You are on page 1of 12

Fakta-Red

Huraian- Biru

Contoh-Hijau

2. Malaysia Kekal Berdaulat

2.1 Negara Berdaulat

Konsep Negara

Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai
sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan.
Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi
pemerintah yang berkesan.
Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara
tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Penduduk yang tetap Kerajaan yang sistematik dan tersusun Wilayah yang mempunyai
sempadan yang jelas dan diiktiraf
Max Weber: Satu komuniti masyarakat yang mempunyai monopoli menggunakan
kekuasaan secara sah dalam sesuatu wilayah.
Rumusan: Negara ialah sebuah wilayah (bersempadan) yang mempunyai kerajaan
(sistem kerajaan) & penduduk (rakyat).
Negara adalah suatu organisasi dalam suatu wilayah yang memiliki kekuasaan tertingggi
yang sah dan ditaati oleh rakyatnya.
Negara merupakan integrasi dari kekuasaan politik.
Negara adalah alat (agency) dari masyarakat yang mempunyai kekuasaan un tuk
mengatur hubungan-hubungan manusia dalam masyarakat dan menertibkan gejala-
gejala kekuasaan dalam masyarakat.
Manusia hidup dalam suasana kerja sama, sekaligus suasana antagonis dan penuh
pertentanngan.
Negara adalah organisasi yang dalam sesuatu wilayah dapat memaksakan kekuasaannya
secara sah terhadap semua golongan kekuasaan lainnya dan yang dapat menetapkan
tujuan-tujuan dari dari kehidupan bersama itu.
Definisi orang para ahli politik tentang negara :

1. Roger H. Soltau Negara adalah agen (agency) atau kewewenangan (authority) yang
mengatur atau mengandalikan persoalan-persoalan bersama atas nama masyarakat (
The state is an agency or authority managing or controlling these (common) affairs on
behalf of and in the name of the community.
2. Harold J. LaskiNegara adalah suatu masyarakat yang diintegrasikan karena mempunyai
wewenang yang bersifat memaksa dan yang secara sah lebih berkuasa daripada individu
atau kelompok yang merupakan bagian dari masyarakat. Masyarakat adalah suatu
kelompok manusia yang hidup dan bekerja sama untuk memenuhi terkabulnya
keinginan-keinginan mereka bersama. Masyarakat merupakan negara kalau cara hidup
yang harus ditaati baik oleh individu maupun oleh asosiasi-asosiasi ditentukan oleh
suatu wewenang yang bersifat memaksa dan mengikat.
3. Max Weber Negara adalah suatu masyarakat yang mempunyai monopoli dalam
penggunaan kekerasan fisik secara sah dalam sesuatu wilayah.
4. Robert M. MacIver Negara adalah asosiasi yang menyelenggarakan penertiban di
dalam suatu masyarakat dalam suatu wilayah dengan berdasarkan sistem hukum yang
diselenggarakan oleh suatu pemerintah yang untuk maksud tersebut diberi kekuasaan
memaksa.

Sifat-Sifat Negara

1. Sifat memaksa
Agar peraturan perundang-undangan ditaati dan dengan demikian terjadi
sebuah penertiban.

2. Sifat monopoli
Negara mempunyai tujuan dalam menetapkan tujuan bersama dari masyarakat.

3. Sifat mencakup semua (allencompassing, all-embracing).


Semua peraturan perundang-undangan berlaku untuk semua tanpa terkecuali.
Negara Berdaulat

Sovereignty (Bhs Inggeris) & Sovranus/Superanus(Bhs Italy) = TERTINGGI


Hak eksklusif untuk kuasai sepenuhnya kawasan pentadbiran, rakyat, diri sendiri &
diiktiraf.
Kuasa mutlak menggubal & kuat kuasa undang-undang.
Hak & kuasa dilaksanakan oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat.
Negara yang berdaulat ialah negara yang mempunyai penduduk yang menetap di satu
wilayah mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang berupaya
untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan mengadakan
hubungan dengan negara-negara lain.
Bebas daripada penjajahan kuasa asing
Mempunyai kerajaan yang mampu mentadbir negara tanpa pengaruh kuasa-kuasa luar
dan mempunyai perlembagaan sendiri.
Diiktiraf oleh negara luar kewibawaannya dan mempunyai hubungan diplomatik dengan
kuasa luar.
Mempunyai identiti sendiri seperti ideologi bendera dan jata sendiri.

Konsep dan Ciri

Konsep:

Bersempadan
Sempadan fizikal ~ tanah, perairan & udara.

Wilayah yang tetap dan jelas


Untuk mendirikan suatu negara dengan kedaulatan penuh diperlukan wilayah yang
terdiri atas darat, laut dan udara sebagai satu kesatuan.
Untuk wilayah yang jauh dari laut tidak memerlukan wilayah lautan.
Di wilayah negara itulah rakyat akan menjalani kehidupannya sebagai warga negara
dan pemerintah akan melaksanakan fungsinya.
Memiliki Rakyat
Diperlukan adanya kumpulan orang-orang yang tinggal di negara tersebut dan
dipersatukan oleh suatu perasaan.
Tanpa adanya orang sebagai rakyat pada suatu ngara maka pemerintahan tidak akan
berjalan.
Rakyat juga berfungsi sebagai sumber daya manusia untuk menjalankan aktivitas
kehidupan sehari-hari

Pemerintahan yang Berdaulat


Pemerintahan yang baik terdiri atas susunan penyelengara negara seperti lembaga
kehakiman, lembaga legislatif, lembaga eksekutif, dan lain sebagainya untuk
menyelengarakan kegiatan pemerintahan yang berkedaulatan.

Pengiktirafan antarabangsa
Untuk dapat disebut sebagai negara yang sah memerlukan pengakuan negara lain baik
secara de facto (nyata) maupun secara de yure.
Sekelompok orang bisa saja mengakui suatu wilayah yang terdiri atas orang-orang
dengan sistem pemerintahan, namun tidak akan disetujui dunia internasional jika
didirikan di atas negara yang sudah ada.

Sistem Kerajaan:

Institusi yang mentadbir & melaksanakan fungsi pengurusan sesebuah negara.


Merangkumi badan2x yang mengubal (perundangan/legislatif), melaksanakan
(pentadbiran/eksekutif) & mentafsir (kehakiman/judisiari) undang2x & dasar.
Persekutuan

Jenis
Sistem
Kerajaan

KONFEDERASI Kesatuan

Sistem Kerajaan/Pemerintahan:

Kerajaan Persekutuan

Gabungan negeri untuk bentuk kerajaan Pusat& Negeri

Kuasa pentadbiran & perundangan dikongsi bersama.

Cth: Malaysia, USA, Kanada, Australia & India

Kerajaan Kerajaan
Negeri Pusat

Sistem Kerajaan/Pemerintahan:

Kerajaan Kesatuan

Gabungan negeri untuk bentuk kerajaan Pusat & Negeri


Kuasa pentadbiran & perundangan hanya Kerajaan Pusat (tiada agihan kuasa = pusat boleh
membatalkan undang-undang yg diluluskan negeri)

Cth: New Zealand,Perancis & Sweden

Kerajaan
Kkakaa
Negeri

X

Konsep:Sistem Kerajaan/Pemerintahan:

Kerajaan Konfederasi-Pupus

Gabungan negeri untuk bentuk kerajaan Pusat & Negeri ~ terikat dgn perjanjian.

Kuasa pentadbiran & perundangan kekal di negeri-negeri. Kuasa Pusat hanya untuk kawal
kepentingan bersama.

Cth: Konfederasi Jerman Utara (1867 1871)

Kerajaan X
Negeri


Bentuk kerajaan dan /Pemerintahan

PRESIDEN INDIVIDU
SEPARA PRESIDEN

REPUBLIK AUTOKRASI

MONARKI DEMOKRASI

MUTLAK BERPARLIMEN
RAJA BERPRESIDEN
BERPERLEMBAGAAN

Terdapat 4 bentuk negara:

1. Monarki ialah negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja atau sultan.
Raja atau sultan menjadi menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasa eksekutif. Pentadbiran
negara dijalankan oleh kerabat raja atau sultan.

Contohnya Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darussalam.

2. Republik ialah negara yang tidak mempunyai raja sebagai ketua negara.

Sebuah republik boleh mengamalkan sistem presiden atau separa presiden.

Sistem Presiden

Ketua kerajaan ialah presiden dan beliau juga menjadi ketua kerajaan.
Presiden bertanggungjawab untuk mentadbir negara.
Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihanraya.
Contonya, Amerika Syarikat, Filipina, Mexico, Indonesia dan Korea Selatan.

Sistem Separa Presiden

Ketua negara ialah presiden tetapi beliau bukan orang yang menjadi ketua kerajaan.
Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri.
Presiden dan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam pentadbiran negara, cuma bidang
kuasa mereka diasingkan.
Contohnya Perancis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia dan Peru.

3. Demokrasi ialah negara yang mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

4. Autokrasi ialah negara yang diperintah oleh individu yang mempunyai kuasa mutlak.

Pemerintah tersebut biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan
kuasanya.

Ciri-ciri Negara Berdaulat


MERDEKA

NEGARA BERKUASA
BERIDENTITI
BERDAULAT SENDIRI

BERWIBAWA

Ciri2x Negara Berdaulat:

1. Merdeka
Bebas drp penjajahan.
2. Berkuasa Sendiri
Kerajaan yg mampu mentadbir (tanpa pengaruh kuasa luar).
Mempunyai perlembagaan & undang2x
3. Beridentiti
Mempunyai identiti sendiri.
Cth: ideologi (1Malaysia & Rukun Negara), bendera,jata, agama, bahasa, bunga kebangsaan etc
4. Berwibawa
Pengiktirafan Negara Luar
Wujud hubungan diplomatic
2.1 .2 Proses Pembentukan Malaysia

Pembentukan Malaysia

Penubuhan Malaysia berlaku selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pembentukan Parti
Perikatan oleh Tunku Abdul Rahman telah membuka mata British untuk membenarkan penduduk
Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan
India telah menghasilkan Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan
seterusnya memerdekakan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancang berlaku pada 1 Jun 1963. Namun, bantahan
Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia telah melambatkan peristiharannya hingga
ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperuntukkan masa membuat pungutan suara di
Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Persekutuan Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963
melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak. Pada
awal penubuhan Malaysia, banyak peristiwa berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia,
dan tuntutan oleh Filipina terhadap Sabah. Pada tahun 1965, atas sebab-sebab tertentu Singapura
berpisah dengan Malaysia.

Sebab Pembentukan Malaysia

a. Keselamatan. Penubuhan gagasan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian
bertambah di Singapura dan Wilayah Borneo. Gagasan ini diharap membentuk kestabilan politik
untuk menentang ancaman komunis.

b. Mengimbangi penduduk. Penubuhan gagasan Malaysia dapat mengelak ketidakseimbangan


kaum.

c. Kemajuan ekonomi bersama. Penubuhan gagasan Malaysia membolehkan kelima-lima buah


kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama.

d. Mempercepat proses kemerdekaan. Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepat


proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak , Brunei dan Singapura.

a. Bermula dengan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) yang


bertujuan memberitahu orang ramai mengenai Malaysia, Mengumpulkan sambutan orang ramai
terhadap Malaysia dan menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

b. JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan
mereka mengenai gagasan Malaysia.

c. Satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari
1962, yang mengandungi tujuh perkara.Kandungan Memorandum Kepada Suruhanjaya Cobbold:

Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia

Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.

Agama Islam merupakan agama Ppersekutuan tetapi rakyat bebas beragama.

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.

Sabah, Sarawak berhak mengawal imigresennya sendiri.

Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.

Tugas Suruhanjaya Cobbold (ditubuhkan pada Januari 1962)

Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.

Membuat syor-syor perlembagaan

Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan bagi merangka Perlembagaan Malaysia

Menyediakan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah
Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963.

Penentangan Terhadap Gagasan Malaysia

Berlaku dua penentangan, iaitu:

Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu. Akhirnya Filipina juga mengiktiraf
Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.

Indonesia mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Indonesia, kemudiannya


bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meninjau semula
pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat
Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakuinya. Akhirnya
perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding
dengan Adam Malik di Bangkok.

You might also like