You are on page 1of 1

KEPENTINGAN POTA

POTA adalah tindakan pencegahan awal yang diambil oleh pihak kerajaan dan pihak PDRM
untuk mencegah sebarang elemen keganasan daripada merebak dan mengancam keselamatan
negara kita Oleh itu akta ini membenarkan Seseorang pegawai polis boleh tanpa waran
menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat alasan
yang menjustifikasikan siasatan diadakan mengenai kes orang itu

POTA juga memberi kuasa drakonian kepada Pegawai Siasatan — yang tidak ditakrifkan
dengan jelas di dalam POTA — yang ditugaskan untuk menyiasat dakwaan terhadap si
tertuduh dan menyampaikan bukti kepada Lembaga Pencegahan Keganasan (Prevention of
Terrorism Board; “POTB”).

POTB mempunyai kuasa yang luas — ia boleh memberi perintah tahanan selama sehingga
dua tahun, atau perintah kediaman terhad sehingga lima tahun. Tempoh tahanan atau
kediaman terhad ini boleh diperbaharui bagi tempoh yang tidak ditentukan.

Akta itu bertujuan sebagai Suatu undang-undang untuk mencegah perlakuan atau sokongan
bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas dari sesuatu negara asing
serta bagi kawalan terhadap orang yang terlibat dengan perbuatan sedemikian. Akta itu juga
dibuat bagi Memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang tindakan perundangan
sekiranya mereka melibatkan diri dalam kegiatan keganasan, serta memastikan rakyat dan
keamanan negara tidak diganggu gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan

Pembentukan akta ini secara tidak langsung dapat memastikan rakyat dan keamanan negara
tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti militan sama ada
dari dalam atau luar negara.

Selain itu, pengguna media sosial juga tidak boleh menyebarkan sebarang maklumat yang
mempunyai elemen keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara dan rakyat.
Maklumat tersebut hendaklah dipastikan kesahihannya sebelum ianya disebarkan. Kini,
terlalu banyak penyebaran berita-berita palsu tersebar melalui media sosial. Oleh hal yang
demikian, dengan adanya akta ini pengguna media akan lebih berhati-hati dengan apa yang
mereka ingin sebarkan.

You might also like