You are on page 1of 4

Bab 5 Ikatan kimia

5.1 Jenis ikatan


1. Atom-atom yang berlainan bergabung secara kimia dipanggil sebatian.

2. Semasa membentuk ikatan kimia, suatu atom akan mengubah susunan elektron untuk
mencapai susunan elektron duplet atau oktet
3. Terdapat dua jenis ikatan kimia, iaitu:
Ikatan Ion melalui pemindahan elektron
Ikatan kovalen- melalui perkongsian elektron

5.2 Ikatan ION


1. Ikatan ion terbentuk diantara logam dan bukan logam melalui pemindahan elektron.

Logam Bukan logam


Gerakan elektron Atom menderma elektron Atom menerma elektron
Jenis ion yang Ion bercas positif Ion bercas negatif
terbentuk Kation Anion
Contoh Magnesium Oksigen

Daya antara ion Daya elektrostatik yang kuat menarik kation dan anion untuk
membentuk sebatian ion

PREPARED BY : MR LIM( EAGLE Vision Edu Man Sdn Bhd) bab 5 ikatan kimia,Page 1
5.2 Ikatan Kovalen
1. Ikatan Kovalen terbentuk diantara bukan logam dan bukan logam melalui perkongsian
elektron.

2. Terdapat tiga jenis ikatan kovalen,iaitu:


Ikatan tunggal- satu pasang elektron dikongsi
Ikatan ganda dua- dua pasang elektron dikongsi
Ikatan ganda tiga- Tiga pasang elektron dikongsi

PREPARED BY : MR LIM( EAGLE Vision Edu Man Sdn Bhd) bab 5 ikatan kimia,Page 2
3. Daya tarikan yang terbentuk di dalam molekul kovalen adalah sangat kuat.Tetati daya
tarikan diantara molekul adalah lemah.

5.3 Perbandingan sifat sebatian ion dan kovalen

Butiran Ikatan ion Ikatan Kovalen


Persamaan
susunan Atom mencapai susunan elektron duplet atau oktet
elektron yang stabil selepas membentuk ikatan
Perbezaan

Jenis unsur Logam + bukan logam Bukan logam+ bukan logam

Kaedah ikatan Elektron dipindah dari logam Perkongsian elektron


terbentuk ke bukan logam antara logam/bukan logam
Kuat, daya tarikan Kuat( pasangan elektron
Kekuatuan
elektrostatik yang dikongsi memegang
ikatan
atom antara satu sama lain
Zarah di dalam Ion positif/negatif Atom
sebatian

PREPARED BY : MR LIM( EAGLE Vision Edu Man Sdn Bhd) bab 5 ikatan kimia,Page 3
Perbandingan sifat fizik:

(a) Sifat Takat Lebur didih dan lebur

-Takat lebur/didih sebatian ion adalah Tinggi


- Ini kerana sebatian ion terdiri daripada ion positif dan ion negatif yang ditarik
bersama oleh daya tarikan elektrostatik yang kuat.
- Tenaga haba yang lebih banyak diperlukan untuk mengatasi daya tarikan
elektrostatik ini

-Takat lebur/didih sebatian Kovalen adalah Rendah


- Ini kerana sebatian kovalen terdiri daripada atom yang neutral yang ditarik bersama
oleh daya tarikan Van der waals yang lemah
- Tenaga haba yang sedikit diperlukan untuk mengatasi daya tarikan ini.

(b) Kekonduksian Eletrik

-Sebation ion tidak mengkonduksikan eletrik dalam keadaan pepejal.


- ini kerana, ion ion berada di kedudukan yang tetap dan tidak boleh bergerak dengan
bebas.
-Sebatian ion mengkonduksikan eletrik dalam keadaan cecair.(Larutan
akeous/Leburan)
- Sebatian kovalen tidak mengkonduksikan eletrik

(C ) Keterlarutan
- Kebanyakan sebatian ion melarut ke dalam air tetapi tidak melarut ke dalam pelarut
organik
- Kebanyakan sebation kovalen tidak larut dalam air tetapi larut dalam pelarut
organik.

PREPARED BY : MR LIM( EAGLE Vision Edu Man Sdn Bhd) bab 5 ikatan kimia,Page 4

You might also like