You are on page 1of 6

( ) JKR:UB(S)123/BA/W.

11/519
April 2002
NAMA DAN ALAMAT KONTRAKTOR

Tuan,

Projek :

Perkara : SURAT NIAT

Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia (kemudian ini disebut


Kerajaan) berhasrat melantik syarikat tuan secara rundingan terus untuk
melaksanakan projek yang tersebut di atas mengikut kaedah TURNKEY.

2. Dokumen Pra-Tawaran sedang disediakan dan akan diserahkan kepada


tuan dengan secepat mungkin. Pihak tuan adalah diminta untuk
mengemukakan cadangan dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh
penyerahan Dokumen Pra-Tawaran kepada:-

Cawangan Pengurusan Perolehan Dan Harta,


Bahagian Kewangan dan Akaun,
Tingkat Bawah, Blok A,
Kementerian Kerja Raya Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.

3. Tarikh rundingan terus dengan pihak tuan akan ditetapkan kemudian,


dan penerimaan tender tuan adalah tertakluk kepada persetujuan tuan
kepada syarat-syarat berikut :-

i) Rekabentuk yang ditawarkan serta skop kerja projek hendaklah


menepati dan bersesuaian dengan Penyataan Kehendak Kerajaan
(Governments Need Statement) seperti yang terkandung di
dalam Dokumen Pra-Tawaran yang dikemukakan;

ii) Tender ini berasaskan Syarat-syarat Kontrak untuk Turnkey


(PWD FORM DB/T) seperti yang dilampirkan;
1
iii) Tuan dikehendaki menyediakan lukisan-lukisan dan dokumen-
dokumen yang disyaratkan untuk tujuan rundingan. Untuk tujuan
ini, tuan hendaklah melantik Juruperunding-juruperunding yang
bertauliah yang berkaitan untuk menyediakan lukisan-lukisan,
senarai kuantiti yang dihargakan untuk semua tred dan lain-lain
dokumen berkaitan. Juruperuding-juruperunding ini hendaklah
perunding bebas (independent and not in-house consultants)
serta berdaftar dengan Lembaga Professional yang berkenaan
dan Kementerian Kewangan Malaysia. Oleh yang demikian, tuan
adalah diminta dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh
surat ini untuk mengemukakan cadangan senarai Juruperunding-
juruperunding yang akan dilantik berdasarkan kepada Lampiran
I lengkap dengan maklumat syarikat (company profile) kepada:-

Pengurus,
Unit Pengurusan Projek Kerja Bangunan Am 2,
Cawangan Bangunan,
Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
(u.p )

iv) Semua cadangan teknikal akan dirundingkan dan dipersetujui


bersama dan adalah berdasarkan Penyataan Kehendak Kerajaan
(Governments Need Statement) dan syarat-syarat serta
keperluan lain yang dinyatakan di dalam Dokumen Pra-Tawaran
serta pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan;

v) Tuan juga adalah dikehendaki mengemukakan Cadangan


Kewangan (Financial Proposal) bagi keseluruhan projek bermula
dari awal perlaksanaan projek sehingga projek disiapkan
bersama dengan cadangan tuan;

vi) Tempoh Siap Projek adalah Bulan dari Tarikh Milik


Tapak, sehubungan dengan itu pihak tuan diminta
mengemukakan Perancangan dan Penjadualan Projek bermula
dari peringkat rekabentuk, kelulusan dan perlaksanaan projek;

vii) Pihak Kerajaan berhak mengenakan syarat-syarat dan terma


tambahan termasuk mengubah sebarang Kehandak Kerajaan di
dalam Dokumen Pra-Tawaran pada bila-bila masa sebelum Surat
Setujuterima dikeluarkan;

2
viii) Selaras dengan Dasar Perolehan Kerajaan Mengenai Barangan
Import Dan Penggunaan Perkhidmatan Asing, pihak tuan adalah
dengan ini diminta untuk mematuhi sepenuhnya dasar tersebut
sebagaimana yang dinyatakan di dalam Peruntukan Kontrak
iaitu :-

a) Fasal 2.9.1 berhubung dengan larangan menggunakan


perkhidmatan asing; dan
b) Fasal 9 penggunaan dan prosidur mengenai barangan import

Bagi mempastikan Dasar tersebut di atas dipatuhi sepenuhnya,


pihak tuan dikehendaki menyenaraikan dan menyerahkan kepada
Kerajaan untuk kelulusan sebelum Surat Setujuterima
dikeluarkan, bahan-bahan, peralatan atau apa-apa barangan yang
tiada di pasaran tempatan dan bercadang untuk
mengimportkannya.

4. Segala kos yang terlibat dalam menyediakan dan seterusnya


mengemukakan cadangan yang lengkap untuk tawaran ini hendaklah
ditanggung oleh pihak tuan.

5. Surat ini dihantar kepada tuan dalam dua (2) salinan. Sebagai tanda
persetujuan ke atas Syarat-syarat yang dikemukakan ini, sila kembalikan
salinan ASAL, yang telah ditandatangani oleh pihak tuan dan disaksikan
dengan sempurnanya, diruang yang berkenaan, ke pejabat ini dalam tempoh
dua (2) minggu dari tarikh surat ini dan simpan salinannya.

6. Surat ini adalah Surat Niat dan tidak boleh ditafsirkan dalam apa jua
keadaan sebagai mengikat Kerajaan ke atasnya.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(DATO Ir. HJ. ZAINI BIN OMAR)


Ketua Pengarah Kerja Raya,
Malaysia.

s.k. - Ketua Setiausaha Perbendaharaan,


Kementerian Kewangan Malaysia,
Bahagian Pengurusan Perolehan Malaysia,
Jalan Duta, 50592 Kuala Lumpur.
(u.p.: En. Abd. Shukor bin Ibrahim)
(Surat tuan ruj. S/K.KEW/PK/BN/2300/810100( 4 ) bertarikh 10/5/2000
dan S/K.KEW/PK/BN/2300/810100/7( 6 ) bertarikh 20/7/2000 adalah
berkaitan)

3
- Ketua Setiausaha,
Kementerian Luar Negeri Malaysia,
Wisma Putra,
No. 1 Jalan Wisma Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.
(u.p.: Bahagian Pembangunan)

- Pengarah,
Cawangan Bangunan,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.

- Pengurus,
Unit Pengurusan Projek Kerja Bangunan Am 2,
Cawangan Bangunan,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.
(u.p. : Pn. Nur Haizi bt. Abdul Hai)

- Pengarah,
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.
(u.p.: En. Nik Zainal Alam bin Hasan)

- Pengarah,
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.

- Pengarah,
Cawangan Struktur Dan Kejuruteraan Pakar,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.
(u.p.: Pn. Norma bt. Norman)

- Pengarah,
Cawangan Bekalan Air,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.
(u.p.: Ir. Mohd. Hizan b. Kamaruzaman)

- Pengarah,
Cawangan Kejuruteraan Elektrik,
Ibu Pejabat JKR Malaysia.
(u.p.: Ir. Hj. Fazli Othman)

sj(c:Singapore/fasa 3/surat/surat niat.doc)

4
Rujukan Tuan : ( ) JKR:UB(S)123/BA/W.11/519 bertarikh

Rujukan Kami :

Tarikh :

Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia,


Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.
(u.p.:

Tuan,

Projek :

Perkara : SURAT NIAT

Dengan ini yang bertandatangan di bawah mengaku menerima Surat Niat bil.
JKR:UB(S)123/BA/W.11/519 bertarikh dan mengesahkan
bahawa persetujuan kami kepada semua hal, syarat-syarat dan stipulasi yang
terkandung di dalamnya.

5
2. Seperti yang dikehendaki, salinan ASAL yang telah ditandatangani, bertarikh
dan disaksikan, dengan ini dikembalikan kepada tuan dan satu salinannya telah
disimpan oleh kami.

Kontraktor Saksi

....
(Tandatangan Pegawai yang (Tandatangan Saksi)
ditauliahkan bagi pihak Kontraktor)

Nama Penuh: Nama Penuh:...


.

Atas Sifat : No K/P :..


.

Yang diberikuasa dengan sempurnanya untuk Alamat :


....
Menandatangani untuk dan bagi pihak :

(Meteri atau Cop Kontraktor)

Tarikh:. Tarikh:
..

You might also like