEMPATAN


i) Bandaraya dan Majlis En. Leonard Law (LGCD) lawth1@sarawak.gov.my / 082-319624
Perbandaran

ii) Majlis Daerah En. Leonard Law (LGCD) lawth1@sarawak.gov.my / 082-319624

5. ORGANISASI MEDIA En. Jonathan Manggah jonathmi@nreb.gov.my / 082-319506


(NREB)
mohdbaharuddinmohamad@yahoo.com
En. Mohd. Baharruddin / 019-6490264
Mohamad (Jab.Penerangan)

6. INDIVIDU (Environmental En. Edmund MacMiller edmundmc@nreb.gov.my / 082-319536


Stewardship) (NREB)
gabriel.noweg@gmail.com
Prof. Dr. Gabriel Tonga / 082-582997
(UNIMAS)

17
10.0 HUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan:

URUS SETIA
LEMBAGA SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR SARAWAK
(Natural Resources and Environment Board Sarawak)
Tingkat 18 – 20, Menara Pelita,
Jalan Tun Abdul Rahman Yakub,
Petra Jaya
93050 Kuching, Sarawak

Tel: 082-447488 / 319500


Fax: 082-448254 / 312800

Website: www.nreb.gov.my

Pegawai untuk dihubungi: No. Tel. : Email:


a) Pn. Rahmah Biak 082-319526 / 013-8119171 rahmahb@nreb.gov.my
b) En. Edmund MacMiller 082-319536 / 017-8028178 edmundmc@nreb.gov.my

Pegawai untuk dihubungi di pejabat Wilayah NREB:

a) Pn. Noor Azima Md. Dahlan 082–365971 / 365972 nooramd1@yahoo.com


b) En. Bengkil Jimi 083–471895 / 471901 bengkilj@nreb.gov.my
c) En. Dau Utau 084–349429 / 337428 dau_utau@yahoo.com
d) En. George Nyaon 084–873486 / 873485 georgenyaon1978@gmail.com
e) Pn. Sinanawati Marto 086–335772 / 334448 sinana_marto@yahoo.com
f) En. Joseph Uyo 085–427486 / 437488 usepphudik@yahoo.com
g) En. Anthony Malang 085–216487 / 216488 anthonym@nreb.gov.my

18
BORANG PENYERTAAN
Nama Entiti :

Jenis Perniagaan :
1. Industri Perusahaan Besar:
i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Perkhidmatan (Telekomunikasi, Bekalan Elektrik, Pelupusan Sisa, Bekalan Air)

Logistik Kuari dam perlombongan

Perladangan Penerbangan

Pembalakan Pembinaan;

Perkapalan Hartanah

Infrastruktur

iii) Minyak dan gas

iv) Lain-lain; Kilang minyak kelapa sawit Pusat membeli-belah

Sila nyatakan:

2. Industri Sederhana:
i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Perkhidmatan (Telekomunikasi, Bekalan Elektrik, Pelupusan Sisa, Bekalan Air)

Logistik Perladangan

Hotel dan Resort (3 Bintang dan ke atas) Padang golf

Pembinaan;

Hartanah

Infrastruktur

iii) Lain-lain; Sila nyatakan

3. Industri Kecil:
i) Pembuatan, Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan dan Industri Asas Tani

ii) Perkhidmatan, Pertanian Utama dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)

Stesen minyak / petrol Restoran

Perkhidmatan kitar semula (Sisa terjadual dan sisa am)

Lain-lain; Sila nyatakan:

4. Agensi Kerajaan; Pihak Berkuasa Tempatan:


Bandaraya dan Majlis Perbandaran Majlis Daerah

19
5. Organisasi Media

6. Individu / Wartawan (Environmental Stewardship)

Orang yang bertanggungjawab :

Jawatan :

Alamat Email :

Telefon : Faksimili :

Tarikh Penghantaran :

Nota:
* Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Julai 2016 (Jumaat)

Untuk kegunaan pejabat sahaja

Tarikh penerimaan : Nama penerima & Tandatangan :

Penilaian Peringkat 1

Tarikh Penilaian :
Nama-nama Penilai & Tandatangan :

Penilaian Peringkat 2

Tarikh Penilaian :
Nama-nama Penilai & Tandatangan :

20

You might also like