You are on page 1of 4

STRUKTUR KERAJAAN PERSEKUTUAN

Struktur kerajaan persekutuan Amerika Syarikat terdiri daripada tiga badan utama
iaitu Eksekutif, Perudangan dan Kehakiman. Menurut perlembangan Persekutuan Amerika,
Badan Eksekutif diterajui oleh Presiden.

PRESIDEN

Presiden Amerika Syarikat dipilih untuk tempoh empat tahun. Selepas tamat tempoh
perkhidmatan presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua juga selepas empat tahun.
Segala urusan pentadbiran negara Amerika dipusatkan kepada Presiden. Dalam hal ini
Presiden memegang kuasa yang begitu tinggi dan unggul. Demokrasi perwakilan yang
diamalkan oleh Amerika menyaksikan penyerahan kuasa yang banyak ke tangan Presiden.
Tempat presiden akan diambilalih oleh Naib Presiden jika beliau meninggal dunia atau
meletak jawatan sehingga cukup tempoh untuk diadakan pilihan raya semula. Kuasa seorang
Presiden cukup besar termasuk menjadi ketua turus angkatan tentera, merunding perjanjian,
menerima duta asing, mencalonkan pegawai tinggi persekutuan termasuk hakim persekutuan,
mempunyai kuasa pembatal undang-undang, mentadbir undang-undang persekutuan,
mengampun kan orang perseorangan yang bersalah di peringkat persekutuan dan akhir sekali
mentadbir kongres dan negara.

Kuasa Presiden juga kadang kala mengatasi kuasa Kongres apabila berupaya
mengistiharkan peperangan terhadap negara luar, sedangkan tugas ini berada di bawah
Kongres. Presiden walau bagaimanapun boleh dipecat jika terlibat rasuah, pengkhianatan atau
jenayah besar maka Dewan berhak untuk mendakwa Presiden. Dewan Perwakilan mesti
mendapat sokongan 2/3 dalam dakwaan rasmi. Presiden akan didakwa di Dewan Senat dan
perbicaraan diketuai oleh Ketua Hakim Mahkamah Agung. Kesimpulannya Presiden
mempunyai kuasa yang kuat dalam menjalankan tugasnya meliputi Kabinet-Eksekutif,
Pengurusan Rumah Putih dan sebagainya. Bahkan Presiden boleh dikatakan sebagai pusat
pentadbiran negara bagi Amerika Syarikat yang meliputi kuasa seperti Yang Di Pertuan
Agong dan Perdana Menteri di Malaysia.

BADAN PERUNDANGAN(LEGISLATIF)

Badan Perundangan(Legislatif) Amerika dikenali sebagai Kongres. Tugas utama


Kongres adalah menggubal undang-undang. Kongres terdiri daripada Dewan
Rakyat(Perwakilan) dan Dewan Senat. Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh
rakyat. Tiap-tiap negeri akan memilih dua ahli bagi Dewan Senat. Tiap-tiap negeri juga
memilih ahli Dewan Rakyat mengikut jumlah penduduknya. Kongres pada dasarnya
mempunyai kuasa yang kuat dalam politik Amerika. Dewan Perwakilan (House of
Representative) mempunyai 435 ahli dan ianya mengikut saiz dan kapasiti penduduk sesebuah
negeri Amerika. Setiap ahlinya dipilih untuk mewakili 30 000 orang rakyat bagi tiap-tiap dua
tahun. Bagi mereka yang berjaya akan mendapat keistemewaan seperti tidak boleh didakwa di
mahkamah serta tidak boleh menjadi saksi atau juri bagi apa juga kes di mahkamah. Dewan
Perwakilan empat kali lebih besar dari Dewan Senat. Anggota dewan berhak untuk membawa
sebarang usul ke Kongres, berkuasa menggubal undang-undang biasa, meminda
perlembagaan dan memberi kebenaran kepada sebuah negeri baharu yang mahu menyertai
persekutuan. Dewan ini turut berkuasa menentukan Presiden jika timbul kekurangan majoriti
undi calon Presiden dalam pilihanraya. Dewan Perwakilan mempunyai peraturan sendiri iaitu
Jawatankuasa Peraturan Dewan atau House Rules Committee.
Ahli Dewan Senat dipanggil Senator. Ahli-ahlinya berjumlah 100 orang iaitu kira-kira
dua orang bagi setiap negeri. Senator akan berkhidmat selama 6 tahun. Mereka yang dipilih
akan berkhidmat selama enam tahun dan mestilah berumur 30 tahun serta bermastautin di
kawasan yang diwakili dan menjadi warganegara sekurang-kurangnya sembilan tahun. Dewan
Senat diketuai oleh Timbalan Presiden Amerika. Dewan Senat mempunyai kuasa
pemutus undang-undang kewangan dan berupaya untuk menolak atau pun menerima rang
undang-undang yang diluluskan oleh Dewan perwakilan. Dewan ini turut berperanan dalam
pemilihan Presiden yang mana pengesahan Dewan Senat diperlukan untuk tujuan tersebut.
Sekalipun kedua-kedua Dewan mempunyai perbezaan namun kedua-duanya memainkan
peranan yang begitu bermakna dalam pentadbiran Amerika

BADAN KEHAKIMAN

Badan Kehakiman Amerika terdiri daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-


mahkamah lain. Ia merupakan sebuah badan yang bebas. Mahkamah boleh mengambil
tindakan terhadap Presien sekiranya beliau melanggar perlembagaan. Di Amerika sistemm
kehakiman terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Negeri.
Mahkamah Negeri mempunyai kuasa kehakiman bagi semua kes yang melibatkan undang-
undang negeri kecuali terdapat percanggahan antara undang-undang negeri dengan
persekutuan. Mahkamah Negeri berfungsi untuk menghakimi perkara yang bersangkutan
dengan penetapan hak-hak di bawah perlembagaan negeri. Badan Kehakiman i Amerika
mempunyai kuasa untuk mengistiharkan tindakan-tindakan kongres, keputusan presiden,
tindakan diplomasi ataupun syarat-syarat perjanjian mahupun dokumen undang-undang di
sesetengah perudangan negeri sebagai melanggar Perlembagaan.

KESIMPULAN
Selepas mencapai kemerdekaan perlembagaan baharu telah digubal bagi 13 buah
koloni tanah jajahan pada tahun 1789. Perlembagaan Amerika memperuntukan penubuhan
sebuah kerajaan persekutuan. Struktur kerajaan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
Eksekutif, Perundangan dan kehakiman. Dalam Pilihanraya pertama George Washington telah
dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah mengambil langkah untuk
mewujudkan perpaduan antara negeri-negeri dalam Persekutuan. Dalam usaha menjalankan
dasar perluasan kuasa Amerika telah berjaya meluaskan wilayah melalui pembelian,
perjanjian dan peperangan. Menjelang aba ke-19 Amerika berkembang menjadi sebuah
negara yang terdiri daripada 50 buah negeri.

Pendahuluan

Intelektual atau intelengensia berasal dari Rusia dan digunakan pada abad ke-19. Merujuk kepada satu kumpulan kecil
golongan elit. Direkrut daripada segala kelas atau golongan. Selain itu juga, ditemui dalam kalangan pendukung atau
penentang pergerakkan budaya atau politik. Ia juga menjauhi diri daripada bergaul dengan masyarakat tetapi bergaul
didalam golongan sendiri.Tertarik kepada idea pengetahuan mekanikal, teknikal, idea2 agama dan sebagainya.
Seterusnya, beliau merupakan salah seorang pemikir yang sangat berpegaruh pada zaman Englightmen pada abad ke-18
di Eropah. Zaman Englightmen merujuk kepada gerakkan budaya intelektual yang berusaha untuk menggembleng
kuasa mereformasikan masyarakat dan berpengetahuan. Malahan, sains dan perkembangan intelektual diberi
penekanan dan perkara berkaitan tahyul tidak diterima. Gerakan ini menentang penyalahgunaan kuasa dalam gereja
dan negara.

Isi-isi Penting:
Karya muzik Diderot dan D Alemberts

Menghasilkan beberapa hasil karya muzik untuk Diderot dan D Alemberts. Pada 1750, beliau menerbitkan karya
bertajuk Discourse on the Arts and Sciences. Malahan, hasil karyanya telah memenangi anugerah akademi dan
menjadi terkenal. Selain itu, muzik masih merupakan perkara penting dalam hidupnya dan selepas beberapa tahun
operanya yang bertajuk Le Devin Do Village telah menjadikan Rousseau sangat terkenal dan menyebabkannya
diterima dan dihargai.
Selepas itu Rousseau telah berhenti berkarya dalam bidang muzik.Namun begitu, terhasillah karyanya seperti Discourse
On The Origen of Ineaquality (1755), La Novvella Heloise (1761), Emile (1762), The Sosial Contract (1762) dan
Confessions (1770) yang meningkatkan popularitin beliau. Karya terakhirnya ialah Judge of Jean-Jaques dan Reveries
of a Solitary Walker.

Karya Discourse on The Arts and Sciences

Karya Discourse on The Arts and Sciences telah mengharumkan nama Rousseau. Selai itu, bahagian pertama mengenai
kajian sejarah dan Rousseau menunjukkan bagaimana masyarakat yang maju berkembang dari segi seni dan sains
mengalami kemerosotan dari segi moral dan nilai2 murni. Seterusnya, beliau mendakwa bahawa Mesir purba mula
runtuh setelah falasafah dan seninya berkembang maju.
Malahan, menurutnya lagi perkara ini turut berlaku kepada Greek purba yang mengalami nasib yang sama walaupun
asalnya Greek purba sangat mementingkan nilai keberanian tetapi apabila sains dan seni mula berkembang,
masyarakatnya menjadi masyarakat yang berasaskan kemewahan dan keseronokkan. Di samping itu, beliau
menyokong Sparta yang mengetepikan artis dan para saintis.

Memperjuangkan pengetahuan tingkahlaku dan akhlak yang baik

Rousseau juga mengiktiraf Socrates sebagai seorang yang bijak kerana menyedari kebinasaan yang disebabkan oleh seni
dan sains. Tambahan pula, beliau menyatakan seni dan sains lahir daripada kemaksiatan manusia.Hal ini dapat dilihat
seperti, geometri lahir daripada kerakusan, fizik daripada semangat ingin tahu yang sia2 dan falsafah moral daripada
rasa bangga.
Malahan, Rousseau terus menyerang sains dengan mengutarakan bagaimana sains tidak menyumbang kepada nilai
moral. Selain itu, menurut beliau sains menjadikan hidup lebih mudah dan menyeronokkan tetapi bukan bertambah
baik dari sei moral. Walaubagaimanapun, beliau menyokong pemikir yang dianggap bijak seperti Bacon, Descrates
dan Newton. Beliau juga mahu majority rakyat memberikan perhatian kepada memperbaiki tingkah laku dan akhlak
berbanding memajukan seni dan sains.

Menghasilkan Karya Discourse on The Origin of Ineaquality

Karya Discourse on The Origin of Ineaquality pula didedikasikan oleh Rousseau kepada Republik Geneva. Rousseau cuba
menjelaskan sifat manusia secara semula jadi tanpa kualiti2 yang terbia akibat sosialiasi, iaitu memahami manusia
dalam keadaan alam semula jadi tulen.Namun begitu, bertentangan dengan pendapat pada zaman itu terutamanya
pendapat Aristotle yang menyatakan bahawa keadaan masyarakat sivil itu adalah keadaan semula jadi manusia.
Selain itu, gambaran Rousseau tentang manusia dalam keadaan semula jadi adalah berbeza dengan pendapat pada
zamanya. Di samping itu, menurut Rousseau cara hidup seperti ini boleh menghasilkan kebebasan dan keselamatan
serta mewujudkan persaudaraan.

Karya Discourse on The Origin of Inequality dikatakan salah satu dokumen yang paling revolusioner pada abad ke-18
dieropah.Seterusnya, karya ini menujukkan bagaimana perkembangan tamadun merosakkan kebahagiaan semula jadi
dan kebebasan manusia dengan mencipta ketidaksamaan tiruan dalam kekayaan,kuasa, dan keistimewaan sosial.
Malahan, menunjukkan bahawa manusia primitif adalah sama dengan manusia lain kerana setiap individu adalah
bebas tetapi apabila masyarakat menjadi lebih moden, ahli-ahli yang kuat dan paling pintar dalam masyarakat
memperolehi kelebihan yang tidak semula jadi ke atas saudara mereka yang lemah.Selain itu, perlembagaan yang
digubal untuk membetulkan ketidakseimbangan ini melalui keamanan dan keadilan sebenarnya tidak melakukan
apa2 tetapi mengekalkan perkara ini.

Penutup
Jean Jaques Rousseau telah memberikan banyak sumbangan yang penting kepada perkembangan intelektual di Eropah.
Beliau juga telah menulis beberapa buku yang bermanfaat dalam perkembangan tersebut. Malahan idea-idea Rosseau
telah menjadi elemen utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis serta digunakan
oleh pemikir-pemikir Amerika.

Selain itu, Beliau juga menjadi terkenal melalui bidang pendidikan kerana teori Naturalisme yang diperkenalkan melalui
karyanya bertajuk Emile yang mengkhusus kepada pendidikan awal kanak2.Akhir sekali, falsafah beliau juga
menekankan empat perkara seperti kebebasan, perkembangan, minat dan aktiviti.Kemudiannya pendapat yang
diutarakan beliau telah menjadi asas kepada pembentukan kurikulum.

Bincangkan faktor-faktor penubuhan NATO dan peranan Amerika Syarikat serta United Kingdom dalam
NATO

Pengenalan

NATO ditubuhkan pada 4 april 1949 . Pada asalnya , dua belas buah Negara sahaja menganggotai pertubuhan ini.
Ibupejabat NATO ialah di paris. NATO telah menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dan keselamatan di
Eropah barat.

Pada peringkat awal, Negara yang terlibat dengan NATO ialah Amerika Syarikat, United Kingdom , Kanada, Perancis,
Itali, Belgium, Belanda, Norway, Denmark, Portugal, Iceland, dan Luxembang. Kini keanggotaan dalam NATO telah
meningkat kepada 28 anggota.

Isi isi penting

1. Menghalang kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah.

Strategi NATO ialah bagi mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua Negara anggotanya
terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap Negara anggota. Pada dasarnya , NATO bertujuan membendung semula
pengaruh komunis yan diterajui Soviet Union.

Tambahan pula, Negara eropah timuryang prokomunis sudah menambahkan kekuatan tentera bagi menandingi negara
jiran mereka di eropah barat . Jadi , rancangan pihak Rusia dan sekutunya perlu kawal di peringkat awal lagi.

2. Melibatkan Amerika dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah

NATO megesahkan kehadiran Amerika syarikat dan britian selepas tahun 1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan
Turki supaya komunisme yang diarah dari moscom dapat disekat dengan keberkesanan.

Tambahan pula, pada tahun 1949, Soviat union telah meletupkan bom atomnya yang pertama.

3. Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

Soviet union sering dipersalahkan dan dilihat sebagai tidak demokratik, tidak menghormati hak asasi manusia, dan
tindakan menghormati kebebasan individu sebagaimana yang dipraktikan di Eropah. Soviet union didakwa oleh pihak
Barat lebih komited untuk melebarkan pengaruh politik yang berideologikan komunisme di Eropah atau di Asia.
menyebabkan Britian dan Amerika syarikat mengambil inisiatif untuk menubuhkan NATO.

Soviet union pula memberi satu persepsi bahawa NATO ialah Amerika syarikat dan Amerika syarikat ialah NATO. Ini
bermakna NATO didominasikan oleh Amerika syarikat berbanding Negara-negara lain.

4. Mengatasi ketidakupayaan Eropah terhadap kemampuan PBB

Dari sudut ketenteraan mahupun sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi pelbagai konflik
antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara berkesan. Dalam PBB kelemahan yang dipersoalkan ialah pihak
atau Negara mana yang akan mengetuai misi ketenteraan PBB dan Negara mana yang akan membiayai segala
perbelanjaan sepanjang misi ketenteraan PBB.

Implikasinya ialah kuasa-kuasa besar dunia yang merupakan anggota Majlis keselamatan PBB yang memiliki kuasa veto
ketika itu selalunya lebih banyak bersetuju untuk tidak bersetuju dalam menangani man-mana konflik antarabangsa.

Penutup
Komitmen berterusan Amerika syarikat dalam NATO dilihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan
NATO.

Fokus NATO sering berubah mengikut keadaan memberikan tumpuan kepada soviet union, kini selepas peristiwa 9/11
fokusnya juga berubah kepada menangani bahaya pengganas dan serangan siber.

You might also like