You are on page 1of 71

Puisi Tradisional

Pantun Empat Kerat (Muafakat)

Maksud
Rangkap 1

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara secara bersama akan membawa kejayaan.

Rangkap 2

Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.

Rangkap 3

Sikap bekerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia.

Rangkap 4

Masyarakat bermuafakat akan melahirkan Negara yang aman dan sejahtera.

Rangkap 5

Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan dalam
masyarakat.

Rangkap 6

Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.

Tema
Tema pantun ini ialah amalan hidup bermuafakat dalam masyarakat menjamin kesejahteraan.

Persoalan
1. Kepentingan amalan mempraktikkan bergotong-royong.
2. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. .
3. Sikap toleransi dan saling menghormati mengukuhkan perpaduan .

Bentuk

1. Bentuk pantun terikat.


2. Mempunyai 6 rangkap.
3. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
4. Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.
5. Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.
Contoh: ke lurah sama diharungi.
6. Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.
Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata)
7. Rima akhir abab.

Gaya bahasa

1. Anfora
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat
(pengulangan perkataan bulat pada awal baris)
2. Repitisi.
Hidup muafakat hidup bahagia
3. Peribahasa.
Bulat air oleh pembetung
Bulat manusia oleh muafakat
4. Inversi
bergotong-royong penduduk sekampung.
5. Imej alam.
kangkung, bunga melati paya, sawah padi

Unsur bunyi
1. Asonansi Buah salak di dalam kantung ( pengulangan vokal a)
2. Aliterasi kulitnya keras isinya kelat (pengulangan konsonan k)

Nilai
1. Bekerjasama .
2. Toleransi.
3. Percaya mempercayai
4. Hormat-menghormati.

Pengajaran
1. Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

2. Kita hendaklah bertolak-ansur antara satu sama lain.

3. Kita hendaklah saling mempercayai antara sama lain.

4. Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.


PUISI TRADISIONAL
(Pantun Nasihat)

MAKSUD

Rangkap 1
Sesuatu pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jikalau dilakukan secara bersama.

Rangkap 2
Pesanan untuk gadis supaya pandai menjaga diri agar keselamatan terjamin.

Rangkap 3
Sesuatu perkara yang dilakukan mengikut hawa nafsu akan merosakkan diri.

Rangkap 4
Generasi muda diingatkan agar menjaga tutur kata kerana ketelanjuran kata akan memberi kesan
kepada diri.

Rangkap 5
Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supaya tidak terpesong.

Rangkap 6
Kita diingatkan supaya menjaga tatasusila dalam pergaulan.

TEMA
Tema pantun ini ialah nasihat - menasihati dalam kehidupan seharian akan membawa kebaikan dan
kesejahteraan hidup.

PERSOALAN

1. Permuafakatan akan memudahkan sesuatu pekerjaan.


2. Tanggungjawab menjaga maruah diri.
3. Bertindak tidak mengikut hawa nafsu.
4. Bertutur kata dengan sopan
5. kegigihan ilmu dengan betul.
6. Menjaga adab dalam pergaulan.

BENTUK

1. Bentuk terikat.
2. Mempunyai 6 rangkap.
3. Mempunyai 4 baris dalam satu rangkap
4. Dua baris di atas pembayang dan dua baris di bawah maksud.
5. Rima akhir abab.
6. Suku kata 8 hingga 11 suku kata dalam satu baris.
Contoh : ja/ngan/ i/kut ha/wa naf/su (8 suku kata)
7. Antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : Jangan ikut hawa nafsu (4 perkataan )

GAYA BAHASA
1. Repitisi bunga melati bunga pandan.
2. Responsi Gunung Tahan sama didaki
Sungai Pahang sama direnangi
3. Peribahasa kerana mulut badan binasa.
4. Imej alam nyiur muda , gunung, telaga, tanjung, pohon ara.

Unsur bunyi
1. Asonansi Melangir keris pusaka hikmat ( pengulangan vokal i)
2. Aliterasi - Bunga melati bunga pandan ( pengulangan konsonan n.)

NILAI

1. Bekerjasama
2. Bermoral
3. Rasional
4. Bijaksana
5. Kegigihan
6. Berbudi bahasa

PENGAJARAN

1. Kita perlulah bekerjasama .


2. Kita mestilah menjaga maruah diri.
3. Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.
4. Kita hendaklah menjaga tutur kata .
5. Kita hendaklah gigih menuntut ilmu.
6. Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa .
Puisi Tradisional
Pantun Berkait (Bekerja)

Maksud
Rangkap 1

Penulis menyeru sahabat agar segera bangun untuk bekerja.

Rangkap 2

Melakukan pekerjaan dan membuang semua sifat malas dalam diri.

Rangkap 3

Buang semua sikap malas dan mengetahui segala pekerjaan.

Rangkap 4

Setiap orang perlulah menguasai bidang tugas masing-masing.

Rangkap 5

Setiap pekerjaan perlulah dilakukan dengan teliti.

Rangkap 6

Apabila pekerjaan yang dilakukan dengan teliti , kerja yang berat akan menjadi mudah.

Rangkap 7

Hati menjadi senang setelah pekerjaan yang berat dapat diselesaikan.

Rangkap 8

Penat tidak akan terasa sekiranya pekerjaan berhasil.

Tema
Tema pantun ini ialah semangat untuk melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai.

Persoalan
1. Ketekunan dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

2. Kerajinan penting dalam memastikan kesempurnaan dalam pekerjaan.


3. Berkemahiran dalam sesuatu pekerjaan.

4. Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.

Bentuk
1. Bentuk pantun terikat.
2. Merupakan pantun berkait.
3. Mempunyai 8 rangkap.
4. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
5. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.
Contoh: bangkit segera kita berjuang (4 perkataan)
6. Terdiri daripada 9 hingga 11 suku kata sebaris.
Contoh: wa/hai/ ra/kan/ han/dai/ dan/ tau/lan/
7. Rima akhir abab.

Gaya bahasa
1. Sinkof
Tidaklah bimbang barangkan hilang (rangkap 5 baris 1)
2. Inversi
bangkit segera kita berjuang (rangkap 1 baris 4)
3. Repetisi
Perahu layar mudik ke pangkalan
Sampai di pangkalan memunggah barang

Unsur bunyi
Asonansi wahai rakan handai dan taulan (Rangkap 1 baris 3)- pengulangan vokal a
Aliterasi tiadalah tinggal terbuang penat (Rangkap 8 baris 4)-
pengulangan konsonan t

Nilai

1. Kerajinan
2. Ketekunan
3. Kegigihan
4. Bersyukur

Pengajaran
1. Kita haruslah rajin dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Kita hendaklah dalam pekerjaan.
3. Kita perlulah gigih berusaha.
4. Kita mestilah bersyukur setelah berhasil melakukan pekerjaan.
PUISI TRADISIONAL
(Syair Panduan Untuk Para Remaja)

MAKSUD

Rangkap 1
Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya orang,Generasi
muda juga diingatkan agar tidak hanya mementingkan kekayaan dan bersifat boros.

Rangkap 2
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, sombong dan
memungkiri janji.

Rangkap 3
Generasi muda diingatkan supaya tidak main judi , minum arak dan tidak terlibat dengan perkara-
perkara yang negatif kerana mereka akan menerima kebinasaan.

Rangkap 4
Generasi muda diingatkan supaya tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang
lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang
hidupnya.

Rangkap 5
Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi
pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi
renggang.

Rangkap 6
Generasi muda diingatkan tidak mengharapkan bantuan. Hal ini kerana orang yang terlalu
mengharapkan bantuan akan hilang kepercayaan dan kemampuan kepada diri sendiri.

Rangkap 7
Generasi muda diingatkan agar berdikari dalam melakukan sesuatu dan tidak membezakan
kedudukan atau taraf.

Rangkap 8
Penyair berpesan kepada generasi muda. Semoga dengan keizinan Allah pasti belia hari ini akan
menjadi generasi yang berguna kepada bangsa dan negara.

TEMA
Tema syair ini ialah panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan ini
dengan bermoral.
PERSOALAN

1. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada


orang lain.
2. Menjauhkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang merosakkan
diri.
3. Menunaikan janji kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang
terhadap kita.
4. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang.

GAYA BAHASA

1. Anafora - Jangan fikir kasihkan kaya.


Jangan boros yang sia-sia.
2. Repetisi Jangan mengata jangan mengeji
3. Inversi Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak.

Unsur bunyi
1. Asonansi Barang dipinjam kerap kehilangan ( pengulangan vokal a).

2. Aliterasi - Jangan biasakan meminta tolong (pengulangan konsonan n).

BENTUK

1. Bentuk terikat.
2. Mempunyai 8 rangkap
3. Mempunyai 4 baris dalam setiap rangkap.
4. Semua baris ialah maksud.
5. Suku kata 9 hingga 12.
Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata)
6. Antara 4 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan)

NILAI

1. Berdikari
2. Menepati janji
3. Merendah diri.
4. Bersyukur
PENGAJARAN

1 Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain .
2. Kita hendaklah menunaikan janji
3. Kira hendaklah merendah diri dan tidak sombong.
4. Kita hendaklah sentiasa bersyukur kepada Tuhan.
Puisi Tradisional
[Berbuat Jasa]

Maksud
Rangkap 1

Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah
tiada.

Rangkap 2

Generasi muda diseru supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana
setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat kelak.

Rangkap 3

Generasi muda diingatkan tidak mensia-siakan kehidupan sebaliknya berbuat jasa kerana jasa yang
baik akan dikenang selama-lamanya.

Rangkap 4

Generasi muda diseru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat
dimanfaatkan oleh orang lain.

Rangkap 5

Generasi ditegah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan
timbulnya perasaan tamak.

Rangkap 6

Generasi muda diingatkan agar tidak mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang
dicurahkan boleh dimanfaatkan.

Rangkap 7

Rakan taulannya diseru supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan
lebih mengetahui.

Tema
Tema syair ini ialah kepentingan berbuat jasa.

Persoalan
1. Keikhlasan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Menghargai orang yang telah berbuat jasa.
3. Kesanggupan untuk berkorban.
4. Budi yang baik akan dikenang selama-lamanya.

Bentuk
1. Bentuk syair terikat.
2. Mempunyai 7 rangkap.
3. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
4. Semua baris adalah maksud.
5. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris.
Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan )
6. Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.
Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata )
7. Rima akhir aaaa.

Gaya bahasa

1. Sinkof
Kamu yang mati jasa tak fana
2. Inversi
Buatlah baik wahai rakan
3. Imej alam
Bintang, ikan
4. Perlambangan
Buahnya , sumbu pelita

Unsur bunyi
1. Asonansi buatlah jasa wahai teruna(Pengulangan vokal a)
2. Aliterasi buatlah bakti budi utama (pengulangan konsonan b)

Nilai
1. Baik hati
2. Pengorbanan
3. Keikhlasan .
4. Mengenang jasa.
5. Kebijaksanaan

Pengajaran
1. Kita hendaklah memiliki sifat baik hati.
2. Kita perlu sedia berkorban.
3. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
4. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita.
5. Kita perlulah bijak sana sebelum mengambil sebarang tindakan.

PUISI TRADISIONAL
SYAIR LI-ATTAR GHIB

Maksud
Rangkap 1

Penyair berpesan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap
pekerjaan di dunia.

Rangkap 2

Atas takdir Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-
apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.

Rangkap 3

Setiap umat manusia perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar
untuk dihadapi.

Rangkap 4

Semua orang yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat
dan darjat.

Rangkap 5

Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia
agar kita beroleh kebahagiaan

Rangkap 6

Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar
tidak ditimpa kesusahan

Rangkap 7
Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan
agar tidak menjadi sia-sia

Rangkap 8

Semua orang diseru supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita
juga akan menghadapinya.

Tema
Tema syair ini ialah mengambil pengajaran daripada peristiwa kematian yang dilalui ole orang lain.

Persoalan
1. Kematian yang tidak dapat dielakkan.
2. Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan.
3. Keinsafan menghadapi kematian.

Bentuk
1. Bentuk syair terikat
2. Mempunyai 8 rangkap
3. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap
4. Semua baris adalah maksud.
5. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris
Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia (5 perkataan)
6. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris.
Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata)
7. Rima akhir aaaa

Gaya bahasa

1. Responsi
Kerana ilmu mulia anbia.
Tuntut ilmu jangan sia-sia
2. Repetisi
Segala pekerjaan segala perkara .

3. Inversi
kita sepertinya akan datangkan

Unsur bunyi
Asonansi sebab bersama-sama mengembara
( pengulangan vokal a)
Aliterasi hendaklah kita tunduk tengadah .
(pengulangan konsonan d)

Nilai
1. Keinsafan
2. Kesyukuran
3. Kerajinan
4. Bertanggungjawab
5. Kesabaran

Pengajaran
1. Kita haruslah insaf ketika berhadapan dengan kematian .
2. Kita hendaklah bersyukur kerana diberi peluang untuk hidup.
3. Kita hendaklah rajin dalam mencari ilmu pengetahuan.
4. Kita hendaklah bertanggungjawab dengan memelihara kesenangan yang diwarisi.
5. Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.

FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN


(Shamsudin Othman)

Maksud

Rangkap 1
Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa manusia dan telah membunuh banyak nyawa.

Rangkap 2
Penyalahgunaan dadah menyebabkan kehancuran generasi muda bakal pewaris negarawan,
seniman, ahli sukan, peniaga, sasterawan, ahli akademik dan pejuang negara.

Rangkap 3
Dadah meracuni hidup manusia sejak dahulu tanpa mengira sesiapapun. Dadah telah meracuni
manusia. Sejarah telah membuktikan, kejatuhan kota Melaka dan kota-kota lain di dunia adalah
kerana dadah sehingga menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.

Rangkap 4
Penyajak berdoa kepada Tuhan agar diberi kekuatan iman untuk menghadapi hidup mendatang yang
penuh dengan dugaan dan cabaran demi mengejar cita-cita dan demi kemajuan negara.

Rangkap 5
Penyajak menyeru generasi agar memilih jalan yang betul dan bukannya jalan yang salah.
Tema

Tema sajak ini ialah dadah musuh negara. Dadah mengakibatkan kemusnahan kepada manusia,
agama, bangsa dan negara.

Persoalan

1. Negara bangsa musnah akibat dadah.

2. Penyalahgunaan dadah akan membawa kesengsaraan diri.

3. Generasi yang sihat dan bebas dadah dapat membangunkan negara.

4. Kekuatan iman dalam menangkis cabaran.

Gaya Bahasa

1. Anafora
adalah dadah itu perosak jiwa
adalah dadah itu pembunuh semata-mata.
2. Repetisi
Jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka
3. Responsi
Rimba di depan kita masih luas terbentang
Mari kita pilih jalan lurus ke syurga
4. Sinkope
Kau racun dalam khayal yang tidak terduga
5. Metafora
lorong hidup , laut masa depanmu, lorong hitam.
6. Personifikasi
Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia.
7. Simile
Seperti tercatat dalam sejarah
8. Inversi
angkara dadah telah mati seorang angkasawan.
9. Imej alam
Laut, rimba, duri

Unsur Bunyi

1. Asonansi seperti tercatat dalam sejarah. (pengulangan vokal e)


2. Aliterasi maka seorang pujangga pun berkata.( pengulangan konsonan g)
Nada - Sinis

Bentuk

1. Bebas.

2. Terdapat lima rangkap.

3. Rima akhir baris-baris ayat.


Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaaaaaaa.
Rangkap 3 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabaca.
Rangkap 4 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya abcdaee.
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcc.

Nilai

1. Kegigihan
2. Rasional
3. Keimanan
4. Semangat Patriotik
5. Bertanggungjawab

Pengajaran

1. Kita hendaklah gigih menjauhi najis dadah .


2. Kita hendaklah menguatkan iman di dada dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup.
3. Kita hendaklah sentiasa beriman untuk melalui liku-liku hidup.
4. Kita mestikan mempertahankan negara.
5. Kita hendaklah bertanggungjawab memilih haluan kehidupan yang sebenar.
KATA-KATA
(Hashim Yaacob)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya mempertahankan maruah dengan
membalas balik kata-kata tersebut.

Rangkap 2
Apabila diherdik, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita perlu mempertahankan diri.

Rangkap 3
Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan kebijaksanaan berkata-kata dan
berhujah dengan spontan.

Rangkap 4
Negara kita telah mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya kerana kepintaran
kata-kata di meja perundingan.

Rangkap 5
Penyajak menyeru generasi muda supaya bijak berkata-kata jika mereka inginkan kehidupan mereka
terbela.

Tema

Tema sajak ini ialah maruah dan jati diri yang perlu dipertaruhkan dengan kebijaksanaan kata-kata.

Persoalan

1. Kebijaksanaan berbahasa untuk membidas hujah lawan.


2. Mempertahankan diri apabila dihina dengan menggunakan kata-kata yang santun.
3. Berkata-kata perlu menggunakan akal fikiran
4. Kemerdekaan negara boleh diperoleh menerusi rundingan dan tanpa peperangan.

Gaya Bahasa

1. Anafora
Kita merdeka bukan kerana senjata
Kita merdeka kerana bijak kata
2. Repetisi
Lawan kata dengan kata
3. Responsi
Kalau kita dicerca dengan kata
Jangan kita diam tak terkata
4. Epifora
Ini martabat bangsa kita
Ini kedaulatan negara kita
5. Sinkope
Jangan kita diam tak terkata

Unsur Bunyi

1. Asonansi Pertahankanlah maruah kita(pengulangan vokal a)


2. Aliterasi Janganlah kita diam tak terkata.(pengulangan konsonan t)

Bentuk

1. Bebas.
2. Terdapat lima rangkap.
3. Rima akhir baris-baris ayat Separuh terikat.
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa.
Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa.

Nilai

1. Kebijaksanaan
2. Hemah tinggi
3. Kegigihan
4. Patriotik

Pengajaran

1. Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.


2. Kita hendaklah berhemah tinggi ketika berkata-kata.
3. Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan maruah negara.
4. Kita mestilah berani mempertahankan negara.
KEUSANGAN BUDAYA
(Roshilawati Razlan)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Pada zaman dahulu gadis Melayu begitu bersopan santun berpakaian tradisional.

Rangkap 2
Pada zaman dahulu pemuda Melayu mengamalkan budaya Melayu dan gigih meneroka hutan.
Pemuda pada zaman itu juga bermain alat muzik seruling dengan lagu-lagu yang merdu dan
mengasyikkan.

Rangkap 3
Pada masa ini sukar untuk bertemu gadis atau pemuda yang masih mengamalkan budaya
kemelayuan sejati. Yang ada cuma pemuda dan pemudi yang tidak lesu dan tidak bersemangat.

Rangkap 4
Pada masa ini anak-anak muda lebih menggemari alunan muzik rancak manakala muzik yang
melambangkan kebudayaan Melayu telah ditinggalkan. Begitu juga pakaian tradisional telah
dipinggirkan.

Rangkap 5
Golongan tua sahaja yang masih mempertahankan seni tradisional. Mereka hanya mampu
merenung nasib permainan tradisional seperti wayang kulit semakin dilupakan.

Tema

Tema sajak ini ialah budaya bangsa Melayu yang semakin luput ditelan zaman.

Persoalan

1. Generasi muda yang meminggirkan amalan budaya Melayu.


2. Ketinggian budaya Melayu dalam kehidupan seharian.
3. Pengaruh budaya asing .
4. Harapan dan impian golongan tua untuk melihat budaya Melayu diamalkan semula.

Gaya Bahasa

1. Anafora
tubuh-tubuh lesu
tubuh-tubuh kaku
2. Responsi
Ayahanda bonda di pondok
Memalu nobat di sisi
3. Hiperbola
Irama gamat menodai kedamaian
4. Personifikasi.
seruling bambu diam keusangan,
5. Inversi
melihat sayu Sang Sita Dewi.

Unsur Bunyi

1. Asonansi bersalut songket tenunan Melayu (pengulangan vokal u)


2. Aliterasi -irama gamat menodai kedamaian.( pengulangan konsonan m)

Nada - melankolik

Bentuk - Bebas.

2. Terdapat lima rangkap.

3. Rima akhir baris-baris ayat Separuh terikat.


Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaab.
Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abbcc.
Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdbb.
Rangkap 4 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abbb.

Nilai

1. Kesopanan
2. Menghargai budaya
3. Patriotik
4. Bertanggungjawab

Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa bersopan santun.


2. Kita mestilah menghargai kebudayaan kita sendiri.
3. Kita hendaklah mempertahan budaya kita daripada dicemari budaya asing.
4. Kita hendaklah bertanggungjawab memelihara permainan tradisional .
SEORANG INSAN ISTIMEWA
(Natasya Puteri)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan menjadi cacat. Namun siapalah dirinya untuk
melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan
kehidupan seharian.

Rangkap 2
Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan
terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya
tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.

Rangkap 3
Kehidupan sebagai insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-
hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia
ini.

Rangkap 4
Orang yang normal harus membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas
kerana setiap kebaikan kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

Tema

Tema sajak ini ialah dugaan hidup sebagai golongan istimewa. Golongan istimewa telah menempuh
pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Persoalan

1. Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan.


2. Tanggungjawab membantu sesama manusia.
3. Bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.
4. Keyakinan diri dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.
5. Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa.

Bentuk

1. Bebas.
2. Terdapat empat rangkap.
3. Rima akhir baris-baris ayat Separuh terikat.
Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

Gaya Bahasa

1. Parelleisme
Seorang insan istimewa.
2. Anafora .
Sebuah suratan tertulis sudah
Sebuah kehidupan tetap harus diteruskan
3. Responsi.
Anugerah suatu ujian
Anugerah suatu tuntutan
4. Inversi
Sebuah suratan tertulis sudah
5. Paradoks
Menggalas payah dalam senyum terpaksa

Unsur bunyi

1. Asonansi meneruskan kehidupan. (pengulangan vokal e)


2. Aliterasi bantulah, bimbinglah. (pengulangan konsonan b)

Nada - melankolik

Nilai

1. Keredaan
2. Saling membantu
3. Keikhlasan
4. Bertanggungjawab

Pengajaran

1. Kita haruslah reda menerima takdir


2. Kita perlu bersedia membantu golongan kurang upaya .
3. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan .
4. Kita mestilah bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.
RUMPUT
(Khadijah Hashim)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Keluhan insan yang yang nasibnya ibarat rumput. Sebelum sempat untuk bangun sudah ditindas
seseorang. Sebelum sempat dia menonjolkan kelebihan diri, dia dihina oleh orang lain. Ditambah
pula dengan persekitaran yang serba kekurangan dan tidak selesa. Namun demikian, masih ada
yang bersimpati dengan kesusahannya.

Rangkap 2
Kesenangan golongan miskin kebiasaannya tidak lama kerana ada sahaja orang yang akan
kesempatan. Ada golongan yang mengambil kesempatan yang menggunakan orang miskin untuk
kepentingan dirinya.

Rangkap 3
Nasib orang miskin sentiasa yang tiada tempat berlindung lebih malang berbanding orang miskin
yang masih ada tempat berlindung.

Tema

Tema sajak ini ialah rintihan nasib golongan miskin yang hina dan dipandang rendah.

Persoalan

1. Sikap saling menghormati sesama insan .


2. Menghargai orang lain walaupun miskin.
3. Perbezaan darjat manusia.
4. Cabaran dalam menghadapi kesusahan dan keperitan hidup.

Bentuk

1. Bebas.
2. Terdapat tiga rangkap.
3. Rima akhir baris-baris ayat Separuh terikat.
Rangkap 1 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya aaabcddd.
Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya ababcc.
Rangkap 3 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya ab.

Gaya Bahasa
1. Anafora
Cepat panjang
Cepat dapat wang
2. Pengulangan
Baru saja hendak
3. Sinkope.
tak.
4. Personifikasi.
tangan hendak menari.
5. Simile
bagai menunggu mati.

Unsur Bunyi

1. Asonansi diserbu debu menutup muka. (pengulangan vokal u)


2. Aliterasi ditambah lagi bau busuk asap lori. (pengulangan konsonan b)

Nada - Melankolik

Nilai

1. Ketabahan
2. Kegigihan
3. Hormat-menghormati
4. Bertimbang rasa

Pengajaran

1. Kita janganlah menghina orang susah.


2. Kita perlulah mempunyai sifat saling menghormati.
3. Kita harus menghargai bakat orang lain..
4. Kita janganlah menutup peluang golongan susah atau miskin.
ORANG TUA
(Puspa Rani a/p Munusamy)

Maksud Sajak

Rangkap 1
Mengisahkan seorang perempuan tua yang hidup merempat di tepi jalan. Dirinya kotor , tidak terurus
dan hidupnya sebatang kara.

Rangkap 2
Mengisahkan seorang lelaki tua di hujung jalan . Dirinya kotor dan berseluar koyak rabak. Dia duduk
di tangga menanti sisa makanan daripada restoran mamak untuk mengalas perut.

Rangkap 3
Mengisahkan mayat seorang tua yang berlumuran darah terbiar di jalan raya. Apabila di bilik mayat
pula , tiada waris yang menuntut mayatnya.

Rangkap 4
Warga muda harus sedar bahawa warga emas juga insan ciptaan Allah seperti mereka. Warga tua
ditinggalkan oleh anak-anak yang tidak bermoral dan tidak mengenang budi.

Tema

Tema sajak ini ialah Kehidupan warga emas yang merempat akibat diabaikan oleh anak-anak.

Persoalan

1. Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri


2. Sikap anak-anak yang tidak mengenang jasa ibu bapa.
3. Tanggungjawab membantu warga emas.

Bentuk -
1. Bebas.

2. Terdapat empat rangkap.

3. Rima akhir baris-baris ayat tidak terikat


Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdee.
Rangkap 2 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abcdce.
Rangkap 3 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abacbb.
Rangkap 4 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya abccda.
Gaya Bahasa

1. Parellelisme/pengulangan keseluruhan baris


Nampakkah kau

2. Sinkope :
Contoh : kau

3. Simile :
Nampakkah ia sepertimu?

4. Peribahasa
Mengalas perut

5. Perlambangan
Beg usang (Perlambangan kemiskinan)
Baju kotor seluarnya rabak (Perlambangan kemiskinan)

Unsur Bunyi

1. Asonansi bebas dari belenggu penjajah. (pengulangan vokal e)


2. Aliterasi pertahankanlah kedaulatannya.( pengulangan konsonan n)

Nada - Sinis

Nilai

1. Kasih sayang.
2. Keprihatinan
3. Kesabaran
4. Bersyukur
5. Bertanggungjawab

Pengajaran

1. Kita mestilah memiliki sifat kasih sayang.


2. Kita mesti prihatin terhadap fakir miskin.
3. Kita haruslah bersabar dalam menghadapi dugaan hidup.
4. Kita mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah.
5. Kita perlu menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa.
Prosa Tradisional
(Hikayat Seri Kelantan)

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama Tanah
Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja perempuan bernama
Encik Siti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Apabila mengetahui
bahawa anak raja Jembal mempunyai anak perempuan yang terlalu cantik bernama Tuan Puteri
Sadung, Encik Siti telah menjadikan Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat. Semakin lama
dipelihara, semakin cantik rupa Tuan Puteri Sadung sehingga banyak orang yang tergila-gila
akannya. Apabila Tuan Puteri Sadung dewasa, Encik Siti ingin mengahwinkan anak angkatnya itu
kerana mahu mencari pewaris takhta. Encik Siti telah mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan
anak raja Jembal bernama Raja Abdullah. Setelah berkahwin, Raja Abdullah bergelar Sultan
Abdullah dan memerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Seterusnya, Encik
Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan sebuah kota yang diberi nama Kota Jelasin. Sultan
Abdullah seterusnya memerintah di Kota Jelasin manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan
menjadi raja di situ.
Raja Siam telah mendengar berita Tuan Puteri Sadung telah berkahwin dengan Sultan
Abdullah, Raja Siam memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawah takluk baginda
supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda terlalu
ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. Raja Siam juga menitahkan Tuk Ca untuk turut belayar ke negeri
tersebut kerana beliau ialah seorang ahli nujum. Apabila tiba di negeri tersebut, utusan raja Siam
telah menghadap Sultan Abdullah lalu menyampaikan hasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri
Sadung. Apabila didengar oleh Sultan Abdullah, baginda terus marah lalu menghalau keluar utusan
Raja Siam sehingga mereka terpaksa berundur. Kemudian, pasukan tentera Siam bermuafakat
untuk menyerang Kota Jelasin. Setelah beberapa lama berperang, tentera Siam telah tewas kerana
Tuan Puteri Sadung memiliki kesaktian.
Negeri Serendah Kebun Bunga ditimpa bala kebuluran. Akibatnya, Kota Jelasin telah
dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu, Tuan Puteri Sadung
berseru sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang
tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan. Setelah itu,
seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana. Kemudian, Tuan Puteri Sadung
dan rakyatnya membuat negeri di dalam hutan itu yang diberi nama Mahligai. Apabila Kota Jelasin
ghaib, raja dan pegawai Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan Tuk Ca kerana dia tahu
tentang ilmu nujum. Tuk Ca meminta mereka bertenang kerana berdasarkan ilmu nujumnya, dia
dapat mengesan pergerakan Tuan Puteri Sadung dan dia dapat melihat mahligai, Tuan Puteri
Sadung dan Sultan Abdullah berada di dalam cerang. Kemudian, Tuk Ca memerintahkan mereka
terus mengikuti Tuan Puteri Sadung menuju ke arah selatan.
Mereka tiba di cerang besar lalu berjumpa dengan mahligai Tuan Puteri Sadung lalu
mengepung mahligai tersebut. Oleh sebab tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyat telah
berpecah-belah, Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supaya bertanya kepada Tuk
Ca hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Setelah berjumpa dengan Tuk Ca, Sultan
Abdullah diberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak berniat untuk menakluki negeri baginda
tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sadung. Sultan Abdullah kemudiannya pulang lalu memberitahu
segala kata Tuk Ca kepada Tuan Puteri Sadung. Sultan Abdullah seterusnya menitahkan isteri
kesayangan baginda supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang
Raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sadung yang berasa serba salah
kerana ingin menjaga maruahnya serta takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan
kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca dan duduk di dalam jong. Sultan Abdullah akhirnya kembali
ke mahligai baginda manakala Tuk Ca mengarahkan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat
Siam kembali ke bahtera untuk belayar pulang ke benua Siam.

Tema

Tema prosa tradisional ini ialah seorang puteri yang cantik dan mempunyai keisimewaan luar biasa

Persoalan
1. Keinginan merampas hak orang.
2. Kasih sayang antara suami dengan isteri.
3. Perpaduan dalam mempertahankan negara.
4. Semangat bermuafakat dalam melaksanakan pekerjaan.
5. Ketaatan kepada raja.
6. Berdiplomasi dalam menyelesaikan persengketaan.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

1. Tuan Puteri Sadung

Anak perempuan raja Jembal.


Anak angkat kepada Encik Siti Wan Kembang.
Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang
tunggal.
Rupa paras yang sangat cantik. Kecantikannya banyak menyebabkan orang tergila-
gilakannya sehingga Raja Siam terlalu ingin memilikinya.
Memiliki kesaktian yang luar biasa. Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya
ghaib lalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripada pasukan tentera
Siam.
Sangat sayang akan suaminya. Tuan puteri berasa sangat sedih serta serba salah ketika
hendak berpisah dengan Sultan Abdullah.
Sanggup berkorban. Tuan puteri sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja Siam
demi menyelamatkan negerinya daripada musnah.
Taat setia akan suaminya. Tuan puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untuk
menjadi milik Raja Siam kerana takut dimurkai Sultan Abdullah.
Bijaksana. Tuan puteri mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca
untuk bertanya tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin.
Memelihara kehormatan diri. Tuan puteri tidak sanggup menjadi milik Raja Siam kerana
mahu menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri.
Akhirnya menjadi milik Raja Siam. Tuan puteri mengikut Tuk Ca belayar ke benua Siam.

Watak Sampingan

Sultan Abdullah
Anak raja Jembal.
Nama asal Raja Abdullah.
Berkahwin dengan Tuan Puteri Sadung.
Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang.
Berpendirian tegas. Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam ingin
memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam.
Sangat sayang akan isterinya. Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa
berpisah dengan isterinya.
Berani. Sultan Abdullah sanggup berhadapan dengan tentera Siam yang menyerang Kota
Jelasin.
Sanggup berkorban. Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik
Raja Siam demi menyelamatkan negerinya.
Bijak dalam mengambil tindakan. Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelah
mahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan negerinya musnah.
Akhirnya terpaksa berpisah dan menyerahkan isteri kesayangannya, Tuan Puteri Sadung
kepada Raja Siam.

Encik Siti Wan Kembang


Raja Perempuan.
Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Belum berkahwin dan mempunyai anak.
Mengambil Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat.
Sangat sayang akan anak angkatnya. Banyak orang tergila-gila akan tuan puteri tetapi tidak
berani mendekatinya kerana Encik Siti terlalu mengasihinya.
Mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah, anak raja Jembal. Encik Siti
mengahwinkan Tuan Puteri Sadung kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya.
Berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelah Tuan Puteri Sadung berkahwin.
Tuk Ca
Ahli nujum kepada Raja Siam.
Taat kepada raja. Turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai Siam
setelah diperintahkan oleh Raja Siam.
Memiliki kesaktian. Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri Sadung
dan Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya.
Bijak dalam sebelum bertindak. Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju
ke arah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap.
Tidak mudah gelabah. Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang
setelah Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib.
Bertolak ansur. Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan
Tuan Puteri Sadung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam.
Berjaya memperoleh Tuan Puteri Sadung dengan mudah dan membawanya pulang ke
benua Siam.

Latar
Latar Masa
1. Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba.
2. 40 hari 40 malam. Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sadung dengan
Sultan Abdullah.
3. Waktu malam. Ketika utusan Siam berjumpa dengan Sultan Abdullah untuk
menyampaikan hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sadung.
4. Waktu siang. Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Kota Jelasin
telah ghaib.

Latar Tempat
1. Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
2. Kota Jelasin..
3. Cerang Bahana.
4. Gunung Ayam.
5. Istana/mahligai.
6. Perahu jong.

Latar Masyarakat
1. Masyarakat zaman sistem beraja / Masyarakat feudal .
2. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.
3. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.
4. Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.
5. Masyarakat yang bersabar.
6. Masyarakat yang tidak bersatu padu.

Gaya Bahasa

1. Bahasa Istana
Contoh: sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda
2. Bahasa Melayu Klasik
Contoh: jemelah, suak, cerang, cetera, tuha-tuha, al-kisah,
3. Bahasa Arab
Contoh: mustaib, Allah subhanahu wa taala
4. Dialek Kelantan
Contoh: beroyat
5. Pribahasa
Contoh : anak angkat

Nilai
1. Kasih sayang
2. Taat setia
3. Berkorban
4. Nilai bertolak ansur
5. Berani
6. Cinta akan negara
7. Bermuafakat

Pengajaran

1. Kita hendaklah saling menyayangi suami isteri.


2. Kita hendaklah taat setia kepada raja.
3. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
4. Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
5. Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara.
6. Janganlah kita merampas hak orang lain.
7. Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang
persengketaan.
Prosa Tradisional ( Hikayat Patani )
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Mahligai
bernama Phaya Tu Kerub Mahajana yang mempunyai anak lelaki bernama Phaya Tu Antara. Phaya
Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa.
Baginda suka berburu dan menyuruh rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu
tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing
perburuannya. Setelah dua jam anjing perburuan itu menyalak dengan kuat. Anjing itu
mengejar seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut menghilangkan diri. Phaya Tu
Naqpa berangkat ke tepi pantai dan menemui sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu
bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Mahligai yang pernah mengiringi
Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya
Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih
ditemui yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina
sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut
dinamakan Jambatan Kedi. Baginda dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina,
Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.

Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan
sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada
siapapun yang dapat mengubatinya, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai.
Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk
agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan
baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun
baginda meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya
dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak
menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat
kali terakhir. Jika berulang lagi beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya,
setelah sembuh baginda bersama-sama pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan
Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

Nakhoda kapal dari negara China telah menghadiahkan sebuah peluru besar kepada Sultan
Ismail , negerinya tidak mempunyai meriam. Sultan Ismail merasakan baginda telah diaibkan, lalu
baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga
tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak menyuruh
anak muridnya Abdul Mukmin menjual tembaga tersebut kepada saudagar dari Melaka. Abdul
Mukmin ditangkap semasa membawa tembaga menyebabkan, Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin
dihukum bunuh lalu, mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku
beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan
mayat tersebut. Semasa pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur
mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu,
setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh
tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam iaitu Seri
Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

Tema

Tema hikayat ini ialah asal usul pemerintahan dan pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu Naqpa
berasa kagum dengan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi berjaya menghilangkan diri. Oleh itu,
raja berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Raja Phaya Tu Naqpa
telah bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka
negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.

Persoalan

1. Cara pembentukan sebuah kota (bekerjasama)


2. Keberanian dalam menegakkan kebenaran.
3. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.
4. Menunaikan janji yang telah dibuat.
5. Pengislaman seorang pemerintah.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Phaya Tu Naqpa
Nama asalnya Phaya Tu Antara
Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa
Nama Islamya Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam
Seorang yang tidak berpegang pada janji
Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.
Mempunyai tiga cahaya mata iaitu Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

Watak Sampingan
Syeikh Said
Berpegang teguh pada ajaran agama Islam
Berkebolehan mengubati penyakit.
Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.
Berani kerana benar. Buktinya Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya,
dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.
Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.

Kerub Picai Paina


Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )
Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.
Tuanku Mahacai
Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa
Anak kedua daripada tiga adik beradik
Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai Pailang
Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa
Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk Besar
Orang yang bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin

Latar
Latar Tempat
Jambatan Kedi Tempat Encik Tani turun ke laut
Pintu Gajah
Tempat pelanduk putih menghilangkan diri
Sebuah pangkalan di tepi laut.
Tempat hukuman bunuh dijalankan ke atas Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.
Kampung orang Pasai Tempat tinggal Syeikh Said.
Balairung istana Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat menjalankan proses
pengislaman.
Sungai Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.

Latar Masa
Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa menerima pengaruh Islam.
Malam
Bulan Ramadan.

Latar Masyarakat
Masyarakat feudal
Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.
Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.
Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.

Gaya Bahasa
1. Bahasa istana
Contoh : baginda, sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.
2. Bahasa Arab
Contoh : karar, syafaat, takdir
Nilai
1. Bekerjasama.
2. Ketegasan
3. Keberanian.
4. Berpendirian tegas.
5. Menepati janji.
6. Keinsafan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.


2. Kita hendaklah tegas menguatkuasakan undang-undang.
3. Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran.
4. Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
5. Kita hendaklah menepati janji.
6. Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.

Prosa Tradisional
(Hikayat Marakarma)

Sinopsis

Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan


Cerita ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila Maharaja Marakarma
telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya keluar untuk
berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari telah meminta
keizinan ayahanda dan bonda mereka untuk keluar berperang. Kedua-dua belah pihak pun
berperang dan bertarung mengikut status masing-masing. Setelah ramai yang tewas dalam
peperangan, kelihatan mayat manusia bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan
berselerakan di tengah padang. Yang terselamat hanyalah Maharaja Indera Dewa.

Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa dari situ.
Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma tentang asal usul baginda lalu
menyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja Marakarma serta ayahanda dan bonda
baginda. Maharaja Marakarma tersenyum lalu menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak
yang malang dan tidak dibenarkan tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja
Marakarma, tiada gunanya baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan
Maharaja Indera Dewa. Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja
Marakarma lalu memanah ke arah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masing-masing
menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja
Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah
tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempat berpesan kepada Maharaja Marakarma supaya
menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya.

Puteri Nila Cahaya telah mengetahui berita kemangkatan ayahandanya di medan


peperangan, Puteri Nila Cahaya terus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama dengan
bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya mendapati
ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana terkena tikaman keris
yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya hendak menikam dirinya
tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Seterusnya, Maharaja Marakarma dan Raja
Mengindera Sari menemui pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana
mereka telah menang dalam peperangan tersebut. Mereka kemudiannya pulang ke negeri Puspa
Sari.

Apabila melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri Cahaya
Khairani pun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani memberitahu bahawa
Raja Bujangga Indera kini sudah dewasa setelah sekian lama mereka tidak bertemu dan amat rindu
akan adindanya itu. Raja Bujangga amat terkejut dan tercengang apabila mendengar kata-kata Tuan
Puteri Cahaya Khairani. Setelah diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah
kakandanya. Berita baik itu kemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang
kini tinggal di negeri Mercu Indera oleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja
yang lain bercadang untuk mengahwinkan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya.
Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. Maharaja
Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk meraikan perkahwinan
Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi
Maharaja Anta Beranta.

Maharaja Negeri Mercu Indera

Rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang sama,
hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya membawa surat lalu
menghadap baginda. Bentara telah membaca kandungan surat tersebut. Kandungan surat tersebut
menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.
Setelah selesai surat tersebut dibaca, rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai
Kisna dan isteri baginda menyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut.

Setela genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda
dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh
kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun
menunjukkan kesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli
dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan
sebagai raja negeri Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma,
saudara mara baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja
Mengindera Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan
Maharaja Puspa Indera.

Tema

Tema hikayat ini ialah hubungan erat antara kerabat diraja. Peperangan yang berlaku antara
Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila Cahaya
dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya Khairani telah
dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta ayahanda dan bondanya
setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.

Persoalan

1. Keberanian untuk menempuh rintangan.


2. Kebijaksanaan dalam meluaskan kawasan jajahan.
3. Kesabaran dalam menghadapi penderitaan hidup.
4. Tanggungjawab seorang bapa menjaga anak.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama

1. Maharaja Marakarma
Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.
Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari.
Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani.
Taat. Patuh akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang
Maharaja Indera Dewa.
Mahir memanah. Berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran
memanah yang dimiliki oleh baginda.
Berani. Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.
Bertanggungjawab. Menjalankan tugas sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan
baik.
Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.

Watak Sampingan

Raja Mengindera Sari


Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.
Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma.
Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya.
Taat. Patuh akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera
Dewa.
Puteri Nila Cahaya
Puteri kepada Maharaja Indera Dewa.
Seorang anak yang manja.
Penyayang. Berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan
bondanya.
Bernasib baik. Walaupun pada asalnya hidup menderita namun akhirnya
mendapat kebahagiaan.
Berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

Puteri Cahaya Khairani


Berkahwin dengan Maharaja Marakarma.
Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera.
Penyayang. Berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adindanya.

Raja Bujangga Indera


Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani
Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya
Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta
Penyayang. Berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakandanya.

Latar

Latar Masa

Pagi
Empat puluh hari empat puluh malam

Latar Tempat
Negeri Puspa Sari
Negeri Anta Beranta
Negeri Mercu Indera

Latar Masyarakat
Masyarakat feudal
Masyarakat yang penyayang
Masyarakat yang taat setia.
Masyarakat yang bertanggungjawab
Masyarakat yang berani.
Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.
Gaya Bahasa

I. Bahasa Istana
Contoh: baginda ,ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana

II. Bahasa Sanskrit


Contoh: ratna mutu manikam

III. Bahasa Arab


Contoh: maghrib, masyrik

IV. Bahasa Melayu Klasik


Contoh: rata, lebu duli, anak keti

V. Hiperbola :
Lalu ia memanah ke udara dan menjadi api seperti unung besar.

Nilai

1. Keberanian.
2. Amanah.
3. Kerjasama
4. Ketaatan
5. Bertanggungjawab
6. Kebijaksanaan

Pengajaran

1. Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.


2. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga..
4. Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.
5. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.
6. Kita janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.
Prosa Tradisional
(Hikayat Inderaputera)

Cerita ini mengisahkan seorang putera raja yang bernama Inderaputera yang ingin
mengembara. Setelah mendapat keizinan daripada bondanya, Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram,
Inderaputera terus mengembara sehingga sampai di sebuah gua, iaitu perbendaharaan Raja
Baharum Tabiq yang terbina daripada batu berwarna hijau dan pintunya dibuat daripada tembaga
suasa. Di pintu gua itu, terdapat seekor ular yang terlalu panjang dan besar. Kehadiran Inderaputera
menyebabkab ular itu cuba menyerangnya untuk mengusir Inderaputera dari situ. Walau
bagaimanapun, Inderaputera berjaya memarang kepala ular itu hingga mati.

Inderaputera masuk ke gua tersebut dan didapati ruang gua itu terlalu luas dan banyak
terdapat bilik yang penuh dengan barangan berharga seperti emas, perak, pakaian yang indah-indah,
alatan peperangan, kelengkapan kain kapan serta pakaian raja-raja dahulu kala. Namun begitu, tidak
satu pun barang tersebut yang diambilnya. Apabila Inderaputera keluar dari bilik itu, seekor kuda
hijau datang menuju ke arahnya dengan sangat pantas dan berdengus kuat
serta cuba menyerangnya. Namun, kuda itu dapat dijinakkan oleh Inderaputera dengan
menggunakan bahasa jin sehingga akhirnya mereka menjadi sahabat. Lantas dicarinya pelana yang
sesuai sehinggalah ditemukan suatu pelana yang bertatahkan ratna mutu manikam yang tertulis
Janggi Gerdana lalu diletakkan di atas kuda itu. Maka, kuda itu diberi nama Janggi Gerdana.
Janggi Gerdana memberitahu bahawa terdapat suatu cembul kaca putih di kepala ular Mamdud dan
di dalamnya terdapat suatu Bedi Zahar yang mempunyai hikmat iaitu dapat menghidupkan orang
yang telah mati. Malah dapat juga menghidupkan orang atau binatang yang tanggal tulangnya.
Inderaputera sangat gembira dan terus mendapatkan Bedi Zahar tersebut. Lalu duduklah ia dengan
Janggi Gerdana di dalam gua itu.

Manakala di sebuah negeri pula yang diberi nama Zainun, pemerintahnya adalah Raja Puspa
Pandai berketurunan jin Islam manakala isteri baginda yang bernama Tuan Puteri Puspa Seri Gading
berketurunan manusia. Baginda mempunyai dua orang anak. Puteranya bernama Dinar Puspa
manakala puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Rakyatnya pula berupa pelbagai
jenis beruk pada siang hari dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam. Untuk mengelak
sebarang bencana dan fitnah terhadap puterinya, maka disuruh rakyat jelatanya membina sebuah
mahligai yang serba indah di Padang Anta Berahi dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan
dengan harapan puterinya terhindar daripada segala bencana. Setelah itu, seekor tiung dan bayan
disuruh supaya menjaga dan menghiburkan puterinya setipa hari sehinggalah pada suatu hari bayan
keluar mencari calon suami untuk tuan puteri kerana tuan puteri semakin dewasa. Malangnya putera
raja yang dicari itu gagal mendekati tuan puteri kerana tergelincir di pertengahan tangga mahligai
yang tinggi itu lalu jatuh mati. Begitulah keadaan yang terus terjadi terhadap berpuluh-puluh anak raja
yang cuba mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

Kuda yang bernama Janggi Gerdana telah membawa Inderaputera terbang sehingga sampai
di mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Setelah disoal oleh bayan, Inderaputera telah
memperkenalkan diri dan asal usulnya. Mendengar penjelasan itu, Tuan Puteri Cendera Lela Nur
Lela terus keluar dan menceritakan asal-usulnya juga malah segala peristiwa yang melibatkan anak-
anak raja di situ turut diceritakan kepada Inderaputera. Ekoran daripada itu, Inderaputera terus
menggunakan Bedi Zahar untuk menghidupkan semua anak raja yang telah tergelincir mati. Dengan
izin Tuhan, semua anak raja tersebut hidup kembali dan bersyukur kepada Tuhan serta mendoakan
kesejahteraan Inderaputera yang telah membantu menghidupkan mereka. Kesaktian yang
ditunjukkan oleh Inderaputera telah menarik hati Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Lalu dibawanya
bertemu dengan ayahandanya, Raja Puspa Pandai dan disuruh duduk di sebuah kerusi emas.
Apabila malam tiba Inderaputera berasa sangat pelik melihat semua keluarga beruk menjadi manusia
dan seterusnya Inderaputera dihidangkan dengan makanan dan hiburan yang menarik. Begitulah
Inderaputera dilayan setiap hari sepanjang dirinya berada di sana.
Tema

Tema hikayat ini ialah keberanian dan kesaktian seorang anak raja.

Inderaputera meminta keizinan bondanya untuk keluar mengembara seorang diri dengan tujuan
berdikari dan mengenali erti kehidupan yang sebenar dan disebabkan kesaktian yang terdapat pada
dirinya jugalah Inderaputera berjaya bertemu Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

Persoalan

a. Keberanian menentang musuh.


b. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan beban.
c. Bertutur dengan sopan dapat melembutkan hati orang sekeliling.
d. Budi pekerti yang mulia
e. Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan Tuhan.

Watak utama

Inderaputera

Seorang putera raja kepada Bikrama Buspa.


Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya Iram.
Sangat kacak/tampan rupa parasnya.
Bersifat berani.
Mempunyai budi pekerti yang mulia.
Mempunyai hati yang bersih.
Menggunakan kelebihan diri untuk membantu orang lain.
Satu-satunya putera raja yang berjaya bertemu dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.
Mempunyai kelebihan menghidupkan orang yang telah mati dengan menggunakan Bedi
Zahar.

Watak Sampingan

Puteri Seganda Cahaya Iram

Bonda kepada Inderaputera


Isteri/Permaisuri kepada Raja Bikrama Buspa.
Sangat bimbangkan akan keselamatan anaknya.
Buktinya sukar melepaskan anaknya pergi mengembara seorang diri.

Janggi Gerdana
Seekor kuda hijau yang terdapat di dalam gua Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq
Seekor haiwan yang pandai berkata-kata menggunakan bahasa jin
Patuh dan akur kepada kelembutan dan pujian.
Buktinya apabila Inderaputera menggunakan bahasa jin dengan lemah lembut maka
kuda hijau yang pada asalnya berdengus kuat terus tunduk dan akur akan kehendak
Inderaputera yang ingin menjadikannya sebagai sahabat.
Ular Mamdud
Seekor ular besar yang panjang dan mempunyai kesaktian.
Buktinya, di kepalanya terdapat suatu cembul putih dan di dalamnya terdapat (Bedi Zahar)
yang mampu menghidupkan orang mati. Malah manusia dan binatang yang telah tanggal
tulangnya juga mampu dihidupkan semula dengan izin Tuhan.

Raja Puspa Pandai


Seorang raja yang memerintah negeri Zainun.
Bangsanya berasal daripada jin Islam
Bangsa isterinya pula berasal daripada manusia
Mempunyai dua orang anak
Puteranya bernama Dinar Pandai
Puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela
Isterinya/Permaisuri bernama Tuan Puteri Seri Gading
Rakyatnya terdiri daripada rakyat kera pada waktu siang dan bertukar menjadi manusia
pada waktu malam
Seorang ayah yang bertanggungjawab.

Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela


Puteri kepada Puspa Pandai
Mempunyai rupa paras yang cantik menawan
Sudah dewasa dan patut mempunyai teman hidup
Tinggal di dalam mahligai indah yang telah dibina atas perintah ayahandanya, Puspa
Pandai
Ditemani oleh seekor burung tiung dan bayan yang berkebolehan berkata-kata
Berjaya bertemu dengan Inderaputera dan membawa pulang bertemu ayahandanya di
negeri Zainun.

Latar Masa

Zaman feudal. Zaman pemerintahan diraja.


Waktu siang. Rakyat Raja Puspa Pandai menjadi kera, beruk, lotong karkah (cikah),
kongkang dan siamang.
Waktu malam. Manakala pada waktu malam seluruh rakyat yang menjadi kera dan beruk
bertukar menjadi manusia.

Latar Tempat
Gua yang dikenali sebagai Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.
Padang Anta Berahi.
Mahligai.
Tangga emas.
Istana.
Negeri Zainun.
Latar Masyarakat
Masyarakat feudal.
Masyarakat manusia dan binatang yang mempunyai cirri-ciri kesaktian.
Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.

Gaya Bahasa

a. Bahasa istana.
Contoh : bonda, hamba
b. Penggunaan pantun
Contoh : Penjahat di atas pintu,
Dulang tiris mari dirapat;
Orang muda sahaja begitu,
Orang yang arif maka mendapat
c. Simile
Contoh: hidungnya itu laksana kuntum melur dan telinganya seperti telepok.
d. Metafora
Contoh: maka anak raja itu pun seperti lenyaplah rasa ia dalam laut berahi itu.

Nilai
Keberanian.
Bertanggungjawab
Bekerjasama.
Kesyukuran.
Menghargai jasa
Kasih sayang.

Pengajaran.
Kita haruslah mempunyai semangat yang cekal dan berani untuk menghadapi sebarang
halangan.
Kita haruslah bertanggungjawab kepada anak.
Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk meringankan beban.
Kita hendaklah sentiasa merendahkan suara ketika bercakap.
Kita hendaklah bekerjasama dalah menjalankan tugas supaya meringan beban.
Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan.
Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah menaburkan budi.
CERPEN : MUTIARA BONDA
[Osman Ayob]

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan seorang ibu yang telah membesarkan empat orang anaknya.
Suaminya bernama Lebai Sidi telah meninggal dunia akibat sakit jantung semasa menjalani hukuman
penjara kerana difitnah membawa dadah. Pada masa itu adik masih dua bulan dalam kandungan.
Mohd, Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang , diasuh untuk
menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar
kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggal. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz
kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan
tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula, setelah terlibat dalam kemalangan dan
bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi
tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan
menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt , Jordan.
Impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz tercapai.

Tema

Tema cerpen ini ialah kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya dalam
pelajaran.

Persoalan

1. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.


2. Bertawakal dan berdoa kepada Tuhan.
3. Kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dalam kehidupan.
4. Keciciran pelajar luar bandar.
5. Gejala sosial dalam kalangan remaja.
6. Tekanan hidup anak bekas banduan.
7. Keinsafan dalam kehidupan.

Plot
i. Permulaan
Bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd Harazz yang sedang
melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan
adik sehingga berjaya . Ketika Mohd Harraz berusia 10 hingga 12 tahun dia sangat nakal
dan degil.

ii. Perkembangan
Gambaran kenakalan dan kedegilan Mohd Harraz sehingga dia mengambil keputusan
berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani
kerenahnya.
iii. Konflik
Konflik timbul apabila Mohd Harraz memberitahu bahawa dia mahu berhenti sekolah . Kak
Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu
memberi muka kepada Mohd Harraz.

iv. Klimaks
Ketika adik hendak bertemu dengan kawannya dia terlibat dalam kemalangan jalan raya .
Pondok dusun yang hendak dikunjungi adik telah diserbu oleh pihak polis. Adik bernasib baik
kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut.

v. Peleraian
Adik bersyukur kerana tidak berada dipondok itu, dia telah insaf atas kesilapannya dan
menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd Harraz
berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot

1. Pemerian
Adik berlari keluar. Saya menjerit memberikan amaran, tetapi tenggelam oleh deruman
ganas enjin motor.

2. Dialog
Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu.

3. Imbas Kembali
Sejak dimasukkan ke alam persekolahan, awal-awal lagi sudah terserlah kemalasan dan
ketidaksungguhan adik terhadap ilmu

4. Monolog dalaman
Ah, tiada sejurungpun ihsan adik bertamu! Saya betul-betul sakit hati . Berasap-asap bara
meluat saya.

5. Kejutan
Adik terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika hendak pergi ke dusun bertemu rakannya.

6. Suspens
Pembaca tertanya-tanya adakah Mohd Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam
kemalangan jalan raya.
Watak dan Perwatakan

Watak utama
Adik
Nama penuhnya Mohd Harraz bin Lebai Sidi
Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik.
Seorang yang degil dan keras hati.
Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial .
Seorang yang panas baran.
Insaf setelah terlibat dalam kemalangan.
Melanjutkan pelajar di Universiti al-Bayt, Jordan.

Watak Sampingan
Bonda
Seorang ibu tunggal .
Mempunyai empat orang anak, tiga perempuan dan seorang lelaki.
Gigih membesarkan anak-anak.
Mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup..
Mendidik anak dengan lembut.
Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya.

Kak Cik
Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik
Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.
Sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masa
1. Waktu pagi
2. Waktu senja
3. Waktu malam

Latar Tempat
1. Rumah Bonda
2. Pondok Dusun
3. Hospital

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang gigih mendidik anak.


2. Masyarakat yang terlibat dalam penagihan dadah.
3. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
4. Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.
Gaya Bahasa

1. Personifikasi
Timbul rasa kagum akan kecekalan sang suria menghadapi bilah-bilah hari.

2. Hiperbola
kata-kata berapi yang membakar kepala,
berasap-asap bara meluat saya

3. Metafora
Setem duka, album pengalaman, sampul kehidupan

4. Sinkope
Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak
-
5. Simile
bonda bagai tercampak ke pulau hana
ibarat mengumpul setem
6. Peribahasa
mengembalikan manikam ke dalam cembulnya
bersengkang mata
bendera putih

Nilai

1. Kasih sayang.
2. Bertanggungjawab.
3. Kesabaran.
4. Kegigihan.
5. Keinsafan.
6. Ketabahan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.


2. Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.
3. Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar.
4. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga.
5. Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga.
6. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan .
Cerpen Segala yang Tercinta Ada di Sana
[Zainal Rashid Ahmad]

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan kehidupan masyarakat yang dibesarkan di kampung. Rata-rata penduduk
kampung merupakan masyarakat miskin yang terpaksa bergantung kepada semua sumber tumbuh-
tumbuhan yang terdapat di sekeliling untuk mengubati penyakit kerana kos perubatan moden
mahal. Generasi tua telah mendidik anak-anak muda petua-petua mengubati penyakit cara
tradisional. Kanak-kanak diajar mengaji oleh Hajah Tom yang sering bermurah hati dan benar-benar
disayangi oleh mereka. Mereka juga diajar tentang hal ehwal agama oleh Imam Haji Salleh
Pumpong. Hubungan penulis dan rakan-rakan amat rapat dengan Hajah Tom dan Haji Salleh
Pumpong. Kehilangan kedua-dua orang yang disayangi ini memberi kesan kepada penulis dan rakan-
rakan.

Tema
Tema cerpen ini ialah tradisi kehidupan dalam masyarakat Melayu tradisional di kampung.

Persoalan
1. Kepentingan alam semula jadi dalam masyarakat kampung.
2. Pendidikan agama dalam masyarakat
3. Ketaatan kepada guru
4. Kemiskinan masyarakat di kampung
5. Mengenang jasa.

Plot
1. Permulaan
Penulis mengingat zaman kehidupannya dan rakan-rakannya semasa mereka
membesar di kampung.
2. Perkembangan
Penulis menceritakan kepentingan tumbuh-tumbuhan untuk mengubat pelbagai
penyakit bagi menggantikan ubat-ubatan moden yang lebih mahal dan tidak mampu
dibayar oleh penduduk kampung.
3. Puncak
Kematian Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong, kedua-dua orang yang paling
disayangi dan dihormati oleh mereka.
4. Peleraian
Penulis menganggap bahawa Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong merupakan dua
orang yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Teknik Plot
1. Pemerian
Orang tua-tua yang lahir dan bakal mati sebagai si miskin, dan selamanya takkan
mampu pergi ke klinik kala jatuh sakit
2. Imbas Kembali
Waktu masih kecil dan baru masuk sekolah, di rumah Hajah Tom, guru Quran tempat
kami mengaji, dua tiga orang teman mengadu
3. Dialog
Untuk beroleh berkat, amalkan dengan tawakal, berserah , dan berdoalah dengan
kalimat hanya Allah Yang Maha Berkuasa, kata Hajah Tom
4. Kejutan
Solat ini terakhir untuk guru Quran yang tercinta
Tak lama selepas itu, pada awal Ramadan kemudiannya, kami solat terakhir untuk
Haji Salleh Pumpong pula.

Watak dan Perwatakan


1. Aku/kami
Penulis merupakan anak kampung yang miskin .
Penulis rajin membantu sebarang kerja yang diminta oleh Hajah Tom dan imam
Haji Salleh Pumpong
Penulis taat kepada Hajah Tom dan Haji Salleh Pumpong.
Penulis rajin dan bertanggungjawab

2. Hajah Tom
Guru Quran
Suaminya meninggal akibat ditembak komunis di Gubir.
Tinggal sendirian dikampung
Bertubuh kecil serta berkulit putih licin seperti langsat matang
Kuat agama dan sentiasa menasihatkan anak-anak kampung agar sentiasa
mengingati Tuhan.
Baik hati beliau akan memasakkan mereka makanan seandainya dilihat murid-
muridnya sangat letih kerana belum makan .
Pemurah Beliau menjamu penulis dan rakan-rakannya selepas membantu Haji
Salleh Pumpong membersihkan surau akibat musim air pasang.
Penyayang Beliau sentiasa mengalu-alukan kedatangan penulis dan rakan-
rakannya kerana beliau tidak mempunyai anak/penulis dan rakan-rakan telah
khatam al-Quran beberapa kali di rumah Hajah Tom .
3. Imam Haji Salleh Pumpong
Imam tua di kampung penulis.
Berpengetahuan luas imam yang paling tahu segala perkara yang berkaitan
dengan agama .
Pembersih sentiasa menjaga kebersihan surau walaupun surau itu telah uzur
Penyayang menyayangi kanak-kanak .
Latar
1. Latar Masa
Waktu subuh
Malam-malam pertengahan Ramadhan
Awal Ramadhan
2. Latar Tempat
Kampung .
Surau
Gubir
Rumah Hajah Tom
3. Latar Masyarakat
Masyarakat kampung
Masyarakat kampung yang miskin
Masyarakat kampung yang taat kepada guru agama.
Masyarakat yang prihatin .
Masyarakat yang mengutamakan kebersihan
Masyarakat yang mengenang jasa.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan bahasa Arab.
Insyaalah, surah , khatam
2. Simile
Umpama menghadap raja
3. Personifikasi
lumpur pula melumuri tangga dan beranda
4. Peribahasa
Sekangkang kera
5. Pengulangan kata Kalau dia kata jangan, maka segera kami jauhi; kalau katanya
mesti, maka cepat-cepat kami patuhi.
Nilai
1. Ketaatan
2. Keprihatinan.
3. Baik hati .
4. Mengenang jasa .
5. Kasih sayang.

Pengajaran
1. Kita hendaklah taat kepada guru.
2. Kita haruslah prihatin terhadap orang lain.
3. Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama manusia.
4. Kita hendaklah mengenang jasa.
5. Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain.
CERPEN HARGA SEBUAH LUKISAN
Baharudin A. Manan

Sinopsis

Kamal Hijaz murid tingkatan dua di Sekolah Menengah Sirusa , dia akan berpindah ke Terengganu
kerana mengikut bapanya. Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Seminggu sebelum
berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz bertemu
kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di kantin. Maryati
mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya. Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz
berjaya jua memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa
dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi
Maryati sebuah lukisan.

Tema

Tema cerpen ini ialah keluhuran hati dalam persahabatan.

Persoalan

1. Kesungguhan untuk menghasilkan karya yang terbaik.


2. Keikhlasan dalam persahabatan.
3. Kesabaran dalam menghadapi masalah.
4. Cepat menginsafi kesalahan yang telah dilakukan
5. Baik hati dan berlapang dada memaafkan kesilapan orang.

Plot

(i) Permulaan

Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan artis-artis tersohor untuk mencari ilham yang
akan dilukiskan dalam pertandingan lukisan yang akan disertainya. Pembaca dikenalkan dengan
watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

(ii) Pengembangan

Sebelum pertandingan lukisan dimulakan Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di
taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik
dengan isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar
lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan
bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima
pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah.
Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi mencuci pinggan dan gelas di kantin.
Semasa pertandingan berlangsung , Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya bermasalah
dan sukar untuk diwarnai kerana telah disapu lilin. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali gus
dia mengubah fikiran,lalu melukis Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya
berkonflik; berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat

(iii) Puncak

Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan


Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

(iv) Peleraian

Hari terakhir persekolahan Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya
amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz
untuk ,meminta maaf kerana dia telah menukar kertas lukisan Kamal ketika Kamal mencuci pinggan
di kantin. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahinya sebuah lukisan.

Teknik Plot

1. Pemerian
Walau apa-apapun, Kamal Hijaz akan berlatih untuk membuat kedua-duanya sekali , tetapi
dia tidaklah mahu melukis
2. Monolog dalaman.
Patutlah begitu. Tetapi kenapakah jadi begitu? Telah disemak ketika di rumah tadi, semuanya
dalam keadaan elok. Mengapakah tiba-tiba jadi begini? Hatinya mula diserang goyah.
3. Dialog
Marilah kita sama-sama menjamu selera, Kamal. Tangan Maryati pantas, memenuhi
pinggan dengan sate ayam, kuah , dan nasi himpit.
4. Imbas kembali
Sebenarnya, akulah yang menukar kertas lukisanmu ketika kamu pergi ke kantin dulu.
Sengaja aku tukar supaya kamu menggelabah dan tidak memenangi hadiah, tetapi kamu
memang handal.
5. Imbas muka
Ya, tahun depan kita akan menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah . Semoga
kita akan sama-sama mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Watak dan Perwatakan

Kamal Hijaz
Berusia 14 tahun
Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
Berbakat dan berminat dalam lukisan/ sentiasa mendapat markah A dalam mata
pelajaran Lukisan.
Pelajar yang gigih dan bersungguh-sungguh.
Tekun mencari ilham untuk persediaan pertandingan melukis.
Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi
membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan
meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.
Bersikap terbuka dan pemaaf
Maryati
Berusia 14 tahun
Rakan sekelas Kamal Hijaz.
Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan
Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.
Hasad dengki dan telah menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal
Hijaz dalam pertandingan melukis.
Mudah insaf dan menyesali kesilapannya.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan bahasa Inggeris


Water colour, poster colour

2. Simlile
Macam nenek kebayan

3. Unsur peribahasa
Lurus bendul, membuta tuli

4. Personifikasi
Kekecewaan menghambat perasaannya

5. Unsur hiperbola
Menusuk rongga hidung

Latar Tempat

Di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa ;


Di taman mini sekolah
Di tapak perhimpunan dan di kantin sekolah.

Latar Masa
1. Hari Sabtu semasa pertandingan lukisan diadakan.
2. Hari Isnin semasa perhimpunan

Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang berbakat dalam melukis.
2. Latar masyarakat yang ikhlas dalam persahabatan.
3. Latar masyarakat remaja yang gigih berusaha.
4. Latar masyarakat remaja yang menghargai sejarah.
5. Latar masyarakat remaja yang mengkhianati rakan untuk memenangi dalam
pertandingan.
6. Masyarakat yang berhati mulia.

Nilai
1. Kegigihan
2. Kesyukuran.
3. Bersemangat tinggi
4. Bersabar
5. Keinsafan
6. Baik hati.

Pengajaran

1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya.


2. Kita hendaklah bersyukur akan nikmat Tuhan.
3. Kita hendaklah bersemangat untuk berjaya.
4. Kita hendaklah bersabar dan bertenang.
5. Kita hendaklah menginsafi kesilapan sendiri.
6. Kita hendaklah berhati mulia.

CERPEN BUDI SEMANGKUK DAGING


(Amy Suzani Ainuddin)

Sinopsis
Puan Ainun hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Puan Ainun
telah memberi semangkuk daging masak Minang kepada setiap jirannya . Semua jirannya
memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat
semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Puan Punita sehingga
sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka
berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak
makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Tema
Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian tanpa mengira kaum.
Persoalan
1. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama hidup dalam harmoni.
2. Ketidakfahaman tentang budaya bangsa lain boleh menimbulkan prasangka buruk.
3. Dendam boleh mengakibatkan permusuhan.
4. Remaja yang ringan tulang .

Plot
(i) Permulaan
Puan Ainun memasak daging masak Minang.
(ii) Perkembangan
Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang
jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.
(iii) Konflik/Perumitan
Konflik timbul apabila, Cik Punita mengembalikan semula masakan
tersebut menyebabkan Puan Ainun berkecil hati dan berdendam kepada Cik Punita.
(iv) Klimaks
Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui
penjelasan suaminya. Cik Punita tidak makan daging kerana dia penganut agama Hindu
yang dilarang makan daging lembu.
(v) Peleraian
Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik
Punita.

Teknik Plot/Penceritaan
1. Pemerian
Puan Ainun tersenyum puas. Bau harum masakkanya memenuhi ruang udara dapur.
2. Dialog
Tak mengapa! Ada ubi ada batas. Hari ini engkau buat pada aku. Esok lusa , aku akan buat
begitu pada engkau pula, kata Puan Ainun dala hati.
3. Imbas Kembali
Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang
dijual oleh Cik Punita.
4. Monolog
Orang lain pun berniaga juga, taklah macam dia. Nak paksa-paksa orang pula, rungut Puan
Ainun lagi.
5. Monolog dalaman
Biarkan daging itu empuk untuk beberapa minit lagi, fikir Puan Ainun.
6. Suspens
Puan Ainun duduk sambil menongkat dagu di atas meja. Fikirannya ligat mencari jawapan
tentang punca jiran di sebelah kanan rumahnya itu menolak pemberiannya.
7. Kejutan
Puan Ainun terkejut mendengar penjelasan suaminya . Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan
daging kerana penganut agama Hindu tidak dibenarkan makan daging lembu.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Puan Ainun
Isteri kepada Encik Hilal
Ibu kepada Shafiq dan Hanif
Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah
Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.
Gemar memasak dan memberi masakan kepada jiran-jirannya.
Berprasangka buruk.
Seorang yang mudah berkecil hati dan pendendam.
Insaf akan kesilapannya

Watak Sampingan
Punita
Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.
Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.
Fasih berbahasa Melayu.
Berasal dari Ipoh.
Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.
Patuh pada ajaran agamanya .
Mempunyai semangat kejiranan .

Encik Hilal
Suami kepada Puan Ainun.
Bapa kepada Shafiq dan Hanif.
Suami yang penyabar dan berjaya menyedarkan kesilapan isterinya.
Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain .

Latar

Latar Masa
1. Waktu pagi
2. Waktu tengah hari
3. Waktu petang

Latar Tempat
1. Rumah Puan Ainun
2. Kawasan Perumahan

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.


2. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .
3. Masyarakat remaja rajin menolong jiran.
4. Masyarakat remaja yang taat kepada ibu bapa.
5. Masyarakat yang prihatin terhadap adat ,budaya dan agama pelbagai kaum.
6. Masyarakat yang berprasangka dan berdendam.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan bahasa Inggeris


Best

2. Simile
Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.

3. Peribahasa
Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

Nilai

1. Bantu-membantu
2. Hormat-menghormati
3. Baik hati
4. Kepatuhan
5. Keinsafan.
6. Prihatin

Pengajaran

1. Kita mestilah bantu-membantu sesama jiran.


2. Kita hendaklah menghormati jiran dan amalan kepercayaan bangsa lain..
3. Kita hendaklah berprasangka baik sesama jiran.
4. Kita mestilah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.
5. Kita mestilah menginsafi kesilapan diri dan cari jalan penyelesaian.
6. Kita mestilah prihatin dengan adat dan kepercayaan jiran.

CERPEN : MENCARI NAFAS BARU


[Ayusari mj]

Sinopsis

Cikgu Ana bertugas di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Cikgu Ana
dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Cikgu Ana mula gelisah apabila anak
murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Cikgu Ana terus ke
rumah Milah untuk menziarahinya dan mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Cikgu
Ana membawa Milah ke hospital dan doktor Izah mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia
jenis limfoblastik (ALL). Cikgu Ana berasa sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit
tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana. Peristiwa sedih itu menyebabkan
Cikgu Ana minta ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.

Tema

Tema cerpen ini ialah kegigihan seorang guru yang mengajar di kawasan pedalaman.

Persoalan

1. Kasih sayang seorang guru terhadap muridnya.


2. Kesungguhan guru menaikkan prestasi sekolah.
3. Ketabahan guru yang mengajar di pedalaman.
4. Kepentingan perubatan moden.

Plot

1. Permulaan
Cikgu Ana mengingati kisah ketika mengajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Chat. Cikgu
Ana telah mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah
merupakan anak murid kesayangannya yang dianggap seperti adiknya meninggal dunia
kerana menghidap penyakit leukemia.

2. Perkembangan
Pada bahagian ini, Cikgu Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah
Kebangsaan Kampung Chat, Pahang. Cikgu Ana amat menyayangi Milah, salah seorang
muridnya yang dianggap seperti adiknya sendiri.

3. Konflik
Konflik timbul apabila Milah tidak hadir ke sekolah lebih dari tiga hari. Milah disahkan
menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).

4. Klimaks
Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Cikgu Ana.

5. Peleraian
Cikgu Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat
kelahirannya.

Teknik Plot

1. Pemerian
Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan. Ana sudah mengambil keputusan. Keputusan
yang diambilnya ini bukan bermakna Ana kecewa tetapi itu ialah cara yang terbaik..
2. Dialog
Belum. Ayah Molah dan cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya. Risau pula
kakak dibuatnya! keluh emak Milah.
3. Monolog
Ya Allah , sekiranya ini yang terbaik bagi Millah dan orang di sekelilingnya, maka kami terima
dengan penuh keredaan Soal hidup dan mati terletak pada tangan-Mu! Ana mengangkat
tangan memohon restu ilahi.

4. Imbas Kembali
Ana masih teringat lagi akan detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditempatkan
untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.

5. Suspens
Cikgu Ana gelisah apabila sudah tiga hari Milah tidak hadir ke sekolah.

6. Kejutan
Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL)dan meninggal dunia.

Watak dan Perwatakan

Watak utama

Cikgu Ana
Guru lulusan universiti pendidikan tempatan.
Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang.
Gigih melaksanakan tugas.
Bertanggungjawab terhadap anak didiknya
Prihatin masalah kesihatan anak muridnya.
Baik hati untuk menderma sumsum tulang untuk anak muridnya.
Penyayang.

Watak Sampingan
Milah
Murid tingkatan 3.
Murid di sekolah Ana .
Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.
Ibunya berniaga secara kecil-kecilan
Ayahnya penangkap ikan.
Seorang pelajar yang rajin dan aktif bersukan.
Menghidap penyakit leukemia.
Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Cikgu Ana.
Latar

Latar Masa
1. Waktu pagi Sabtu
2. Waktu petang
3. Pada hari Jumaat.

Latar Tempat
1. Kampung Chat, Hulu Pahang.
2. Sekolah kebangsaan Kampung Chat.
3. Kampung Lenjun
4. Hospital Daerah, Kuala Lipis

Latar Masyarakat
1. Masyarakat guru yang bertanggungjawab terhadap anak muridnya.
2. Masyarakat guru yang penyayang.
3. Masyarakat yang murid yang gigih dalam pelajaran dan kokurikulum.
4. Masyarakat kampung di pedalaman.
5. Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.
6. Masyarakat guru yang ikhlas sebagai pendidik.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan istilah Sains


Vincristine, Cytosine Arabinoside,

2. Personifikasi
keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram
semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana

3. Simile
Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

Nilai

1. Bertanggungjawab
2. Kasih sayang.
3. Pengorbanan.
4. Kerajinan.
5. Bersimpati.

Pengajaran
1. Kita hendaklah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
2. Kita hendaklah mengasihi sesama insan .
3. Kita hendaklah berkorban untuk kebahagiaan semua.
4. Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.
5. Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.

Drama Sebuah Perjuangan


(Ab Manaf Kamarudin)

Sinopsis

Babak 1

Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas bahawa
mereka bebas bercucuk tanam tanpa diganggu gugat oleh polis Inggeris. Kawasan itu di bawah
pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.

Babak 2

Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau
berkuasa di Sungai Padas. Pegawai Inggeris marah kerana Pangeran Syahbandar menentangnya.
Sungai Padas dipajak kepada kompeni Inggeris oleh Sultan Brunei melalui satu perjanjian.

Babak 3

Pangeran Syahbandar dan Awang meluahkan perasaan marah kepada kompeni Inggeris kerana
cuba menguasai kawasan Sungai Padas. Dia mahu mereka bertindak terhadap penghasut.

Babak 4

Satu pertempuran berlaku antara penduduk kampung dengan pihak Inggeris. Pangeran Syahbandar
mengarahkan pengikutnya memburu dan menangkap penduduk kampung yang belot.

Babak 5

Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang dan menawan
penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat bantahan kepada
Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang menentang kompeni Inggeris.

Babak 6

Tunku Sultan meminta Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan


penentangan terhadap Inggeris. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan
Inggeris. Pangeran tidak akan tunduk dengan desakan tersebut, malah akan menyerang markas
Inggeris yang berada di seberang.

Babak 7

Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni Inggeris. Pangeran
Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya menyerang, membunuh dan merampas senjata api
orang Inggeris.

Babak 8

Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan Inggeris kalah teruk.
Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah mendapat kebenaran
daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran
Syahbandar.

Babak 9

Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu untuk
menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan menyerang
sekali lagi kubu tersebut. Kompeni Inggeris juga mendapat bantuan polis Sikh dari Perak yang
mempunyai senjata api.

Babak 10

Berlakunya pertempuran antara Pangeran Syahbandar dan polis kompeni. Tiada lagi kedengaran
tembakan daripada polis-polis kompeni. Pangeran Syahbandar menganggap pihak kompeni telah
berundur.

Babak 11

Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang menyerang
kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis kompeni yang
ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata lembing dan keris.
Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-habisan.

Babak 12

Awang memberitahu mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut terkorban. Awang
menyarankan supaya mereka menyahut seruan Gabenor untuk berunding dan menghentikan
peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti
mereka tewas. Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri
kepada kompeni Inggeris.
Tema

Tema drama ini ialah semangat patriotik anak watan menentang penjajahan.

Persoalan

1. Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah di negara sendiri.


2. Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri untuk kepentingan diri sendi
3. Bekerjasama dalam mempertahankan tanah air.
4. Peperangan banyak membawa kemusnahan.
5. Bijak membuat menyusun strategi.

Plot
Pembinaan plot

(i) Permulaan
Semasa ucapan , Pangeran Syahbandar menyeru penduduk kampung menentang kompeni
Inggeris kerana daerah ini ialah kawasan mereka.

(ii) Perkembangan
Di pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang
mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Sungai Padas telah dipajak kepada kompeni
Inggeris oleh Sultan Brunei. Pangeran Syahbandar mendakwa Sungai Padas tidak termasuk
dalam kawasan pajakan Inggeris.

Pangeran Syahbandar meluahkan perasaan marah terhadap kompeni Inggeris dan


menyatakan bahawa kompeni tidak akan berjaya menghasut penduduk kampung.

Pertempuran berlaku antara orang kampung dengan sekumpulan pembelot. Pangeran


Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan menangkap pembelot-
pembelot.

Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan
Pangeran Syahbandar menentang kompeni.

Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan


menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan. Awang menerangkan
bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan hak dan kebebasan.

(iii) Konflik

Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni.


Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh
dan merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh dan senjata api
dirampas.

Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran


daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran
Syahbandar.

Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris
dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai pada kali lagi. Awang berasa
cemas tetapi pangeran syahbandar member kata semangat supaya berjuang habis-habisan

(iv) Klimaks
Pangeran Syahbandar bersetuju berunding dengan pihak Inggeris.

(v) Peleraian

Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada
pihak kompeni Inggeris.

Teknik Penceritaan

1. Teknik Pemerian

Di tengah pentas kelihatan Pangeran Syahbandar sedang memberikan ucapan


kepada penduduk kampung dalam suatu perhimpunan.

2. Imbas kembali
Jahul: Begini tuan, semalam Pangeran dan pengikut-pengikutnya telah menyerang
dan menawan penduduk yang menjadi rakyat kompeni itu, tuan.

3. Imbas muka
Awang: Tapi, apa Pangeran? Ada baiknya kita menyahut saja seruan Gabenor
baharu kompeni itu. Bukankah dia mengajak kita berunding dan menghentikan
peperangan? Daripada kita semua terkorban tanpa warisan, baik kita berdamai,
Pangeran.

4. Teknik kejutan
Pihak Inggeris datang menyerang dengan tiba-tiba selepas tembakan daripada polis-
polis tidak ada seketika.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Pangeran Syahbandar
Ketua penentang
Tokoh pejuang di Sungai Padas.
Berani menentang kompeni Inggeris.
Berfikiran matang dan rasional dalam membuat keputusan.
Pemimpin yang berkarisma.
Bijak mengatur strategi peperangan .
Bersemangat kental

Watak Sampingan
Awang
Pembantu kepada Pangeran Syahbandar.
Bersemangat patriotik.
Berfikiran jauh.

Jahul
Pengkhianat bangsanya sendiri.
Tali barut Inggeris.
Seorang yang senang dipujuk apabila menerima ganjaran.

Latar
Latar Masa
1. Berlaku hampir 4 bulan
2. Waktu malam
3. Waktu pagi

Latar Tempat
1. Di kawasan sungai Padas.
2. Pejabat Pegawai Inggeris
3. Kubu Kota Manggalela

Latar Masyarakat

1. Masyarakat kampung yang sanggup patriotik .


2. Masyarakat yang mengkhianati bangsanya sendiri.
3. Masyarakat penjajah yang suka campur tangan dalam hal-hal pentadbiran orang-
orang tempatan.
4. Masyarakat yang tamak dan mementingkan diri sendiri.
5. Masyarakat yang bertimbang rasa.
6. Masyarakat penjajah.
Gaya bahasa

1. Penggunaan bahasa Inggeris


what, special for you, coming

2. Peribahasa
Tali barut , Biar berputih tulang, jangan berputih mata
Alang-alang mandi biar basah

Nilai
1. Patriotisme.
2. Kesetiaan .
3. Bersatu padu.
4. Keberanian.
5. Rasional
6. Keikhlasan

Pengajaran

1. Kita haruslah memiliki semangat cinta akan negara.


2. Kita hendaklah setia kepada ketua.
3. Kita hendaklah bersatu dalam menghadapi musuh.
4. Kita hendaklah berani menentang penjajah.
5. Kita hendaklah berfikiran rasional dalam tindakan.
6. Kita perlulah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Drama Cabaran
[A.Ghaafar Ibrahim]

Sinopsis

Babak 1

Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi
pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan,ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca
daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif. Zainal dianggap
mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat
orang lain.

Babak 2

Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap rakan-rakan yang suka bertekak dan berbual
kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita yang miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya
mencadangkan agar satu yayasan ditubuhkan untuk membantu anak-anak ke universiti. Barisan
Pembela Rakyat Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi tabung pelajaran yang diharapkan
dapat membela nasib rakyat desa. Rancangan itu dimulai dengan menubuhkan kelas pemimpin dan
Kedai Syarikat Kerjasama.

Babak 3

Hani tidak puas hati tentang sikap pemuda yang suka melepak. Firdaus menjelaskan sikap
masyarakat sendiri yang lemah dan beku. Hidup perlulah percaya kepada diri sendiri dan hidup
hendaklah bekerjasama. Hani menyatakan tidak ramai pemuda yang sanggup berubah ke arah
kebaikan malah ramai yang boleh bercakap tetapi tidak dapat melaksanakan apa-apa yang
diperkatakan. Perkara yang lebih penting ialah daya usaha.

Babak 4

Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Hal ini di perlihatkan dalam
imbas kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera tetapi tidak
menunaikannya.

Babak 5

Yahya berpendapat bahawa perniagaan penting untuk menambahkan pendapatan dan membawa
kemajuan kepada negara. Zainal berpandangan negatif dan tidak bersetuju tentang kebaikan
berniaga kerana terdapat satu syarikat kilang padi yang telah ditutup kerana pekerja yang tidak
amanah. Firdaus memberikan kata-kata semangat iaitu kita tidak boleh berlembut atau merendah
diri lagi.
Babak 6

Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan dan
gambar mereka telah terpapar di surat khabar dan Zainal akhirnya mengakui kesilapan dirinya.

Tema

Drama ini ialah perubahan sikap dan pemikiran generasi muda untuk mencapai kemajuan diri dan
bangsa .

Persoalan
1. Masyarakat yang menentang arus perubahan.
2. Pemimpin yang tidak berpegang pada janji.
3. Masyarakat yang tidak jujur .
4. Masyarakat yang mahu memajukan bangsa

Plot

Pembinaan plot

1. Permulaan
Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang
dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran.

2. Perkembangan
Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang berbual
kosong. Yahya mencadangkan penubuhan satu yayasan sebagai dana untuk membantu
anak-anak ke universiti.

Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan untuk mengutip wang bagi tabung pelajaran
yang dapat membela nasib rakyat desa.
Rancangan ini dimulai dengan penubuhan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat Kerjasama.

Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka berlepak pada hal
mereka harapan bangsa. Mereka juga harus sanggup berubah ke arah kebaikan.

Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta
berfikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Konflik

Yahya menyindir sikap pemimpin yang sudah lupa pada orang bawahan. Yahya teringat
kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera.
Zainal bersikap dan berpandangan negatif tentang perniagaan. Buktinya syarikat kilang padi
yang ditutup kerana pekerja yang tidak amanah.

4. Klimaks
Yahya gembira kerana rancangan mereka berjaya hasil permuafakatan. Kejayaan mereka
terpapar di surat khabar.

5. Peleraian
Zainal menyedari kesilapannya dan sedar akan kekuatan permuafakatan.

Teknik Penceritaan

1. Imbas Kembali
Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang
pilihan raya sedikit masa dahulu.

2. Monolog
Yahya: (Berdiri, katawa dan bercakap pada diri sendiri) Yang Berhormat Encik
Osman tak dapat datang. Tak dapat datang ke kampung ini. Maklmumlah. Orang
besar banyak urusan. Hai , yalah dah banyak berpangkat sikit, lupa kepada orang-
orang bawah! Memandang bulan di langit, lupa akan rumput di bumi.

3. Suspen
Husin : (Menjerit. Berjalan tak tentu arah) Ooo, kita berjaya! ( Membentangkan surat
khabar) Yahya, lihat gambar kau pun ada di samping gambar dia.

4. Kejutan
Yahya : (Senyum megah. Surat khabar di tangan) Suatu kegemparan. Ya, satu
negeri gempar! Rancangan kita berjaya. Ya , kita berjaya! Kita semua rakyat jelita.
Kita berhak untuk menuntut hak kita. Mana boleh jadi pak turut saja. Angguk kepala
dengan tidak tentu hujung pangkalnya.

Watak dan Perwatakan


Watak Utama
Yahya
Ketua Pemuda Parti.
Pemuda kampung yang mempunyai semangat yang tinggi untuk berubah ke arah
kemajuan.
Pemuda yang berpandangan jauh dan berpendirian tegas.
Pemuda yang gigih berusaha untuk menubuhkan kelas pemimpin dan Kedai Syarikat
Kerjasama.
Yahya percaya bahawa setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.

Watak Sampingan
Firdaus
Pemimpin muda yang sentiasa mempunyai idea yang positif.
Firdaus sentiasa mengeluarkan pendapat yang bernas tentang perubahan masyarakat
dan menerima adat resam lama yang boleh membawa kebaikan.
Mahu mencipta satu generasi baru yang dinamis, progresif, dan maju.
Kata-katanya selalu memberi motivasi kepada rakan-rakan lain.

Zainal
Sentiasa berfikiran negatif tentang kemajuan.
Mementingkan diri sendiri.
Berfikiran sempit.
Seorang yang keras hati.

Osman
Seorang ahli parlimen.
Pemimpin yang pandai berjanji tetapi tidak menunaikan janji tersebut.
Pandai berkata-kata.
Pandai mempengaruhi orang lain.

Latar

Latar Masa
1. Malam - Di rumah Yahya, Yahya dan adiknya Mariah berbual-bual tentang
penubuhan barisan Pembela Rakyat Desa.
2. Petang - Di balai raya mereka berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar
tentang kerugian syarikat kilang padi.

Latar Tempat
1. Rumah Yahya
2. Rumah Firdaus
3. Balai raya

Latar Masyarakat

1 Masyarakat yang tinggal di kampung.


2. Masyarakat muda yang mahukan perubahan.
3. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri..
4. Masyarakat muda yang berusaha membela nasib bangsa sendiri.
5. Masyarakat yang suka membuang masa .
6. Masyarakat yang mementingkan agama.
Gaya bahasa

1. Penggunaan bahasa Inggeris


Flashback, transistor
2. Simile
Engkau semua terlalu besar cita-cita. Macam harimau lapar saja.
3. Peribahasa
Hangat-hangat tahi ayam , cakap besar, keras hati.
4. Personifikasi
Hawa nafsu bermaharajalela dalam dada.

Nilai

1. Kerajinan.
2. Bekerjasama.
3. Keberanian
4. Rasional
5. Bersatu padu
6. Berwawasan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk kesenangan hidup.


2. Kita mestilah bekerjasama ke arah kebaikan.
3. Kita hendaklah berani mengeluarkan pendapat dan memajukan diri.
4. Kita hendaklah rasional dalam tindakan.
5. Kita hendaklah hidup bersatu padu dan bergotong-royong untuk kejayaan masyarakat
6. Kita hendaklah berwawasan dan berfikiran luas.

You might also like