You are on page 1of 7

Bab 9 Bahan buatan dalam industri

9.1 Asid sulfurik

1. Asid sulfurik digunakan untuk menghasilkan pengcelup,pigmen, cat ,nilon, elektrolit


dalam kereta, detergen,baja,racun serangga,membersihkan logam dan melembutkan
kulit haiwan
2. Asid sulfurik dihasilkan melalui proses Sentuh.

Langkah 1: Pembentukan sulfur dioksida

Langkah 2: pembentukan gas sulfur trioksida

Langkah 3: pembentukan oleum

Langkah 4: pencairan oleum

3.Proses ini mencemarkan alam sekitar kerana sulfur dioksida dihasilkan

Sulphur dioksida -------menyebabkan penyakit sistem respirasi seperti batuk, bonkitis


sakit dada, dan sesak nafas.

Hujan asid-------- mengakis bangunan yang diperbuat daripada batu kapur, mengurang
nilai pH tanah dan sungai,meningakt keasidan air, hidupan akuatik
mati
9.2 Ammonia dan garamnya

1.Ammonia boleh diggunakan untuk menghasilkan kertas varnis, asid nitrik ,gentian
sintetik, bahan penyejuk, agen pembersih,bahan letupan ammonium nitrat.

Ammonium phosphate

Ammonium nitrate

Ammonium sulphate

2. Ammonia boleh digunakan untuk menghasilkan nitrik asid dengan proses ostwald

3. Sifat ammonia: Tidak berwarna, sengit ,kurang tumpat dari air, sangat larut dalam air
gas alkali

4. Ammonia disediakan melalui Proses Haber


9.3 Aloi

1.Logam tulen biasa mempunyai


a)ketumpatan ,Takat didih dan lebur yang tinggi
b) Konduktor haba dan elektrik yang baik
c)boeh ditempa, mulur , dan berkilat

2. Atom di dalam lgam tulen tersusun dengan rapat , padat dan teratur, tetapi lemah

3.lapisan atom boleh tergelongsor antara satu saman lain apabila dikenal daya.

4. Aloi adalah campuran antara logam dengan unsur logam atau unsur bukan logam
Aloi adalah lebuh kuat, keras, tahan kepada karat,dan berkilat

5. Atom asing yang ditambah akan menggangu susunan atom logam tulen yang teratur,
dan menyukarkan penggelongsoran antaran lapisan atom jika daya dikenalkan.
9.4 Polimer
1. Polimer adalah molekul yang panjang yang terbina daripada banyak ulangan unit kecil
"monomer"

2.pempolimeran menggabungkan monomer dengan ikatan kovalen menjadi rantai yang


panjang
3. Polimer semula jadi ialah, kanji, kapas , portein, getah asli, selulosa.

4. Dua jenis pempolimeran:pempolimeran penambahan dan pempolimeran kondensasi


9.5 kaca dan seramik

1.Komponen didalam kaca dan seramik adalah silikon dioksida (Silika)

2. Kaca dihasilkan dengan memanaskan silikon dioksida dengan logam karbonat melebih
1500C
a)logam karbonat mencerai menjadi logam oksida

b) logam oksida bertindak balas dengan SiO2 untuk membentuk logam silikat

3. kaca ialah makromolekul,

4.Sifat kaca: lut sinar, dan titak telap , tahan mampat dan kimia, keras tetapi rapuh
tahan kepada panas dan penebat elektrik yang baik

5. seramik dibuat daripadatanah liat ,kaolin Al2O3.2SiO2.2H2O dengan pemanasan yang


kuat
6. Bahan komposit yang berguna

a)Gentian optik------tali kaca yang diseliputi dengan selapis kaca,untuk


menghantar data dalam digital dengan cepat dan stabil

b)Kaca fotokromik ---- kaca yang ditambah dengan AgCl or AgBr , kaca ini
akan menjadi gelap apabila terdedah kepada cahaya UV

c) kaca konduktor -------konduk eletrik dengan lapisam TiO2 di atas kaca,


LCD panel.

d)gentian kaca ----------bahan yang kuat yang dibuat daripada seramik


digunnakan dalam tangi penyimpan air, raket, topi
keledar

e) superkonduktor-------mengkonduksikan arus elektrik tanpa sebarang


rintangan.digunakan dalam kereta api laju, mesin imej
resonans bermagnet
,

You might also like