You are on page 1of 19

Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

Panitia Bahasa Inggeris telah melaksanakan beberapa program untuk panitia


serta untuk murid-murid tahun 6 secara terperinci. Program-program yang telah
disediakan adalah untuk memperbaiki kemahiran, pemahaman dan prestasi
pembelajaran murid-murid untuk subjek Bahasa Inggeris serta meningkatkan
peratus lulus subjek ini. Guru-guru Bahasa Inggeris telah bertungkus-lumus dan
bekerjasama menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan sepanjang
tahun serta aktiviti-aktiviti yang telah tambah mengikut kesesuaian dan
keperluan murid.

Antara program-program yang telah dijalankan :

1. ENGLISH LANGUAGE FOR BEGINNERS & VOCABULARY HUNTER


Program ini dilaksanakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris di dalam kelas
masing-masing pada waktu PdP mengikut kesesuaian mereka. Murid-
murid telah membeli Modul Vocabulary Hunter (untuk Tahun 1-3) dan
Modul English Language For Beginners (untuk Tahun 4-6) pada awal tahun
untuk meningkatkan perbendaharaan kata dan juga diberikan quiz oleh
guru-guru Bahasa Inggeris di dalam kelas untuk meningkatkan
kefahaman murid-murid.

Murid-murid ini juga perlu memahami serta menghafal perkataan-


perkataan yang disediakan serta membuat latihan yang telah disediakan
di dalam modul tersebut. Program ini dilaksanakan dari awal tahun
sehingga bulan Oktober. Bagi murid-murid tahap 2, Modul English
Language For Beginner mengandungi latihan-latihan dan nota-nota
penting yang membantu mereka untuk membina ayat dengan lebih
baik. (Rujuk lampiran 1)

1
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

2. LEARN 5 WORDS A DAY


Program ini dilaksanakan oleh semua guru-guru Bahasa Inggeris di mana
setiap guru menyediakan lima perkataan serta makna perkataan untuk
diberikan kepada murid-murid di dalam kelas. Guru-guru menyediakan
perkataan-perkataan mengikut kesuaian murid di dalam kelas masing-
masing.

3. KARNIVAL KO-AKADEMIK 2015 PERINGKAT DAERAH


Karnival Ko-Akademik untuk Bahasa Inggeris telah dijalankan pada 26
Mac 2015 di SK Chong Teik, Balik Pulau. Sekolah kita telah menjadi tuan
rumah untuk Pertandingan Public Speaking di SK Chong Teik pada hari
tersebut.

Dua orang murid telah mewakili sekolah untuk Pertandingan Storytelling


dan Public Speaking. Puan Shahrol Mazian Bt. Shuib telah ditugaskan
untuk melatih peserta Public Speaking manakala Puan Shazleen Bt.
Izaham untuk Storytelling. Walaubagaimanapun, sekolah kita berjaya
meraih tempat ketiga untuk Pertandingan Storytelling.
(Rujuk fail panitia, Facebook sekolah dan lampiran 1)

4. PROGRAM PERJUMPAAN WARIS DAN MOTIVASI MURID & KEIBUBAPAAN


TAHUN 6

Program ini telah dijalamkan pada 25 Mac 2015 di Dewan Terbuka SKTB
bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Program ini
melibatkan pihak pentadbir sekolah, guru kaunseling, Unit Kaunseling PPD
Barat Daya, semua guru tahun 6 dan waris murid tahun 6. Program ini
telah diadakan untuk memotivasikan murid-murid serta menyedarkan
waris tentang tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka
sebelum menghadapi peperiksaan UPSR. (Rujuk laporan fail panitia)

2
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

5. KELAS TAMBAHAN PERDA


Kelas ini diadakan hanya untuk murid-murid tahun 6 bermula dari bulan
Mac sehingga bulan Ogos sahaja. Guru-guru yang terlibat bagi kelas
Perda untuk tahun 2015 adalah Puan Shahrol Mazian, Puan Shazleen dan
Encik Prakash. (Rujuk lampiran 2)

6. KLINIK BAHASA INGGERIS : KERTAS 2 UPSR

Program ini telah dijalankan di Dewan Terbuka Sk Telok Bahang dan juga
melibatkan guru-guru Bahasa Inggeris dan turut dibantu oleh beberapa
orang fasilitator dari panitia Bahasa Melayu, Matematik dan Sains.
Program ini dilaksanakan pada 3 April 2015 pada pukul 3.00 6.00
petang.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan pemahaman


secara menyeluruh menjawab tiga soalan kertas 2 UPSR. Murid-murid
telah dibahagikan kepada 16 kumpulan serta dibantu oleh fasilitator
untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Bahan-bahan untuk
program ini telah disediakan oleh guru-guru Bahasa Inggeris Tahun 6.
Oleh kerana kekangan masa, program ini telah dilanjutkan pada minggu
yang berikutnya untuk menghabiskan teknik menjawab jertas 2 di Bilik
Tayangan SK Telok Bahang. (Rujuk fail panitia dan lampiran 3)

7. LANGUAGE HUNT : KERTAS 1 UPSR


Language Hunt telah dilaksanakan untuk memperkukuhkan
perbendaharaan kata, tatabahasa dan pemahaman murid-murid tahun
6 untuk menjawab kertas 1 soalan UPSR. Program ini telah dikelolakan
oleh guru-guru Panitia Bahasa Inggeris Sk Telok Bahang di Dewan Terbuka
Sekolah. Seramai tujuh orang guru Bahasa Inggeris yang terlibat dan
program ini telah dilaksanakan pada 8 Mei 2015 pada pukul 3.00 6.00

3
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

petang. Bahan-bahan pembelajaran untuk program ini telah disediakan


oleh semua guru Panitia Bahasa Inggeris.
(Rujuk fail panitia dan lampiran 3)

8. TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR


Murid-murid tahun 6 seramai 80 orang telah menghadiri program teknik
menjawab soalan UPSR di sekolah bertempat di Pusat Sumber Sekolah.
Beberapa orang guru tahap 2 matapelajaran Bahasa Inggeris telah
menjadi fasilitator untuk program ini yang telah dijalankan pada 22 Julai
2015, jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.

Program ini adalah anjuran Panitia Bahasa Inggeris. Penceramah luar


yang telah dijemput untuk memberikan teknik menjawab soalan bagi
kertas 1 UPSR ialah Encik Md. Noor. (Rujuk lampiran 4)

9. PROGRAM ALERT UPSR 2015


Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan
kerjasama Panitia Bahasa Inggeris. Program ini dilaksanakan dari 24
hingga 27 Ogos 2015. Program ini bermula dari pukul 7.45 pagi sehingga
4.30 petang dan murid-murid ditempatkan di dalam kelas masing-masing.
Panitia Bahasa Inggeris telah ditugaskan untuk mengendalikan program
ini pada 24 Ogos 2015. Hanya guru-guru Bahasa Inggeris tahap 2 sahaja
yang bertugas untuk program ini dimana sebanyak 2 set soalan kertas 1
dan 1 set soalan kertas 2 telah disediakan untuk murid-murid tahun 6. Sesi
perbincangan soalan-soalan dibuat selepas setiap kertas soalan
peperiksaan siap dijawab oleh murid-murid. (Rujuk lampiran 4)

4
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

10. PROGRAM PERKAMPUNGAN UPSR 2015


Perkampungan UPSR 2015 adalah anjuran YPM dengan kerjasama Panitia
Bahasa Inggeris. Seramai 80 orang murid telah dibahagikan kepada 8
kumpulan iaitu 4 kumpulan A dan 4 Kumpulan B. Program ini melibatkan
seramai 4 orang guru Bahasa Inggeris iaitu Pn. Shahrol Mazian, Encik
Prakash, Pn. Wang dan Pn. Shazleen. Program ini telah diadakan pada 8
Ogos 2015 bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Murid-murid
telah diberikan handout untuk melatih tubi tahap penguasaan
tatabahasa mereka. (Rujuk lampiran 4)

11. KEM LINUS NUMERASI DAN LITERASI 2015


Perkhemahan ini dilaksanakan 3 buah panitia. Panitia Bahasa Melayu ,
Panitia Bahasa Inggeris dan Matematik untuk murid-murid tahun 3 yang
gagal di dalam subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan juga
Matematik. Program ini telah melibatkan semua guru panitia bahasa dan
Matematik. Perkhemahan ini telah dijalankan pada 29 September (untuk
Panitia Bahasa Melayu), 30 September (untuk Panitia Bahasa Inggeris)
dan 1 Oktober (untuk Panitia Matematik). Bahan-bahan untuk program
linus ini telah disediakan oleh guru-guru panitia masing-masing. Seramai 6
orang guru Bahasa Inggeris telah terlibat dalam mengendalikan program
ini. (Rujuk lampiran 5)

12. REMEDIAL WORKSHOP FOR PAPER 1


Bengkel ini telah dijalankan pada 21 Ogos 2015, hari Jumaat anjuran
Panitia Bahasa Inggeris. Seramai 80 orang murid tahun 6 telah terlibat di
dalam program ini. Ia telah diadakan di Dewan Terbuka SK Telok Bahang
dan hanya melibatkan 3 orang guru Bahasa Inggeris iaitu Pn. Shahrol
Mazian, Pn. Shazleen dan En. Prakash. Program ini bermula pada pukul
2.30 petang sehingga 5.00 petang.

5
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan tatabahasa murid-murid


sebelum menghadapi peperiksaan UPSR dan juga memudahkan mereka
untuk menjawab solan kertas 1. (Rujuk lampiran 6)

13. TAKLIMAT UPSR DAN TAKLIMAT TEKNIK MENJAWAB SOALAN KERTAS 1


Satu taklimat ringkas telah diberikan oleh guru-guru tahun 6 yang
mengajar matapelajaran teras kepada murid-murid tahun 6 selepas
waktu terakhir sekolah iaitu pada 16 Julai 2015. Taklimat ini bertujuan
untuk member sedikit persediaan bagi murid-murid ini untuk menghadapi
peperiksaan percubaan UPSR.(Rujuk facebook dan lampiran 6)

14. INTRODUCTION OF ENGLISH FUNDAMENTAL- NEW FORMAT (TAHUN 3


CEMERLANG)
Program ini diadakan untuk murid-murid Tahun 3 Cemerlang yang bakal
memasuki tahap 2 pada tahun hadapan. Tujuan program ini
dilaksanakan adalah untuk mendedahkan mereka pada format terbaru
UPSR berdasarkan KSSR.

Bahan serta penerangan untuk bahagian 1 dan 2 kertas 2 telah diberikan


oleh Pn. Shazleen manakala Pn. Shahrol Mazian pula telah mendedahkan
format serta menyediakan contoh terkini soalan 3 kertas 2. Encik Prakash
telah menganjurkan program ini khas untuk memberi sedikit input kepada
murid-murid 3 Cemerlang yang bakal menduduki peperiksaan UPSR nanti.
(Rujuk laporan panitia dan lampiran 7)

6
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

15. PROGRAM SELEPAS UPSR 2015

A) Panitia Bahasa Inggeris telah melibatkan 80 orang murid-murid untuk


program Jalan Ria dan Senamrobik di Empangan Telok Bahang pada
6 November 2015 dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Puan
Shahrol Mazian, Puan Shazleen dan beberapa orang guru telah
mengiringi murid-murid ini ke Empangan Telok Bahang untuk program
ini. Seorang jurulatih senamrobik telah dijemput untuk mengendalikan
program ini selama 2 jam. (Rujuk lampiran 8)

B) Seramai 12 orang murid telah mewakili sekolah untuk Program


Melestarikan Akademik: Empowering Communicative English yang
telah dianjurkan oleh SMK Telok Bahang dan PPD Barat Daya. Dua
orang guru iaitu Pn. Shazleen dan Pn. Shahrol Mazian telah menjadi
guru pengiring untuk program ini. (Rujuk fail panitia dan lampiran8)

16. LDP PENATARAN DSKP KSSR FOR YEAR 6 BAHASA INGGERIS

Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan satu latihan dalam


perkhidmatan untuk Penataran DSKP KSSR Tahun 6 Bahasa Inggeris yang
telah diterangkan oleh Pn. Shahrol Mazian selaku guru tahun 6 yang
telah menghadiri kursus penataran ini.

LDP ini telah dijalankan pada 20 Oktober 2015, jam 2.00 petang di
Perpustakaan SK Telok Bahang dan telah dihadiri oleh semua guru yang
mengajar Bahasa Inggeris di SK Telok Bahang untuk tujuan pemahaman
dan pendedahan format terkini KSSR Tahun 6 yang akan dilaksanakan
pada tahun 2016. (Rujuk fail panitia dan lampiran 9)

7
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

17. PENGAMBARAN PdP VOCABULARY HUNTER UNTUK TUJUAN PERTANDINGAN


GURU INOVASI 2016
Pengambaran ini telah dijalankan pada 12 November 2015 di Kelas 3
Cemerlang.Guru-guru yang terlibat adalah Pn. Shahrol Mazian,
En.Prakash dan Pn. Shazleen. Pengambaran ini telah dibuat pada pukul
8.15 pagi selama 11 minit dimana En. Prakash telah menjadi pegendali
program ini.

18. ANALISIS PEPERIKSAAN UPSR 2015 UNTUK MATAPELAJARAN BAHASA


INGGERIS (Rujuk lampiran 10)

Laporan disediakan oleh: Disahkan oleh :

_______________________ __________________________
(SHAZLEEN BT. IZAHAM) (TN. HJ. KAMALUDIN SHAWAL HAMID)
KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS PENOLONG KANAN 1
SK TELOK BAHANG SK TELOK BAHANG

8
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 1

English Language For Beginners and Vocabulary Hunter

Karnival Ko-Akademik 2015 Peringkat Daerah Barat Daya

9
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 2
Jadual waktu Perda.

10
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 3

Klinik Bahasa Inggeris (Kertas 2)

11
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

Language Hunt (Kertas 1) UPSR

12
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 4

Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 Anjuran Panitia Bahasa Inggeris

Perkampungan UPSR 2015 Anjuran YPM

13
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 5

Kem Linus 2015

14
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 6

Remedial Workshop for Paper 1

15
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 7

Introduction of English Fundamental New Format (Tahun 3 Cemerlang)

16
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 8

Empowering Communicative English

17
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 9

LDP untuk KSSR DSKP Tahun 6

18
Laporan Tahunan Panitia Bahasa Inggeris, 2015

LAMPIRAN 10
Analisis Peperiksaan UPSR 2015 untuk Matapelajaran Bahasa Inggeris.

19

You might also like