You are on page 1of 4

Pengenalan

Tamadun China merupakan antara tamadun yang terawal dan yang terbesar wujud di muka
bumi. Tamadun Hwang Ho juga dikenali sebagai Tamadun China suatu ketika dahulu.
Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China.
Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang
pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin yang bermula
pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M. diasaskan oleh Maharaja Shih Huang
Ti. Beliau berjaya memperluas jajahan takluknya hinggaterbentuk sebuah empayar. Zaman
empayar merupakan zaman jajahan takluknya yang luas dapat disatukan dibawah sebuah
pentadbiran pusat.

Perluasan kuasa dalam tamadun China telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem
feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun
221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh
maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang
terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada
rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan
awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka
dalam peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh
dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti.

Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, hukuman
berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme.
Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han
Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan
kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus
wujud rasa belas kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira
dalam apa jua keadaan untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja
mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan
dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius Ajaran Confucius menekankan
keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.

Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar
pada zaman Dinasti Chin, di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya
menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu
tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan
melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar
China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar
China.

Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman
Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera
telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat.
Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan

Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya,
pengaruhChina telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri
Chinatelah berjaya diwujudkan.

Dalam bidang pertanian, sejak Zaman Dinasti Han lagi, tenggala telah diperkenalkan untuk
membuat batas tanaman, kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta
kuda, dan kereta sorong beroda, selain penyisir tanah. Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan,
Ming, dan Ching, perkembangan terus meningkat dalam penciptaan alat kegunaan pertanian.
Sistem penenaman secara bergilir telah diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah.
Kawasan bukit telah ditereskan untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang. Sistem pengairan
seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian
terkawal. Kawalan terhadap banjir juga telah diambil berat dengan menggunakan terusan yang
dibina.

Perusahaan logam dan perusahaan tembikar telah berkembang sejak zaman Dinasti Han
lagi. Hasil perusahaan tersebut didagangkan ke kawasan di luar China dan Barat. Hasil ini
mula-mula dibawa melalui jalan darat, iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan
Laut mulai Dinasti Tang. Buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan
awal di kawasan-kawasan tersebut. Selain itu, barangan logam juga telah didagangkan.

Hasil perusahaan China itu bukan sahaja didagangkan ke luar tetapi didagangkan di negeri
China sendiri. Di negeri China, muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada
kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar. Perkembangan ekonomi yang pesat
dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan, iaitu pembinaan jalan raya,
jambatan, dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
Dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan, perniagaan, dan
kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam
kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi.
Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal
tulisan ideogram dan sembillan buah buku suci tanpa memahami maknanya. Pada peringkat
menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera, dan pada peringkat tinggi pula
tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci. Pendidikan di China lebih terjurus kepada
kepentingan untuk pentadbiran. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap
pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih. Tahap pertama setaraf
dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan tahap ketiga setaraf dengan
doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden ini. Peperiksaan tahap pertama
dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerah dan tahap ketiga di ibu kota empayar yang
bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama
yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun sekali. Sistem peperiksaan awam China
adalah yang tertua di dunia.

Tamadun China mempunyai reka bentuk seni binaan yang agak berlainan daripada
tamadun lain. Salah satu seni binaan yang telah dihasilkan ialah Tembok Besar China. Yang
dibina sejak zaman Dinasti Chou dan telah diteruskan oleh dinasti berikutnya. Tembok ini
dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking. Sementara itu bandar-bandar China purba
seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang juda dibina dengan rekaan yang mempunyai
tembok batu. Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu-
bata. Malahan di kampung-kampung juga terdapat tembok biarpun dibina daripada tanah
limpur. Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan
menara.

Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana
maharaja yang masih kekal sehinggan kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak
dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-
kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang
tetamu dan pusat pemujaan. Namun demikian bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar,
pagoda pula berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat. Biasanya, pagoda mempunyai bentuk
oktagon dan segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan
dan tempat.
Secara keseluruhannya, kita dapat mengetahui dan mempelajari sumbangan tamadun
China yang masih bertahan hingga hari ini. Teknologi pembinaan seperti yang digunakan
dalam pembinaan Tembok Besar China merupakan warisan yang dikagumi dan berharga
sebagai sumber pelancongan dan juga sumber contoh seni bina. Tamadun China juga
mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar. Kompas pula diperbuat daripada kayu
dan sebatang sudu magnet.

Setiap tamadun juga meninggalkan hasil sastera yang masih dibaca dan dujadikan rujukan
hingga ke hari ini. Tamadun China juga tidak dikecualikan. Tamadun China meninggalkan
rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan matlumat geografi yang dapat
digunakan sebagai sumber sejarah. Selain itu, tamadun China juga merupakan tempat
kemunculan ajaran utama di dunia, iaitu Confucianisme dan Taoisme. Ajaran Confunisme
diasaskan oleh Confucius yang lahir pada sekitar 551 S.M. di negeri Lu (di Shantung). Beliau
pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Namun demikian, beliau telah meletakkan jawatan
dan telah mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China. Masyarakat
China telah menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan Secara umumnya ajaran ini
menekankan prinsip moral yang tinggi seperti perkemanusiaan, kesusilaan, dan ketaatan
kepada ibu bapa. Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang itu haruslah mendapat
pendidikan. Prinsip moral ini juga harus dipertegaskan kepada semua lapisan mayarakat. Salah
satu lagi ajaran yang penting dalam tamadun China ialah Taoisme. Pengasas kepada ajaran ini
ialah Lao Tze. Seperti Confucius, Lao Tze juga telah mengembara ke luar untuk menyebar
pengaruhnya. Beliau telah menghasilkan buku yang bertajuk "Tao Te Ching" yang
mengandungi idea falsafah Taoisme. Taoisme pada asalnya berbentuk falsafah tetapi
kemudiannya menjadi ajaran berbentuk agama. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep
Tao yang bermaksud jalan. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao. Oleh sebab itu manusia
tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku.

You might also like