You are on page 1of 7

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 4

SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN


SEKOLAH KEBANGSAAN AGAMA (MIS) MIRI

KERTAS KERJA
PROGRAM KEBERSIHAN DAN
KECERIAAN KELAS ABAD KE 21

2017

0
PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS
ABAD KE 21

1. PENGENALAN

Pengurusan HEM SK Agama (MIS) Miri mengadakan Program Kebersihan dan Keceriaan
Kelas Abad ke 21 bagi setiap kelas mulai 2017. Sebelum ini, nama program kebersihan
dan keceriaan kelas adalah Program Kelas Bitara dan Program Kelas Unggul. Program ini
merupakan salah satu program pengurusan HEM dalam aktiviti pertandingan kebersihan
dan keceriaan kelas SK Agama (MIS) Miri. Program ini dijalankan oleh semua warga
sekolah. Kelas merupakan tempat dan rumah bagi murid di sekolah. Kelas yang menarik
dan kondusif akan menarik minat murid untuk belajar serta mahu ke kelas bagi menuntut
ilmu. Suasana kelas yang kondusif akan memberi murid keselesaan untuk belajar di
samping berasa teruja untuk menerima ilmu yang baharu. Keceriaan kelas adalah
tanggungjawab bersama guru kelas, ibu bapa dan murid-murid dalam kelas tersebut.
Dengan adanya program ini, ia dapat menerapkan aspek kerjasama di antara guru kelas
dan guru pembantu bersama ibu bapa dan murid-murid di dalam kelas. Setiap kelas
mempunyai AJK Ibu bapa di dalam kelas terutamanya dalam membantu aktiviti kebersihan
dan keceriaan kelas. Pertandingan ini adalah salah satu medium untuk guru kelas, guru
pembantu kelas, ibu bapa dan semua murid di dalam kelas bersama-sama berganding
bahu untuk menceriakan kelas mereka dan anak-anak mereka di samping untuk
keselesaan semasa belajar di dalam kelas.

1
2. LATAR BELAKANG PROGRAM
Program ini bermula pada 2009 dan dinamakan Program Kelas Unggul. Pada tahun
2010, program ini dinamakan semula iaitu Program Kebitaraan. Setiap tahun penilaian
kelas dijalankan untuk menilai kelas yg bersih dan ceria . Kebersihan dan keceriaan
kelas dapat mencapai kecemerlangan murid-murid dalam akademik, kokurikulum,
sahsiah dan disiplin. Pada tahun 2016 nama program telah berubah kepada Program
Kelasku Rumahku. Namun pada tahun 2017 ini, nama program ini sekali bertukar
menjadi Kebersihan dan Keceriaan Kelas Abad ke 21. Nama program ini ditukar
sejajar dengan kehendak pdpc pada abad 21 ini.

3. MATLAMAT

- Pengurusan kelas yang berkesan dan konsisten


- Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan kelas
- Memberi murid suasana kelas yang lebih kondusif kepada murid-murid dan
guru-guru
- Mengeratkan silaturahim di antara guru kelas, guru pembantu kelas, ibu bapa dan
murid-murid.

4. OBJEKTIF

a. Mewujudkan bilik darjah yang bersih dan ceria.


b. Membina kreativiti guru, ibu bapa dan murid dalam melahirkan idea untuk
mewujudkan kelas yang bersih dan ceria.
c. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan guru, ibu bapa dan murid seperti
kerjasama, hormat menghormati, menghargai dan tolong menolong.
d. Menyemai perasaan bertanggunjawab dan sayang akan bilik darjah dan
menyumbang kepada pengurusan dan kebersihan bilik tersebut.
e. Membentuk perlakuan lazim yang sentiasa mengutamakan kebersihan.
f. Meningkatkan aktiviti sarana ibu bapa di dalam kelas.

2
5. KUMPULAN SASARAN
Semua murid di kelas Tahun 1 hingga 6

6. PELAKSANAAN PROGRAM `KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS ABAD KE 21


- Pertandingan ini bermula bulan Mac 2017.
- Pertandingan terbuka kepada semua kelas.
- Penghakiman diadakan mengikut tahap kelas, Tahap 1 - terdiri daripada Tahun 1, 2
dan 3, manakala Tahap 2 terdiri daripada Tahun 4, 5 dan 6.
- penghakiman dibuat berdasarkan memberi gred A,B dan C kepada setiap kelas
pada hujung bulan manakala bagi keseluruhan semester 1 dan 2 hadiah akan
diberikan.
- Penghakiman akan diadakan oleh guru-guru dan mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh penyelaras.
- Semua kelas ditetapkan warna dalam setiap kelas :
- Kelas Amanah (Kuning), Kelas Bestari (Merah), Cemerlang (Biru) dan
Dinamik (Hijau)

7. JAWATANKUASA PELAKSANA

CARTA ORGANISASI PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


KELAS ABAD KE 21 2017

Penasihat : Cikgu Zaidi Bin Hj Abdul Hamid

Pengerusi : Cikgu Fauzia Binti Etayi Kandi Hassan

Penyelaras : Cikgu Haslinda Bt Arsat

Penolong Penyelaras : Cikgu Dyg Nurul Asrina bt Awg Fadzellah

AJK : Cikgu Ahmad Zulhilmi bin Mohammad

3
8. SENARAI SEMAK GURU KELAS DAN GURU PEMBANTU

BIL PERKARA CATATAN Ada /


Tiada
1 Jadual waktu kelas Dipamerkan pada dinding hadapan kelas
2 Jadual tugasan murid Dipamerkan pada dinding hadapan kelas
3 Jawatankuasa Keceriaan Kelas Mengadakan mesyuarat untuk melantik Jawatankuasa Ibubapa /
(ibu bapa) penjaga.Senarai jawatankuasa hendaklah dimajukan kepada
PKHEM dan dipamerkan.
4 Senarai nama murid terkini Sila kemaskini dalam buku kedatangan murid dan pamerkan
pada papan maklumat. Sentiasa memaklumkan PK HEM dan
kerani kalau ada perpindahan murid.
5 Buku jadual kedatangan murid Sila kemaskini dengan lengkap item-item yang ada
6 Sudut hari jadi Untuk semua murid kelas berkenaan dan guru mengajar
7 Sudut mata pelajaran Semua mata pelajaran asas. Ruangan di belakang kelas.
Bahagikan mengikut mata pelajaran tertentu.
8 Sudut informasi / papan Mempamerkan surat / makluman terkini dari pihak pentadbir.
maklumat kelas
9 Sudut pencapaian murid Mempamerkan pencapaian akademik (cth: markah ujian
TOV/prestasi/semester dan kejayaan dalam bidang ko-
kurikulum)
10 Peralatan yang perlu Alat tulis white board marker (dapatkan dari pejabat am/beli
guna duit peruntukan), pemadam, tong sampah, pencedok,
penyapu, mop, baldi, kain lap.
11 Peraturan kelas Dipamerkan pada papan maklumat kelas. Hendaklah selalu
diperingatkan kepada murid-murid.
12 Visi, misi, slogan dan motto Dipamerkan di hadapan kelas. Hendaklah sentiasa diberitahu
sekolah dan visi misi KPM kepada murid.
13 Buku rekod keluar dan masuk Disimpan di atas meja guru kelas. Guru yang mengajar pada
serta datang lewat murid waktu pertama hendaklah merekod murid yang datang lewat
dan maklumkan kepada PK HEM untuk rekod
14 Pas keluar kelas Digantung pada dinding hadapan kelas. Disediakan empat
sahaja (2 pas tandas, 2 pas ke bilik guru)
15 Inventori kelas Dipamerkan pada papan makalumat kelas
16 Fail peribadi murid Sentiasa dikemaskini item yang tedapat di dalamnya seperti
yang diarahkan. (MESTI DISEMPURNAKAN KEMASKINI
BERAKHIR PADA 27 Februari 2017)
17 Sudut maklumat guru mengajar Dipamerkan dihadapan kelas
18 Keceriaan kelas Abad 21 Susunan meja, Tikar, alas meja (murid & guru), langsir kelas,
bunga-bungaan, cat dinding, hiasan dalaman, sudut-sudut
pameran
19 Maklumat Borang Peribadi Borang yang telah dilengkapisi hendaklah dimasukan dalam fail
peribadi.
20 *sudut-sudut khas Seperti sudut bacaan, air terjun, kolam ikan, bilik persalinan,
sudut bercerita atau apa-apa sahaja yang ada unsur
pembelajaran.
*TIDAK DIWAJIBKAN UNTUK MENYEDIAKANNYA.
21 Kalendar/takwim 2017 *SANGAT DIGALAKKAN UNTUK MENYEDIAKANNYA

4
9. KEWANGAN

i ANGGARAN PERBELANJAAN :

HARGA ANGGARAN
BIL BAHAN KUANTITI
(RM) ( RM )
Kertas Sijil
1 1 SET Rm100.00 Rm100.00
Mac - Oktober
Hamper Makanan
3 4 SET Rm80.00 RM320.00
Tempat Pertama
Hamper Makanan
4 4 SET Rm70.00 Rm280.00
Tempat Kedua
Hamper Makanan
5 4 SET Rm60.00 Rm240.00
Tempat Ketiga
Jam Dinding
6 2 BIJI Rm60.00 Rm120.00
(hadiah semester 2)
8. Fail poket plastik 24 keping RM 2.00 RM48.00
9. Doorgift 120 biji Rm3.00 RM360.00
Plak Keceriaan Kelas
10. 2 buah Rm50 RM100.00
( hadiah semester 1)
JUMLAH Rm1568.00

10. PENUTUP

5
Program Kebersihan dan Keceriaan Kelas Abad ke 21 diharap dapat dijalankan dengan
jayanya agar perancangan yang telah disusun akan berjalan dengan lancar di samping
mendapat kerjasama dan perhatian semua pihak. Selain itu, program ini dapat
memastikan kelas sentiasa ceria dan bersih. Di samping itu, ianya adalah untuk
merealisasikan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam usaha melahirkan individu
yang cemerlang dari aspek jasmani, rohani, mental, emosi dan sosialnya. Dengan adanya
program ini, murid-murid dapat belajar di kelas yang lebih kondusif dan menarik . Kelas
yang ceria dan bersih dapat menghasilkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang
akademik, kokurikulm dan pembinaan akhlak serta sahsiah yang unggul.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

(HASLINDA BINTI ARSAT) (ZAIDI BIN HJ ABDUL HAMID)


PENYELARAS KEBERSIHAN DAN GURU BESAR
KECERIAAN KELAS ABAD KE 21 SK AGAMA (MIS) MIRI
SK AGAMA (MIS) MIRI

You might also like