You are on page 1of 1

Cara bermain

1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.


2. Pasukan penyerang akan memulakan permainan dengan tap dan membawa bola ke kawasan gol.
3. Penyerang perlu mengacah untuk mengelak disentuh oleh pasukan bertahan.
4. Pasukan bertahan perlu menyentuh bahagian atas belakang badan (upper back) pasukan penyerang
bagi memberhentikan pergerakan pasukan penyerang.
5. Penyerang yang sudah disentuh perlu kembali ke garisan permulaan untuk memulakan permainan.
6. Pasukan bertahan hanya boleh bergerak di atas garisan masing-masing.
7. Pasukan yang berjaya melepasi garisan gol akan mendapat satu mata.
8. Permainan diperuntukkan selama 5 minit dan tukar peranan.
9. Pasukan yang berjaya memperoleh mata yang tertinggi dikira sebagai pemenang.

Nota Guru :
Memulakan permainan dengan tap bola dibawa menyentuh bahagian dalam kaki.
Penyerang boleh bergerak secara serentak atau mengikut giliran.
Setiap penyerang digalakkan membawa bola semasa bergerak.
Kawasan permainan boleh diubah suai.
Bilangan pemain juga boleh diubah suai.
Memastikan kawasan permainan selamat.
Guru mengemukakan soalan fakta, konsep atau perbahasan kepada murid.

You might also like