You are on page 1of 11

Sila baca & scroll sampai bawah sekali

Pengenalan

Affiliate merupakan salah satu sumber pendapatan di internet. Anda tidak perlu
menghantar produk kepada pembeli mahupun memberikan support kepada
mereka. Anda hanya perlu promosikan link affiliate dan bersedia untuk
menerima komisyen.

Melalui teknik affiliate, anda boleh menjana pendapatan mudah tanpa risiko,
tanpa modal permulaan. Jika ada sekalipun ianya sedikit sahaja. Disebabkan kos
yang rendah atau percuma, ramai newbie bermula dalam dunia perniagaan
internet dengan menceburi affiliate. Bukan hanya newbie, otai-otai pun turut
serta dalam menjadi affiliate.

Kebanyakkan affiliate-affiliate baru teruja pada pertama kalinya dan keterujaan


mereka hilang sedikit demi sedikit setelah beberapa kali percubaan
mendapatkan jualan gagal. Ini bukanlah perkara baru kerana hampir semua
daripada mereka berakhir sebegini. Mereka tidak berjaya bukan kerana tidak
bertindak tetapi kekurangan ilmu dan teknik pemasaran affiliate. Bagi mereka
daftar dan terus promosi, itu sahaja teknik yang ada tetapi sebenarnya tidak.
Ada banyak lagi yang perlu di lakukan dan perlu diusahakan.

Agak menyedihkan apabila ada yang cuba mengambil kesempatan di atas


kelemahan newbie. Bukan disebabkan mereka menipu dalam memberikan
komisen tetapi mengambil kesempatan ke atas usaha mereka yang bersungguh-
sungguh dalam memperomosikan produk.

Untuk menjana pendapatan melalui affiliate anda perlu mengetahui mengenai


program affiliate itu sendiri.
TIGA perkara yang anda perlu tahu mengenai
program affiliate.

- Produk untuk dipromosikan


- Landing page atau squeeze page
- Pengetahuan mengenai produk

1. Produk untuk dipromosikan

Tanpa produk tiadalah komisyen. Perkara pertama yang perlu anda


pertimbangkan adalah permintaan terhadap produk. Jika produk yang ingin
dipromosikan mempunyai permintaan, barulah anda boleh mula merancang
kaedah promosi anda. Setiap produk memang ada permintaan, cuma anda perlu
promosi pada waktu yang sahaja.

Anda boleh mencari produk untuk dipromosikan di Ashadee atau Klikjer.


Terdapat banyak pilihan produk yang boleh dipromosikan. Atau anda boleh
tanya sendiri kepada pemilik produk jika mereka ada menyediakan sistem
affiliate untuk ajen affiliate. Pemilik produk dengan senang hati membenarkan
anda menjadi ajen mereka jika anda betul-betul ingin mempromosikan produk
mereka.
2. Landing page atau squeeze page

Landing page atau squeeze page berbeza dengan laman web atau blog kerana
halaman ini khas digunakan untuk mengumpul emel sahaja, saya akan
terangkan kelebihan ini didalam topik yang seterusnya.

Sebagai seorang affiliate yang bijak, anda memang perlukan landing page dan
autoresponder untuk melakukan promosi. Katakan anda menghabiskan beribu
ringgit untuk mempromosi sesuatu produk melalui pengiklanan, lebih baik
untuk anda directkan pengiklanan anda ke squeeze page anda berbanding terus
kepada laman affiliate.

Dengan cara ini anda dapat berjimat lebih banyak masa dan wang ringgit untuk
mempromosikan produk tersebut.

3. Pengetahuan mengenai produk

Ini adalah senjata yang paling kuat sekali dalam promosi. Anda perlu mempunyai
pengetahuan mengenai produk yang ingin dipromosikan. Jika anda merupakan
pembeli produk tersebut, lebih mudah untuk anda bercerita mengenainya. Jika tidak,
anda boleh mencari maklumat sendiri berdasarkan testimoni pembeli atau
berdasarkan kepada surat jualan di halaman jualan.

Pengetahuan mengenai produk akan memberi kredibiliti dan seterusnya pembeli akan
membeli dari anda kerana mereka yakin pengalaman yang anda alami.

Selain daripada itu, ada dua lagi perkara penting yang perlu anda tahu dan
lakukan.
DUA perkara yang seorang affliate patut lakukan.
Saya akan senaraikan DUA perkara yang seorang affliate patut lakukan.

- Membina website atau blog


- Belajar mendapatkan trafik

1. Membina website atau blog

Apabila bercerita mengenai website, mungkin newbie merasakan ianya sesuatu


yang agak susah dan komplekas untuk dilakukan. Anda tidak perlu membina
website yang terlalu kompleks dengan fungsi yang pelbagai. Cukup sekadar
website ringkas untuk menerangkan mengenai produk yang dipromosi.

Laman web ini berbeza dengan landingpage atau squeeze page kerana laman
web digunakan untuk berkongsi maklumat. Anda boleh mula menulis di blog
mengenai topik yang anda ingin.

Jangan jadikan kelemahan tidak tahu sebagai alasan, jika anda tidak tahu anda
perlu mula belajar dari sekarang. Jika tidak mempunyai modal yang cukup untuk
membina website anda boleh gunakan medium percuma seperti blog wordpress
atau blogger.

Bagi seorang newbie saya sangat sarankan untuk memiliki website atau blog
sendiri kerana dari sini anda akan mula menulis. Tidak perlu risau dengan ayat
yang tidak kreatif, yang penting ayat anda mudah, ringkas dan dapat difahami.
Itu yang penting. Jika tidak yakin dengan hasil tulisan sendiri, anda boleh masuk
ke website lain dan tiru gaya penyampaian mereka.

Anda perlu tahu, semakin banyak anda menulis semakin mahir anda dalam
penulisan.
2. Belajar mendapatkan trafik

Ini merupakan perkara kedua yang perlu seorang affiliate tahu setelah
menghasilkan website atau blog. Tanpa trafik, website atau blog anda sama
seperti kedai yang tiada pelawat. Untuk menjadi seorang affiliate yang berjaya
anda perlu belajar teknik dan cara yang kreatif untuk menarik trafik dari pelbagai
sumber berbayar atau percuma. Tanpanya, segala maklumat yang anda
kongsikan tidak ada sesiapa yang membacanya.

Kebanyakan daripada affilate mempromosikan produk di tempat yang sama


seperti affliate yang lain. Ini kerana sumber yang digunakan mempunyai jumlah
trafik yang ramai dan pelabagai.

Terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk menarik trafik. Sebagai
permulaan anda boleh gunakan medium yang dinyatakan dibawah.

Pemasaran forum
Pemasaran artikel
Pemasaran video
Pemasaran sosial
Pemasaran emel
Direktori iklan percuma
Pemasaran forum

Apabila berforum, anda perlu ingat bahawa ia adalah proses jangka panjang. Jadi,
janganlah membuat musuh apabila berforum. Daftar dan sentiasa aktif di dalam
forum perniagaan online seperti WangCyber atau CariGold. Kedua-dua forum
ini mempunyai trafik yang agak tinggi, anda boleh gunakan secara percuma
sahaja dengan meletakkan pautan website atau blog anda di bahagian signature.

Bagaimana ianya berfungsi? Anda boleh cari topik yang berkaitan dengan blog
anda dan berikan maklumbalas atau komen pada topik tersebut. Berikan ulasan
secara jujur dan berhemah dalam memebri komen. Ini akan meningkatkan lagi
kredibiliti anda. Bayangkan anda mempunyai kredibilti yang baik, sudah tentu
anda mempunyai ramai peminat dan mereka sentiasa menanti anda untuk
mengeluarkan pendapat.

Setiap daripada maklumbalas dan pendapat anda akan memaparkan pautan di


bahagian signature secara automatik. Signature ini akan kekal pada setiap
maklumbalas yang anda berikan. Oleh sebab itu anda perlu memastikan setiap
komen adalah berkaitan.
Pemasaran artikel

Tekink ini lebih mudah digunakan sekiranya anda seorang yang suka menulis.
Tulis artikel mengenai produk yang ingin anda promosikan dan masukkan link ke
website anda. Dengan cara ini anda akan dapat pelawat terus ke blog anda.
Kebarangkalian mereka untuk klik pada produk yang anda promosikan juga
besar kerana pembacanya sedang mencari maklumat mengenai topik yang
sama.

Bagaimana caranya? Daftar di laman web artikel seperti www.ezinearticles.com


, dan www.slideshare.net kemudian upload artikel anda. Lebih banyak artikel
yang diupload lebih baik. Lebih mudah untuk mereka mencari maklumat
daripada anda. Pastikan anda tidak menghatar artikel yang sama pada satu
website direktori artikel untuk memastikan artikel anda adalah unik dan mudah
untuk di index oleh Google.

Anda tidak perlu terikat dengan dua direktori yang dinyatakan sahaja, anda
boleh membuat carian di Google dengan menggunakan keyword article
directory.

Pemasaran video

Selain daripada menggunakan forum dan artikel anda juga boleh gunakan
pemasaran video. Caranya dengan berkongsi video. Anda boleh gunakan
medium percuma seperti Youtube kerana youtube mempunyai pelawat yang
tinggi pada setiap masa. Manfaatkan medium percuma ini untuk mendapatkan
lebih banyak lagi trafik.

Anda boleh buat video daripada teks dan masukkan link affiliate di dalam video.
Jika anda mempromosikan lebih dari satu produk affiiliate anda boleh letakkan
link pada bahagian discription.
Pemasaran sosial

Laman sosial seperti Facebook dan Twitter selalunya mempunyai traffik yang
sanggat tinggi. Manfaatkan medium percuma ini untuk mempromosikan produk
affiliate.

Jika anda dapat menjadikannya viral adalah lebih baik. Link anda akan
dipromosikan secara atomatik oleh pengunjung laman sosial tersebut. Sebagai
contoh, anda mempunyai tawaran yang menarik mengenai sesuatu produk dan
untuk mendapatkan tawaran tersebut mereka perlu share ke Facebook atau
Twitter. Dengan cara ini link affiliate anda menjadi viral dan automatik.

Pemasaran emel

PENTING! Ini perkara pertama dan WAJIB untuk anda lakukan. Percayalah, jika
anda menghadiri seminar berbayar sekalipun anda akan disuruh melakukan
perkara ini.

Seperti yang dibincangkan pada topik landing page diatas, inilah kelebihan dan
kegunaannya. Landing page yang dibuat digunakan untuk mengumpul emel
prospek yang berminat dengan tawaran kita. Emel hanya dapat dikumpul
menggunakan autoresponder.

Dengan adanya autoresponder ianya memudahkan lagi proses penghantaran


emel kepada prospek. Bayangkan anda mempunyai 1000 emel, ini bermaksud
anda mempunyai 1000 orang prospek yang perlu di followup. Tanpa
autoresponder anda perlu menghantar emel satu persatu kepada prospek. Ianya
memenatkan dan merugikan masa.
Bukan itu sahaja, pemasaran emel merupakan pemasaran yang paling efektif
dan paling banyak digunakan oleh otai-otai diluar sana. Ianya percuma dan
berkesan untuk mendapatkan jualan.

Direktori iklan percuma

Buka google dan buat carian iklan percuma. Di sana terdapat banyak laman
web yang menyediakan pengiklanan percuma. Pelawat yang melawat laman
web iklan percuma selalunya terdiri dari mereka yang melakukan perniagaan.

Mereka mempunyai niat yang sama iaitu untuk mengiklan, maka jika anda ada
produk yang berbentuk perniagaan, anda di galakkan untuk meletakkan laman
web anda di sini. Lagi satu keistimewaan direktori percuma adalah anda boleh
mengiklan sebanyak mungkin, jika ada had untuk satu akaun, buat sahaja akaun
lain.

Melalui laman pengiklanan ini juga anda boleh belajar cara menulis iklan dengan
lebih efektif. Cuba lihat pada iklan yang dipaparkan dan baca. Iklan yang menarik
perhatian anda dalam masa 3 saat adalah iklan yang bagus dan boleh ditiru cara
penyampaiannya.

Seterusnya untuk memastikan keberkesanan setiap proses diatas anda perlu


melakukan aktiviti pra jualan sebelum mempromosikan produk affiliate.
Caranya bukan terus meletakkan link affiliate di status Facebook. Cara ini boleh
merugikan anda. Sebaiknya mulakan post baru berserta tanda tanya yang
membolehkan prospek memberikan maklumbalas terhadap pertanyaan
tersebut.

Dalam aktiviti pra jualan anda perlu memperkenalkan produk yang ingin
dipromosikan menggunakan ayat sendiri. Jangan terlalu bergantung kepada
ayat promosi yang diberikan oleh penjual. Ini kerana jika prospek yang sama
melihat ayat yang sama setiap kali post baru dibuat, mereka akan menjadi muak
dan mengabaikannya.

Pra jualan boleh jadi landing page, artikel, kandungan website dan video. Seperti
seorang agen insurans yang menerangkan polisi insurans kepada prospek, anda
juga perlu menerangkan produk yang anda jual kepada prospek.

Kata - kata semangat buat affiliate baru..

Jika mahu jadi affiliate yang berjaya, anda tidak boleh mengalah terlalu cepat
sekiranya gagal mendapatkan jualan. Teruskan mencuba dan beralih kepada
teknik yang lain jika perlu. Lihat dari pelbagai sudut, jangan menggunakan satu
teknik sahaja hanya disebabkan itu yang orang lain banyak guna. Pelbagaikan
teknik anda dan anda pasti akan menemui teknik yang bersesuaian dengan
anda.

Salam kejayaan daripada saya,

Sahabat Usahawan Anda


www.teknikbrutalfesbuk.com

PS: Nak tahu tak teknik 'brutal' brader ni cuma belanjakan iklan
hanya RM28 boleh dapat sampai 13,541 respon!. Pergi ke sini
www.teknikbrutalfesbuk.com

You might also like