You are on page 1of 17

PENGENALAN

Dr Zeti Akhtar Aziz lahir pada 27 Ogos 1947 di Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan

anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz. Beliau berkahwin dengan

Dr. Taufik Anyam dan dikurniakan dua orang anak. Beliau mendapat pendidikan awal di

Singapura dan bersekolah di SMK Asunta,Petaling Jaya pada 1958 1. Pada tahun1970, beliau

menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang ekonomi Analitikal dan kemudiannya

melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang

kewangan dan ekonomi antarabangsa di University Pennyslvania, Amerika Syarikat pada tahun

1978.

Beliau memulakan kerjaya sebagai penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan

Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South East Asia Central Bank Training And Research

Centre) pada tahun 1979 hingga 19842. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus

Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia. Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai Ketua

Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 september 1998, beliau dilantik sebagai

Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan

diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia

Ketujuh dan wanita pertama dalam jawatan tersebut.3 Beliau juga merupakan satu-satunya

wanita Asia yang menjawat jawatan paling tinggi dalam bidang ini. Tugas utama beliau adalah

memastikan ekonomi negara dalam keadaan yang baik dan mampu bertahan daripada kejutan

kewangan luar.
SUMBANGAN DR ZETI AKHTAR AZIZ DALAM BIDANG EKONOMI

Pembangunan Pebankan Islam

Perbankan Islam merujuk kepada sistem perbankan yang berlandaskan undang-undang

Islam atau juga dikenali sebagai undang-undang Syariah. Prinsip-prinsip asas yang menguasai

perbankan Islam ialah saling berkongsi risiko dan keuntungan antara kedua-dua pihak, jaminan

keadilan untuk semua dan urus niaga yang dijalankan itu adalah berdasarkan aktiviti perniagaan

atau aset asas. Prinsip-prinsip ini disokong oleh nilai-nilai teras perbankan Islam yang

menggalakkan aktiviti yang memupuk keusahawanan, menjana perniagaan dan perdagangan

serta menghasilkan pembangunan kemasyarakatan atau manfaat. Aktiviti yang melibatkan

faedah (riba), perjudian (maisir) dan urus niaga spekulatif (gharar) adalah dilarang4.

Perbankan islam menerajui pembangunan kewangan islam di dalam negara dan pada

peringkat dunia dan mengambil bahagian dalam usaha meningkatkan sumbangan perusahaan

kecil dan sederhana ke dalam ekonomi negara ini. Dr Zeti Akhtar Aziz juga aktif dalam

membentuk masa depan kerjasama kewangan di rantau Asia dan merupakan suara yang penting

bagi ekonomi baharu muncul dalam forum kewangan antrabangsa. Dr Zeti Akhtar Aziz juga

memainkan peranan yang penting dalam tranformasi organisasi bank pusat untuk menjadi fokus

secara strategik dan dipacu prestasi yang baik. Ini turut melibatkan perubahan utama terhadap

proses tadbir urus, pengurusan bakat dan menetapkan kerangka pengurusan risiko yang kukuh.

Pada tahun 2009, Dr Zeti Akhtar Aziz menerajui penggubalan satu perundangan perbankan

pusat yang baharu. Penggubalan Akta Bank Pusat Malayia 2009 menyediakan Bank Negara

Malaysia dengan mandat yang lebih jelas dan memberikan kuasa yang perlu bagi

membolehkannya melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan5.

Akta Bank Pusat Malaysia 2009, negara kita telah berjaya mengharungi beberapa krisis

ekonomi dan kewangan dunia. Dua krisis kewangan terpenting yang dilalui oleh negara ialah
krisis kewangan Asia 1997 dan 1998 dan krisis kewangan dunia yang melanda pada masa kini6.

Kedua-dua krisis ini telah menguji sejauh manakah teguhnya sistem perbankan dan kewangan

negara. Jika pada tahun 1997dan 1998, negara berhadapan dengan serangan penyangak mata

wang asing, kini setelah 10 tahun berlalu, sekali lagi negara telah terkena tempias krisis

kewangan dunia yang disebabkan oleh kerapuhan sistem perbankan dan kewangan dunia7.

Atas dasar inilah, negara memerlukan satu sistem perbankan dan kewangan yang benar-

benar mampan. Sudah tentu ia harus bermula daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang

merupakan "ibu" bagi sistem perbankan dan kewangan Malaysia8. Tanpa mempunyai bank

pusat yang benar-benar ampuh, negara akan berhadapan dengan risiko kestabilan kewangan

dan ekonomi negara. Ini kerana bank pusat seperti BNM mempunyai peranan yang amat besar

dalam sesebuah negara sebagai penggalak kepada kestabilan kewangan agar pembangunan

ekonomi negara lebih kondusif, progresif, kukuh dan mampan9.

Oleh itu, berkuat kuasa pada 25 November 2009, Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah

mengambil alih peranan Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang telah menjadi pemangkin

kepada pembangunan ekonomi negara selama 51 tahun10. Pengenalan akta baru ini amatlah

wajar sama sekali dan tepat pada masanya dalam memenuhi persaingan ekonomi yang lebih

kompetitif di era liberalisasi dan globalisasi.11

Tanpa mempunyai akta yang terkini bersesuaian dengan senario ekonomi, kewangan dan

perbankan semasa, Malaysia akan ketinggalan jauh ke belakang berbanding dengan negara-

negara lain di dunia. Kerangka utama Akta baru ini menekan pada kepentingan tadbir urus

BNM. Sejajar dengan ini, tiga Jawatankuasa Lembaga hendaklah ditubuhkan12.

Pertama, Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga yang berperanan untuk mengesyorkan

senarai anggota bagi Jawatankuasa Dasar Monetari, Jawatankuasa Penafsir dan jawatankuasa

yang ditubuhkan oleh BNM. Jawatankuasa-jawatankuasa ini juga bertindak untuk memeriksa
dan mengesyorkan belanjawan dan rancangan operasi BNM kepada Lembaga Pengarah BNM

untuk tujuan kelulusan. Rancangan operasi yang bakal dilaksanakan mestilah benar-benar

ampuh, maka peranan Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga amatlah besar sama sekali untuk

memastikan kecekapan dan keberkesanan operasi BNM13.

Kedua, Jawatankuasa Audit Lembaga bertindak untuk memastikan integriti akaun dan

kewangan BNM agar tiada sebarang permasalahan kewangan sebelum diaudit oleh Ketua Audit

Negara. Bukan itu sahaja, jawatankuasa ini berperanan untuk memastikan keberkesanan sistem

kawalan dalaman BNM dengan melaksanakan fungsi audit dalaman14.

Sistem kawalan dalaman yang mantap merupakan "kunci" kepada pengukuhan operasi

BNM dan ini seharusnya seiring dengan pelaksanaan fungsi audit dalaman yang bertindak

sebagai pemantau dan pengawas kepada sebarang ketidakcekapan dan keberkesanan operasi

BNM15.

Jika ini dapat dilaksanakan pada tahap paling memuaskan, sudah tentu segala undang-

undang dan pengawalseliaan dapat dipatuhi sepenuhnya. Ketiga, bertepatan dengan

kepentingan pengurusan risiko dewasa ini, maka, sudah tentu perkara ini mewajarkan BNM

menubuhkan Jawatankuasa Risiko Lembaga untuk membantu Lembaga Pengarah secara

kolektif dalam pengawasannya mengenai pengurusan risiko perusahaan BNM. Selain daripada

tadbir urus, satu lagi komponen yang amat menarik tentang Akta baru ini ialah dalam

memperkukuhkan sistem kewangan Islam di Malaysia. Melaluinya, BNM boleh menubuhkan

Majlis Penasihat Syariah yang berperanan untuk menentukan dan mengeluarkan keputusan

mengenai hukum Syarak berkaitan dengan sebarang perkara kewangan16.

Keanggotaan Majlis Penasihat Syariah mestilah terdiri daripada kalangan pakar-pakar

Syariah, kewangan, perbankan dan undang-undang. Merekalah akan dilantik sendiri oleh Yang

di-Pertuan Agong atas nasihat Menteri setelah berunding dengan BNM. Semua institusi
kewangan Islam dan BNM hendaklah merujuk kepada Majlis ini mengenai sebarang perkara

berkaitan dengan kewangan Islam agar sistem perbankan dan kewangan Islam benar-benar

dilaksanakan berlandaskan Syariah. Secara langsung, Akta baru ini sebenarnya telah

mengiktiraf peranan BNM dalam mempromosikan Malaysia sebagai Pusat Kewangan Islam

Antarabangsa17.

Bagi memastikan daya tahan sistem perbankan dan kewangan negara, BNM mempunyai

kuasa untuk mengambil sebarang langkah yang perlu untuk mengelak dan mengurangkan risiko

kepada kestabilan kewangan negara terutamanya berkaitan dengan risiko modal dan kecairan

sebarang institusi kewangan.18

Institusi kewangan yang mempunyai masalah berkaitan dengan aspek ini akan dibantu oleh

BNM. Ini mencerminkan BNM bukan sahaja badan pengawas perbankan dan kewangan negara

tetapi juga sebagai pelindung kepada institusi-institusi kewangan negara. Sememangnya, akta

baru ini digubal untuk menjadi penampan kepada sebarang risiko kestabilan kewangan dan

krisis kewangan yang mungkin melanda negara pada suatu masa nanti19.

Menstabilkan Ekonomi Malaysia Selepas Inflasi 2008

Dalam ekonomi, inflasi merupakan sesuatu kenaikan dalam tingkat harga umum

barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa 20. Dengan

peningkatan harga umum, setiap unit mata wang Cuma dapat membeli barangan dan

perkhidmatan dalam jumlah yang kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga

mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam

dalam medium pertukaran dalaman unit akaun dalam sesebuah ekonomi. Satu ukuran utama

bagi inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum ( biasanya

disebut Indeks Harga Pengguna) dari semasa ke semasa.21


Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan

negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item

monetary lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh

mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada

kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga

akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat

boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan

kemelesetan ekonomi), dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan

monetari22.

Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh

pertumbuhan tinggi bekalan wang23. Pandangan tentang kadar inflasi yangsederhana pula

pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar

barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan

juga pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi. Tugas mengawal kadar inflasi yang

rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya

mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah,

melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank24.

Ekonomi global menghadapi cabaran getir sepanjang 2008 disebabkan oleh krisis

kewangan dunia, yang berpunca daripada krisis kredit dan gadai janji subprime di Amerika

Syarikat25. Sungguhpun kedudukan ekonomi dunia dalam separuh pertama membanggakan,

diterajui oleh China dan India, ekonomi dunia keseluruhannya pada tahun 2008 tumbuh lebih

perlahan pada kadar 3.2% dari 5.2% pada 2007 ekoran ekonomi negara-negara maju mengalami

kemelesetan dalam separuh kedua. Secara purata, kadar pertumbuhan ekonomi negara-negara

maju mencatakan pertumbuhan perlahan pada kadar 0.9% dalam 2008 berbanding 2.7% dalam

2007. Ekonomi Amerika Syarikat tumbuh lebih perlahan pada 1.1% berbanding dengan 2.0%
pada 2007, sementara pertumbuhan dalam kawasan Euro juga menurun kepada 0.9% daripada

2.7%. Dalam tahun yang sama ekonomi jepun mengecut 0.6% pada 2008 daripada pertumbuhan

2.4% dalam tahun sebelumnya. Ekonomi negara-negara sedang membangun juga menunjukkan

pertumbuhan lebih perlahan dalam tahun 2008 pada kadar 6.1% berbanding 8.3% pada 2007.

China dan India pula terus menunjukkan prestasi kukuh masing-masing dengan pertumbuhan

9.0% dan 7.3% tahun lalu, tetapi lebih perlahan daripada 13.0% dan 9.3% pada 2007.

Penurunan mendadak dalam ekonomi negara-negara maju telah mengakibatkan kemerosotan

dalam perdagangan global, pelaburan dan aliran modal dalam tahun 2008. Pertumbuhan dalam

dagangan barangan dan perkhidmatan dunia merosot kepada 3.3% berbanding 7.2% pada 2007,

sementara aliran modal swasta besih ke dalam ekonomi negara-negara membangun jatuh

kepada USD109.3 bilion pada 2008 dari USD617.5 bilion dalam tahun sebelumnya26.

Ekonomi Malaysia mengalami pembangunan bercampur-campur pada 2008. Separuh

pertama menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan sementara inflasi meningkat

kerana tekanan kenaikan kos27. Eksport meningkat pantas dalam tempoh januari-jun,

disumbangkan oleh pembuatan dan komoditi utama, serta perbelanjaan pengguna yang kukuh

yang bersama membantu KDNK sebenar meningkat sebanyak 7.1%. Bagaimanapun,

momentum pertumbuhan perlahan dalam separuh kedua akibat prestasi eksport yang semakin

lemah kerana negara-negara utama mengalami kesukaran ekoran krisis kewangan global yang

semakin teruk. Kesan kepada pendapatan dan kos yang seterusnya telah menjejaskan

perbelanjaan domestic pada separuh kedua 2008 dan mengakibatkan KDNK sebenar untuk

tempoh ini tumbuh perlahan pada 2.4% dengan kadar pertmbuhan pada suku terakhir rendah

pada kadar 0.1%28. Justeru, pertumbuhan untuk keseluruhan tahun 2008 lebih perlahan pada

4.6% berbanding 6.3% dalam tahun sebelumnya. Ini merupakan kadar pertumbuhan ekonomi

paling perlahan sejak 2001. Sementara itu, tekanan inflasi domestik terus bertambah sehingga

suku ketiga, sebelum mulai turun dalam suku terakhir ketika harga makanan dan bahan api
mengekalkan kenaikan. Untuk keseluruhan 2008, purata kadar inflasi Malaysia ialah 5.4%,

kadar terpantas dalam tempoh 26 tahun. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak melaksanakan

pengetatan dasar kewangan. Sebaliknya kadar faedah diturunkan dan memastikan kecairan

dalam system perbankan kekal tinggi dalam suasana di mana kebimbangan mengenai ekonomi

meningkat. Secara amnya, sistem kewangan Malaysia terus melihat kestabilan pada 2008

dengan keadaan kecairan tinggi dikekalan. Walaupun berlaku pengaliran keluar modal portfolio

daripada sistem kewangan domestic, kadar penurunan dalam rizab luar negara dilindungi oleh

lebihan besar dalam akaun semasa imbangan bayaran. Lebihan akaun semasa pada 2008

berjumlah RM129.4 bilion atau 17.5%KDNK berbanding RM100.4 bilion atau 15.6% dari

KDNK pada 2007. Simpanan luar pada penghujung 2008 berjumlah RM317.4 bilion atau

USD91.5 bilion berbanding RM335.7 bilion atau USD101.3 bilion pada tahun 2007.

PENCAPAIAN DR ZETI AKHTAR AZIZ

Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia

Majalah yang beribu pejabat di New York, Global Finance menamakan Gabenor Bank

Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai seorang daripada ketua bank pusat terbaik dunia

sepanjang setahun lalu dalam kalangan lima ketua bank pusat yang lain di lima negara dan

Presiden Bank Pusat Eropah Jean-Claude Trichet29.

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan enam ketua bank pusat yang lain itu diberi gred A

dalam rencana tahunan terbitan majalah berkenaan yang bertajuk Central Banker Report Card

bagi kejayaan dalam bidang seperti kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabulan

mata wang dan pengurusan kadar faedah.30

Gred berkenaan adalah antara A hingga F, yang tertinggi manakala F terendah. A

menunjukkan prestasi cemerlang dan F pula kegagalan. Ketua Bank Pusat yang lain menerima

gred teringgi ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee
Seong Tae ( Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet

(Kesatuan Eropah).31

Majalah berkenaan mempunyai pembaca di 163 negara yang terdiri daripada pengamal

kewangan syarikat-syarikat multinasional, dan mempunyai pejabat di London dan Milan, selain

ibu pejabat di New York.32

Dianugerahkan Pingat Dekan Wharton

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dianugerahkan

pingat Dekan Wharton dari University of Pennsylvania yang merupakan anugerah tertinggi bagi

alumni university berkenaan. Anugerah itu disampaikan oleh Dekan Sekolah Wharton,

Geoffrey Garrett dalam satu forum antarabangsa yang diadakan di Bangkok, Thailand.

Garrett berkata, anugerah itu diberikan atas pencapaian yang menakjubkan dari Dr Zeti

Akhtar Aziz terutamanya dalam mengendaikan ekonomi Malaysia dalam beberapa krisis

kewangan sebelum ini. Ujarnya lagi, Dr Zeti Akhtar Aziz juga merupakan seorang pemimpin

yang dedikasi terutamanya dalam tadbir urus yang baik dan telah menjadi perintis serta kerjanya

diiktiraf dengan meluas.

Beliau juga merupakan seorang penggubal dasar yang baik dan kami berbangga

mempunyai alumni yang hebat dari Wharton, katanya dalam anugerah tersebut. Beliau mula

memegang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia pada tahun 2000 dan telah

memainkan peranan yang besar terutamanya ketika Malaysia berhadapan dengan krisis

ekonomi pada akhir tahun 1990an serta ketidaktentuan pasaran dunia.

Malaysia telah berhadapan dengan kedua-dua situasi sukar, namun beliau Berjaya

membuktikan Malaysia masih mampu menangani situasi berkenaan dengan jayanya. Pingat

Dekan Wharton mula dianugerahkan pada tahun 1983 bagi memberi pengiktirafan kepada

pemimpin dalam kalangan perusahaan swasta, kerajaan dan ahli akademik. Penerima anugerah
dipilih atas sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi global serta penambahbaikan di

seluruh dunia.

Wanita Ikon 2007

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menerima piala Anugerah

Tokoh Wanita Ikon 2007 daripada Sultanah Nora Ismail disaksikan oleh Datuk Seri Shahrizat

Abdul Jalil di pertandingan Ikon Wanita 2007 di PWTC. Di atas sumbangan dan jasanya kepada

negara. Menyedari hakikat tersebut, Anugerah Wanita Ikon 2007, direalisasikan dengan

objektif utama untuk memberi pengiktirafan kepada wanita yang telah Berjaya. Anugerah ini,

adalah agar boleh dijadikan contoh kepada wanita lain dan membentuk keyakinan diri mereka

dan juga sebagai pemangkin ke arah kejayaan wanita yang lain.

Anugerah Wanita Ikon 2007 ini adalah anugerah eksklusif kepada seseorang wanita

yang layak digelar ikon yang menepati ciri-ciri wanita berjaya dan berpersonaliti menarik,

peribadi murni dan aktif membantu masyarakat. Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan

yang tinggi dan merupakan wanita serba boleh yang dilihat mampu menjadi contoh inspirasi

kepada wanita lain seluruh Malaysia dan juga kehebatan belai dalam menegndalikan masalah

ekonomi negara.
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kajian yang dilakukan adalah untuk mengkaji tentang usaha dan

pencapaian Dr Zeti Akhtar Aziz dalam bidang ekonomi. Hal ini dapat dilihat dengan

pembangunan ekonomi negara melalui sektor kerajaan dan swasta yang semakin berkembang

dan meningkat saban tahun. Seperti yang kita sedia maklum pada tahun 2008, seluruh dunia

mengalami kegawatan ekonomi akan tetapi Malaysia hanya menerima sedikit sahaja

tempiasnya. Hal ini dikatakan demikian kerana, strategi dan pelan yang dilaksanakan oleh Dr

Zeti Akhtar Aziz sangat berkesan dan dpat mnegara Malaysia daripada menerima tempiasnya.

Setelah berkhidmat di Bank Negara Malaysia selama 35 tahun maka beliau bersara pada 30

April 2016 dan diganti oleh Datuk Muhammad Ibrahim.

Beliau juga pernah menyatakan di suatu artikel bahawa beliau akan mula berkarya setelah

menghabiskan perkhidmatan di Bank Negara Malaysia.

( 2729 patah perkataan )


LAMPIRAN

Gambar 1: Menerima Anugerah Pingat Dekan Wharton

Gambar 2: Hari Terakhir Beliau Menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia


Gambar 3 : Bangunan Bank Negara Malaysia

Gambar 4 : Wang Ringgit Malaysia dan Syiling Malaysia


BIBLIOGRAFI:

SUMBER PRIMER

Laporan Daripada Perpustakaan Tawau

SUMBER SEKUNDER

(t.p), Biografi Tokoh Wanita Malaysia, (t.n.p), Pelanduk Publications, (t.t), hlm 590,591,592

Chamil Wariya, 50 Ikon Malaysia, Kuala Lumpur, Matrix Media Global, (t.t), hlm

264,265,266,267,268,269

Mohamad Firdaus, Tokoh-Tokoh Pentadbiran Korporat, Selangor, Pernerbitan Zamzam,

2014, hlm 27,28,28,2930

Edmund Conway, 50 Idea Ekonomi, Kuala Lumpur, ITBM Production, 2012, hlm

82,83,84,85

http://numiscat.blogspot.my/2015/01/tan-sri-ungku-dr-zeti-akhtar.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRencan

a&pgre08.htm
NOTA HUJUNG

1
Mohammad Firdaus. Tokoh-Tokoh Pentadbiran Korporat. Selangor. Penerbitan Zamzam.

2014. Hlm 27
2
Ibid hlm 28
3
Ibid hlm 28
4
Ibid hlm 29
5
Zulkifli Hasan. Perlaksanaan Sistem Perbankan Islam Di Malaysia. Perak. 2007. Hlm 8
6
Tinjauan Dan Prospek Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur. AMMB Holdings Berhad. Hlm

60
7
Ibid hlm 60
8
Ibid hlm 61
9
Ibid hlm 61
10
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
11
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
12
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
13
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
14
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
15
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
16
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
17
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
18
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
19
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.aspy2009&dt1201&pubUtusan_Malaysia&secRenca

na&pgre08.htm
20
Edmund Conway. 50 Idea Ekonomi. Kuala Lumpur. ITBM. 2012. Hlm 82
21
Ibid hlm 82
22
Ibid hlm 83
23
Ibid hlm 83
24
Ibid hlm 83
25
Tinjauan Dan Prospek Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur. AMMB Holding Berhad. 2009.

Hlm 60
26
Ibid hlm 60
27
Ibid hlm 61
28
Ibid hlm 62
29
Mohammad Firdaus. Tokoh-Tokoh Pentadbiran Korporat. Selangor. Penerbitan Zamzam.

2014. Hlm29
30
Ibid hlm 30
31
Ibid hlm 30
32
Ibid hlm 30

You might also like