You are on page 1of 3

“Bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.

Peribahasa ini merupakan satu


peribahasa yang membawa satu pengertian yang cukup besar dalam usaha kita
mengekalkan perpaduan kaum dikalangan rakyat Malaysia selama ini. Perpaduan
kaum membolehkan masyarakat hidup secara bersatu hati. Kesatuan kita akan
membawa kepada seribu satu macam keuntungan kepada Negara dan masyarakat
Malaysia amnya. Kita dapat mengelakkkan pergaduhan antara kaum yang memberikan
banyak kesan negatif kepada negara. Banyak usaha atau cara bagi kita mewujudkan
perpaduan kaum yang lebih erat sesama kita rakyat Malaysia, dari komuniti yang kecil
terus kepada komuniti yang besar.

sektor pendidikan dilihat sebagai satu medium yang sangat penting didalam
mendidik,mengenalkan dan menerapkan perpaduan kaum dikalangan rakyat Malaysia.
Jika kita lihat melalui dasar sekolah kebangsaan itu sendiri perpaduan mula diterapkan
dimana pelajar-pelajar berbilang kaum ditempatkan di satu bumbung untuk belajar dan
berkawan. Disini perhubungan sesama kaum dapat dieratkan semenjak mereka kecil
lagi dan dari sekolah kebangsaan inilah kita tanamkan semangat kecintaan kita kepada
bangsa lain dan kita belajar menghormati perbezaan sesama kita. Melalui pendidikan di
sekolah, guru-guru dapat menerapkan nilai-nilai perpaduan didalam matapelajaran.
Sebagai contoh, mata pelajaran Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral, Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan, murid-murid dapat diajar nilai-nilai menghormati kaum
lain. Di samping itu, aktiviti kokurikulum seperti sukan, persatuan dan permainan dapat
dilakukan bagi menyemai nilai perpaduan dalam kalangan pelajar. Jelaslah disini sektor
pendidikan dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat membentuk individu murid yang menyeluruh


dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh yang demikian dasar
pendidikan juga menekankan aspek ko-kurikulum dalam menyatupadukan murid pelbagai
kaum. Melalui ko-kurikulum bakat murid dapat diasah dan diperkembangkan lagi ke peringkat
yang lebih tinggi. Melalui dasar pendidikan inilah, minat murid dalam bidang sukan dan
kesenian ditanam dan diperkembangkan. Negara kita telah mencapai kecemerlangan dalam
bidang sukan. Contohnya sukan skuasy, badminton, bola sepak dan sebagainya. Pelbagai
lapisan masyarakat dan kaum telah menunjukkan semangat patriotik dengan bersatu
memberikan sokongan kepada ahli-ahli sukan negara dan juga peserta-peserta yang terlibat.
Kemenangan sama-sama diraikan dan kekalahan turut sama dirasai. Ini menunjukkan kejayaan
dasar pendidikan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan
menanam minat terhadap sukan.

Manakala dalam bidang kesenian pula, murid-murid dididik supaya meminati seni dari
peringkat sekolah rendah lagi. Melaui kesenian, murid-murid diajar tentang kebudayaan dan
kesenian pelbagai bangsa di Malaysia. Pendidikan kesenian ini akan membuka dan
mematangkan minda murid-murid. Mereka boleh menerima dan akan menghormati budaya
orang lain. Minat yang disemai dari peringkat awal lagi akan melahirkan insan-insan seni dalam
pelbagai bidang seperti seni lakonan, seni tarian, nyanyian, seni lukis dan sebagainya. Insan-
insan seni yang memahami kebudayaan dan sensitiviti bangsa lain akan melahirkan karya-
karya yang bercorak perpaduan. Melalui karya-karya sebegini akan membantu membuka minda
individu lain ke arah kecemerlangan perpaduan. Sebagai contohnya seorang pengarah filem
menghasilkan filemyang bercorak patriotik akan member kesan yang positif dan prasangka baik
di kalangan penonton.

Hasrat kerajaan melalui dasar pendidikan untuk menyatupadukan kaum dalam bidang
sukan dan kesenian telah mencapai matlamatnya. Kejayaan ini menjadikan kerajaan lebih
ghairah memperkenalkan dasar baru agar semua murid terlibat dalam aktiviti sebegini.
Penubuhan sekolah sukan dan sekolah seni merupakan antara titik tolak usaha kerajaan
memperkasakan perpaduan kaum di Malaysia. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga telah dilaksanakan
bermula tahun 2011 utnuk memastikan perpaduan kaum dapat dicapai.

Dalam bidang sosial, melalui dasar pendidikan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan
keharmonian dan perpaduan antara kaum. Perpaduan dari sudut sosial ini ialah penyatuan
kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dengan latar belakang kebudayaan dan
kepercayaan yang berbeza hidup bersama dan slain bertolak ansur utnuk kepentingan dan
faedah bersama. Melalui pendidikan, kerajaan menekankan peri pentingnya mempelajari
sejarah, kebudayaan dan kepercayaan kaum lain serta menghormatinya. Pengetahuan amat
bernilai supaya tidak berlaku kejutan budaya apabila berlakunya pertembungan di antara kaum
dan etnik yang berlainan.
Untuk mencapai perpaduan di negara ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Proses
untuk mencapai perpaduan dan integrasi mengambil masa yang lama serta memerlukan
perancangan yang teliti, tepat dan bijaksana. Bidang pendidikan merupakan bidang yang paling
penting dan sesuai untuk mencapai hasrat kerajaan menyatupadukan pelbagai kaum. Oleh
yang demikain, pelbagai dasar pendidikan telah dirancang dan dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat sesuai dengan suasana dan keadaan semasa untuk mencapai matlamat
tersebut.

You might also like