You are on page 1of 10

Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS.

2014

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN LAMAN SOSIAL

Kamaruzzaman Ismail, Assoc. Prof. Dr.


Universiti Kuala Lumpur.
kamaruzz@unikl.edu.my

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk memperihal kebaikan dan keburukan laman sosial.
Transformasi media konvensional ke media baru ini telah merencanakan perubahan pemikiran
rakyat. Ledakan maklumat yang dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia melalui jalur lebar
tanpa wayar telah memberi perubahan yang besar dalam senario politik Malaysia.Hal ini dapat
dibuktikan dengan reformasi pilihan raya umum ke-13 apabila Barisan Nasional menggunakan
media arus perdana dan parti pembangkang menggunakan alternatif lain dengan menggunakan
media baru untuk berkempen. Hasilnya, 48% rakyat telah memilih Barisan Nasional manakala
52% rakayat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Peratusan undi popular ini membuktikan
bagaimana laman sosial mampu mengubah lanscape pemikiran dan pola berfikir seseorang
terhadap sesuatu isu atau perkara. Kajian ini menggunakan kaedah tinjaauan literatur dan
temubual dengan beberapa individu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa laman sosial
mempunyai pengaruh yang besar dalam hala tuju sesuatu organisasi atau negara berdasarkan
kebaikan dan keburukan yang ada dalam penggunaanya.

Kata kunci: Laman soial, transformasi, ledakan maklumat

1.0 PENGENALAN

Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian
kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya
satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat
sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk.

Penggunaan laman sosial seperti “Facebook” yang meluas dalam kalangan masyarakat boleh
menyebabkan fitnah dan mudah disebarkan kepada semua pengguna laman sosial tersebut.
Sebagai contohnya, negara kita pernah digemparkan dengan satu berita perceraian yang berlaku
Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

dalam akaun facebook. Hal ini telah mendapat kritikan daripada majoriti rakyat Malaysia yang
menyifatkan bahawa perbuatan sedemikian amat memalukan kita kerana telah mencemarkan
keluhuran peribadi sebagai penganut agama Islam. Selain itu, implikasi seperti itu telah
menyebabkan segelintir pengguna aplikasi tersebut yang tidak bertanggungjawab dan
mencetuskan kontroversi di alam maya, sehingga mengaibkan seseorang. Jelaslah bahawa
penggunaan laman sosial akan menghakis semangat persaudaraan seerta mencemarkan
kedaulatan negara sebagai negara yang disegani dan berintegriti.

Laman sosial boleh ditakrifkan sebagai sebuah kumpulan individu bersama kumpulan tertentu,
sepertimana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan. Walaupun rangkaian sosial terdapat di
mana-mana terutama sekali di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaian secara online
adalah yang paling popular. Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan
yang sangat aktif bersosial secara online untuk mengembangkan persahabatan.

Laman sosial juga merupakan satu alat untuk berkomunikasi, berkongsi dan berhubung dengan
sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki
akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi
semasa. Di antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace.
Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya boleh di akses di mana saja berada
hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita
menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan
laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang risiko-
risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini.

Berdasarkan pengenalan di atas, kajian ini dilakukan bagi meninjau dan mendapatkan maklumat
tentang kebaikan dan keburukan laman sosial terutamanya bagi badan beruniform seperti Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. Laman sosial
seperti “Facebook”, “My Space”, “Frienster”, dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat di
Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

negara ini. Penggunaannya yang mudah serta senang diakses oleh para pelajar merupakan antara
kelebihannya. Terdapat sesetengah pelajar di Malaysia yang telah menjadikan penggunaan laman
sosial di internet ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini
disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian
mereka. Secara tidak langsung, penggunaan laman sosial ini memberikan kesan terhadap gaya
hidup para pelajar di Malaysia sekiranya penggunaanya terlalu berleluasa. Satu kajian tinjauan
telah dijalankan bagi mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial ini terhadap
para pelajar.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan laman sosial
dikalangan badan-badan beruniform . Selain itu, kajian ini turut mengenalpasti sejauh mana
impak atau kesan aktiviti laman sosial ini terhadap individu dalam masyarakat terutama anak-
anak remaja.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan secara kajian literatur dan temubual. Kaedah tinjauan
secara literatur digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kebaikan-kebaikan dan
keburukan-keburukan laman sosial terhadap masyarakat. Kaedah ini hanya bersifat mendapat
maklumat dan pandangan individu terhadap kesan atau impak penggunaan laman sosial dalam
kehidupan seharian mereka. Ini dapat dilakukan dengan mendapatkan persepsi atau pandangan
daripada individu tertentu dalam soal pengaruh dan kesannya laman sosial ini dalam kehidupan
masyarakat lebih-lebih dikalangan remaja.

5.0 KEBAIKAN LAMAN SOSIAL

Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang
kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil
Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini. Antara
kebaikan-kebaikan dalam penggunaan laman sosial adalah seperti berikut;

a) Alat Perhubungan

Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan
semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui
perkembangan semasa sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di
antara pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk.

b) Alat Pemasaran Produk

Laman sosial ini amat berguna kepada sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan di mana
ianya dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk mereka. Ianya amat berkesan dan mudah.
Maklumat terkini tentang produk yang dikeluarkan dapat diketahui dengan cepat.

c) Alat Penyebaran Ilmu Pengetahuan

Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana
ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya
ilmu keagamaan. Yang mungkin menjadi masalah disini adalah dari segi kesahihan dan
originaliti maklumat yang diberi. Pengguna harus bijak dalam mengambil maklumat di laman
sosial kerana kalau tersilap pilih maklumat atau artikel yang diakses, kita mungkin terjerat dalam
menyebarkan maklumat palsu atau tidak tepat. Berapa ramai masyarakat sekarang merujuk
kepada enjin pencari seperti Google dan Yahoo dalam mendapatkan maklumat sehingga
setengahnya digelar “ Ustaz Google” atau “ Ustaz Yahoo”.

d) Alat Pemantauan Pergerakan Anak-anak

Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada akaun laman sosial, sama ada dibuka oleh ibu
bapa atau pengaruh dari kawan. Ibu bapa boleh mengikuti status terkini anak-anak mereka.
Mengenali kawan-kawan kepada anak mereka. Kebiasaanya para remaja lebih suka bercerita
masalah mereka dengan kawan-kawan daripada ibu bapa. Jadi ibu bapa perlu mencari inisiatif
untuk memantau anak mereka. Ini adalah salah satu caranya
Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

6.0 KEBURUKAN LAMAN SOSIAL

Disamping kebaikan-kebaikan yang ada pada laman sosial, terdapat juga beberapa keburukan
dalam penggunaan laman sosial ini, antaranya;

a) Pembaziran Masa.

Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa
berlaku. Contohnya aplikasi “games”. Terdapat ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih
dengan aplikasi “games” seperti Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah
menjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Ianya
memang secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-kerja yang
tidak berfaedah. Mengikut Mycert, pembaziran masa ini berlaku kerana ada pengguna yang
ketagihan berasaskan hubungan baru (cyber relations), ketagihan maklumat, ketagihan seks siber
(cyber sexual) dan permainan internet.

b) Mengurangkan Produktiviti

Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah mengurangkan produktiviti kerja. Majikan
menghadapi masalah untuk menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial. Majikan boleh
menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial dengan menyekat laman-laman tersebut.
Namun demikin kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan laman-laman tersebut
dilayari dengan menggunakan telefon bimbit. Banyak anak-anak remaja yang menghabiskan
masa mengakses maklumat diatas talian berbanding berada bersama-sama rakan-rakan bagi
mentelaah buku atau melakukan kerja-kerja lain yang lebih berfaedah. Mereka lebih suka
bersembang bersama kawan di alam maya berbanding bersama rakan-rakan lain secara
bersemuka. Pergaulan mereka bersama rakan sebaya menjadi semakin berkurangan dan interaksi
sosial banyak berlaku di laman sosial.

c) Penipuan

Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman
sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman
sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali. Contoh penipuan
yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan
Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi begitu mudah nak
dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian
pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat
terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial. Kajian Mycert
(2011),menunjukkan kes penipuan meningkat dari 149 kes (2005) kepada 907 kes (2009).

d) Pencerobohan Akaun

Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti
nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan
maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat
tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. Seringkali
kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya diceroboh dan ianya
memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar. CyberSecurity Malaysia (Mycert, 2011).
mencatatkan kira-kira 324 insiden siber yang berkaitan dengan Laman Rangkaian sosial. Pada
suku pertama tahun 2011 sahaja, terdapat kira-kira 177 insiden berkaitan (kes) yang dilaporkan
kepada MyCERT. Peningkatan dalam bilangan kes yang dilaporkan adalah selaras dengan
peningkatan SNS pengguna.

Pencerobohan akaun ini tidak terhad kepada maklumat peribadi malah kecurian identiti online
juga merupakan satu keburukan kepada pendedahan di laman sosial. Walau bagaimanapun,
sekarang ini setiap minit, beribu-ribu individu dan banyak syarikat yang menjadi mangsa
penjenayah siber dan penyerang yang semakin canggih. Mereka menggunakan pelbagai teknik
seperti kejuruteraan sosial, phishing dan modus operandi licik melalui Internet yang mensasarkan
mangsa berpotensi yang tidak bersalah.

Mereka mengenal pasti kelemahan dan mengeksploitasi e-mel, mesej segera (IM) dan web untuk
mengelabui potensi mangsa ke dalam menghantar mereka kelayakan pengguna dan maklumat
peribadi, di samping maklumat sulit berkaitan dengan syarikat mangsa. Maklumat ini dan
kelayakan yang boleh dimanipulasi untuk banyak aktiviti berniat jahat pada bersih dan bagi
keuntungan kewangan.

e) Sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah


Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

Terdapat juga kes di mana laman sosial digunakan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah di
mana gambar-gambar yang tidak senonoh mungkin telah diupload tanpa pengetahuan pemilik
gambar tersebut dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. Pemilik akaun laman sosial seharusnya
bijak dalam mengendalikan akaun mereka. Add Friends hanya yang dikenali, kadang-kadang
kita lihat beribu jumlah friends, tapi kenal ke? Kalau tak kenal, perkongsian maklumat harus la
terhad.

f) Kebocoran Maklumat

Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial memberi maklumat sulit tentang syarikat
di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada
syarikat terbabit. Pekerja sesebuah syarikat harus tahu membezakan maklumat yang boleh
dikongsi dengan orang ramai dengan maklumat yang tidak boleh dikongsi dan sekiranya
dikongsi boleh memberi kesan yang buruk kepada syarikat tersebut sekiranya maklumat tersebut
diketahui oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza, jalan selamat, tidak perlu
kongsi maklumat tersebut.

7.0 PERBINCANGAN

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, tinjauan mendapati terdapat beberapa kebaikan dan
keburukan dalam penggunaan laman sosial dikalangan masyarakat terutamanya para remaja.

Laman sosial mendatangkan kebaikan kepada masyarakat sekiranya digunakan secara betul
kerana seseorang individu itu dapat mengenali kawan yang baru dan pada masa yang sama dapat
menghubungi semula kenalan lama yang mungkin telah terputus hubungan. Laman sosial turut
menyalurkan maklumat yang berguna kepada pengguna seperti mendapatkan maklumat
mengenai pembelajaran dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan rakan di tempat lain. Bagi
golongan pelajar, mereka dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan
di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan yang telah lama tidak
berjumpa. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara
menggunakan kemudahan yang sedia ada.
Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

Penggunaan laman sosial juga akan melahirkan masyarakat yang leka dan lalai dalam melakukan
sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam
laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan
seseorang akan berasa seronok sehingga leka untuk menyempurnakan urusan mereka dan
mengabaikan tanggungjawab yang hakiki. Golongan pelajar yang menjadi tunjang
kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan
masyarakat.

Kesan penggunaan laman sosial yang seterusnya ialah tersebarnya pengaruh atau unsur
pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan masyarakat. Unsur pornografi mudah didapati di
laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah
diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial tersebut. Hal ini demikian kerana, laman
sosial seperti “Facebook” dan “My Space” diakses bukan sahaja oleh rakyat Malaysia malahan
seluruh penduduk di dunia. Selain itu, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”,
dan “Skin Head” akan menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan
mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan
gengsterisme di sekolah. Jelaslah bahawa penggunaan laman sosial dapat mempengaruhi
pemikiran anak muda sehingga menghakis nilai-nilai moral masyarakat.

8.0 KESIMPULAN

Laman sosial boleh digunakan sebagai salah satu alternatif dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini. Antara saranan yang boleh digunakan bagi meningkatkan
keberkesanan sistem sistem pembelajaran melalui laman sosial ialah dengan menghadkan
penggunaan internet. Pelajar hanya dibenarkan melayari laman web tertentu. Laman web yang
tidak sesuai buat pelajar seharusnya ditapis dari awal dan dihalang penggunaannya.

Selain itu, pihak yang berwajib juga perlulah menyediakan capaian khas untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran. Contohnya, menghubungkan laman sosial dengan capaian portal pendidikan
yang boleh dikunjungi oleh mana-mana pelajar yang sedang melayari alam maya. Jadikan laman
sosial sebagai satu tempat perkongisan ilmu dan tempat perbincangan isu semasa. Warga
Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

pendidik boleh menyediakan tugasan, menyebarkan info dan menggalakkan para pelajar
membuat sebarang perbincangan di laman sosial ini.

Secara kesimpulannya, ibu bapa dan guru perlu mendidik pelajar dalam menggunakan laman
sosial kearah yang betul dan menyatakan baik buruk penggunaan laman sosial. Ini penting
supaya para pelajar dapat memahami konsep sebenar laman sosial ini. Perkembangan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha
membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing.
Memandangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam
proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan.

Bertitik tolak dari sini, kita dapat melihat bahawa pembangunan negara bergantung pada
kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Langkah kerajaan melancarkan Koridor Raya
Multimedia (MSC) sememangnya tepat pada masanya. Sudah tiba masanya untuk negara
Malaysia berjaya pada peringkat kebangsaan dan serantau. MSC memainkan peranan penting
untuk menjadi pemangkin kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia. Untuk
menjayakan harapan ini, semua pihak tidak kira kerajaan ataupun swasta, perlulah berganding
bahu bersama-sama rakyat yang melonjakkan nama negara Malaysia

RUJUKAN

Ab. Rahim Selamat. (2000). Kemahiran dalam sekolah bestari. Johor Bharu: Badan Cemerlang
Sdn. Bhd.

Berita Harian Online. (2010). http://berita-harian-online.com/ketagihan-laman-sosial-maya/


Atas talian (10 Mei 2013)

Crawford, R. (1997). Managing information technology in secondary schools.


London:Roudedge.

Dewan Pelajar. (2012). http://dwnpelajar.dbp.my/wordpress/?p=241 (atas talian: 10 Mac 2012).

Kementrian Pendidikan Malaysia. (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi


(ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Seminar Kebangsaan Kor Sispa Kali ke-3, UniMap, PERLIS. 2014

Mohd Sani Ibrahim & mohd Jasmy Abdul Rahman (2002). Pengetua dan pembestarian
sekolah. Kertas kerja di bentangkan di Seminar Nasional Pengurusan Kepimpinan dan
pendidikan di Hotel Pan Pacific pada 16-19 Disember, 2002.

Mycert. (2011). http://www.mycert.gov.my (atas talian : 12 Mei 2013).

You might also like