You are on page 1of 3

KULIAH : 22HB JANUARI 2011

HARI : SABTU

KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

DEFINISI;

Teknik mempelbagaikan kaedah dalam penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan
minat murid terhadap aktiviti pengajarannya.

Kemahiran variasi rangsangan meliputi:

Kemahiran mengubah tingkahlaku murid.

Mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid.

Menukar corak interaksi guru dengan murid.

Mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

OBJEKTIF VARIASI RANGSANGAN

1. Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat terhadap aktiviti pengajaran.

2. Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran-pembelajaran.

3. Memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan pelbagai deria untuk


mengikuti pelajaran.

4. Memotivasikan serta membangkitkan naluri ingin tahu murid melalui pelbagai aktiviti
guru.

5. Memberikan peluang kepada murid menikmati pelbagai aktiviti pengajaran.

6. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang psoitif dan seronok.


PRINSIP PRINSIP PENGGUNAAN VARIASI RANGSANGAN

1. Setiap perubahan kaedah dan tkenik penyampaian guru hendaklah dikaitkan dengan
tujuan dan isi pelajaran.

2. Perubahan aktiviti pengajaran hendaklah lancar dan dikaitkan dengan setipa langkah
penyampaian.

3. Setiap langkah haruslah mengandungi aktiviti pengajaran yang berbeza.

4. Rancangan penggunaan ABM untuk memplebagai pengalihan deria murid.

5. Ubah rangsangan berdasarkan maklum balas daripada murid.

KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANGSANGAN KEARTAS PROSES PENGAJARAN-


PEMBELAJARAN

1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan menarik.

2. Minat dan perhatian murid akan lebih tertumpu kepada aktiviti pengajaran guru.

3. Mendorong murid berusaha dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran mereka.

4. Memberi peluang kepada murid-murid menggunakan pelbagai deria untuk


mempelajari sesuatu.

5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.

6. Mengurangkan masalah disiplin di bilik darjah.


KOMPENAN-KOMPENAN VARIASI RANGSANGAN

Perubahan pergerakan Kiri < > kanan


langkah guru Depan < > belakang

G
Perubahan pergerakan Tangan < > kepala
U
anggota guru Tangan < > hentian
R
U

Perubahan nada suara Mendatar < > lantang


Lantang < > senyap

Mendengar < > menonton


Perubahan fokus deria
Melihat < > merasa

M
U
Perubahan bentuk lisan Menyoal < > menjawab
Bertutur < > membaca R
murid
Bercerita < > berbincang I
D

Perubahan bentuk Menulis < > melukis


Duduk < > berdiri
fizikal murid Demmonstrasi < > lakonan

You might also like